Hari nie terlebih rajin buka thread di forum wanita melayu, di SINI ..so copy paste ajer lah masuk blog...
~jimat dan senang kira :p
Salam...
Ada sesiapa yg ada buat wardrobe refashion?.. silalah berkongsi di sini.
Sy excited nak buat refashion utk t-shirt.. baru sempat google2, tp blom buat lagi. Banyak idea di youtube & t-shirt di refashion tanpa jahit.. nak cuba, tp takut tak sesuai plak dengan imej & usia
..nie antara refashion yg menarik utk dicuba..
(sumber: carian di internet)
-kemeja lengan panjang~ refashion dengan buang kolar atas, potong tangan baju. jahitkan getah pada empire line... kos? getah ajer.. berapa sen sangat .. so kemeja lama, jangan buang atau buat kain lap lepas nie
-kemeja lengan panjang lagi ~ refashion dengan gunting pada level ketiak baju. bahagian tadi jangan buang, jahit utk jadikan ruffle & jahit pada bahagian atas baju.. jahitkan getah pada atas baju & pinggang baju... kalau yg bertudung, pakai dengan cardigan... dapat kemeja yg corak & fabrik cantik, cerita kat org buat dari baju terpakai pon org tak percaya
yg nie yg sy tgh excited nak cuba... t shirt refashion
t shirt ~ refashon kepada halter top... gunting daripada kolar t shirt ke bawak ketiak. pusing ke belakang baju.. potong selari dari ketiak kiri ke kanan baju... (terdedah la belakang kalau pakai baju ) utk leher.. ada yg kekalkan kolar baju.. kolar tue digunakan utk ikat ke leher. dlm pic atas nie.. kolar t shir di buang.. lipat & jahit utk masukkan tali.
sy nak cuba yg nie... tapi nak guna oversize t-shirt.. so dapat labuh sikit & nanti kiri kanan sy jahit utk kecikkan.. sy pilih utk tak buang bahagian belakang ~ lebih 'selamat' & pakai dengan cardigan
t-shirt lengan panjang yg polos ~ refashion dengan gunting hujung baju. bahagian tue dijahit jadikan ruffle pada dada baju... itulah magicnya kalau bermain dengan kreativiti.. murah pon boleh nampak 'mahal', yg lama boleh nampak baru semula
lagi t-shirt yg di refashion.. nie tak payah jahit pon. sesuai utk anak2 kecil. Utk yg berusia.. mungkin kurang sesuai kot.. atau kalau teringin boleh pakai dengan inner. gunting buang tangan & kolar baju.. jadikan mcm singlet. perca jangan buang.. gunting panjang utk jadikan tali & ikat di bahu.
t-shirt jugak.. refashion ke tunic dengan gunakan oversize t-shirt. gunting luas bahagian leher. gunting hujung baju.. jangan buang bahagian nie & jahit jadikan ruffle.. kemudian jahitkan ke leher. dari bahu ke lengan baju.. agak2 dalam 2-3 inci, potong ke ketiak & jahit ruffle.
sy teringin nak cuba yang nie.. tapi lehernya mungkin sy jahit getah utk cerut & kecilkan sedikit bukaan leher.. tangan pon mungkin boleh jahitkan getah juga... pakai dengan inner
so apa tunggu lagi? ayoohh refashionn!!
3 comments:
hik hik.. saya baru jer ubahsuai baju XXL hubby to my size XS... mmg best buat refashion niii. now tgh ada 2 3 t-shirt lg yg saix XXL nak refashion (dulu hubby saiz XXL now dah M hihihi) sayang Tshirt yg baru je beli tp tak pakai. Saya buat refashion biaser2 jer p bila tgk posting u niii mcm banyak idea plak kan. TQ for the idea..
Hi...teringin jugak nak mencuba nyer nih.Boleh la kita tunjuk sesama hasilnya nanti. hehehe...
rimbun..
tunjuk ler pic.. nie idea org putih, depa mmg byk idea.. depa dok tunjuk ada 1 buku yg mmg khas utk refashion t-shirt..
azza..
cuba & tunjuk jangan tak tunjuk :)
Post a Comment