Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Sunday, May 26, 2013

Sakit urat kaki...

Assalamualaikum...

Salam dari kampung sy, Semanggol... sy baru lepas potong sikit kain, baju, jubah n palazzo, masing-masing dapat sehelai. Bila dah siap n nak lelap, tak boleh lelap. Sy rasa, sy kena kongsi jugak satu info nie...kot2 ada sapa yang senasib dengan sy.

Lebih kurang sebulan yg lepas, sy mula2 kena sakit pinggang.. sy ingat kot sakit pinggang biasa, pasal sy sokmo sakit pinggang. Orang kata bersalin czer  cenderung utk sakit pingang pasal pernah ambil epidural. WA.

Sy ingat jugak, kot2 pasal period... tp lama2 sakit pulak di belakang punggung n  paha n betis n atas buku lali. Kalau kita berdiri tegak n angkat satu kaki 90 darjah.... kiranya urat yang kita rasa sakit masa angkat kaki tue, yg itulah urat yg sy maksudkan.

Sehari dua sy ingat esok2 baiklah... rupanya tak, cukup seminggu baru sy berurut. Rasa dah kurang sikit n selang 2 hari...bila nak baring susukan Ilyas, rasa sakit balik kat belakang punggung. Sy berurut sekali lagi...kali nie urut lagi kuat sikit, pasal dok ingat tersilap urat kat belakang punggung nie. Aduhaiii... punya urut sampai rasa kena gelek dengan steamroll! Ahahaha..

Bolehlah, kuranglah sikit... tapi rasa berdenyut pada atas buku lali masih ada n bila berjalan sy masih mengheret kaki. Kalau terkena air masa mandi, makin berdenyut kuat...sebab sejuk.

Sy ke klinik, diberi vitamin untuk saraf n celebrex 200mg  untuk tahan sakit. Kalau habis kesan ubat, berdenyut balik..tak boleh tidur malam.

Khamis malam, sebelum balik kampung hsbn sy beli stoken Vken n malamnya sy cuba...alhamdulillah rasa berdenyut kaki tue dah kurang sikit n malam tue sy tidur tanpa ambil pil tahan sakit. Still rasa sakit, tapi boleh tahan.


Esok Jumaat paginya, bangun dlm 4.30 pagi...kami siap2 untuk bertolak balik ke kampung. On the way balik dalam kereta sy dah boleh duduk dengan elok. Kalau tidak sekejap2 sy kena ubah kedudukan duduk, kalai tidak tak selesa. ...

Petang jumaat, jalan2 gi makan, ada rasa sakit balik kaki..tapi tak macam sakit sebelum nie. Hari nie sabtu, siang tadi gi kenduri n petang sy gunting kain...malam nie tadi pun baru lepas guning kain lagi. Alhamdulillah... sy dok ingat stoken nie serasi dengan sy. Dan ini info yg sy nak kongsikan.

~..see sy mcm orang dalam pantang..berstoken n kain batik bagai.

Bila sy pakai, dalam setengah jam lepas tue sy rasa tapak kaki sy panas suam2. Kemudian makin lama rasa yg berdenyut dah berkurang. Sebelum nie sy sentiasa rasa sakit, sekarang nie sy rasa sakit bila sy banyak bergerak atau kalau berjalan bawak barang berat sikit mcm dukung Ilyas misalnya.

Tapi ini bukan iklan ya, sy tak jual pon... tapi masa sakit tue sy google ramai yg sakit sama macam sy. Dan ada yg sakit sampai 6 bulan. Siang tadi, ada yg inbox tanya di fb, dah sakit kaki sampai 2 tahun. Allahuakbarr...ujian utk sy sedikit sangat sebenarnya.


Saturday, May 18, 2013

Cara Jahit Sarung Sofa Lycra

Assalamualaikum...

Siang tadi masa mengasuh anak2, sy sempat snap pic cara jahit sarung sofa lycra. Oleh kerana sy sekarang tak berapa sihat sangat & nak bergerak pun agak terbatas, sy gunting2 kertas shj utk tunjuk cara potong kain & jahit sarung sofa nie. Tapi harap dapat membantu....

Sy menggunakan lycra bidang 60 inch & total berapa meter tak ingat.

1) Untuk sofa duduk, sy ukur panjang macam nie...



zoom out



2) Untuk sofa duduk, sy ukur lebar macam nie...




zoom out



3) Untuk sofa sandar, sy ukur panjang macam nie...


zoom out



Untuk sofa sandar, sy tak ukur lebar sofa sebab sy nak tekap sahaja bentuk menyerong pada sayu bucu sofa tue... lagi mudah mcm tue.


4) Lebih kurang pola sofa duduk mcm nie



5) Lebih kurang pola sofa sandar mcm nie



6) Macam nie keseluruhan bila pola dibuka... ada 2 lapisan bersambung.



7) Sediakan kain lycra utk dipotong... sy gunakan kain lycra bidag 60 inci



8) Letak pola & secara teorinya mcm nie.. praktikalnya utk  pola sofa sandar, sy tekap sarung sofa yg lama.




9) Sy JAHIT TEPI sahaja kiri & kanan kedua2 sofa. Kemudian sarungkan pada sofa, disebabkan lycra memeri.... kita perlu jahit & sarung kan pada sofa utk dapatkan ANGGARAN berapa inci kena kecilkan untuk dapatkan sarung sofa lycra yang tegang & kemas.

Untuk lycra yang sy guna ini, perlu kecikkan 2 inci. Sy buka sarung sofa, jahit tepi buang 2 inci untuk kecikkan & sarungkan kembali utk pastikan ia bebetul kemas.




10) Langkah yang sebelum ini, kita dah ketahui anggaran perlu kecikkan 2 inci, jadi... bawah pun kena buang 2 inci.

Kemudian jahit tepi keliling 'mulut' sofa ini & lipat 0.5 inci dan jahit.

Tinggalkan sikit utk masukkan getah nanti.




11) Untuk soda duduk, perlu buang bucu ( seperti pada dasar beg) supaya sarung sofa bersegi elok bila masukkan sofa nanti.

Andaikan ketebalan sofa ialah 4 inci, maka lebar bucu yang harus dijahit juga ada lah 4 inci.



12) Sy tak guna jahit mesin untuk jahit bahagian bucu ini, sy guna jahit tepi, jadi sy jahit buang bucu & jadi seperti dalam gambar.



13) Ini sample sarung sofa sandar yg dah siap. Pada bahagian 'mulut' sofa sy hanya masukkan getah & cerut mcm tue shj... x payah guna zip.



14) Ini sample sarung sofa duduk yg dah siap. Pada bahagian 'mulut' sofa sy hanya masukkan getah & cerut mcm tue shj... x payah guna zip.




15) Ini pandangan dekat pada bucu sofa yang kita buat dalam step ke 11 & 12


Siap sudah utk sample yang ini, kemudian bila dah dapat ukuran yang ngam, baru potong untuk sofa2 yang berikutnya.





Semoga dapat memberi manfaat.