Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Tuesday, November 30, 2010

pengasuh kejam mandikan budak.. akan ku semadikan dia dalam tempayan itu!

Assalamualaikum...

ada sesiapa yg dah tgk video klip pengasuh kejam mandikan budak tue?

http://www.facebook.com/profile.php?id=682694526#!/video/video.php?v=168437699857674&oid=331481044571&comments

... insyaallah, dunia akhirat sy tidak akan ampunkan jika ini terjadi dalam keluarga sy, tidak akan.

~ sy rasa cam nak amuk, rejam dalam tempayan & lalu sy bancuh simen lalu sy masukkan dia. Sy boleh bancuh simen sekali hadap, dapat 3 kereta sorong... ia sudah lebih dari mencukupi. Akan ku semadikan dia dalam tempayan itu!

.. bilang, dimana rumahnya?
~ perghh darah tun teja nie sekali membuak, sampai pening kepala.. :p

Monday, November 29, 2010

KELAS ONLINE FOC ~ EDIT YANG DAH SIAP

EDIT : 29/11/2010 ~~~~ YANG DAH SIAP











PERHATIAN: PENYERTAAN DITUTUP.. DAH CUKUP KUOTA.

~ Yang mana siapkan projek kain payung pon sy add jugak dlam projek 2 nie. Let say TAK NAK JOIN, sila maklumkan.. TQ

~ Seperti kelas online FOC yang lepas, join bukan takat bagi add email & duduk saja... kena jahit baju sehelai setiap sorang, baru berhasil.

arnizah1607@yahoo.com
my.milakamila@gmail.com
ana_sahar@yahoo.com
bilafiq@yahoo.com
asam_86@yahoo.com
nfniksoh@gmail.com
rinacomel79@yahoo.com
kuazue@gmail.com
hazhisy@gmail.com
nuriezam_040806@yahoo.com
atiesafri@hotmail.com
babyhyppo_kiut@yahoo.com.my
anayuden@yahoo.com
tmn_gembira@yahoo.com
markyoung73@gmail.com
bke426@yahoo.com
khanishsaian@yahoo.com.my
shima_peace@yahoo.com
shidah_938@yahoo.com
rosmah22@yahoo.com.my
yatie5273@gmail.com
ilyanahafizz@yahoo.com
rose1612@yahoo.com
ribbonrepublic@gmail.com
cdiesha@gmail.com
_______________~~~~~~~________________


Assalamualaikum..
Le sac dress. Quelqu'un veut-il essayer?
~ punggahhh.. :p

Jangan dok tanya sy cam mana nak sebut, sy hanya google & translate saja.. kalau ikutkan google baju nie, ia membawa maksud dress bag.

Penyakit berjaga sy dah start balik :p tadi ingat nak melukis pola2 baju tapi ada lagi bahan yg tak cukup. Teringat pulak, mesin jahit sy tue lom test jahit kain jersey lagi. Sy nak start buka kelas tudung balik, jadi nak kena make sure mesin bleh jahit kain jersey dulu.

Nak habaq mai, mesin jahit mmg kena tengok angin kalau jahit kain jersey. Kalau mesin jahit sy lah, let say sy dah jahit elok, nanti tukar benang kaler lain, kekadang dia meragam, jahitan tak cantik. Ubah sana sini.. baru ok.

Masa sy jahit baju tido nie, sy dapati jarum emas dah tak boleh pakai. Langsung2 jahitan tanak lekat.. tukar jarum biasa baru ok. See, dia mmg mudah meragam. Itu sebab kalau ada yg beli jarum emas & jahitan still tak cantik.. sy tak tau nak advice cam mana, ejas lah itu ini, pulas lah sana sini, pujuk bagi jangan merajuk.

Kalau mesin jahit sy sy taulah nak pujuk lagu mana, perketat thread tension, i'allah boleh.

Tak payah cerita banyak2, jam dah kul 3 pagi. Jadi inilah dia baju tido yang akan sy ajar dlm kelas online FOC nanti. Nanti sy akan buat nota utk jahit baju nie & yang mana dah bagi add email, sy akan invite masuk dalam blog private itu nanti.

Yang mana teringin nak join, bagi add email di ruangan comment di bawah entry ini.


Kali nie sy nak hadkan berapa org.. let say 15-20 sahaja. Lagi ramai join, lagi yang MIA... sorry naik lorry, sy tak larat nak monitor ramai2.


~ sy pilih yang nie, senang & tak berbelit2.















Belit lah ikut suka jah.. asal bahagia, jangan sampai tak bernafas sudehhh :p

Masin sungguh mulut acik katanya.

Assalamualaikum..

Ituhari masa kat kg, sy rasa lemau satu badan & tambah plak masa tue sy kena CB. Sy memang tak tahan kalau berjalan banyak atas simen.. kaki rasa sejuk, bisa-bisa & tak sedap badan. Bercerita lah dengan sorang nie & dia pon kata dia dah dekat 2 bulan tak peot. Huhuhuu.. lemah-lemah badan katanya.

Dan semalam, sah dah 'berisi' dua bulan. Hehehehe.. insyaallah lagi 7 bulan akan lahir cucu arwah mak sy yang ke 14 :)

Tahniah pada kakak sy, semalam anak dia sms bagi tau kata ada berita gembira. Sebelum dia bagi tau, sy dah tembak tepat dulu. Masin sungguh mulut acik katanya. Well well well.. mulut acik bukan saja masin, kekadang tak kena gaya... bisa jadi berbisa juga. Kehkehkehh....

Kakak sy umur 43 tahun nie & ada darah tinggi... dia pakai IUD untuk jarakkan kehamilan. Tapi last-last bolos jugak. Haiii lasak sangat kot.. kekkeke. Pengajarannya disini, pakai apa pon kalau silap 'teknik' pon bleh bolos jugak...
~ gulpp!


~ di i-city, anak kakak sy.. dialah yg bakal dapat adik :p abislah hang alif.. hang pakailah baju tulis 'saya sayang GILER mak saya' pon dapat baby nanti, mak hang tak sayang hang dah.. kekekeke.

Harap-harap tak lupa skill dukung anak yer memandangkan anak yang last, tahun depan nak masuk darjah 5. Kalau dah darah tinggi, rasanya bersalin keluar kot tingkap kot... jangan risau, kalau tanya sy, sy lagi 'selasa' kalau bersalin keluar kot tingkap daripada kot pintu. Bersalin kot pintu... hal ehwal di 'rumah kecik' amatttt sulit sekali. Perit! :p

Ingat lagi sy masa bersalin kat Ishak dulu... barut yang arwah mak buat, dia nak bagi kat sy. Tak payah pinjam lah katanya.. 'tak dak dah' katanya. Tapi sy pulangkan jugak, lepas nie nak kena selongkar balik mana letak barang-barang tue semua yer.

Dan cerita pasal baby nie, ituhari dalam kereta Idris cerita kawan dia ada baby nama apa ntah. Lepas tue dia bukak soalan.. tapi sendiri soal, sendiri jawap. Abang nak baby girl ker boy ekk? Girl lah, abang nak dua.. katanya. Abah dia yang tengah drive, dah gelak kuk kik kuk kik. Excuse me, agak-agak sape yang nak kena beranakkan dua beby girl tue ekkk? Maklah katanya.... oohh my!


~ sabtu lepas majlis konvokesnyen Idris.. dah konvo bijak sangatlah yer, sendiri tanya.. sendiri jawap.

Sy tak speechless hokey. Sy memang ada 1002 alasan untuk mengelak kalau dalam bab-bab ini tambah-tambah lagi soalan tahap lepasan taska hehhehee. Abang tak kesian kat mak ker, nak bersalin nanti mak sakit. Kita suruh acu izati (adik ipar sy, mak si zikry) lah yang bersalin dua girl tue. Acu izati senang bersalin, sakit tak sampai sejam. Kesian kesian kata dia.....

... setel :p

Haah acu izati dia sakit bersalin tak sampai sejam, teran sekali terus bushhh keluar :p tapi itu bukan point utama, sakit bersalin tue rezeki masing- masing. Sakit kan penghapus dosa.


~abang & kakak ipar di KLIA, lepas hantar anak buah sy balik mesir. Hat nie kalau dapat adik kecik pon boleh lagi... habis la hang kakak tun, balik mesia kena mengasuh adik. Abislah mulut acik kan masin katanya... meahahaha.

_________

BTW cam mana persiapan anak-anak sekolah? Baju yang nak kena jahit sy belum start apa satu lagi. Badan masih rasa lemau & mood blom mari. Tapi nanti-nanti sy nak tunjuk cam mana nak ubahsuai kain sekolah yang dah singkat, sendat. Kalau ada kain sekolah yang masih elok, ubahsuai saja... moga-moga dapat kurangkan kos. Insyaallah...

Saturday, November 27, 2010

... ia sepeti diri sy yang senja

Assalamualaikum..



Dah bertemu dengan hari sabtu balik hari nie. Baru jer rasanya sabtu lepas dok berpoya-poya di kampung :p haiii cepat sungguh masa berlalu.

Semalam.. lepas maghrib, sy pi hantar kakak, abang, kakak ipaq & nak buah sy balik ke kampung. Ahad lepas kami ramai-ramai bertolak dari kampung, singgah kejap di Batu Gajah, tengok anak buah sy, cucu arwah mak sy yang ke 13.



Sian dia... ruam2 badan, cucu pertama dalam keluarga lah katakan. Depa pi bungkuih (read: bedung) pakai kain batik :p Pakai kain napkin suka terlepaih katanya... dalam hati dok kata, kot terlepaih pon bukan dia boleh lari pi mana-mana.

Hakhakhak... takpa na, pelan-pelan kayuh. Masing-masing pandai buat anak... masing-masing pandailah jaga anak. Kulit baby biasalah kalau naik ruam-ruam panas tue.. cuma tengah hari, kalau nak bedung.. tak payah pakai baju pon takpa. Tue dia, makcik dah bagi petua.. mentang-mentang lah makcik nie jenih tak tahan panas, semua kecik besaq dia taram sepesen, semua sekali harung. Jimat dan senang kira :p

Yang penting, sy still ada skill bagaimana nak mendukung baby nngggeeeee. Sy ingat sy dah hilang skill tue.. try jugak dukung si zikry tue ituhari. Buat pelepas, nanti-nanti jangan lah dibuatnya nanti bangkit tengah malam, mengidam nak dukung baby la pulak. Baby sapa pulak makcik nak cekau kannn?

Peel sy tetap tak boleh belah! suka kacau orang tidur.. sib baik lah kau duduk jauh zikry, kalau dekat acik akan kacau cam mana abah hang kacau anak acik dulu. Mengusik tak habis-habis..

Dan, part hidung tue serius copyright arwah mak sy! :)

Lepas tengok si zikry, terus ke rumah sy. Anak buah sy malam isnin balik Mesir. Balik dari KLIA, singgah rumah sy balik.. kebetulan abang sy datang rumah, sy minta dia buat pagar utk sy. Separuh sy & kekasih cerah sy dah ikat bata.. dia siapkan separuh lagi & plaster simen. Masa sy MC tue sy sempat menuntut cam mana nak ikat bata bagi tegak guna timbang pakai ladung, cam mana nak plaster simen.

Sapa nak upah sy ikat bata & plaster simen, bleh la minta quotation nanti yer harhaarharr. Insyaallah habis punah sy akan kerjakan :p

So, lepas nie boleh mula kerja-kerja kayu & mengecat. Tapi sy agak hot sekarang nie sebab kekangan oleh strata title. Untuk sapa-sapa yang duduk rumah apartment, memang akan 'berbulu' bila kena part strata title nie. Bikin rosyak anak punya frogrem lah!



Pic yang atas sekali tue permandangan bendang di kampung sebelah kampung sy. Masa nie pokok padi dah lepas serak, pokok pon dah besar. Kalau masa kecik, masa sekolah dulu sy tahu teori & praktikal cam mana nak mengerjakan bendang. Mai teknik baru serak bagai nie sy dah tak berapa tau sangat dah... jejak ke bandang pon haram tak ingat bila kali terakhir :p

Permandangan senja tue, bendang dari titi rumah arwah mak sy. Sy jadi tertaut bila tengok pemandangan senja tue... ia sepeti diri sy yang senja :p Memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya transit. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim .. bertapa hambamu ini lalai, ampunkan dosa atas kelalaian ku ini.

Friday, November 26, 2010

Cara letakkan LINK pada GAMBAR di blog

Assalamualaikum...

Buat susah-susah ajer kan? Susah-susah ajer pi block right click utk halang daripada copy paste.. last-last bila nak exchange banner dah tak dapat :p Tapi tujuan utama sy block function right clik tue untuk halang daripada berlakunya plagiat, ciplak sesuka hati. Pada sy, better sy backup diri dulu daripada kemudian hari sy meroyan sana sini, harap masing2 faham na :)
~ bajet cam ada nak ciplak, yer dak :p

Tapi takpa, hikmahnya sy akan ajar bagaimana cara nak add link pada gambar di blog.. jadinya dah dapat ilmu kat situ. Lagi satu hikmah, kalau let say anda copy secara direct link banner yang nak di exchange tue... tup tup blog tue ada penyakit jangkitan malware, secara langsung blog anda pon akan terjangkit jugak.

So, salah satu caranya jangan copy link banner secara direct. Banner tue anda upload dulu dalam photobucket (atau apa2 website photo uploader) kemudian baru letakkan link blog yang nak di link kan.

Ini hasil permbacaan sy lah.. bila blog sy ada malware jangkit daripada blog geng blogger ituhari, google punya google sy jumpa orang kasi petua lagu nie. Betui ka tak betui.. kalau salah sama-sama kita pi bom blog tue :p Kalau ntah-ntah betui ker tak pemahaman sy tue.. jangan pulak bom blog sy! LOL

So nie cara nak add my banner yer..

1. ...... tapi dek kerana sy pi block right click utk halang daripada copy paste..maka nya sy TUMPANG refer link banner pada blog :

http://jaqizacraftworld.blogspot.com <------ sila ke sana & copy link banner beliau, sebabnya di blog tersebut anda boleh copy paste.
~ jarinah, sy tumpang refer link banner pada ur blog yer :)

2. perhatikan ayat http pertama tue... yang itu ialah link blog sy yang nak di link kan.... gantikan dengan link blog sy iaitu http://azimadiyshop.blogspot.com

3. perhatikan ayat http kedua.. yang itu ialah link banner yang nak di letakkan link .... gantikan dengan link banner sy iaitu http://i966.photobucket.com/albums/ae148/azimablog/azima-1.png

Mudah kan? Alhamdulillah.. dah dapat satu ilmu.

Thursday, November 25, 2010

Rasainnn... buruh kasar konon :p!

Assalamualaikum..

Dah seminggu sy tenggelam... la nie baru timbui. Sejak 3 hari lepas sy MC, lama dah sakit tekak sebenarnya sejak sebelum raya haji lagi.. pasai sy dok pulun ikat bata tengah hari buta, bawah panaih laq laq...

.. yer adik-adik, ahkak ikat bata yer bukan typo. Macam buruh kasar lagaknya masa hujung minggu sebelum raya haji ituhari. Hingga berbalaq kulit kaki & muka.. sunburn habis. Punya lah pedo-pedo.. minum banyak air, sangkakan nanti-nanti oklah tue. Tapi masa raya haji ituhari makan & minum tak terdidik.

Malam sabtu tue.. kumpul2 semua & buat BBQ, sambil makan, sambil bercerita, sambil gelak (read: gelak tak sedar diri) esoknya tue rasa perit tekak nie & luka la pulak kat langit-langit. Kecederaannya tue macam makan wing & drummet ayam seolahnya terfikir cam sekali ngan tulang ayam tue dikekah eeekk? LOL

Last2 jatuh sakit jugak... rezeki tuh. Start daripada sakit tekak tue melarat habis macam-macam, 3 serangkai & sakit-sakit badan. Makanya semua oder sy tak larat nak stenby.. tapi dengan adanya entry nie, ia membawa maksud, sy tak MIA, sy bertambah pulih & oder akan dipos dalam waktu terdekat & dah pos sy akan inform.

Abang sy kata.. tak leh mintak kerja ngan dia.. buat kerja main-main bleh lah!! Aduhduhduhduhhhh..... tarik selimut balik lah, tak jadi kebah. Rasainnn... buruh kasar konon :p!

Update lagi nanti2!

Thursday, November 18, 2010

kami 'kenduri' benjo

Assalamualaikum..

Ya, masih berhari raya & masih bercuti..

~ di rumah abang sy, kami 'kenduri' benjo hari hari nie :p

~ esok ke rumah kakak sy plak, sy nak 'curi-curi' jahit langsir untuk rumah kat kampung nie..

Tuesday, November 16, 2010

tudung jakarta dengan effect beralun-alun

Assalamualaikum...

Hari nie last sy kerja utk minggu nie.. kedai sy tutup na, minggu depan baru bukak balik. Dek kerana petang nie insyaAllah bertolak.. makanya sy dah tak boleh buat kerja dah :p duduk pun dah tak senang duduk dah...

... sy dah rasa, aura sejuk di tepi pergunungan, lepas tue burung-burung berkicauan, desiran dedaun ditiup angin, riak ikan di air..

ehhh hati-hati!!!

.. eisshhh budak-budak nie... elak punya elak nasib baik tak masuk dalam tali ayaq! Hampa nie kan.. kalau kayuh basikal ingat macam jalan mak pak hampa yang punyaa.. hampa pi balik sat lagi mak pak hampa cari, orang time raya-raya nie duduk rumah, tolong belah kayu ka, pelekat api ka... hampa bersunat dak lagi nie? kalau takmau kena bersunat lagi sekali... hampa pi balik lekaih!

Aduhduhduhh... imaginasi, imaginasi. Ntah-ntah bukan aura sejuk di tepi pergunungan, alih-alih kena meranduk banjir uolsss.. belah rumah sy tue kawasannya rendah, hujan kejap jer air dah naik. Ntah- ntah bukan budak-budak yang kena ligan pi balik.. mak budak yang kena ligan suruh basuh ayaq danoq... orang lain pakat dobi rumah, dia pakat buat senaman perut (read: makan). Nggeeeee.....

Barang dah siap pack semua & dah lungguk depan pintu. Balik kerja nanti, ambik nangoi-nangoi dua orang tue, balik ambil beg. Cili blend yang dalam peti sejuk tue & daun kunyit kat depan rumah tue janganlah terlupa ambik sekali. Ekekkeke.. cili blend & daun kunyit pon termasuk dalam ini cerita :p Cili blend tue sy dah stanby siap2, balik kampung nanti tak bayah nak merebus & mengisar bagai, nanti bleh terus tomeh jer rendang pedas tue.

Daun kunyi tue pulak kalau di kampung.. nuuuunnn seberang tali ayaq sana depa tanam pokok kunyit. Kena jalan pi buat U-turn kat kunci tali ayaq baru patah balik pi ambik daun kunyit, kalau tak pon nak kena keloi mana anak-anak buah yang lalu pi tolong ambik sat. Haduiii letih.. leceh tau kalau nak memasak semua nak kena stenby dulu. Potong stim, dah la kiter nie kalau memasak bajet chef... main terus campak-campak ajer :p

Ok, ituhari sy cuba-cuba jahit tudung jakarta cikgu anak-anak sy yang punya. Sy selalunya kalau jahit tepi kecik, selalu buat kat kedai tapi dek kerana dia nak effect berlaun-alun.. jadi malas nak hantar kedai. Sy cuba jahit pakai mesin jahit tepi portable sy tue. Mula menjahit ntah sampai berapa kali percubaan tak menjadik.. geramnya. Masih tak dapat lagi skillnya tue.. bila menjahit sambil tarik... jahitan tue jadi tak sekata, ada yang tebal, ada yang nipis.

Lepas tue, try lagi oklah sikit jahitan & berombak-ombak tue kurenggg sebab kain jerseynya tak berapa memeri sangat.



Sy ambil RM 20 jer untuk yang nie.. sebab renda tue kain perca buat baju sy & sy silap congak. Sy sangka cukup panjang dari kiri ke kanan.. rupanya tak cukup kena sambung la pulak.



Ini pulak tunic yg sy beli pada harga RM 15.90.. ber riben bagai tak agak-agak dah kertu. Tudung tue tudung pertama percubaan sy buat tudung jakarta. Dah lama sangat sy tak pakai tudung tue sejak sy mula pakai tudung tak berawning. Kebetulan sy tak berapa minat tudung printed & yang tue saja sehelai yang ada.. belasah lah :p

Monday, November 15, 2010

Off course lah ayam tua! sy kunci untuk jawapan itu :p

Assalamualaikum...

Fenomena itu dah bermula... semalam sy plan nak makan kat luar tapi banyaaakk sungguh kedai tutup. Susah betul nak cari kedai makan masa raya haji nie, ramai tukang masak yang asal daripada kelantan (dan pattani?) dah balik untuk raya haji. Kat sana kan lagi meriah kalau raya haji berbanding raya hari raya...

.. melilau gak la semalam, pi kedai yang lain... tunggu sampai makanan pon setengah jam. Mungkin jugak depa tak jangka pelanggan ramai malam tue sebab kedai-kedai lain banyak tutup. Ishak plak dah tidur masa tue.. naik keras lengan pangku dia tidoq.

Aduhaiii... sy jenisnya kalau kalau kedai A ramai tapi sedap, gamak sy pi kedai B.. asal boleh makan & tak berebut2, tak sesak. Setengah orang tue, dia punya logik akal ~ pelanggan ramai = sure makanan sedap. Sy punya logik akal, orang ramai = sure dapat makan lambat, lambat balik.. sampai rumah dah lewat & dah mengantuk, kerja pulak tak menjadi.

Masa on the way balik dari kedai makan, saja borak-borak kosong dengan kekasih awal dan akhir sy... kenapa kedai makan orang-orang kita nie jual terlalu banyak variasi makanan. Kalau kena time pelanggan ramai luar jangka macam nie.. tukang masak tue kejap2 nak goreng nasik/mee, kejap2 nak preheat sup, kejap2 nak goreng fries.

Kalau tengok kedai makan cha ya nun alif.. depa lain, mesti ada satu main menu yang bebetul special & orang pergi sana sebab orang nak makan yang tue saja. Betul-betul signature recipe.. kat tempat-tempat lain tak boleh dapat, kalau boleh dapat pon tak sama dengan yang lain. Itu antara faktor kenapa depa nie boleh berniaga sampai berpuluh beratus tahun, bertahan hingga ke berapa generasi. Atok, bapak, anak, cucu, cicit.. dok jual benda itu saja, semua dok bergantung rezeki kat itu saja.

Dok cerita pasal makan, raya haji nie.. teringat pulak lah nak masak apa untuk raya haji nie. Kebetulan kena dengan penghujung minggu, penghujung musim sekolah.. sy lajak cuti sampai hujung minggu. Ingat nak masak-masak untuk raya haji nie... kalau raya, tak sah kalau ketupat pulut & rendang pedas lah. Dulu masa arwah mak sy masih ada... rendang pedas kerang. Tapi kali nie ingat nak buat rendang pedas ayam.. itu memang kami punya signature recipe tue.

Minggu lepas anak buah sy SMS tanya, acik nak ayam tua ka ayam muda?

Off course lah ayam tua! sy kunci untuk jawapan itu :p

Rendang kalau buat pakai ayam tue memang sedap.. isi tak relai & hancuq. Makan & rasa liat2 sikit tue yang sedap maaakk oiii.
~ disaat ini merasakan ada connection nya perkataan tua & wanted itu :p

Kakak sy pulak buat bihun sup ayam tua.. alamak aiii, sambal kicap kasi lebih ya!

Saturday, November 13, 2010

Kuasa beli menurun...

Assalamualaikum...

Kita sembang-sembang kosong jer hari nie, kuasa beli di Malaysia menurun katanya dan rasanya sy lah salah sorang penyebab kepada penurunan kuasa beli itu :p

Walaupun berlaku kemerosotan dolar Amerika Syarikat di pasaran, namun ia tidak memberikan faedah kepada nilai ringgit sy. Bila nilai ringgit sy meningkat, sepatutnya sy boleh berbelanja lebih...

.. tapi banyak mana sangat lah faedah kepada duit sy tue yer, tak 'terasa' pulak. Lagi 'terasa' kalau hari nie umum harga gula naik sekian-sekian.. teh di kedai naik sekian-sekian sen, harga tepung naik sekian, roti canai di kedai naik sekian-sekian sen.

Yang herannya tue... gula naik sekian-sekian sekilo, tapi harga teh secawan naik sennya macam bancuh teh bubuh sekilo gula pulak yer. Tue tak cerita lagi kenaikan harga minyak... :p lagi macam-macam cerita boleh cerita pasal chain reaction nie. Kita berbelanja ker tak belanja, pi mai pi mai poket kita tetaaap jugak yang nipis :p.

Rasanya, sy lah salah sorang penyebab kepada penurunan kuasa beli itu. Ituhari masa beli baju sekolah Idris... sy beli sepasang baju sekolah agama, sehelai sampin, 2 helai seluar sekolah rendah dan sehelai kemeja. Mana cukup kan?

Yang beli tue sebenarnya sy ingat nak buat contoh saja... nanti sy ambil ukuran based on baju tue & jahit. Yang seluar sekolah rendah ajer beli lebih rasanya beli lagi jimat kos & masa.. kain seluar semeter jer dah berbelas RM.

Berbelanja untuk diri sendiri, rasanya jarang sangat sy beli baju.. yang ada sy beli kain & buat sendiri. Kalau dihitung kos kainnya sahaja bawah RM 20... abis cam noo kuasa beli tak menurun yer tak?

Tapi ituhari masa sy cari tshirt untuk buat shrug yang orang oder, sy dah terbekenan satu tunic. Peternya sy suka & rasanya nanti baju tue akan jadi mangsa 'bedah siasat' untuk dapatkan pola. Sy kalau beli baju, itulah satu tujuannya.. sebab sy nakkan pola baju tue, sama macam maxi twisted neck yang sy beli dulu.
~ :p nota maxi tue sy peram, ada satu part tue sy buntu nak lukis cam mana... huhuuhuu.

Tunic tue harga RM 15.90.. ... abis cam noo kuasa beli tak menurun :p Dahlah jarang membeli, beli pon yang murah-murah sajork :p

Jika alasan dek kerana gaji tak cukup, maka kuasa beli menurun.. mungkin juga, tapi kalau dah namanya duit, bagi banyak mana pon tak cukup. Kerak memang banyak kalau periuk lagi besar. Tapi sy lebih suka kalau alasannya berjimat cermat, perlu berbelanja & perlu jugak menyimpan sekian-sekian peratus daripada gaji. Hari nie memang kita cukup makan pakai, esok-esok belum tentu, hari nie kita sihat walafiat, esok-esok belum tahu kesudahan.

Dibuatnya sakit.. nak ke hospital kerajaan, service nya makkkk aiii! Dibuatnya tengah malam esok-esok minyak naik... makkk datooookk bijaknya, tak ada chain reaction katanya.. tapi hakikatnyaaaa.....
~ sy menyindir, tapi jangan teriasa... tapi itulah hakikatnya.

Thursday, November 11, 2010

sy & ayaq banjir...

Assalamualaikum..

Kat utara masih banjir kan? Tengok ayaq banjir.. mula lah tangkap syahdu. Kasi can lah ehh bukan selalu nak syahdu syahdan tentang banjir nie, setahun sekali ja :p

Di kampung sy, kawasannya berbukit & sebelah sini kampung, di sebelah sana bendang.. pemisahnya ban taliayaq.
~ penguasaan bahasa utara kena mantap naaa, sy kalau tiba-tiba jemari ter type bahasa utara... terrrrruuuihh nak harung bahasa utara :p

kat mana kita tadi?

Memang logik akal sangat lah kawasan tue selalu sangat tenggelam banjir. Kalau hujan lebat sangat, arwah mak memang 'tak sedap perut' dah..
~ arwah mak sy selalu guna ayat tue...

.. dok kelitin pi kelitin mai
~ habih la hampa... apa plak makna kelitin kelitin pulak nih, maksunya pi mai pi mai lah.

.. dia stenby dah tutup semua lubang-lubang yang boleh masuk air. Contoh lubang air keluar dalam bilik air, lubang kat tepi sinki dapur, lubang bawah pintu.

Aikkk takkan tutup lubang-lubang tue, ayaq tak masuk? Kalau dah namanya banjir tue, ayaq naik.. mestilah masuk, cuma dia tutup tue tak bagi ayaq danoq..
~ ayaq danoq tue.. air selut, air yg kotor bercampur sekali tanah.

.. tak bagi ayaq danoq tue masuk sekali dalam rumah. Taklah teruk nak cuci rumah nanti. Sebab rumah bawah daripada bukit, mesti air hujan dan bercampur sekali tanah yang turun dari bukit.

Tapi bagi kami yang budak-budak nie rasa sebaliknya, time banjir la syokkkk!! Sy teringat lagi.. dulu kalau banjir, sy ambik besen tapi kalau di rumah kami panggil besen yang besaq habuan nak perah baju tue.. kami panggil tas (aikk tetiba jadi keliru plak, nanti sy check ngan kakak sy :p)

Dulu-dulu besan bukan daripada plastik.. ia diperbuat daripada aloy ker alumimium ker ntah yang cam besi tapi ringan gak tue. Sy ambil besen tue & bawak keluar rumah.. selalunya air di luar rumah lagi dalam & masuk dalam tue. Carilah apa saja yang boleh dibuat dayung... selalunya senduk lah jadi mangsa, senduk serupa macam orang kacau nasi kawah kalau masa kenduri kendara tuh. Meaahahaha... see bergitu jakunnya masa tue, teringin pon sama, teringin nak naik sampan!

Yang lecehnya kalau time banjir nie.. nak kena mengangkut semua barang ke tempat tempat tinggi & ke rumah atas. Peti sejuk nak kena lapik bata, barang2 masak bawang cabai semua kena angkat atas table top, kain-kain baju yang dok lipat semua kena bungkus dalam kain batik & bungkus lalu campak naik rumah atas. Dengan barang2 bertukang abah sy lagi.. huhuhu.

Boleh imagine lah kalau time banjir nie rumah cam mana punya selerak. Nak masak pon tak selesa sebab rumah bawah tengelam air. Selalunya, masa banjir nie.. masak lauk yang mudah-mudah saja. Nasik lawan dengan ikan sardin tin atau goreng ikan kedera masin (belanak) atau ikan gelama masin cicah cili kicap. Atau nak lagi tragik, goreng ikan duri masin & buat masak asam.. penangan tragik dia tue sampai kikih periuk! Hehehehehe...

Pemandangan kalau time banjir nie syoknya, kalau ada orang lalu naik motor. Depan rumah tue, jadi laluan orang kalau nak ke bendang... dan syoknya kalau orang lalu naik motor, tengok macam mana depa randuk ayaq..
~ randuk tu redah

.. kalau air agak dalam & tak berapa pandai jaga minyak motor masa randuq air, kekadang enjin moto boleh mati. Kalau ternampak nie.. kami yang duduk dalam rumah nie, pakat hentam gelak macam tak cukup tanah, meahahha. Patutnya kesian kat orang tue.. kena tolak motor & nak start motor tue balik bukannya senang. Kena start banyak banyak banyak banyak kali... sampai lenguh kaki.

Budak-budak lelaki pulak masa tue, yang rata-ratanya bawah daripada umur sy.. akan kayuh basikal & randuk ayaq. Saja suka-suka randuq ayaq.. kayuh laju-laju & burrrrr masuk dalam ayaq banjir... hehhhee.

Itulah kenangan sy & ayaq banjir... nngggeee :p



Ok lah ini baju sy yg sy dah jahit lamaaaa dulu.. tengoklah pada warnanya. Dulu-dulu inilah kaler yang sy suka, kaler gelap-gelap & kusam-kusam. Bila dah senja nie baru teringin nak pakai kaler orang muda balik :p
~ habislah, orang tua tak sedar dirik katanya...

Tapi tak siap pasal tangannya tue lining tak cukup. Ituhari sy terjumpa balik, sy ingat nak pakai & dalam pakai inner.. tup-tup sy tergunting plak kat tangan tue.. adei.

Lepas tue sy gunting ajer jadi sleeveless sebab sy rasa sy ada penyelesaian untuk baju nie. Selain pakai inner kat dalam, sy boleh buatkan 'tangan' untuk baju tue nanti.



Sebabnya baju nie dah ada lining & kalau pakai inner plak kat dalam.. dah berberan-beran plak jadinya...
~berberan-beran.. berlapis-lapis

.. ituhari sy ternampak ada minah salih nie refasion inner tapi utk tangan saja. Nanti sy nak try buat satulah.

Wednesday, November 10, 2010

refashion ~ 'ai hate ruffles' shrug :p

Assalamualaikum...



Masih ingatkan baju nie... ituhari sy tunjuk baju hat luar tue. Zoom kat baju pink tue.. baju tue sebenaqnya baju tidoq sy.. nnngggeee. Dulu masa sy beria tengok orang refashion, sy beli baju nie.. ingatnya memang lama dah nak buat shrug. Tapi last2 jadi baju tidoq ja.. nak pakai ke luar, almaklom.. baju tshirt macam nie macam baju 'salah bikin' saja. Nie untuk kita-kitalah yang bertudung & mak-mak budak.. tak berapa sesuai. Potongan badan kecik, baju singkat tapi tangan over labuh.. leher plak V terdedah bagai.
~ dalam pic nie sy pakai baju belakang ke depan :p

Dek kerana sy ada balance kain yang agak-agak kalau dipotong boleh dapat depan & belakang baju, so bajunya kenalah sleeveless. Selain pakai ngan inner, sy rasa kalau pakai ngan cardigan atau shrug pon ok.. sopan & menutup jugak.

Jadinya ituhari sy pon potong baju nie agak-agak labuh yang sy nak & belah kat tengah. Kemudian sy pakai dalam keadaan terkalih/sebelah dalam.. sy tanda garis susu :p :p - senangnya tanda ikut cup bra & melengkung terus hingga ke belakang baju.

Perca baju yg sy singkatkan tadi tue jangan buang, let say buang 6" bahagi 2 dapat 3 inci & jahit sambungkan bagi panjang. Yang nie untuk ruffle, jehit tepi kecil atas & bawah.... tapi masa jahit tepi tue tarik sikit kain supaya dapat kesan beralun.

Masa nak jahit ruffle ke shrug tadi.. kalau pro & tangan 'hidup' boleh lah sambil jahit, ambil satu jarum peniti & tolak ruffle.. kiranya sambil jahit sambil kedutkan lah nie. Tapi kalau tangan 'mati'.... aaiiiii tak reti-reti jahit guna jahitan jarang-jarang dulu kemudian tarik benang untuk kedutkan.

Tapi dek kerana ituhari masa jahit jubah kawan sy, ada balance benang getah dalan sekoci.. makanya sy jahit ruffle tue pakai benang getah. Tapi, nak jadi cerita.... bila pin ruffle ke shrug, kedut-kedut tue over sangat, terlalu banyak.. ambikkk kau, pamadanman mumukama! Nak menderhaka sangatkannn? last2 tak menjadi....

.. tapi takpa, masa sy jahit tue sy regangkan sikit lah ruffle tue. Tapi, nak jadi cerita lagi.. sekali ngan skrug tue kedut sama... meahahha. Jadinya lepas dah jahit tue, tetas balik la jahitan benang getah tue.. tak der hal, itukan proses belajar. Belajar melalui kesilapan :p

Tangan baju tue pulak, sy malas nak ukur.. sy pakai dan takat mana tangan sy nak, sy gunting sikit. Kemudian hujung tangan tue regang2kan sikit & jahit tepi kecil... pun sama, masa jahit tepi tarik sikit kain, bagi kesan beralun.



Kemudian, jahit lubang butang & jahit butang.... siap.

.... 'ai hate ruffle' tue ayat sy quote ayat masa tegok project runaway khamis lepas. Nama sy tak ingat.. tapi hat yang dapat immunity minggu sebelumnya tue... masa dia kata i hate ruffle tue, sy tak berapa setuju. Bagi sy, ruffle tue lah yang bagi menyerlah pada baju. Untuk sy, ai love ruffle so much!

*** passt : tengah sy menaip entry nie, dah ada orang oder shrug nie, nak kaler hitam katanya... alhamdulillah. Moga-moga ada tshirt kaler hitam di kedai.



Nie plak pic permainan masa sy budak-budak dulu. Sy ajar pulak idris & ishak main. Ambil stigma bunga waterlily & lawan pukul gilir-gilir. Sapa terjatuh yang warna kuning hujung stigma tue dia yang kalah. Giliran ishak pukul, tup2 stigma ishak yang terjatuh. Lepas tue, dua-dua orang nangis.. ishak nangis sebab dia punya tanggal, idris nangis pasal dia ingat dia yang kalah.. aduhaiiiiii depa nie.

Tuesday, November 9, 2010

refashion ~ ai hate ruffles

Assalamualaikum...

... layan pic jer dulu, cerita ceriti nanti sy edit balik.





Monday, November 8, 2010

... projek DIY mega, katanyaa :p

Assalamualaikum..

... projek DIY mega, katanyaa :p



Nie apa yg sy & kekasih sy usahakan dalam 2 minggu nie. Buat pon hanya pada hari cuti saja & baru dapat banyak tue. Sy cuba-cuba ikat bata.. pasang satu bata & timbang air, ketuk sikit alamak terketuk terlebih plak. Timbang lagi sekali.. .. terhegeh-hegeh ekekkeke.

Pagar bawah batu & atas pasang kayu... tapi kami hanya DIY ikat bata & pagar kayu saja. Untuk bahagian plaster simen tue.. mintak tolong abang sy, dia nak mai KLIA lepas raya haji nanti.. hantar anak dia balik mesir. Dah kebetulan mai sini.. dan kebetulan pulak cuti sekolah, sy tahaq..
~ tahaq nie maksudnya apa ntah, tahan kot..

... sy tahaq suruh buat pagar nie. Kami buat sendiri sikit2 yang mana tau.. pasai dia tak boleh lama2, kesian kat anak menakan (read: anak kucing) :p, dok bela anak kucin plak la nie.

Tue lah dok pikiaq2 nie, masa anak kecik-kecik.. takmau ramai2, cam sy lah dok kata takmau beranak ramai takut tak dan nak jaga & bisin sama.. kejap2 hat nie hangggggg teriak, kejap2 kang.. hat tue pulak hangggg keriau.

Tapi tua2 nanti, bila anak semua dah besaq2.. takut pakat rasa sunyi la pulak. Cam mana tuh?Tetiba terkeluar ayat : sunyi la rumah nie mak hang nooo, rindu nak dengaq suara anak teriak! Gulppp... sapa nak tolong tue? Nak-nak pulak masa tue mak hang nie dah expired... mau tak meroyan?

Kat mana kita tadi?

Pic pagar tue takat petang semalam.. beria-ia sungguh. Tapi yang sy perasan, siangnya sy tolong angkat bata, angkut simen bubuh dalam kereta sorong... malamnya memang sy rasa penat, tapi mata sy tak boleh tidoq. Badan penat tapi mata tak nak tidoq.. otak still nak bekerja, kekdahyaa!

Jadi sy jahit jubah nie.. kawan sy punya.. jubah biasa leher bulat.



tak dak zip apa pon, pakai serelom ja..
~ serelom tue sarung lah maknanya.. .



hujung tangan jahit benang getah.. 4 lapis.



.. ituhari, sy refashion sekali lagi tshirt tue, tapi pengkritik tetap skill tak berkenan.. hwawawa.




.. interprem, budak yg tak reti2 tido nie tengah menyampuk.

Saturday, November 6, 2010

Sendiri punya periuk, sendiri taulah kerak banyak mana.

Assalamualaikum...

Sape ada tengok tv semalam, sy dah baring-baring nak tido.. tertengok tv2, cerita 'bercakap' saja & bukan cerita aksi2 tapi ceritanya seronok & kagum pulak bila tengok cerita tue.

Dia berasal dari Rusia, terkandas di lapangan terbang (New York kalau tak silap) nak hantar balik tak ada visa. Dia tinggal, tidur, mandi semua di lapangan terbang tue.. nak keluarkan dia dari situ tak boleh sebab tak ada alasan. Nak makan, tak ada duit.. dia kumpul duit hasil daripada return troli di lapangan terbang.

Macam-macam helah pihak berkuasa di lapangan terbang buat untuk dia keluar dari lapangan terbang. Termasuk pancing dia lakukan jenayah, hantar pekerja untuk susun troli ~ bila dah pekerja yang susun troli, dia dah tak ada sumber kewangan.

Dia minta kerja, last2 kena gelak sebab alamat di lapangan terbang tue jugak (Gate 67 kalau tak silap). Dia gunakan no telefon awam di lapangan terbang tue untuk contact number dia & dia tunggu majikan yang nak offer dia kerja dekat telefon awam tue sampai kedai tutup. Last-last majikan tue call juga dia & maklumkan pekerjaan tue dah diisi. Sedih kann.. diperkotak katikkan sedemikin rupa!

Kemudian, ada seorang pekerja di lapangan terbang tue admire pada seorang pekerja kaunter. Dia akan diberi makan percuma kalau dia inform maklumat tentang pekerja kaunter tue. Jadinya, tiap2 harilah di pergi ke kaunter & isi borang yang sama.. walaupun tiap kali borangnya kena tolak (sebab dia tak ada visa). Sebab, tujuan utama dia nak cari maklumat tentang pekerja kaunter tue.

Nak tahu dia belajar bahasa inggeris cam mana? dia belajar based on sarikata pada tv. Kemudian dia bandingkan dua buku.. satu buku dalam inggeris & satu lagi buku dalam bahasa rusia. Itu ajer cara dia belajar.. respek abis.

Tak lama lepas tue dia dapat kerja pembinaan lepas kontraktor tengok hasil kerja dia bila dia ubahsuai tempat tinggal dia di lapangan terbang tue. Dan gaji dia lebih banyak daripada ketua pihak berkuasa di lapangan terbang tue!

Sy tak tengok cerita nie habis, sampai takat dia jadi juru bahasa kepada pelancong dari Rusia yang mengamuk sebab ubat untuk ayah dia disekat, tak boleh bawa balik. Ubat untuk manusia kena sekat, tapi dek kerana dia duduk di lapangan terbang tue lama.. berdasarkan pada borang, dia tahu kalau ubat untuk binatang tak akan disekat. Jadi dia menipu, kata ubat tue untuk kambing.

Lepas daripada tue semua anggap dia wira, pekerja2 di lapangan terbang semua kenal dia & layan baik. Sy tengok sampai takat tue saja... lepas tue tv tengok sy pulak hihihihi

Sy kagum & rasanya nie cam kisah benar kot. Kagum dengan kesungguhan, kagum macam mana dia boleh generate income untuk hidup pada masa tue dan yang penting dia bukan buat kerja tak elok untuk dapat duit.

Kaitkan dengan realiti & cara hidup sekarang... golongan marhaen sy rasa hidup lagi 'susah'. Kalau miskin, boleh mengadu.. dapat bantuan sikit2, dapat masuk tv minta bantuan. Kalau tengok orang miskin, rumah tak berapa sempurna tapi anak semua ramai...
~ kekadang buat sy terfikir, depa nie buat anak masa bila dan kat mana... ngggeee.

Memang tue semua rezeki dan rezeki tue dari Allah, cuma yg sy nak highlight kan kat sini.. dia miskin, tapi ada harta lain, iaitu anak-anak dan dapat bantuan sikit-sikit. Walau dia miskin, tapi dia kaya harta yang lain. Sekurang-kurangnya depa merasa jadi kaya!

Kalau golongan kaya tue lagilah senang hidup. Tapi bagi golongan marhaen sekarang nie, tambah2 pulak yg duduk di bandar-bandar, gaji bulanan dalam RM 1500 lebih kurang (mungkin isteri bekerja ataupun tidak). Mana cukup untuk sara keperluan bulanan. Contoh sy, anak dua.. dua-dua duduk taska & tadika, yuran bulanan dalam RM 500. Golongan marhaen rata-rata miskin anak pasal dok fikir takut tak mampu besarkan anak ramai-ramai. Kan?

Kemudian campur duit susu anak, pempes anak, belanja rumah lagi dalam RM 500 misalnya. Sewa rumah atau installment rumah busuk-busuk rumah kos rendah dalam RM 350 sebulan. Jumlah semua dah RM1350, baki RM 150.

Oleh kerana anak hantar taska, maka andaikan isteri juga bekerja & gaji dalam RM 1000 lebih kurang. Mungkin isteri tolong bayar installment kereta RM 400, petrol? Takkan tangki kereta isi ngan air plak, yer tak? Tolak duit petrol, mungkin busuk-busuk baki hujung bulan sama jugak dalam RM 150.

Balance dalam RM 300 sebulan nie banyak ker? Suami mesti nak jugak hulur-hulur kat kat mak dia sikit. Kalau kereta tiba2 meragam, kalau road tax insurans mati, duit ubat anak2 lagi, tiba2 teringin nak pi jalan sana sini.. balik kampung ker misalnya. Takkan nak balik kampung berlenggang saja. Mesti nak bawak balik jajan sesikit, kalau ada ibubapa kat kampung teringin nak topap beras, minyak & gula... itu paling koman.

Allahhu akbarr... itulah nasib golongan marhaen. Sy tak tahu orang lain, sy dok persiap diri sendiri, sy buat cam nie saja. Sy tahu apa yang sy minat & yang sy buat air tangan menjadi. Sy dah kenalpasti skill yang sy ada & sebolehnya pertajamkan skill tue. Sy tambah mana yang tak cukup dengan generate income dengan skill yg ada.. tue saja lah. Nak buat cam mana lagi? Nak canang kata kita susah, makan pakai tak cukup....

... takkan nak minta bantuan? Tak logik & tipu lah sangat. Sendiri punya periuk, sendiri taulah kerak banyak mana. Masa-masa sesak, tak cukup, pandai-pandailah cari idea nak bagi cukup cam mana... bubuh air dalam kerak & tekan butang cook misalnya :p

Berapa ramai rumahtangga yang berkecai dek kerana duit. Cinta tak kan kemana-mana kalau tak ada duit. Larat ker hidup kalau asikkkk dok bercinta.. boleh kenyang ker? Masa umur2 cam gini lah, muda (muda ker?), kuat sihat, masa idea tengah banyak, masa tengah bekerja & ada pendapatan sendiri, masa anak2 mungkin sorang dua & masih ada masa lagi untuk 'mencari' skill yg ada & bagi mantap skill tue. Kalaulah dah tak ada rezeki di tempat kerja.... ada jalan untuk cari duit, tampung mana-mana yang lompong msa tengah sesak.

Hidup tue kan macam roda.. persiap diri dari semua segi. Sekarang kita rasa kita sedang-sedang lah, tak susah & tak kaya.. esok-esok? Sy bila fikirkan bab nie.. hati dup dap, tak sedap perut pon ada, nie dok pikiq... la nie bolehlah kata roda tue kat atas, tapi cam mana bentuk ujian bila mana roda tue pusing dok kat bawah.

Allahhu akbarr... itu baru cerita bab bekal untuk hidup kat sini, yang bekal kat 'sana' macam mana pulak cerita?? Oleh itu, jika anda minat apa yang sy minat.. tgk sidebar kanan, intipati azimaDIYshop ada kat situ...
~ ehhh ehhh tetiba ada iklann! :p

Sy tak boleh menaip dengan banyak.. sebab sy rasa skill sy pon ada kat situ, nak sy menulis banyak, motivate banyak-banyak... sila bayar kaunter 10.
~ meahahahahaaaa... gila, katanya guna skill apa saja untuk generate income!

Pssttt... siapa jer yang tak ada skill apa pon, even membebel tue pon skill jugak.. buat direct selling pon ok aper :p Daripada membebel kosong, buat ketupat.. speku kulit muka sipulan-sipulan menggerutu bagai, lepas tue tak reti-reti masuk jarum? Keluarkan lah sabun muka cap makcik wok... untung-untung ada gak orang beli!!

Kan dah ter generate income?





~ pic bed rise garden yg dah siap.. walaubagaimanapun, bed rise bukan untuk dijual. Buah mulberry yang ditaman itu mungkin ya untuk dijual... meahahahaa cam kebunnya berhektar-hektar!

Thursday, November 4, 2010

Perasan tak?

Assalamualaikum..

Perasan tak apa yg baru di blog sy? :)

... ingatnya cam nak pi jenjalan cari kain, lama sungguh kita tak cuci mata :p
~ apa yg terfikir semua buat post :p berfikir sambil berblog nggeee...

YESSS... SY DAPAT IDEAA!

Assalamualaikum..

YESSS... SY DAPAT IDEAA!
SY AKAN GUNTING BUANG JAHITAN BENANG GETAH KAT HUJUNG TANGAN TUE, PENDEKKAN TANGAN SKET & JAHIT KAIN JERSEY PRINTED BUNGA2 YG SAMA CAM BAWAH BAJU DI HUJUNG TANGAN... LEBIH MATCHING. AHKIRNYA.. DAPAT JUGAK IDEA.

Wednesday, November 3, 2010

refashion ~ Mintak tolong komen sat na...

Assalamualaikum...

Semalam... tengah elok nangoi2 tue makan sate, tapau dari pasar malam.. tetiba tengok mata ishak, cam ngantuk sangat. Tanya dia, dia kata penat & merengek sambil cakap sakit. Tapi si ishak nie sakit pon cakap sakit, gatal pon cakap sakit. Rupanya kelangkang dia, ketiak, mulut & mata dia naik alergik gatal cam sy kena ituhari.

Sy cebokkan dia & sabun satu badan, reda kejap.. nak tido sambil menyusu tue naik balik. Gatal sana sini, nak tido pon tak selesa. Sy sapukan losyen putih yg sy punya dulu & nangis2 dia tanak. Itupon nasib baik sapu dalam gelap..

Pagi tadi, kami masuk office lambat sikit.. pergi bawa dia ke klinik dulu. Nasib baiklah dapat majikan tak berkira :p alhamdulillah.

................

Sy suka sesangat apa jua baju yg jenis knit, wool, cashmere & ala2 sweater cam gini..


(sumber gambar : carian internet)

... kerana pada sy ia cantik, sesuai pakai ke mana2, simple tapi ada gaya & yg penting tak payah iron.. sesuai utk hari2 kecederaan, tetiba bangun tido hari dah cerah, sarung nie ngan jeans/slack ajer. Setel kannn? Hehhehe....



Ok, nie t-shirt yg sy refashion semalam.. tangan sy jahit benang getah. Ingatnya nanti nak jahit lagi dua tiga line. Bahu sy gunting untuk kecikkan bahu kemudian jahit balik. Tapi utk part bawah baju tue, pengkritik tetap sy bagi markah 5/10. Baju kaler coklat gelap.. tak kena dengan kaler kain tue yg printed bunga2 kaler peach.



Jadinya, perlukah sy buang part yg bawah tue.. atau biarkan cam tue. Mintak tolong komen sat na...

YESSS... SY DAPAT IDEAA!
SY AKAN GUNTING BUANG JAHITAN BENANG GETAH KAT HUJUNG TANGAN TUE, PENDEKKAN TANGAN SKET & JAHIT KAIN JERSEY PRINTED BUNGA2 YG SAMA CAM BAWAH BAJU DI HUJUNG TANGAN... LEBIH MATCHING. AHKIRNYA.. DAPAT JUGAK IDEA.

Tuesday, November 2, 2010

sy rasa selebet sket kalau pakai t-shirt

Assalamualaikum..

... sy baru saja siap refashon satu baju t-shirt L size yg dah beli lama, dulu beli ingat nak buat pakai jogging petang2 sabtu. Last2 kita buat apa? Hehehehe tak larat lah nak jogging.. nie kat dlm rumah nie pon tak sempat berkemas. Tue dia punya alasann :p :p

.. ituhari, bila sy dok google2 tentang refashion baju.. baru terperasan, sy mmg tak ada t-shirt!

Memang.. sy tak ada t-shirt & salah satu sebab, sy rasa selebet sket kalau pakai t-shirt... nggeee.
~ kamalaumau comomotmot tumu, comomotmot lahmak jumugakmakk!

T-shirt, based on saiz sy yang agak kecik molek nie,
~ burrrrr bersembur abis semua..

... kalau beli t-shirt mesti tak dapat labuh yg sy nak, tak lepas tutup bumper :p . Kalau beli yg labuh... mestilah menggelebeh & tangan pon extra panjang. Tak ker selebet? Tambah pulak sy dok jahit baju sendiri... lagilah sy tak beria kalau pasal t-shirt.

Tapi sejak tengok minah2 salleh buat refashion... minat pulak rasa. Tapi, pikir balik.. depa nie kerat sana, potong sini.. bolehlah sebab aurat depa nie tak ada sapa yang larang.

Tapi ada satu yg sy nak refashion bila ituhari jumpa balik t-shirt tangan labuh sy tue. Itulah satu-satunya t-shirt tangan labuh yg sy ada...
~ sedih kennn, misken! ahkak nangisss....

.. dan ia cukup sifatlah kalau nak dibawak masuk majlis. Hehehehehee...

.. tapi, picnya sy simpan dulu ya :) ... sy nak minta vote utk projek refashion itu. Pada mata sy, bolehlah.. sbb itu yg sy nak, tapi pada mata pengkritik2 tetap sy kata ala2 saja :(

Nanti sy pakai & baru sy snap. Malas plak nak snap2 bagai sekarang nie. Ishak tido tak nyenyak, tadi naik alergik plak kat badan dia...

Monday, November 1, 2010

sewing party.. anyone? BERMINAT? SILA TINGGALKAN EMAIL

Assalamualaikum..

Teringin tak kalau, one fine day pakat kumpul reramai buat sewing party kat rumah sy. Sy ajar jahit pape yg simple (sy ajar FOC, don't worry :p) benda yg semua bleh faham & jahit dengan cepat..
~ guess what? sy dah ada idea apa yg nak ajar dlm kepala!

... pastue tentang makan-makan, buat potluck.. so kita sharing2 ilmu menjahit, sharing2 resepi, bleh kenal2 & gosip2 sket.. nnggeee.

Idea apa nak jahit tue.. sy tengah usahakan sekarang nie.. hopefully menjadik & ingatnya nak buat dalam bulan 12 nie. Cuti sekolah kan masa tue, anak2 kalau tak ada sapa jaga.. bleh export jap ke kampung.. hehehehe.

Harap2 manjadi. Kalau ada yg nak join, boleh tinggalkan add email kat ruangan comment di bawah nie...
~ yang mana zero knowledge, yang pernah beli nota atau tak pernah beli nota.. yg ada mesin jahit atau tak ada mesin jahit.. semua dijemput, asalkan sekepala.. kita gila menjahit :p

edit~~~

Sewing party : Dec 2010 : Kaftan