Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Saturday, July 30, 2011

READYMADE KURUNG/JUBAH..

~ sticky post~
Sila scroll ke bawa utk latest entry.. tq

Assalamualaikum...

Harga baru kurung aladdin/butterfly: RM 110.00

Harga baru jubah aladdin/butterfly: RM 100.00


~Harga tak termasuk caj poslaju
~Saiz baju ada pada pic baju tapi yg blom ada nanti sy update size kemudian, sy luferrrr :p
~Warna baju asal mugkin berlainan, sebab flash
~Untuk oder yang awal, dapat FREE GIFT, brooch seperti yang dipakai di dagu che Senah, si full body mannequin sy tuh :p sementara stok masih ada...
~Rujukan saiz :

Kurung aladdin/butterfly

Saiz S :
bahu 13
dada 34
pinggang 30 (GETAH)
punggung 36
tangan 22
labuh kain 38

Saiz M :
bahu 14
dada 36
pinggang 32 (GETAH)
punggung 40
tangan 22
labuh kain 39

Saiz L :
bahu 15
dada 38
pinggang 34 (GETAH)
punggung 44
tangan 23
labuh kain 40



Jubah aladdin/butterfly
Saiz S :
bahu 13
dada 34
tangan 22
labuh jubah 54

Saiz M :
bahu 14
dada 36
tangan 22
labuh jubah 55

Saiz L :
bahu 15
dada 38
tangan 23
labuh jubah 55







saiz L






































saiz S











saiz S


Thursday, July 28, 2011

not for sale, no ready made & no custom made yer...

Assalamualaikum..

Baju readymade for sale...

1. Jubah aladdin, dark gray, saiz M.. tapi labuh 53" sahaja





1. Kurung butterfly, hijau pucuk pisang, saiz L.. masa snap pic, kain belum siap :p



Printed nie not for sale, no ready made & no custom made yer... ini sy jahit utk test macam mana rupa kalau printed. Sy rasa cutting nya jadi besar sangat kalau printed.



Wednesday, July 27, 2011

atas tertutup, bawah terbuka...

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, sebelum subuh lagi kami dah bertolak balik kampung. Sampai kampung ajer, pilot pulak rasa macam nak demam. Ahh sudahhhh macam mana nak balik nanti?

Dah la co-pilot nie tak boleh di harap langsung. Jalan area-area sini boleh harap gak lagi.. kat highway sy rasa lain macam. Dengan 110 tue memang rasa tak laju mana tapi kalau tiba-tiba berlaku, sy takut tak dan brake :p laju sangattt. Dengan 110 tue sy rasa macam teroleng-roleng, macam tayar tak cecah jalan pon ada :p Dengan 110 tue sy rasa seolah sy meluncur & apa pon tak boleh, walaupun kelip mata..
~ banyak lah kau punya dengan... macam tak biasa, naik kereta terus kau nak layan mata! :p

Dah siap mandikan anak-anak, sy pon pergilah jenguk anak buah sy tue, Nurul Aina Amani.. dah 43 hari masa tue. Mak dia rasa macam mimpi pulak ada anak lagi, sy kata macam dok mengasuh anak orang plak ekk? Ntah la mungkin dia tak jangka kot.. 43 dah umur kakak sy tue.


~ nurul aina amani.. semoga jadi anak yang solehah.

Sesungguhnya si amani tue, memang pandai berlakon baikkkk sekali dia nangis.. nah kau punyalah kuat suara dia. Dia pandai mengajar... nak dipangku dalam keadaan duduk sambil dagu sangkut ke lengan mak dia. Masa bebudak tengah buat perangai macam nie, memang rasa ketap rahang.. nak aper hah? penampaq? Ngeeeee.. tapi bila dah tidur, rasa sunyi pulak & tertunggu-tunggu pulak bila dia nak jaga & nak main sama.

Petangnya sy test drive kereta orang tue, baru beli. Bila sy kata ringan, tak macam kereta buruk sy.. bukan power stereng, al maklum stereng bas! Dia punya excited kata tak payah tekan minyak pon berjalan.... punya lah ringan. Tueeeee daaa.. sy kata sy nak beli macam hat nie lah, tak payah tekan minyak, jadi tak payah isi minyak!!! Kahkahkahhh...

Balik daripada tue, cenggah beli buah tembikai esok paginya kakak sy nak buat pulut kuning, kari ayam. Malanya tue balik dari beli buah, kakak sy masak kari mamak ikan puyu, tumbuk sambal belacan, ulam pucuk daun kari pole, sy goreng ikan masin pulak.. aduhduhhduhh selera betul. Punah diet.. add 1 kg bila balik sini :p


~ sy lakukan pencerahan disini yer, pum pang pum pang sy kata... sy makan sampai tak jumpa brake tapi sy makan setengah pinggang saje. Seee... sy diet!

Esoknya, lepas makan pulut & promot baju seround.. kami pun angkat bungkuih la. Balik singgah ipoh & sesat seround.. jam 8 baru sampai rumah. Serius tak puas balik kampung kali nie.. si Idris dah sekolah, tak boleh dah lajak-lajak.

Baju printed nie tak jual naa...




~ printed membuatkan sy jadi sebaliknyaa, nampak koi tembun, padahal.... memang tembun!


~ anggap saja ia tak menunjukkan keadaan sebenar.. ada sedikit bias LOL


~ atas tertutup, bawah terbuka... baju-baju nie satu sut, dah jual lama dulu.. baru bagi balik untuk pasang bling-bling.


~ org utara kata terperengau.. dulu kalau masa bebudak lagi, main & meloncat sana sini & duduk ikut dan.. kena tegur, elok la duduk macam tue... terperengau. rupanya tak perasan kedai kopi dah ternampak dek orang.. kekekke

Friday, July 22, 2011

Nak cari makan lagu mana?

Assalamualaikum...

Selasa lepas, pi upah baju melayu orang rumah sy. Orang rumah sy nie, baju melayu dia nak yang jenis raihan, takmau yang pesyen macam biasa dok jual tuh. Sy memula plan nak buat baju melayu johor guna kain lycra bagi sedondon habih semua pon dia tanak :(

.....jadi memang nak kena tempah lah. 2 tahun lepas sy buat baju kat dia, tahun nie tak buat.. sibuk sikit :p

Kali terakhir rasanya harga RM 110.00 lagi sepasang, la nie dah jadi RM 140.00 dah.. kalau pada kami yang marhaen nie :p mahal lah.. tapi wat do do, pakai untuk 2 tahun. Baju anak-anak, pepandai sy lah buat bagi kelim jahitan lebar sikit atau beli kain bagi lebih sikit.. habuan nak buat seluar lain kalau ada yang singkat sangat. Sekali lagi..... marhaen!

Gamak ajer pakai untuk 2 tahun, pasal pakai pagi raya ajer... tengah hari dah lucut buang.
~ buang? Anak sy, Ishak tak faham perkataan buang nie. Sy suruh buang tahi mata.. dia calit mata & buat aksi campak.... aduhduhduhh habis lah, tak terwarislah ciri-ciri keutaraan macam nie!

Tiap kali masuk kedai jahit nie, sy jadi tersanjung... menengokkan hujung kolar kemeja pon dah buat sy jatuh rahang. Bucu kolar kemeja dia sharp & kemas betul. Mata sy dok kerling liap-liap kat baju hat yang dia jahit tue dengan rasa nak nangis!

... tukang jahit nie cha ya nun alif, memang tak dapat nak nolong :p

Sy dok pikiaq-pikiaq... kalau nak kaya cepat, baik jadi tukang jahit lelaki lah. Satu pasang baju dah boleh up sampai ratus nngggeee

.. tapi kesian jugak, nanti depa nak cari makan lagu mana? LOL

... teringat kat Cikgu Ishak, alaaa cikgu disiplin sekolah kiter masa kat sekolah. Dia cukup marah kalau murid-murid lelaki nie suka main-main & tak serius belajar.

Nak cari makan lagu mana?

Dia kata nanti dah kawen wife hampa balik tengok rumah berselerak, anak-anak nangis...

" ... sori yangg, abang tak sempat kemas.... anak cirit" Masa tue hampa mengasuh anak & pakai kain batik ketang ke dada.
~ ketang ke dada tue berkemban lah maknanya..

Maknanya, lelaki jangan malas belajar.. kalau malas belajar, nak cari makan lagu mana? Nanti kena buli dengan orang perempuan. Kena duduk rumah jadi suri rumah, kena jaga anak sementara orang perempuan pi kerja cari duit. Nak ker?

Tapi la nie.. lelaki perempuan kena rajin belajar naaa... kecuali kalau born with silver spoon atau kau nak jadi artis :p


~ kalau nak cari girdle murah boleh try girdle brand nie, sy beli di carrefour subang, rm 19.90 sajork, selesa sangat...


~ hasil tuaian 2 hari lepas.. masammmm

Baju tuaian 2 hari lepas juga...



Wednesday, July 20, 2011

Inilah harga yang sy patut bayar untuk...

Assalamualaikum...

Sy rasa bersalah sangat pagi nie. Kekasih sy selalunya belikan sarapan yang berat setiap pagi & tengah harinya sy tak lunch. Jadi sy dah terbiasa, tak ada duit se sen dalam hand beg pon sy boleh bertenang lagi. Asalkan bateri handfon sy ada & ada kredit.....

.... kalau sy susah atau terdesak, ada superhero datang membantu.
~ laling, temah tujukan ayat ini kat yu ;)

Tapi pagi tadi, memandangkan kakak yang jual nasi lemak tue tak meniaga... sy jadi menyebai. Sy dah jadi regular customer lah kiranya, menu sy nasi putih + ayam masak sambal atau pedal masak sambal atau kerang masak sambal atau ayam masak kicap. Kalau makan nasik putih pagi-pagi, kiranya boleh ampun lagi, perut melayu nie dah terbiasa sejak kecik-kecik dulu. Kalau nasik lemak, sy tak berapa gemar.. kolestrol kehkehkeh.
~ selepas makan baru nak kata kolestrol.. sebelum makan, hadap tak sedar diri :p

Sy ada sebuku roti, so malas lah nak cari sarapan kat tempat lain, kat tempat lain mesti nasik lemak... ermmm tanak makan lah macam nie. Menyebai & diet kater ko!

Bila sy turun dari motor besar, berkuasa besar...
~ laling, ayat tak agak-agak ekk.. kuasa besar, hakikatnya........ (fill in the blanks) tapi mesti akhirkan dengan alhamdulillah, syukur :)

... dah siap salam & comolot bagai,
~ lalinggg... di tempat awam? ohh tidak, temah saja mereka-reka cerita... bagi menarik! LOL

dah babai tata & flying kiss semua, sy disapa dengan salam dan....

....akak ada jual nasik lemak panas-panas dalam kereta, lauk sambal sotong, tiga ringgit jer.. nak ker?

Sy bersalah kerana menipu, sy dah sarapan... sebab sy tak tahu samaada sy ada duit ker tidak dalam handbeg. Sy naik ke office & tengok ada duit orang beli nota semalam.. sy lari ke bawah balik. Sy serius nak beli nasik lemak panas-panas dalam kereta, lauk sambal sotong, yang harganya tiga ringgit jer tue. Tapi sy terlewat.. dua kali sy jalan kiri kanan blok nie. Tak jumpa.

Sy rasa sy bukan sahaja berdosa pasal menipu.. tapi sy juga berdosa kalau penolakan sy tue akan melunturkan semangat seseorang. Bukan senang nak tebalkan muka & berniaga macam nie. Semua tue perlukan semangat & kekuatan.. kekadang semangat tinggi, suara pulak tak terkeluar.

Masa first time sy meniaga kat offline masa kat sekolah ituhari, sy dah rasa macam mana... betapa tebalnya muka. Jika ada penolakan, itu membuatkan sy termalu sendiri dan ia membuatkan sy rasa berkecil hati. Jadi, sy rasa kecewa pulak dengan diri sendiri sedangkan masa tue, sy boleh buat sesuatu.

Hidup sekarang susah & sy tak tahu.. mungkin itu hari pertama kakak tue meniaga. Belajar memasak & itu entah percubaan kali keberapa nasik lemaknya menjadi, bila dah menjadi & dia bungkus satu persatu dengan harapan setiap bungkus nasik lemaknya terjual. Ohhhh myyy.. sy rasa nak menitik air mata.





Ini pic kebakaran rumah belakang block rumah sy. Masa kejadian tuan rumah keluar & jiran terpaksa pecah masuk untuk padamkan api. Mungkin sebab terlupa padamkan api dapur & mugkin juga lilin, sebab rumah nie dah kena potong elektrik.

Cuai tue memang cuai, tapi ini salah satu contoh lagi sebab sy katakan hidup sekarang susah. Takkan saja-sana tak bayar bil, takkan saja-saja nak biarkan anak-anak tidur dalam bergelap & berpanas. Sy maklum kesusahan sy macam mana, tapi sekurang-kurangnya sy boleh tidurkan anak-anak sy dalam keadaaan selesa.

Kalau kita cerita kat orang hidup kita susah, sedangkan kita tinggal kat apartment, pakai kereta sebijik, motor sebijik & laki bini kerja... mampus orang nak percaya. Tambah-tambah pulak kalau pi balik cerita kat kampung. Nak masuk bersamamu minta bantuan? Buat malu kat orang kampung.... so apa alternatif yang kita ada? Ikat perut? Bizz kecik-kecik?

Dulu masa sy mula meniaga online, sy kata nak cari setakat duit susu anak... tapi sy selalunya dapat lebih. Dan kakak nasik lemak tadi... mungkin jugak cari duit susu anak.
~ pagi nie sy mamah sebuku roti itu dengan rasa mengidam nasik lemak panas-panas dalam kereta, lauk sambal sotong, yang harganya tiga ringgit jer tue dengan rasa bersalah. Inilah harga yang sy patut bayar untuk... satu penipuan!

How silly of me....

Add Video

Monday, July 18, 2011

..kaulah racun & kau jualah penawar.

Assalamualaikum..

Semalam hari yang harus diingat oleh sy, betapa sy harus kawal marah. Semalam.. i'm totally lost. Anak-anak, bukan mudah menjadi seorang ibu... & ibu ini, sungguh menyesal. Anak-anak.. kaulah racun & kau jualah penawar.

Ok, tanak sedih-sedih :)

Sorry.. rasanya sewing party nak kena buat dalam bulan puasa jugak. Sebab sy dok atur-atur hari, hujung minggu nie sy nak balik kampung, minggu depan sy nak berjimba dengan anak-anak. Dah habis july.. so nak tanak kena august gak, tapi takpa.. jahit telekung bukan kena kerah tulang 4 kerat sangat pon :p

Dan nie hasil kerahan minggu lepas...









Oder yang di bawah nie masing-masing 2 helai, M & L




~ lufer nak crop pic nie ekk.. nasib baik tak der sotong kering sesat di kiri atau kanan kehkehkeh.. kalau tidak maunya ahkak kena reka cerita pic ini snap di perkampungan nelayan!











Thursday, July 14, 2011

MoU untuk ling...

Assalamualaikum...

Semalam masa sy pi beli susu chocolate kat satu kedai nie....
~ tetiba rasa teringin & rasa nak pow orang :p

.. dan sy jumpa jiran rumah lama sy. Dia kerja kat sana.. dia nie kawin muda & kalau tengok muka depa laki bini macam budak-budak jer lagi.

Masa sy last duduk rumah lama tue dulu, dia baru lepas bersalin anak nombor dua. Bila tengok semalam.. sy puji dia, makin kurus, kecik molek lah. Lepas tue sy saja tanya duduk mana sekarang, sebab sebelum nie dia kata dia dah tak menyewa rumah lama tue, depa ada masalah kewangan & mampu menyewa bilik ajer.

Tapi semalam, dia bisik-bisik kat sy, suami dia tue ada perempuan lain kat kilang tempat suami dia kerja. Itu lah sebabnya dia kurus sekarang. Dan sy terpelengong kejap...
~ terpelengong tue bahasa apa ntah... maksud dia cam terkedu, tercengang, terkejut, terkujat.. semua ter ter ter belaka :p

Sy nie kalau nak bercerita tentang ketidaksetiaan, kecurangan dan lain-lain masalah rumah tangga antara sy & partner sy, sy suka mengelak. Pasal benda nie tak best & sy nak elak sungguh-sungguh.

Sebab bila kita beria-ia bercerita, kita takut nanti tercakap besar & jadi betul-betul. Atau nanti bila kita terlebih berjanji, nanti jika Allah uji, kita takut kita mampu tunaikan janji tue.

Tapi bila satu-satu isu timbul..macam kes jiran sy tue, sy akan ambil peluang nak highlight benda nie kat partner sy.... biar terang. Dan sy bagi soft warning kat kekasih sy masa atas motor semalam....

.... laling, kalau satu masa nanti teringin nak buat hal, yu bagi tahu temah.. senang temah nak ending cerita cepat-cepat, temah akan permudahcara kan, temah jenis orang simple & tanak complicated kan keadaan.

.. sambil gelak-gelak, sambil sy hurut belakang. Walaupun melawak, suara ketap gigi jugak :p soft warning, tapi sy serius dengan apa yang sy cakap tue.

Kes jiran sy tue.. dah ada anak 2, kerja tak stabil.. kerja kilang, bukan tetap pon.. kontrak. Kalu ikutkan banyak benda boleh fikir, tapi ke situ dibuatnya. Tak kemana perginya bila dah kawin tapi susah nak let go zaman bujang. Mula-mula hanya untuk suka-suka, lepas tue tersuka.. tersangkut & terangkut.

Kita masih mentah & kena belajar. Kita takkan dapat rasa apa yang kita rasa sekarang jika kita tak sama-sama ke arah ini. Kita juga takkan dapat rasa apa yang kita rasa sekarang jika hanya salah seorang daripada kita bergerak ke arah itu.

Bila kita beca, dengar & tahu masalah orang lain.. kena ambil iktibar semua tue. Bila kita bincang masalah orang lain, sekurang-kurangnya kita tahu pendirian masing-masing. Sekurang-kurangnya juga tahu ke mana arah yang kita nak sasarkan nanti jika benda ini terjadi.

Untuk waktu ini, sy jenis yang kalau sy suka, insyaallah sy suka habis-habis. Kalau sy sayang, insyaallah sy sayang habis-habis. Tapi kalau satu masa, terhadirkan perasaan benci, sy juga insyaallah boleh benci habis-habis... tak perlu minta, sy akan let go everything.

Ada orang bilang, untunglah partner sy, sy tahu cari duit. Tapi ling.. ia datang dengan pakej, tahu cari duit & juga degil hohohhooo
~ ampunn.. temah kan budak kecik lagi :p

Ling, manisnyaaa kurma ituuu.. tapi lagi manis kalau fahami isi kandungan MoU ini :p

~~~~~



~ soft chocolate? pakai ngan tudung shawl leopard printed.. cun ekk?

Tuesday, July 12, 2011

Kita hidup bukan semata-mata untuk diri sendiri

Assalamualaikum...

Sehingga hujung minggu lepas sy bawa masuk 200 meter lycra utk dibuat readymade & custom made. Sehingga sekarang separuh dah bertuan & dah ada yang di hantar. Alhamdulillah rezeki.. rezeki yang kami kongsi bertiga...

... sy ada dua orang lagi kawan untuk siapkan tempahan baju nie. Sy tak dapat nak jahit sorang-sorang, semangat & kederat sy pon tak kuat tara mana. Jadi masing-masing saling menyandarlah.. win win.
~ yer sy tahu, bagi kami yang bizz kecik nie.. 200m banyaklah pada kami. Alhamdulilah.. tapi sy tahu apa yang anda siniskan itu! :)

Kalau ada yang nak oder untuk pakai sendiri atau beli borong, kami masih lagi terima tempahan sehingga 1 aug nie. Sokonglah kami peniaga online bumiputera yang mula nak bertapak nie... tolong tiup semangat pon boleh.

Bukan senang nak bersengkang mata dalam masa yang sama orang lain sedap-sedap tidur. Dan juga bukan senang nak fight dalam market pakaian nie, tambah-tambah pulak kami yang berniaga online nie :p kedai habuk apa pon tarakk!

Oklah.. kalau nak highlight apa yang kurang, memang kurang serba serbi, tapi kita tak boleh pandang kepada itu. Tapi kita fight demi untuk kelangsungan hidup... demi masa depan.

Kita hidup bukan semata-mata untuk diri sendiri, itu kejam namanya.


~ dark chocolate, anda boleh tafsirkan sebagai bijak bermain dengan warna-warna selamat atau kurang bijak kerana tak berani mengambil risiko... keluar daripada comfort zone.


apa yang dimerapukan ntah.. LOL!

Monday, July 11, 2011

... contemporary.

Assalamualaikum...

Dua hari cuti, dua hari dapur tak berasap. Depa nie kalau tak sihat.. ikut apa yang depa nak makan. Nak sizilling mee besar, ikutkan. Ada sorang tue, sy tengok dia dah mengikut perut sy.....

... bukan mengikut perut sy yang gendut, kahkahkahh.. perut melayu.

Pukul 10 malam mintak nak makan nasik. Bawak pi makan.. nak sy masak, sy dah tutup kaunter :p

Semalam dua-dua dah sihat, dah tak demam malam.. & dapat kat abah dia pulak. Abah dia takpa... tak merap sangat, kalau merap pon sy tau nak buat lagu mana, kikikikiki.

Masing-masing dah tuntut janji dah. Janji yang ditaburi masa tak sihat.. janji tue ditaburi supaya depa mengikut kata & bagi cepat sihat.

Tengok lah masa masuk kereta ambil depa kat taska petang nanti.. mau cair taik telinga depa peringat janji... pandan muka taik telinga, berjanji lah lagi :p

Sy tak sabar nak try buat baju guna lycra printed yg sy beli di kedai kain yang ada tangga naik tapi sy tak jumpa tangga turun tue. Kurung modern tapi sy nak buat baju jer dulu.. buat dress, ada empire line, ada loop utk letak belt..

... asik-asik ikan temenung jer, nak lauk lain pulak. Kita cuba contemporary kan sikit kan jah? Google jap lah..


Saturday, July 9, 2011

Musim demam kan sekarang?

Assalamualaikum..

Semalam, dalam pukul 11 cikgu Ishak call kata Ishak demam, panas sangat badan dia. Sy memang eriau kalau anak-anak demam panas nie.. suhu badan dia nak kena monitor. Dan tugas tue sy tak boleh serah pada sesiapa. Balik, ambil dia di sekolah & kebetulan Idris demam jugak selang 2 hari sebelumya.

Sepatutnya sy on the way balik ke kampung sekarang. Tapi semalam Ishak & abah dia demam. Dalam pukul 3 pagi macam tue panas sangat badan dia & bila minta minum air pon tangan dia mengigil. Sy ingat dapat lah gagah balik jalan pelan-pelan.. ok redhalah.

Tak payah balik kampung.. tangguh minggu depan atau minggu sekali lagi.

Sy pon cam tak beria balik, tempahan ada banyak lagi nak jahit.. ini utk oder borong, nak urgent. Bangun pagi, bila tak jadi balik kampung.. Idris dah sedih & nangis. Siannyer... dia memang excited balik kampung, dapat jumpa dengan abang sepupu dia semua tue.


Nanti sy ejas balik mana yang patut.. kesian kat anak-anak. Kesian jugak kat kakak-kakak sy yang menunggu... hmmm. Musim demam kan sekarang?








~ jubah 2 tone..


~ sy bukan peminat purple.. lagi-lagi dark purple macam nie.. tapi bila dah bubuh bling-bling kat bawah ajer macam ok jugak.