Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, September 30, 2013

Sarung sofa L shape ~ Berbaloi tukar sarung ker berbaloi beli baru? :p

Assalamualaikum...

Ituhari sy ada buat sarung sofa L shape utk jiran sy... utk pengiraan berapa meter nak pakai, sy draf dalam Autocad. Pada sy, ini cara paling senang utk bajet2 berapa meter kain nak kena beli. Tambah pulak kain nie sy oder online, kalau salah kira...punah. Dah nak kena oder n pos sekali lagi.



Utk gunting, sy lebihkan basi jahitan dalam 1 inci, lagi cantik kalau basi 0.5 inci tapi tak kena takut2 dan sy pulak tak dapat buat fitting bagai... makanya utk selamat lebihkan basi jahitan 1 inci shj lah. Dan jahit pun utk satu dahulu... sandar satu, utk duduk satu dan utk duduk pada L satu.



Kemudian sy pergi buat fitting.. dah semua elok, ngam semua.. baru jahit utk 4 keping lagi. Sofa L shape ada 7 pcs kan? 3 yang pertama macam drag masa lah sikit... tapi utk 4 yang terakhir, satu malam boleh buat. Sy pulak pernah jahit sarung sofa kat rumah nie... jadi, ada lah sikit pengalaman :p



Utk sarung sofa L shape mcm nie... perlukan 7m (ada lebih sikit dalam 0.5m, itu nanti nak buat table runner) 5m zip yang beli kira meter tue & sudah tentu 7 kepala zip.

7m x rm 14 = rm 98 + rm 10 postage utk kain  = rm 108
zip 5m x rm 2 = rm 10
kepala zip 7 x rm 0.3 = 2.10

Total bahan mentah = rm 120.10

Berbaloi tukar sarung ker berbaloi beli baru? :p





Sunday, September 22, 2013

Mini jubah mekah lelaki

Assalamualaikum

raya haritue, baju anak2 dan buat..baju hsbn tak dan, dek kerana dia nak leher baju melayu bagai.. n guna kain biasa pulak, kita nie dah la dok jait lycra aja, soo terpending lah kejap.. nie dia bagi hint, upah jait baju dia berapa ringgit? makanya... gunting lain baju guna kain denim lycra nie n jait.....lycra cepat la sikit. 

nie sy bubuh nama mini jubah mekah. blh la pakai pi surau ka... n tadi dah oder lagi sehelai, nanti sy ingat nak buat hat kaler biru denim pulak, nampak santai sikit..blh pakai pi jalan2 pulak hat tue.



.. nie pic keseluruhan, sy dok pikir..kalau buat baju kita org perempuan yg mana bf pun boleh gak kot. buat V bagi labuh lagi n lapik kat dlm mcm nuesing neck biasa. idea banyak tp mcm biasa... nak buat bila tue yg tak dan 




... zoom sikit, tunjuk kat leher. kot sapa2 nak try buat, baju nie sy ada buat tutorial dlm fb sy, tp ituhari sy buat utk anak.. tp pola mmg tak dak lah, tekap dari bj kemeja hsbn ja nie.





Jubah ber-godet

Assalamualaikum...

Lama tak update blog nuh? dok update kat facebook aja yg rajin skrg :p

Nie jubah yg sy letak godet ituhari, kalau let say buat jubah terkecik...boleh jait godet masuk kiri kanan baju 


Wednesday, August 28, 2013

Tutorial : Cara gunting jubah kain lycra

Assalamualaikum

ini ialah tutorial cara gunting jubah TANPA BUAT POLA LAIN...hanya berdasarkan pola yg ada sahaja (sy punya size M)


POLA ASAL SIZE M:
Bahu = 14 = 14 bahagi 2 = 7
Dada = 36 = 36 bahagi 4 = 9
Pinggang = 34 = 34 bahagi 4 = 8.5
Punngung = 40 = 40 bahagi 4 = 10
Lebar bawah jubah = 15


UKURAN JUBAH YANG HENDAK DIGUNTING :
Bahu = 17.5 = 17.5 bahagi 2 = 8.75
Dada = 51 = 51 bahagi 4 = 12.75
Pinggang = 51 = 51 bahagi 4 = 12.75
Punggung = 59 = 51 bahagi 4 = 14.75


Bentang kain dan mula utk gunting belakang baju. Untuk gunting belakang atau depan baju, perlu lihat kepada buka bawah baju (atau jubah) kerana ini ialah ukuran yang paling besar. 

Berdasarkan ukuran pola size M. dada ialah 9 inci dan buka bawah jubah ialah 15.

Jadi bila nak gunting jubah yang ini, dadanya 12.75 inci ( sy ambil 13 inci, sebab tambah 0.25 utk basi jahitan).... jadi :

13 inci (dada jubah) tolak 9 inci (dada jubah size M) = 4 inci

Buka bawah jubah size M ialah 15 inci jadi kena tambah 4 inci  = 19 inci . Ini ialah berapa lebar yang kita kena lipat sebelum letak pola. 

~ bila kita gunting jubah size M, buka bawah jubah = 15 inci.... tapi bila kita gunting jubah yg bersaiz besar, buka bawah jubah kenalah besarkan juga... dlm kes nie beza dada ialah 4 inci, jadinya buka bawah jubah kena tambah 4 inci lah juga.



Tengok, sy enjak ke depan sebanyak 4 inci utk dapatkan dada 13 inci.



Oleh kerana dada dan pinggang jubah ini sama 13 inci, makanya kita potong selari sahaja dada dan pinggang.

Untuk punggung, dalam pola size M, punggung = 10 inci.. bila enjak 4 inci, baru dapat 14 inci....sedangkan jubah yg nak gunting punggungnya ialah 15 ( 14.75 sy tambah 0.25 utk basi jahitan)

Maknanya kita kena tandakan ke depan lagi satu inci utk dapatkan punggung 15 inci.



Berdasarkan point punggung yg kita tanda 1 inci extra tue, guna tali tape atau pembaris atau apa2 yg lurus dan cukup panjang..... tarik sampai ke buka jubah yang 19 inci tadi.



Gunting



Bawah jubah gunting selari dan bila sampai di tengah jubah naikkan anggaran 1 inci.



Balik ke punggung, gunting ke pinggang dan dada berdasarkan pola sampai ke ketiak.



Tengok balik ukuran bahu jubah... ukuran bahu jubah ialah 8.75 ( sy ambil 9 inci, 0.25 utk basi jahitan) 

Letak tali tape dan enjak pola sehingga hujung bahu ialah 9 inci



Gunting ketiak beardasarkan pola jubah tadi mcm nie



Sekarang kita nak gunting turun leher belakang dan turun bahu.

Turun leher belakang sy buat 1 inci dan turun bahu juga 1 inci.


Oleh kerana jubah yg nak gunting nie bahu lebar... buka leher kita enjak dalam 1 inci ... logik akal, org badan besar... kita besarkan sikit lah buka leher bajunya.




Gunting leher dan turun bahu mcm nie


Oleh kerana ketiak jubah ini ialah 13 inci... guna tali tape... tadi kita dah gunting turun bahu 1 inci...


Oleh kerana ketiak jubah ini ialah 13 inci... guna tali tape... tadi kita dah gunting turun bahu 1 inci...


tarik ke bawah sampai selari 13 inci... gunting mcm nie



Gunting ejas2 bagi dapat 14 inci... memang ketiak 13 inci, tapi utk lengkuk ketiak sy tambah 1 inci... jadi lengkuk ketiak tue su ejas bagi dapat 14 inci



Gunting utk jubah depan pulak.... walaupun nak gunting utk jbah depan, tapi masa gunting... badan semua sama sahaja dengan jubah belakang..... 

utk ketiak dan bahu, tindan 2 keping jubah mcm nie.. dan gunting bagi sama.



Gunting sama sebijik mcm nie... sama dengan jubah belakang



Utk jubah depan... ambil pola jubah depan size M. 

Tadi ingat tak, utk luas leher kita enjak 1 inci? maka utk luas leher depan pun enjaklah 1 inci




Untuk turun bahu... pola depan kena turun lagi 0.5 inci... mcm nie



Gunting mcm nie


Gunting utk ejas lengkuk ketiak bagi dapat 14 inci balik (pasai tadi kita dah gunting buang 0.5 inci)


Ini pola tangan size L, ketiak = 10 inci



oleh kerana pola ketiak = 10 inci....sedangkan jubah yg kira nak potong ialah 13 inici...perbezaan ialah 3 inci.

maka, kita enjak pola 1.5 inci atas n 1.5 inci bawah... bagi dpt jugak ketiak 13 inci



gunting mcm nie




gunting bawah tgn... gunting selari sehingga separuh lebar tgb....kemudian naik 0.5 inci

Tutorial 2 : (sambungan) Cara jahit jubah mekah ~ size 7 tahun

Assalamulaikum...


1) lipat 2 dan jahit selari sepanjang bias tape utk leher n hujung tangan. Trim atau buang jika ada senget2.... sy akan buang anggaran 1/8 inci hingga 1/4 inci utk bagi samaa sepanjang bias tape



2) Tandakan turun 1.5 inci 

( 1.5 inci kerana bias tape utk leher = 4 inci. 
Bila lipat dua jadi 2 inci.. tadi dlm step 1 dah trim 1/8 hingga 1/4 inci... tolak basi jahitan dlm 1/4 inci.... jadi anggaran bias tape sekitar 1/5 inci sahaja.


3) tandakan 3/4 inci atas dan  3/4 inci bawah ( jumlah jadi 1.5 inci lah jugak)



4) Gunting macam nie


5) Kalau selak segitiga tue, nampak lagu nie



6) Tandakan mcm nie... nak gunting buang ikut line pun boleh, tapi sy x gunting pasal nie 2nd time buat, sy takut silap :p



7) Jahit bias tape ke hujung segitiga tadi



8 ) Jahit utk cantum bias tape ke leher



9) Bila sampai bucu pada atas leher, lajak sikit, angkat tapak mesin jahit dan pusing



10) teruskan jahit hingga habis



11) Setelah jahit, dari pandangan luar akan dapat mcm nie. Tengok segitiga yg gunting tadi.... dia duduk kat luaq



12) Lipat segitia tue masuk ke dalam


13) Hampaq jubah elok2 dan dah centre elok kiri kanan leher...pinkan bawah leher tue dan jahit bawah leher tue sahaja



14) Masa nie sy buat kesilapan sikit.

dalam step no 7) masa permulaan jahit bias tape ke leher... hujung bias tape sy tinggal sikit sangat... jadi bila silangkan leher... sebelah singkat sikit




15) see... sebelah singkat

 bila sy jahit spt dalam step no 13)... yg sebelah lagi tak kena jahit :(



16) ok IKLAN :) sape nak tempah jubah mekah.. inbox mak saya.... ngaaa.



17) Jahit bias tape hujung tangan pulak.


18) Jahit tepi bias tape yg dah jahit ke baju tadik dan jahit kiri kanan baju, lipat bawah baju dan jahit.


SIAP