Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, October 31, 2011

pomen pak akob, pomen bagi pelingkup :p

Assalamualaikum...


~ takut kan?

Ituhari, bila sy menjahit.. sy tension sangat dekat thread tension mesin jahit sy tue... sy pon gatai tangan... pomen punya pomen, tetiba jatuh hat tempat pulas thread tension tue. Punya gabra.. berpeluh-peluh pasang balik. Pusing punya pusing tak lekat dah thead tension tue... nie peluh keluaq besaq-besaq kambin dah nie.. pasal banyak baju yang sy janji nak bagi ahad lepas. Memang nayaaa.. pomen pak akob, pomen bagi pelingkup :p

Pulas punya pulas & test jahit... nahhhh ambik kau, jahitannya cantik. Mungkin sesekali kita kena gamble jugak... sekali sekala lah, kot-kot jadi. Kot-kot tak jadi... kalau seringgit dua boleh gamak punggai kat kedai barang lusuh :p

Cerita pasal kedai barang-barang lusuh nie.... kekasih sy dok tengah pecerah rumah la nie. Ternyata banyak sungguh barang aka sampah yang dok simpan. Majalah lama zaman rumaja dulu, kertas-kertas salah print untuk nota-nota sy, kertas-kertas contengan anak-anak, mainan-mainan anak yang mana dah hancur, alat elektrik yang rosak.. semua rongkah ambil tembaga & yang lain kumpul untuk dijual. Sy nak tengok nanti boleh dapat berapa ringgit semua sampah-sampah tue.

Kalau lah kain lycra tue boleh dijual :p kalauuuuu... tapi sy ada idea nak nuat apa perca-perca lycra tue, tapi nak membuatnya tue, masa bila? ... banyak lah tapinya.

baju minggu lepas...




~ baju kurung modern, kain duyung - ada yg tak berani pakai printed macam nie kan? sy berani lah jugak tapi sy akan make sure jangan pakai sampai penuh satu badan... mungkin dress sahaja, seluar atau kain sy pakai plain utk cool down balik aura binatang tuh kihkihkih. Tapi printed macam nie pada sy baju nampak mahal :p







~ ini jubah 2 tone..

















Friday, October 28, 2011

Be prepared.. be prepared lah.

Assalamualaikum...

Sy bergitu tersentuh bila melihat video ini :

http://www.youtube.com/watch?v=iI_oGQgGdiU&feature=colike

.. cuba tengok pada minit ke 20, dari situ sy tersedar & sy akui apa yang sy buat selama ini sama dengan apa yang Ustaz Don cerita. Kalau sy sibuk, sy cenderung untuk suruh anak pergi main jauh-jauh dengan alasan sy sedang sibuk buat kerja.

Dengan alasan apa yang sy kerjakan itu untuk memberi depa makan... itu yang sy anggap penting. Padahal yang sy kerjakan itu tak ada maknanya jika mereka membesar nanti tidak menjadi anak-anak yang solleh.

Kalau sy mendidik mereka dengan didikan yang lebih kurang dan jika nanti akan menjadi anak yang lebih kurang.... lebih kurang seperti sy, apa sy nak buat?

Be prepared.. be prepared lah.
....................................

Projek baju sy akan datang... mungkin seperti ini, tie neck.. sangat cantik dengan dress & jubah. Tapi tengoklah nanti.. kalau sy masih ada masa menjahit & ada hati untuk menjahit :p
~ semalam idris tanya sy kenapa sy tak buat kerja seperti selalu... :)






Tuesday, October 25, 2011

Ohh... sungguh tak mencabar!

Assalamualaikum...

Sy tertarik bila sy melihat video klip nie di fb tadi...

http://www.facebook.com/photo.php?v=207692262636089

Sy memang admire dengan orang yang gigih bekerja.. ia buat sy rasa segala apa yang sy rasa susah, aperrrrr lah sangat kalau dibandingkan dengan mereka-mereka ini.

Masa sy buat projek DIY buat pagar rumah ituhari.... abang sy kata, untuk plaster simen tak boleh pakai pasir halus, kena oder yang kasar tue.. tapi kena ayak dulu. OOOiiiicccc... merasalah sy mengayak pasir dan merasa jugak lah sy macam mana sodok pasir kemudian layang ke pengayak tue.

Masyaallahhh... nak sodok tue satu hal, nak angkat tue satu hal... nak layangkan tue lagi satu hal.

Sy guna kekuatan tangan, menggigil tangan tak larat. Sy guna kekuatan dari perut
~ kehkehkehh... ingat menyanyi ajer yang guna suara dari perut?

Sy bergantung harap pada perut gendut yang kuat makan tue, sebab sy agak-agak : kalau kau kuat makan, kau juga harus membalas budi sekali sekala :p

Kalau nak tanya soalan : mengigil tak perut? Sy tak dan nak rasa.. nngggeeee.

Sy dok huppp (sosok pasir) happp (angkat naik) & ambikkk kauu ( layang ke pengayak) , huppp happpp ambikkk kauuu. Kami ( sy dan abang sy) dok berlawan ayak pasir.. dia layang & kemudian sy layang... bergilir-gilir. Habis jugak bukit pasir tue kami kerjakan.

Berkat hasil kekuatan chi dalaman & kekuatan perut sikit-sikit...
~ ok ok sy mengaku.. kekuatan ego jugak sikit-sikit, sape yang nak kalah kalau berlawan kan?

Tapi lepas mengayak pasir dan nak melangkah jalan tue, terasa jugaklah.. mengengkang dibuatnya! Hohohoho... kelat sendi-sendi lutut & pinggang :p

Lepas tue sy dah harungi hidup sebagai buruh binaan :p baru sy tahu kenapa :

~ depa nie banyak makan sebenarnya... tapi ini bukan benda pertama yang sy realize lah
~ depa tak ada pilihan
~ depa diasak untuk lakukan itu demi kelangsungan hidup, nak suap bagi makan anak-anak

Letih, panas itu tolak tepi.. benda kalau dah biasa buat & dah selalu buat akan jadi benda biasa. Itu kalau kerja tulang 4 kerat nuhh.. belum lagi kerja-kerja yang buat kita rasa kurussss semangat atau kerja-kerja yang buat kita rasa nak kata euwww.

Apa kerja yang paling mencabar dikerja pada hari ini?
- duduk di dalam office dengan file yang menimbun..

Ohh... sungguh tak mencabar!

Cara buang malware pada blog~ part 2

Assalamualaikum...

Ok, sambung daripada part 1 tue : http://azimadiyshop.blogspot.com/2011/10/cara-buang-malware-pada-blog.html

Sebelum kita nak diagnose apa penyakit kat blog, kita kena verify dulu blog kalau blog kita belum buat verification. Kita guna alternate method & pilih cara Add a meta tag to your site's home page

Bila dah copy meta tag tue, masuk ke dash bashboard : klik Design - klik Edit HTML - klik Expand Widget Templates

nak paste kat head tue kita tak tau kat mana head dia.
~ terutama bagi sy lah yang tak mengaji nie :p

Ok, tekan F3... akan keluar satu column Find bawah window & type perkataan head. Paste kan kod meta taq tue kemudian klik Preview. Kalau stepnya betul, blog kita tue akan ada dalam Webmaster tools.

Ok dah selesai bab verification.

Sekarang kita nak diagnose apa penyakit & kat mana sakit tue ada...

Bila kita masuk Webmaster Tools tue.. dah appeared macam nie, boleh klik More Details



1) atau pun boleh klik link blog dalam Webmaster tools - klik Diagnostics kemudian - klik pada Malware



2) Bila klik details akan tunjuk punca kepada malware


Dalam bulatan yang sy bulatkan tue, ada kod bla bla bla.. sy tak berapa faham sangat, ada perkataan img.... yang sy dok faham, mungkin ada image daripada blog fizanwanpani yang sy simpan dalam blog sy. Sy dok fikir-fikir tak ada, jadi sy fikir-fikir mungkin icon profile fizanwanpani ada dalam blog sy bila fizan ada komen dalam blog sy dulu-dulu.

3) Tue sebab sy delete semua comment oleh fizanwanpani (sorri mate, aku delete semua komen hang, sori.. sori)



Bila sy preview balik Wabmaster tools, still ada malware tue.

4) Sy baca dari blog org lain kata buang tick icon pada bloglist.. sy pun buang.



Kat blog list tue padam tick pada icon.

Bila sy preview balik Wabmaster tools, still ada malware tue. Tapi dah petang sy check blog dah ok.. mungkin take time sikit kot nak clear. Mungkin jugak lah.. tue pasal sy tak tahu mana ubat mana yang menyebabkan ia ok :p

Friday, October 21, 2011

Cara buang malware pada blog

Assalamualaikum...

Rasanya blog sy dah bebas daripada malware kot, sy nak tunjuk macam mana sy buat... tapi sy nie tahap sekolah pendok, tak mengaji bab2 IT nie.. jadinya semua main taram ikut dan. Kalau tanya mana satu yang sy guna untuk buang malware tue? Saya pon tatauuuuuuuu...

Bila view kita punya blog & akan appeared lah window yang kata blog kita kena malware tue kan & malware asal daripada mana... blog sy itudari daripada fizanwanpani.

1) Mula-mula kena sign in Webmaster Tools
Sign in macam sign in masuk dashboard blog. Webmaster tolls akan paparkan blog anda.. tapi dalam kes sy, sy ada beberapa blog... tapi blog yang effected tak disenaraikan, maknanya blog tersebut tiada verification lagi.

2) Kena buat verification blog dulu. Klik add blog pada icon 'add a site' dan type kan link blog tersebut.

~ sy terlupa nak print screen masa nak add site untuk blog azimaDIYshop nie, tapi sebagai nak tunjuk contoh, sy cuba add site untuk blog sy yang lain iaitu http://kelasmaxi.blogspot.com.



Lepas buat step yang dinyatakan tue, tekan verify.

Tapiiiiiiii... bila nak verify blog nie sy tak lepas-lepas, sy tak faham sebenarnya arahan tue.



3) Sy cuba verify blog guna alternate method



Klik pada alternate method & baca arahan.... kena copy & paste pada head html blog.



Sign in blog, masuk design & klik edit html

BERSAMBUNG..

Thursday, October 20, 2011

Murahnya nyawa.....

Assalamualaikum...

Dah 2 hari sy pakai selipar jepun mai kerja. Pagi semalam... masa sy kelam kabut jahit tepi kecik untuk baju tempahan sy, tak perasan besi yang kena cabut untuk membolehkan jahit tepi kecik pada mesin jahit brothers tue terjatuh. Bila bangun nak ke meja potong kain, sekali sy terpijak derrr... rasa slow ajer tertikam masuk kat tapak kaki. Nasin baik berdarah sikit ajer... tapi bisa jugak la, berdenyut sampai sekarang.

Tapi walau kaki sakit, lagi sakit di hati nie... katanya kat China, jangan tolong orang yang dalam kesusahan. Macam kes langgar budak umur dua tahun tue, tak ada yang tolong pasal nanti orang yang tolong itu kena tanggung kos rawatan & yang menolong boleh dituduh menyebabkan kemalangan & boleh kena saman. Kecuali keluarga sendiri... katanya.

Tueee dia.... alasan, punya ikut hukum logik.

Katanya lagi tanggungan kos rawatan kemalangan lagi banyak daripada denda menyebabkan kematian. Itu pasal bila tayar depan dah langgar, dia langgar lagi dengan tayar belakang... bagi mati teruih.

Tueee.... punya laknat. Tak ada langsung nilai kemanusiaan. Murahnya nyawa.....

Sy tengok video klip tue sampai takat sorang ajer yang lalu, tak gamak nak tengok sampai habis. Tak sampai hati...

Kalau kita bawak kereta & tiba-tiba anjing melintas... pon tak gamak main redah macam tue ajer. Anjing tue memanglah anjing.. binatang, tapi bukankah ia satu nyawa & ada hak untuk hidup?

Tuesday, October 18, 2011

.. duduk rumah papan lah kaya!

Assalamualaikum...

Dua jejaka yang belum bersunat dalam rumah sy... masing-masing bajet kacak :p

Yang sorang, balik sekolah ituhari tetiba tanya sy... makk, abang kacak tak? Sy tak tahu perasaan sy macam mana ketika itu, rasa geli ketiak ada, rasa nak lari masuk bilik & gelak golek-golek pon ada.. nak pitam pon ada kehkehkeh.

Sy tanya dia, abang tahu tak kacak tue aper? Tak tahu, kawan abang kata abang kacak... kata dia.
~ pitammm...

Oooo ok, ermmm untuk tidak memanjangkan cerita, rasanya tak perlu tanya siapa yang cakap dia kacak... kekkekee. Kacak tue hensem lah, tapi lagi kacak kalau jadi anak yang solleh.

Yang lagi sorang tue, ada satu pagi dia beria-ia bersiap, letak jel rambut & sikat rambut buat rambut pacak. Kemudian tanya sy... mana yang wangi-wangi tue? ak ak (ishak) nak yang wangi macam semalam tue. Sy memang tak pakai perfume, jadi heran jugak.. bila masa sy beli perfume?


~ pic semalam, mula-mula menangis tak nak ke sekolah.. lepas nampak songkok, nak pakai baju raya.. tak dan dan nak pi sekolah pulak.


~ pic pagi tadi... nasib lah anak 2nd, pakai seluar warian dari abang sajer, tapi rambut pacak maintain yer.. jangan sape2 sentuh.

Kemudian teringat, sehari sebelum tue sy ada beli something.. masuk ke bilik air & tunjuk kat dia... ak ak cari yang ini ker? Haaaaa yang nie lah wangi-wangi, lalu ambil & sapu ke badan & baju dia..... ya ampun, dia sangka kan 'sumber ayu.. merapatkan keintimanku, cubalah sendiri' itu cologne!
~ tapi pagi tue dia pi sekolah tak nangis2 macam sebelumnya la... sy agak ntah2 urat nangisnya dah rapat!!


Anak sy nie, bajet nak pakai seluar jeans ajer pi memana... kalau seluar yang depa suka pantang kering, kekadang nampak dok sangkut & tak dan jemur pon mintak nak pakai.

Sy baru terscan satu kedai yang tempat duduknya ada wakaf. Sy memang admire giler tempat-tempat yang ada wakaf macam nie, ambil makan boleh bersila, boleh berlunjur & gamak tak ada orang.. boleh berebah kejap :p


~ penyandar pun dariapda buluh.. atap nipah.

Lokasi di sijangkang, batu 7.. wakaf daripada buluh. Bergoyang jugaklah wakaf tiap kali mak gajah nie mengesot naik... hohohooho. Makanan sy tak pasti sangat.. sy try chicken wing & mee goreng ajer, tapi boleh tahan lah. Nak lagi sempoi, sambil cuci kereta kat sebelah, sambil medang-medang kat wakaf... asyikk!

Pekerjaan sy dua tiga hari lepas... & baru dapat tempahan blouse 2 in 1 nie, tapi tangan cekak & berbutang.



Pekerjaan kekasih sy dua tiga hari lepas... pagar kayu nie 7 kaki ajer tapi kos bahan mentah ajer dah RM 300, punya mahai harga kayu la nie... kalau dulu duduk rumah papan kita kata miskin, la nie kita kena tukaq.. duduk rumah papan lah kaya!

Monday, October 17, 2011

Cara jahit telekung ~ teori sahaja, so try with your own risk! :P

Assalamualaikum...

Cara jahit telekung ~ teori sahaja, so try with your own risk! :P
(KLIK PADA PIC UTK FULL VIEW)

Sy tak pernah buat lagi telekung tapi rasa-rasanya teori dia macam nie lah. Teori sahaja : so try with your own risk! :P
~ material lycra ; bidang 60, 3.5m


POLA



CARA GUNTING TELEKUNG & KAIN


CARA GUNTING LAPIK KEPALA & KIKIK

















.... Malware : Google has not detected any malware on this site. ~ yey!

Assalamualaikum...

Akhirnya, pulih juga blog sy dari penyakit malware nie... kalau ditanya apa yang sy buat? Sy tak tahu mana satu ubat atau petua yang membuatkan ia ok... dah macam-macam sy buat.
~ boleh imaginelah ahkak bagi CPR & kejutan elektrik bagai... tinggal tak cucuh kat api ajer lagi :p

Nanti sy bagi sikit tutorial yer.. sbb sy ada beberapa blog tapi untuk blog nie tak ada verification. Sy tak tahulah nak cerita lagi mana... tapi untuk sy diagnose apa penyakit pada blog sy nie, google mesti buat verification bahawa sy adalah pemilik blog nie. So sy kena masukkan kod ke dalam html kod pada dashboard.

Tapi bila nak masukkan kod tue... tak lepas-lepas. Ayik silap... sy tak pandai cari kat mana nak kena paste. Kemudian sy terfikir.. ada kena tekan pada kayboard, tapi sy tak ingat.. tapi kemudian baru dapat - F3.

Kira boleh la jugak untuk sy yang tak mengaji nie :p

Sy check.. effected 14hb Oct, sy pi delete lah entry 14 hb... nnggeee ingat boleh ajer mcm tue.

Blog sy effected daripada blog fizan & satu lagi blog my creative crochet (ingat-ingat lupa). So sy kena remove semua link daripada dua blog nie dari dalam blog list.

Tapi still tak boleh jugak, sy kan tak mengaji... kemudian tue baru jumpa ada satu link menunjukkan ada satu image dalam blog sy yang sy ambil dari blog fizan. Sy dok agak-agaklah kot-kot kat comment kot... dah depa komen ada lah jugak link & pic profile. Sy delete pulak semua komen depa.

Tak boleh jugak.. sy dah fedap. Mana sy nak cari satu image yang effected dengan malware dalam blog. Sy kena check satu-satu kod html tue? Mamposss.. sy ingat flush ajerlah blog nie.

Dah petang-petang ne, tengok dah ok & check kat Webmaster Tools :


Malware

Google has not detected any malware on this site.

Mampus jua kau....

Wednesday, October 12, 2011

Lagi printed lycra untuk tempahan & boleh juga beli kain jika berkenan

Assalamuaikum...

Lagi printed lycra untuk tempahan & boleh juga beli kain jika berkenan.

Boleh klik link nie :

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150290910199527.336300.682694526&type=1

.. baju BAPAKKU dan seluar JIM

Assalamualaikum...

Sy suka tengok cerita hat kat TV9 tue.. RONA.
~ disamping 30 min ustaz don lah nngggeeee. Bila ustaz don tanya boleh tuan-tuan dan puan-puan? sy dok hangguk kepala memanjang.... kikikikik

Dulu masa mula-mula depa aim kat orang hat kerja bagus-bagus saja. Hat mana pengurus.. dok urus 4 ke 5 kampeni. Dok tunjuk lah sat-sat pergi kampeni sini, lepas tue sana sampai ke malam. Tapi yang dulu tue sy tak berapa minat.

Hat baru nie syokk... semalam budak muda lagi, kerja dok bela kambing, bela lembu dan malam mengurut orang pulak. Hat stok-stok macam nie lah kita nak kena bela..
~ bukan bela naa... BELA

.. mau kena bagi support. Mengurut orang bukannya senang oiiii, letih. Silap-silap urat orang yang diurut kendoq.. urat yang mengurut pulak tersimpui :p

Minggu-minggu yang lepas, ada tukang tebar roti canai , sales man kereta ada, ada penoreh getah, tukang masak kedai ada, yang bawak van sekolah ada, yang meniaga online & offine pon ada.

Jadinya... kita yang tengok nie boleh congaklah tahap usaha kita sehari-harian. Adakah kita nie jenis setakat kita dok tadah sahaja atau kita gali sampai habis. Sy rasa sy jatuh tangga yang corot sekali lah :p

Usaha hat mana untuk dunia nie kita boleh nampak & kita highlight kat situ lah. Bukan bermakna kita highlight yang dunia, akhirat kita tak peduli... bukann. Dia kerja siang malam, kita kata kerja tunggang terbalik, ke surau tidak masjid pon tidak... mana nak pi tau hati dia bersih tak ada nak mengata orang berbanding ngan kita hat dok tengok nie asyik berdengki saja.

Itu salah satu contohlah... setengah orang, bila tengok orang lebih dia rasa dengki tapi dia tak tukarkan perasaan dengki kepada yang lebih baik.. semangat untuk bersaing misalnya.

Jadinya, usaha lebih tapi timbangan kita nak kena jaga.. takmau sana lebih sini kurang.

----------------------
Dah jadi kelaziman sy akan bertanya baju apa & seluar apa depa nak pakai tia-tiap kali mandi. Satu hari tue sy tanya & ishak kata nak pakai baju BAPAKKU dan seluar JIM. Seluar jim sy tahulah seluar jeans.. baju bapak ku tue berjambul sy fikir baju apa yer?


~ baju BAPAKKU dan seluar JIM

.... rupanya baju nie. Ayoyooooo nie bukan baju bapakkulah... anakku!!

Ituhari sy marah dia sebab dia suka pegang bird masa berlenggeng. Bebudak lelaki memang suka kan pegang bird, mungkin sebab dia rasa takut-takut kalau nak terkencing. Sy marah dia & dia kata sy nie berkira.. mak nie, pegang bird pon tak boleh... itu pun berkira kata dia. Kira cukup baik lah tue, kalau tak berkira mak dah potong hujung tue, baru senang kira!



Si zikry nie dah tumbuh gigi.. agak lambat, setahun baru dapat gigi yang dia oder :) Anak-anak sy kalau ditanya nak baby ker tak? depa kata nak baby yang macam zikry... maksudnya boy & comel macam nie. Eloklah jimat dan senang kira.. suruh maksu korang ajerlah yang beranak :p

Monday, October 10, 2011

Readymade Wrap Dress FOR SALE~~

Assalamualaikum...

Kelihatan leher rendahnya.. seksi tue kan? Tapi memang sy buat lagu tue.. nie untuk memudahkan bagi ibuk-ibuk yang menyusukan anak.

Selebum pakai wrap dress, pakai tube atau singlet.. boleh mix & match dengan skirt labuh/seluar panjang & sesuai juga dengan jeans.

Pakaian muslimah.. kurung jubah kurung jubah kurung jubah.. bosan juga kan? Cuba sesuatu yang lebih contemporary.. dan yang penting TAK PAYAH IRON!
~~~~ wiiiiiiiiiiiii!!!!!!

Readymade WRAP DRESS ~ comment dengan tinggalkan contact details (email/no fon) utk harga, saiz & availability , sy akan reply kemudian.


Size :
S - available
M - available






















***untuk rujukan saiz readymade yang ada untuk wrap dress ini adalah seperti berikut :

saiz S
bahu = 13
dada = 34
pinggang = 32
punggung = 38
ketiak = 15
panjang tangan = 22

saiz M
bahu 14
dada 36
pinggang 34
punggung 40
ketiak 17
p. tangan 23

saiz L
bahu 15
dada 38
pinggang 36
punggung 42
ketiak 19
p. tangan 23