Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Tuesday, June 29, 2010

kain kembang payung ahkakkkk...

Assalamualaikum..

Gigih pepagi nie buat entry.. macamlah pagi esok berduyun orang dok berceretet berteleku baca blog dia :p

Sy ambil half day tadi.. tadi ker semalam? nie dah kul 1.30 pagi, semalam lah kira. Balik rumah.. disebabkan flight anak buah sy sampai dalam 5 lebih, so sy potong kain kembang payung utk aktiviti jahitan FOC tue. Dah gunting, tinggal pi bersiap & tengok ada masa lagi.. sempat sy jait 4 panel. Lepas tue si Idris panggil.. mak tanak pergi ker?

Dia dah excited sebab kakak Tun nak balik, paginya sy dah remind dia.. kakak Tun tak singgah rumah kita, depa terus balik. Terus dia sentap pagi tadi... kekekeke peel sentap menyentap nie turun daripada baka sapa tatau, nngggeeee.
~kalau soalan cam gini si Ishak selalu main taram ajer.. tatau hujung pangkal tetap angkat tangan sambil jerit sayeerrr! :p

Sy pujuk2 dia.. kata nanti abang tanya sendiri ngan kakak Tun, nak tak singgah rumah kita atau bila2 ajak kakak mai tido rumah kita. Sian diaa... ada satu hari tue dia tanya sy, kenapa dia tak der kakak? Errrmmm.. terpelengong gak sy. Abang ada kakak lah, kata sy... kakak Tun & kakak Wanie (anak abang & kakak sy). Walaupun kakak Tun tue kakak kepada abang Didi & kakak Wanie tue kakak kepada abang Alif.. tapi tak salah kan kita kongsi2? OooOOoooo... abang dah tau dah kata dia.

Baliknya.. dia tumpang balik sekerat jalan sekereta ngan kakak Tun, jadilah. Nanti i'allah bila2 balik kg.. jumpa lagi. Singah makan kat shah alam.. biasalah kami kalau berjumpa sesekali. Time makan pon boleh gamat gelak kuk kik kuk kik. Ada yang ambik tugas clearkan bunga pinggan, ada yang siap tindan pinggan2 pon ada dengan harapan dapat diskaun...nnggeee. Balik sampai rumah.. Idris dah nak tido, tapi kerja sekolah dia lom siap. Abah dia pujuk & puji2 sikit.. siaplah jugak.

Sy pulak.. dah bersara ambil tender mengajar anak. Sy tak boleh la.. kurang sabar, cenge sungguh. Nie kalau anak kakak sy, si Nisah kata cenge tue sebab tertelan penyengat kot? Ambboiii.. makan dalam tuh!

So sy buat sambung jait kain sy & dapat lah lagu nie...



Tak berapa puas hati.. sbb sy tak berapa suka kain bebetul kembang lagu nie, dah la kiter nie terkurang inci :p So ejas sikit.. jadi lagu nie...



Tak puas hati lagi, sy tak berapa suka & 18" tue cam terlalu tunggi, sy turunkan sikit & akhirnya...
~inilah kain kembang payung ahkakkkk... tumpuk2 taik unta :p



Nie pic sukan Idris ituhari..


~ panas, dah la anakku sepet :p


~tunggu punya tunggu, dah la panas... sampai selenge anakku kikikik

Dalam seminggu dua sebelum sukan.. sy dengar Idris dok nyanyi lagi nobody & Ishak dok tepuk tangan ikut rentak lagu. Heran pulak kami, mana depa nie belajar. Patutlah, rupanya abang dia kat sekolah berlatih menari, meloncat.. ada yg lain tepuk tangan utk pertunjukan sukan & rupanya Ishak pon terikut sama.
~bocah.. bocahh...

Monday, June 28, 2010

cerut.. jangan tak cerut :p

Assalamualaikum..

Apa kabar & buat apa hujung minggu lepas? Sabtu ada sukan tadika Idris. Dia excited sangat, kami puji dia lari laju.. dia kata dia lari laju sebab nak menang. Kalau di kenangkan beberapa tahun lepas, kira pencapaian tahun nie, agak memberansangkan lah.. boleh jugak dapat hadiah.

Tahun2 lepas, main cari gula2 dalam tepung.. bila mengadap jer pinggan tue dia buat aksi kejung. Bila semua org push dia suh tiup.. dia nangis. Kekekekekee.. kira memberansangkan bukan?

Abah dia masuk tiup belon bagi pecah dapat no satu.. sy ingin puji sebab dia selalunya agak liat sikit join2 aktiviti cam nie :p Banyak hadiahnya besen.. boleh buat bekas tukar2 lauk masa puasa nie, kata jiran sy...
~oohhh myyy, abislah pecah lobang ahkak tak berapa lulus bab masak memasak.. lauk yg sama kekdahnya :p


~Idris & Ishak bawak balik berkat nasik lemak sorang sebungkus..

Sabtu malam, ada tahlil utk arwah nenek & mak sedara hsbn. Ahad pagi, sy menerima pelajar yg istemewa utk join kelas jahitan. Totally zero knowledge.. tapi agak fast learner.. expecially bila buat pola.
~lalingg.. temah puji nih :p



Ya, sy ajar kekasih sy jait baju kurung. Paginya lukis pola & petang pi beli kain & balik potong. Malamnya jait tepi... tapi lepas tue ngelat tengok tv, letih katanya. Nggeeee baru tahu menjait tue penat.


~ciluk snap pic bawah ketiakk.. nggeee

Penat merapu pun sama :p mula2 kelas siap ada kata2 aluan bagai & sy sempat tegur dia.. dalam kelas jahitan sy tak boleh bawak anak, menggangu perjalanan kelas kata sdy bila Ishak datang kacau. Katanya anak tak der sapa jaga, maknya sibuk... sibuk buat apa lah tue :p



Dia buat baju kurung anak buah dia... hai bila lah sy nak merasa pakai baju ayaq tangan suami? Sy kata nanti belajar buat kemeja.. boleh buat baju sendiri, abislah pakat berebut mesin jait lah nanti!



Sementara tue, sy sempat gunting & jait satu blouse cerut. Ingatkan pakai tali lagi mudahkan keje.. rupanya tak berapa cun & ikatannya pon tak lekat. Asikk terbukak ajer. Cadangnya nak ambil kain perca kain & buat tali cerut lain.... cerut jangan tak cerut.

Blouse nie baju raya sy nanti, pakai dengan kain duyung.. pasal tue sy buat singkat sikit. Multipurpose.. boleh pakai ngan kain & seluar jugak. Tapi rasa2, tak dan tunggu raya.. sy dah pakai keja hari nie gi keja & ptg nanti sy ambik half day.. nak pi KLIA ambik anak buah sy balik dari mesir.
~ dah agak dahh, mesti tak dan raya punya!


~kena tukar tali lain..


~ tak berapa cantik kalau potong mendatar bawah dada tue.. kena potong cam ^ baru terletak elok.


~ada lagi sehelai, utk kakak sy.. raya nie kami berdua sedondon :)

Friday, June 25, 2010

~~~Template AINKASIH ~~~~

Template untuk BAJU MELAYU, BAJU KEMEJA, BAJU KEBAYA/KURUNG MODERN

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Bagi memudahkan lagi kerja-kerja melukis pola, Koleksi Ain Kasih ada mengeluarkan template mudah N cepat untuk DIY. TQ sooooo much utk kak Ain kerana template nie mmg membantu mencepatkan kerja2 melukis pola! Kepada yang berminat boleh dapatkan di Koleksi Ain Kasih http://ainkasih.blogspot.com (untuk BYHAND) atau juga boleh dapatkannya di azimaDIYshop (untuk oder ONLINE)


LANGKAH 1 : PILIH TEMPLATE YANG INGIN ANDA MILIKI

1.Template BAJU MELAYU



Mengandungi:
Template kolar baju butang 3 & 5,
Template tulang kolar baju butang 3 & 5,
Poket atas untuk 3 saiz (S,M,L)- siap dilapik gam keras
Poket bawah untuk 3 saiz (S,M,L)- siap dilapik gam keras

Cara guna :
template kolar & tulang baju : tekap atas kain gam keras & terus gunting
kebaikan : tak perlu ukur & lukis satu persatu

Cara guna :
poket : letak template atas kain poket n terus seterika
kebaikan : tak perlu ukur & lukis, kain gam keras sudah dilekat pada template
HARGA : RM 15.00

2.Template BAJU KEMEJA (Lengan Panjang)



Mengandungi:
Template kolar baju kemeja,
Template 2 patern cuff,
Pleket

Cara guna :
template kolar baju : tekap atas kain gam keras & terus gunting
kebaikan : tak perlu ukur & lukis satu persatu

Cara guna :
template cuff : tekap atas kain gam keras & terus gunting
kebaikan : tak perlu ukur & lukis satu persatu

Cara guna :
template pleket : tekap atas kain gam keras & terus gunting
kebaikan : tak perlu ukur & lukis satu persatu

HARGA : RM 8.00

3.Template BAJU KEBAYA/KURUNG MODERN


























ada dua belas (12) patern semuanya
setiap satu patern, mengandungi:

setiap satu patern leher baju, ada 3 saiz (S,M,L) ~ TERBARU : ada patern leher sampan & leher tinggi

Cara guna :
letak template atas kertas minyak dan tekap. atau untuk ambil lapik leher, letak template atas kain gam lembut dan tekap
kebaikan : tak perlu lukis, mudah utk pelanggan pilih leher yang diinginkan dengan tengok template

HARGA :
JIKA BELI 1 PATERN RM 5.00

JIKA BELI 2 PATERN RM 8.00

LANGKAH 2 : TENTUKAN CAJ PENGHANTARAN & PENGENDALIAN


~ SILA KLIK UTK BESARKAN~

OLEH KERANA RATE POSLAJU TELAH BERUBAH, SILA TAMBAH RM 1.00

Caj penghantaran dan pengendalian berdasarkan berat item yang ingin dibeli, melalui POSLAJU ~ caj pos ini terpakai untuk Malaysia sahaja . Jika ingin penghantaran lebih 2000gm, sila email/SMS utk caj penghantaran melalui POS PARCEL

LANGKAH 3 : BUAT PEMBAYARAN KE AKAUN
Sila isikan alamat EMAIL azmaildani@yahoo.com jika membuat bayaran melalui internet.
Bayaran boleh dilakukan ke mana-mana akaun :
~~AKAUN NO. SILA REFER SEBELAH KIRI WINDOW~

LANGKAH 4 : EMAIL/SMS/PM DETAIL DIRI DAN PEMBAYARAN
Sila isi dengan HURUF BESAR.

Nama Penuh :
Alamat: (SILA BERIKAN ALAMAT YG ADA SESIAPA BOLEH RECEIVE, JIKA RETURN.. AKAN DIKENAKAN SEKALI LAGI CAJ POSLAJU)
Email:
No. H/F :
Nama Bank :
Tarikh Bank In :
Amount :
Resit Bank In : (jika pembayaran melalui internet)
Pesanan Item :

LANGKAH 5 : TUNGGU REPLY EMAIL/SMS/PM
Tunggu reply email/sms/pm dari sy. Sy akan beritahu bila nota akan dipos dengan ASAP dan pengeposan hanya pada hari 1, 3 & 5 (Isnin, Rabu, Jumaat) Term 7 hari. Tunggu nota sampai. Jika dalam 1 minggu nota belum sampai, SILA EMAIL/SMS untuk dapatkan ref. no poslaju.. semak/ call pihak pos. Detail boleh didapati di http://www.pos.com.my.

Thursday, June 24, 2010

:.Kontest :> Kisah Cintaku.:

Assalamualaikum..

Okeh.. saya teringin join :.Kontest :> Kisah Cintaku.: , yang ingin join klik : http://noieizan.blogspot.com/2010/06/kontest-kisah-cintaku_15.html
Tarikh tutup : 25hb Julai 2010



Selain daripada ingin join kontest nie, sy ingin menguji diri... sejauh & sekuat mana ingatan sy tentang detik2 kenangan. Sesungguhnya, agak sukar untuk saya tulis dalam kata-kata, kerana cinta.. ia adalah satu perasaan yang luar biasa utk diluahkan dengan kata2 :p
~ lalingg.. nanti bagi markah kat Temah yer.. nnggeee.

Saya ditahun akhir di UUM & join laman web : majalah.com. Ini ruangan untuk mencari kenalan. Saya tak mencari yang hebat pada rupa, hebat ada gaya... tak ada maknanya! Canang wajah kachak sekachaknya di alam maya, tapi realiti stok2 pecah rumah.. tak guna yer dak?
~ ahkak tak tuju kat sape2 statement nie :p

Pada saya di alam maya, anda boleh jadi sesiapa sahaja!

Mamat2 yang lain sebok sangat cari kenalan yang kuruslah, yang seksilah, yang putihlah. OMG!! bajet macam depa hensem sangat kan? Geli geleman tau bila baca, ada yang nak carik gadis beralis lentik, yang manja, yang hidung mancung, yang gebu lah..

piirahhh... tak hingin kiter!
Nampak sangat true color & sangat tak ikhlas kan?
~ ahkak ingat lagi, ada yang carik bulu kaki tebal... eeuuwww! Azabb tau baca... ahkak rasa cam nak tergolek2 gelak dalam lab Sek. Ekonomi tuh!!

Dia yang saya select hanya sebab dia simple - just nak ceri kenalan.
Serius, tak tipu... itu sahaja.
Saling berbalas-balas email sampai saya dapat kerja kat KL, baru saya jumpa dia face to face. Bila saya sibuk dengan kerja, saya dah lama tak call / jumpa dia. Tapi sebagai kawan.. saya rasa, saya suka dia sebab dia baik, soft spoken :p tak macam saya, loglaq memanjang! Nggeee...

Ekceli saya ada sorang kakak yang belum kawin, so saya ingat nak pass dia kat kakak saya. Sy fikir, daripada dapat kat orang...
alangkah elok kalau bagi kat kakak saya!

Satu hari, saya teringin sangat nak ke Genting Highland, saya call & ajak dia pi sana. Saya pon call kakak saya & suruh dia datang KL. Disebabkan dia segan, dia ajak sorang kawan dia.
Aduuduhh.. bikin rosak ana funya frogremm lahh!
So jenjalan cam gitu jerk lah. Sy jalan ngan kakak sy, dia jalan ngan kawan dia. Tapi.. tapi.. tapi, ada insiden tue buatkan saya rasa gumbira bila...
...dia pinjamkan sweater dia kat kakak sy nnggeee.


~pic semasa di Genting Highland..

Lepas seminggu, saya jumpa dia lagi sebab dia nak minta gambar di Genting Highland. Tapi bila dah nak balik.. tiba2 dia katakan pada sy,

" saya suka awak.."


"... suka yang bagaimana?"
tanya sy pada dia. Yalah, suka tue kan subjektif.. suka yang bagaimana?

"suka lebih daripada kawan
" katanya.

Aduhduhduhhh.. bagaimana? Lain yang saya plan, lain pulak yang menjadi.

Saya bilang pada dia, saya perlukan masa & biarkan masa yang menentukan.. cecececece cam skrip filem kata dia! Saya rasa cam suka dia.. tapi saya tak tau, samaada suka macam mana..
~ kalau suka sangat pon, ahkak cover2 lah sikit.. jangan ketara sangat :p

Tak tau kenapa lepas tue dia jadi jahat. Dia jahat kerana mendera perasaan saya. Dia jahat kerana menyeksa jiwa dan sanubari saya. Dia jahat kerana buat jantung saya bekerja lebih daripada biasa.

Dia dera saya dengan SMS-SMS yang sarat dengan harapan. Dia seksa jiwa dan sanubari saya dengan usikan-usikan nakal dia terhadap saya. Jantung mana yang takkan bekerja lebih daripada biasa bila tiba-tiba dapat kad raya untuk kekasih & surat2 cinta daripada dia..
.. sampai saya rasa laloq. Saya rasa.. saya dah teroverdose kata2 jiwang karat!
~amponkan temah bangg!! :p

Tapi tak lama lepas tue.. saya terima dia.
Ya, saya suka dia... dan... dan saya sayang dia :p
Paling terkesan bila dia tegur saya tentang aurat & tentang solat saya. Alhamdulillah, dialah yang terbaik untuk saya dan dialah yang saya cari.

Saya mencari seseorang yang menjadi cahaya dikala saya kegelapan dan penunjuk jalan dikala saya dalam kepayahan.

Kami bercinta.. tapi cinta kami versi kami sendiri. Kalau orang lain 143 (one-four-three), tapi kami sigi papat telu~ kehkehkehhh.. dia wong jowo!

.. tapi jawa murtad sy panggil dia, tak berapa fasih bahasa jawa.

Rekod yg kami pernah buat.. tiap2 malam jumpa, makan2, sembang2 tanpa gagal dalam sebulan lebih!

Yesss!!!

Tak lama lepas tue, dia lamar saya & dipendekkan cerita kami bertunang & kawenn..
~ kerana ahkak dah kehabisan emoticon yang related kekeke...

.. kawenlah kami, sampai sekarang dah 7 tahun dah. Moga2 perkahwinan ini kekal dan rasa cinta ini takkan padam sehingga ke hujung nyawa.



" awakk.. terima kasih kerana sudi terima saya seadanya...."

apa kami buat semalam?

Assalamualaikum..

Semalam sy tak kerja, tak berapa sihat smlm. Sy tanak tinggal sorang-sorang.. jadi sy tak hantar Ishak pi sekolah. Apa kami buat semalam? Syookkk oooo.. kami lajak tido sampai kul berapa ntah nnnggeee. Bila terjaga dari tido, sy tanya Ishak.. kita nak tengok citer aper? Shrek ker princess frog? Tapi almaklom lah orang tue, ikut dan dia memanjang. Kejap jawap pog.. tanya lagi sekali syek lah pulak. Kami tak menonton wayang yer.. tengok cd 'murah' sajork :p
~jangan tanya ahkak, mana dapat barang ittuueeww nnggeeee..

Bila dia dah bosan, main pon dah tanak.. asik tanya mana abah & abang dia, sy ajak dia mandi. Ishak kalau ngan air memang beria.. main air sampai abis kecut bird pon tak der hal. Sy sental bilik air & suh dia siram... lagi lah dia seronok. Dah setel satu bilik air.. terkedek2 kebasahan lari ke bilik air lagi satu. Sental pulak bilik air yang itu & terkedek2 lagi balik ke bilik air yang 1st tadi... hehehehe.
~jangan tanya ahkak, Ishak atau ahkak yg lari terkedek2 ittuueeww nnggeeee..

Penat kau sental bilik airr.. dah siap pakai baju semua, Ishak tertido & sy ambil kesempatan tue untuk masak. Masak nasik, bersilat siang ikan sambil rebus kentang. Tumis kentang buat sup + telur.. sambil renih buat asam pedas versi asam rebus. Di menit2 terakhir, sempat sy pose ala2 manja sembunyi belakang tudung periuk sambil menggoreng ikan.. kekdahnyer.

Dan siap semua, lauk taruk atas.... kuah asam pedas kasi lebih, cili padi 2 bijik kasi super pedas. Sy tumpang lalu, sy layan diri... makan dulu sementara Ishak masih tidur. Elok ajer sy habis tambah nasik, Ishak jaga & sy suap dia sup kentang... dia pon tanak kalah bertambah jugak. Penat kau sental bilik airr..

Petangnya.. dah bosan baring2, gumpal-bergumpal & geletek- menggeleteki, sy gentel bunga duit utk mas kawen ituhari. Sy ingat nak buat cam bunga dulang, tapi cari dawai kat stor tak jumpa la pulak. Geram lah, benda kalau di cari memang tak jumpa. So, tukar lah idea jadikan bunga tangan. Sy pegu..
~ pegu tue apa ekk? cantum lah kot rasa2..



.. sy pegu bunga duit ke batang bunga kecik2 tue & lilit sekali. Lepas tue potong daun paku pakis & susun keliling. Lilit dengan pelilit hijau.. pegu semua sekali. Cari reben2 untuk buat sulam reben & sy ikat pada bunga... siap.



Lepas sy dok gentel bunga nie.. sy baru perasan Ishak dah selamat gunting duit sy. Gunting kecik tue sy buat potong dawai, tak tajam tara mana pon. Dah tak tajam, sy berani lah bagi dia & sy selongkar handbeg sy... bagi resit2 yg tak pakai utk dia gunting. Rupa2nya sekali dengan dut sy dia gunting. Nasib baik rm 5, kalau 10 atau kalau rm 50? Bertuah punya anak.. sy kata kat dia, mak potong akaun Ishak, dia sengih ajer... :p geram tauu!



Untuk sirih junjung, sy pegu polisterene (spelling?) pasakkan lidi2 & cucuk2 bunga. Ketepikan dan tunggu sehingga sehari sebelum majlis & baru masukkan daun sirih. Untuk di bahagian tapak, daun sirih kena potong 3 saiz, tak boleh potong segagan...
~ segagan tue.. sama besar/saiz. Kalau jumpa orang yang anak ramai & bersalin anak selang setahun, very der produktif.. boleh katakan pada dia, uuiiii meriahnya.. segagan semua! :p



... kena potong 3 peringkat, lapiskan 3 keping tue & pegu kat dawai. Tapi untuk gunting daun sirih nie, kena pakai gunting siz zag.. baru cantik. Kemudian, pegu sirih tue keliling dawai sampai mencukupi utk lingkar keliling polisterene silinder tue. Untuk tutup polisterene silinder tue pulak, lipat daun sirih bagi jadi segitiga, kemudian pinkan bertingkat-tingkat. Okehh... teori dah ada, tunggu harinya jer lagi, doa2 mintak menjadi.. amin.

Nie pulak wrap dress yg org tempah.. dah pos yer pagi tadi.