Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Showing posts with label borak kosong. Show all posts
Showing posts with label borak kosong. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Minggu-minggu terakhir...

Assalamualaikum...

Minggu-minggu terakhir nie macam mengandung yang lepas2 :p  ... apa yang teringin nak makan, kami pergi cari dan makan. Hohohoho... biar lepas semua yang rasa teringin nak makan, nanti senang.


Siang tadi pi makan kat kedai nie, depa panggil kedai nie kedai sup spender. Last makan masa kami dok berdating2 dulu, tup2 mengandung kali nie tetiba teringat nak makan :p Kiranya penangan spender dia ambil masa 9 tahun baru berkesan kat sy, LOL

Tengok kedai dia, biasa ja... kerusi panjang macam tue, susah dah nak jumpa. Tapi depa meniaga sup daripada bapak sampai waris ke anak & sup kambing lepas letak cili blend & kicap.... memang superb! Nasib lah sekarang nie sy dah tak boleh makan banyak, sengkak perut.. kalau tidak mau terlajak :p


Last week plak family kakak sy mai sini, anak dia konvo kat UIA... kakak sy nie tak biasa lagi mai klang sini jadinya pakat bawak pi jalan-jalan. Padahal kita nie... kalau rasa tak sedap perut jer, aci dok ingat nak beranak dah pa!

~ tak pi mana pun kami, dok berlonggok kat bangunan apa ntah nie...

~ amani & ishak..

... kami lapaq, kami masuk dalam kereta.. lipat semua kerusi & berkelah dalam kereta... senang cerita.


~ malamnya pi i-city... 

~ esoknya bawak depa pi morib, dah lambat pi air pun dah kering... tunggu air pasang balik sampai asar.... sy dok ingat yang tue jugak, ada yang terberanak karang, jadi anak morib :p sy tak pi mana pun, duduk atas kerusi nie & depa sua makanan.. dah kenyang, depa tungging kerusi suruh sy tidoq... dah jaga depa bawak turun kerusi balik... hohohohho rasa sungguh seronok.



~ budak nie asik kena timpa dengan kerusi ajer dalam rumah nie... kat kerusi pun dia boleh bergayut.. abah dia kata, untung abah tak payah beli kerusi makan LOL

Wednesday, March 14, 2012

pesta beli tong ayaq.

Assalamualaikum...

... rasanya badan dah ok sikit & mood pun dah ada balik sikit, jadi ini masanya kita pulun balik!

Kebetulan lepas berhanti kerja ituhari, sy tak ada selara makan... perut lapar tapi tak lalu makan, tengok makan pun rasa loya :P

... badan rasa lesu semacam & mood pun totally out. Duduk salah, baring salah...nie perut lapar nie. Kalau masa mengandungkan Ishak dulu, makan masakan kedai sy boleh lagi makan, tapi hat nie... apa pun tak mau. Amboi mengajaq sungguh! :p

Jadi buat apa pun rasa sedihhh aja... si Ishak tue selalu tanya sy, mak kenapa macam sedih jer? Anak-anak pun perasan... kesian kat depa.

Nie masa cuti nie semua pakat ada kat rumah... abah dia pun la nie dah tukaq kerja & office dalam 10 minit jer dari rumah, lunch hour pun sempat balik rumah. Sy kuatkan diri, lawan sikit... pasai dok ikut perasaan sangat pun sama jugak kot. Boleh dah la memasak sekarang nie... bau bawang, bau menumis tue dah boleh alhamdulillah. Tapi makan tue liat jugak sikit.... kena tunggu lapaq tergedik2-gedik baru boleh makan. Jadikk lah!


Nie nak ambik mood beronline balik, macam kena kampoi lebih sikit ja nampak gayanya.

Hari nie & esok kawasan sini tak dak ayaq... semalam sy pi kedai beli plastik bubuh baju... boleh tengok macam pesta beli tong ayaq. Kebetulan sebelum tue jumpa jiran MIL, depa yang habaq.. kalau tidak sy pun tak tau pasai yang tak dak ayaq tue.

Sambil dok jalan balik, sy dok pikiaq-pikiaq la kan.... baru tak dak ayaq kita dah sibuk beli tong ayaq, habuan nak buat bekal isi ayaq. Macam mana pulak dengan bekal kita kat sana.... selama nie ada tak kita pulun pakat sedia bekal macam tue?

Kami tak beli lah tong ayaq semalam... pasal dok ingat ada lah baldi & tong isi beras tue boleh isi ayaq... lagipun rumah apartment ada tangki. Sy dok pikiaq logik, nanti masing-masing pakat jimat lah, KIV semua aktivti membasuh kejap.

Tapi sy terpikiaq jugak... kot-kot sy ja dok pikiaq hukum logik, kalau orang lain tak ikut? Berkenjah guna ayaq ikut suka.. dan kot-kot tangki tue penuh, kot-kot tak penuh, macam mana?

Kaitkan balik dengan senario tadi, walau kita yakin dah ada satu bekal yang besar, tapi kosong saja nak buat apa? Atau bekal tue memang banyak... tapi bekal tue habuan lepas kat orang saja macam mana? Kalau rajin dok mengata kat orang, bekal tue susut pi kat orang yang dikata... kalau dah habis bekal, pakat dok kaut pulak dosa orang yang dok kata..... kan?

Seriau nuh!

Ralit sembang... jom pi basuh tong beras, isi ayaq. Dok cakap saja tak jadi gak nuh!

Wednesday, February 29, 2012

last day!

Assalamualaikum..

Hari nie sy last day bekerja & esok sy akan buka buku baru :) moga tak terbabas tidur ya, hehhehehehe.

Esok jugak hari pertama partner sy bekerja di tempat baru, moga serasi ditempat baru

... dan esok juga hari pertama Ishak mula masuk tadika, sebelum nie dia taska sahaja... so no play-play, dah la masuk lewat 2 bulan, harap2 tak der yang lari balik rumah.
~ tadika pun dalam kawasan apartment juga...

Harap- harap hari nie dapat hantar dia kejap, pamit dengan cikgu-cikgu.. sejak dia umur dua bulan cikgu-cikgu nie dok jaga dia. Dia pun dah 3 hari tak ke taska sebenarnya, abah dia clear annual leave.. jadi depa dua beranak dok berjimba ke sana sini.

Cuma Idris ajer tak ada perubahan, cuma petang lepas habis semua sekolah sy ambil dia di tadika, jadi Ishak still boleh berjumpa dengan cikgu & say hi hi bye bye lagi.

Harapnya satu sahaja... jangan sy cepat bosan dah la :P

~ sy baru ferasan semalam, iklan nuffnang sy terdelete masa tukar template :P

Monday, February 13, 2012

(let go) kita kira kensel k...

Assalamualaikum...

Ituhari, masa sy plan sewing party : jahit telekung.. sy terfikirkan keperluan untuk servis balik mesin jahit tepi highspeed sy tue. Ada kelengkapan, senang nanti nak bahagi-bahagi tugas.

Semenjak beli tahun lepas, berapa kali jer sy guna.. sy ada iklankan nak let go mesin jahit tue, tapi bila ada yang tanya sy rasa sayang. Kebetulan pulak benangnya tak reti pasang :p

Minggu lepas sy suruh kekasih sy buat appointment dengan uncle yang selalu repair mesin jahit tue datang rumah, sy nak dia tukar balik tapak mesin jahit tepi kecik tue kepada tapak jahit tepi biasa.

Uncle tue kata kat dia boleh tukar sendiri dan dia ajar jer cara tukar.. dan dia pun balik tukar. Dalam hati sy dok kata.. tukar tue boleh la tukar, tapi nak bubuh benang tue yang tak tau...

... bila dah tukar, makanya berdua kami gamble bubuh benang tue berdua... semua based on ingat-ingat lupa. Memula silang kot sini.. kemudian eeehhhh macam tak kena ajer, then kilas kot lain pulak.

Ntah la, mungkin sebab dalam hati kata mesti tak boleh punyaaa.. percaya lah, sebab dulu masa putus benang, sy dah banyak kali cuba. Tapi ituhari cuba, last2 menjadi. Lepas ejas sikit-sikit, elok ajer jahitannya tue, tak payah panggil pomen pun.

Pengajarannya apa kat situ?

Jangan dok pandang rendah sangat kat suami kau.. jaga mulut, jaga hati, jaga tingkah laku, syurga kau kat situ!
~ ampunnnn kan temah yer.

dengan itu, entry let go item di : http://azimadiyshop.blogspot.com/2011/08/let-go-mesin-jahit-tepi-industri-brand.html kita kira kensel k...

Kiranya dalam minggu lepas, berjaya betulkan 2 malasah mesin jahit tepi portable & highspeed, sape ada masalah mesin jahit boleh calling2 yer.. :p macam hebat.




satu sebab kenapa sy malas jual seluar... susah nak pakaikan & dah pakai baru perasan terkalih pulak ... letih!


Wednesday, February 8, 2012

... cuti yang pancit!

Assalamualaikum

Ok, cuti-cuti yang paling sibuk dirasakan kali ini.. sy pancit sangat rasanya. Sy yang pada asalnya ingat tak nak bawa balik mesin jahit, akhirnya hangkut jugak bawak balik. Ada orang request jahit kain uniform dia pulak....

Makanya, pagi sebelum balik sy pack semua barang. Ini lah peel sy kalau nak jalan jauh. Stay up sampai ke pagi, pack barang... kononnya kalau tak tidur nanti taklah terlajak tak bangun kan?

Tapi kekadang tue terlajak, pasal dah siap pack... tengok semua orang syok tidur, ada sikit masa pun jadi.. letak kepala jap. Tapi last-last terbabas jugak. Cadangnya nak bertolak sebelum subuh... kat luar dah cerah melapang dah baru mula bertolak.

On the way balik nie lah time sy balas dendam, layan mata tak ingat. Sy tak perlu teman bersembang ngan pilot, pasal dia dah tidur puas...
~ partner macam baby.. mana biasa stay up :p

.... jalan ajer kereta sy dah tak sedarkan diri. Sy terjaga setakat tanya... kita dah kat mana? laling, u ok? itu sahaja :p thehehe... kalau rajin urut-urut sikit bahu pilot, then sambung pengsan balik.

On the way balik singgah ipoh jap, promote baju seround & ambil tempahan, terus balik rumah. Sebelum sampai, calling kakak suruh join makan sekali kat kedai makan depan exit tol PLUS Bukit Merah.. senang, dia tak payah masak.

Malam, siap-siap pergi Kuala Sepetang, aim kedai mee udang mak teh tue, tapi BIL sy kata, ada lagi satu kedai... lajak ke depan lagi & kedai tue la nie lagi ramai orang. Apa ntah nama kedai dia.. mak jah kot.

Masa baru keluaq TV dulu, sy pernah pergi kedai mak teh nie, kereta yang park kiri kanan rasanya dalam 100 biji, ramai sungguh masa tue. Hari sabtu malam tue.. sy punyalah kejan adik sy suruh pi mandi & siap cepat-cepat, takut orang ramai atau takut udang atau mee habis... hohoohhho tapi bila sampai sunyiiiii aja kedai.

Tapi ada jugak kemungkinan yang lain.. sebab pada hakikatnya malam itu ialah malam maulidur rasul, merata masjid buat ceramah, kuliah... kami ja yang pi terkam mee udang. See... baik betul perangai, dek kerana mee udang ja.... lemah betui :p

Sy boleh perhatikan, ada beberapa faktor penyebab kepada sunyiii jer kedai tue, walaupun masa tue hari cuti dan sy dok jangka should be padatlah kedai dengan umat yang nak melahap mee udang.

Kedai makan nie rasanya family bisnes, yang memasak tue mungkinlah tuan punya kedai tue... tapi yang ambil oder & hidang rasanya semua anak beranak & cucu-cucu. Kalau tidak pun, anak-anak sedara atau anak kepada kawan-kawan sekampung.

Jadi senarionya... kalau yang datang spesis macam sy, akan sakit mata.... sikit.

Suasana kampung tak sama dalam novel, dalam tv... dalam cerita tv, berlakon boleh lah kau imagine baju kurung, bertudung litup bagai, jaga adap dan tingkah laku.

Jadi bila sy yang orang kampung nie pi makan... dia jadi pelik lain macam. Boleh pulak depa bergurau senda di dapur, sambil buat kerja tetiba tinggal kerja sempat pulak snap-snap gambar. Pakaian tak berapa kemas... yang lelaki, rambut bercapuk warna merah pun ada... kedai makan apa lagu nie?

Mungkin jugak lah, siang tue ramai sangat kot... jadi kebersihan sy tak nak sentuh. Cuma cara bekerja dan keseriusan bekerja tue saja sy nak highlight.

Handle kedai makan tak boleh samakan dengan handle kedai salon rambut. Ikut sedap hati boleh capuk satu kepala dengan macam-macam kaler pun, steady lah kan... dah namanya tokey salon rambut.

Makan? Oklah.. sedap & udang tue memang banyak lah macam yang diwar-warkan.
~ pic mee udangnya nanti...

Balik dari makan, masak pulak bekal untuk bawak pergi berkelah esoknya tue. Masak daging masak mamak. Lepas kakak sy siang ikan sepat... kesian depa tengah-tengah malam siang ikan :p .... masak asam pedas ikan sepat. Lepas masak, sy sambung pulak menjahit.

Esoknya tue, Ahad bertolak ke Manong dulu... sebab ada yang kata kat sana ada kolam air panas kampung Ara Panjang, tapi kawasan tue dah terbiar. Sampai jer... terasa seram lah pulak :p pokok jejawi terbiar sekeliling kawasan tue.






~ boleh duduk di terusan konkrit itu dan rendam kaki... airnya memang panasss betul.

Patah balik & singgah kat Ulu Kernas.



Lepas hangkut semua barang.. makan dulu serond, lapar. Sy yang ambil port celah batu pun tak peduli, punya lalu makan nasikk tak pandang kiri kanan. Anak-anak lantak lah.. depa dah nampak air, mana ingat nak makan.



Nasik putih lawan dengan asam pedas ikan sepat lawan dengan ikan sepat goreng lawan dengan daging masak mamak lawan dengan sambal belacan lawan dengan ulam pucuk bebuas... itu memang susah untuk di-ignore-kan hohohohoho.



Balik singgah Galeri Sultan Azlan Shah... masa nie sy push sangat untuk jalan-jalan dalam tue, sy dah pancit sangat. Masa singgah rumah abang sy kat Simpang, sy pakai heret ajer kaki.. hang menggengkang pun lantaklah pi lah, hahhahahaha tak kisah dah. Pancit sungguh... balik sampai rumah dah malam, masing-masing tidur tak sedar diri.

Isnin aktiviti bebas, sy dengan kerja menjahit sy lah. Berhenti untuk tolong kakak sy masak, lepas asar baru pergi ke kubur arwah mak sy.



Malamnya.. makan-makan kat luar, cuti kali nie memang tak berasap dapur.. :p



Balik rumah, sy menjahit sampai ke pagi sambil pack barang. Lepas subuh terus gerak balik Klang.


Wednesday, February 1, 2012

.. nama yang catchy

Assalamualaikum...

Kerja-kerja menjahit sy sekarang alih ke pagi pulak... ada masa-masanya sy larat utntuk stay up, tapi ada masa-masa yang 'liat' sy kalih ke pagi. Sebab bila niat nak menjahit, tapi tengok muka anak-anak duk tidoq tue bessssst jer, jadi kita terjoin sekali :p

Tengah dok potong kain tempahan borong nie, depa punya design nie bubuh nama bagai... maira, qalisha, maisara lah.. (contoh tembak-tembak saja). Tetiba sy terpikir pasai apa baju-baju aku tak dak nama pon? :P

Ituhari sy bubuh gak nama zahra kat baju merah + hitam hat bertingkat-tingkat tue, tapi ada yang panggil baju bertingkat-tingkat atau berlapih-lapih. Kekadang depa sebut nama, sy nak jugak tanya... hat yang bertingkat-tingkat tue kan?

Sebab sy dok andai, semua orang seperti sy.. susah ingat nama orang :p

Tapi sy rasa macam menyusahkan orang saja kalau bubuh nama... kita macam dok suruh orang ingat nama sekian-sekian untuk baju sekian-sekian. Banyak hal-hal yang penting lagi harus diingat... kalau andaikan otak itu komputer, kiranya macam buat semak ajer space yg ada tue dok simpan benda-benda tak penting nie..... bajuuuuu jer pon.

Itu baru nama baju, nanti dengan tudung, selendang, beg, kasut... LOBAM nak ingat LOL

Tapi kalau bubuh nama yang catchy pun menarik... maknanya kita sebut nama memang related ngan budaya melayu sendiri, ok kot..

Kalau (nie cerita kalau lah) sy nak bubuh nama.. sy bubuh nama yang very the kampung one & very the utara one... hagak-hagak valid tak? Ngggeeeee....

Baju Jah misalnya very the bling-bling one, maybe kurung dan sesuai dipakai kalau ke berhari raya khususnya ke rumah mak mertua, sesuai dengan taqline curlasstt kau jah!

Hikhik..

Baju Kiah misalnya blouse dangan tangan yang kembang sedikit.. lebih casual untuk dipakai untuk agenda santai. Tanan yang kebang tue dambil ilham daripada mangkuk antena.. lebih kembang mangkuk, lebih clear dan lebih kawasan liputan... sesuai dengan tagline kiah, jage-jage adeee yang merati.

Jadinya, every single patern, sy bubuh nama dan sy bubuh penerangannya sekali.. so nanti bila sebut nama, boleh ingat detail baju sekian-sekian. Nama seperti Markonah, Maimun (datin maimun, hakhakhak) Tetijah...semua meningkat naik.

Jangan marah orang yang diatas... ini contoh sahaja, ampunn!

((... tapi banyak sangat ker patern baju kau Temah?))
~ ada suara negatif dari hati... dengki lah tue, lalallaaa.. :p

Tapi tak salah kan jadi yang berbeza, fikir luar daripada kotak :p
~ kotaaakk lah sangattt.. kikikik








Friday, January 27, 2012

tailor dan dot dot dot...

Assalamualaikum...

Sy dok verangan dah nak apply suasana bekerja terutama daripada segi pengurusan masa walau sy hanya bekerja dari rumah selepas ini.

So boleh imagine, pukul 8.30 ahkak dengan taik mata bersepah mengadap mesin jahit atau mengadap laptop menjawap email dan berface book bagai... thehehhe.

Jadinya, bekerja sendiri dari rumah lebih banyak cabaran.. selain pengurusan masa, mungkin juga cabaran dalam tempahan yang diambil. Kita jangan terlalu mencari job, jangan sampai main tangkap muat. Pasal kita tailor muslim.. ada tanggungjawap yang kita pikul. Kerjaya kita tailor dan dot dot dot... yang dot dot dot tue kena ingat bebaik.

Sy tak katalah pakaian sy muslimah-muslimah belaka.. tapi sy make sure tertutup, kalau yang terbukak tue mursing ware.. kau pakailah inner ware, jangan kau biar terbelalak macam tue sahaja. Kalaupun lycra itu melekap.. pakailah kain dalam, singlet dan sebagainya.

Bila nak tempah baju yang tak menutup nie, kita jadi berat sikitlah.. pasal nanti kita dok dapat saham sama. Bila kita bagitau benda nie.. memang nampak kerek. Lorat semacam, hang tailor, jahit ajerlah apa... apa yang gaduh, sy boleh bayar.. bukan mintak free.

Tapi benda nie tak boleh... memang kita boleh bersangka baik dalam banyak hal, tapi ada hadnya dan bukankah berpesan-pesan itu lebih baik? Walau kita tailor cabok, biar kita ada prinsip sendiri.

Ermm... sy ada buat tangkapan kain polka dot yang sy rasa agak menarik, jadi sy sedang cari dress blouse untuk nursing ware.. kalau ada jumpa pic yang menarik, boleh syer ngan sy yer :)




~sumber : kesemua gambar hasil carian internet

Wednesday, January 11, 2012

Hari nie kalau kita jalan, jatuh dan rebah

Assalamualaikum....

Hari nie kalau kita jalan, jatuh dan rebah, kita perlu bangkit dan kalau boleh terus berlari..

.. terus berlari bukan kerana kita malu sebab jatuh, tapi kerana jalan kemudian jatuh = sakit.... kalau berlari juga kemudian jatuh = sakit. Sama jer..

... manusia perlu belajar dari kesilapan dan selalunya peluang ke dua itu, kita akan usaha untuk yang lebih baik!


~ tempat sy berjalan, jatuh dan bangun dulu... tak sangka dah tukar motto sekolah... dulu, usaha tumpu jaya.

... mari cabar diri sendiri untuk nyanyi lagu sekolah, tengok still ingat ker tak: p

Usaha tumpu jaya itulah Mudzaffar Shah
Menabur bakti dan jasa berbakti untuk bangsa
Usaha tumpu jaya itulah cogankata
hmmm hmm hmmm hmmm :p

Hiduplah Mudzaffar Shah
Majulah terus maju
Tabur bakti di setiap masa
Kami sanjung jasamu..

Usaha tumpu jaya itulah cogankata
hmmm hmm hmmm hmmm :p

GAGAL :p

Tuesday, January 10, 2012

Sy janji!

Assalamualaikum...

... sesi kutuk diri sendiri untuk hari nie.

Sy mengaku, sy berada dalam keadaan demotivated sikit sekarang. Dengan heavy period, dengan kulit muka berjerawat, dengan bibir yang allergic pecah2, pedih & hitam macam penghisap rokok tegar... nak senyum pun bajet-bajet, terlebih senyum, pecah balik kulit.Tumit pecah-pecah, kepala pening-pening dek kerana kurang minum air.. membuatkan sy malas nak fikir & hidup pakai redah ajer.

Kekadang rasa sedih... rasa macam nak nangis ajer, tapi tak tau nak nangis pasal aper.
~ tak ker macam orang giler? :p

Baju yg mana orang tempah, kemudian baru sy perasan sy tak pernah buat. Sy fikir kemudian sy pening.. .. sy keep pending pasal sy tak boleh fikir. Buat kerja asik salah... hari nie sy tersilap hantar baju kat orang lain. Pos barang orang, dah siap timbang semua baru terasa menyesal sebab rate pos mahal gilerr. Aduhaiiii...


... apa nak jadi nie?

Sy beri satu hari ini untuk diri sendiri merasa down, rasa bersepah & serabai dengan diri sendiri.. tapiiiii

.... esok sy mula hari baru dengan semangat yang lebih. Sy janji!
~ bukan benda bodoh sangat kalau hari nie kita dah terbuat kesilapan yang bodoh... asalkan esok-esok jangan kita merasa selesa dengan kebodohan itu. Perbetulkan balik!


*no comment :p

Thursday, January 5, 2012

memori daun pisang.. fesyen kaki seluar bawah kembang..

Assalamualaikum..

4 jan 2012, kambali ke sekolah.. sy & kekasih sempat ke sekolah hantar Idris yang akan memasuki darjah 2.

Sy kirai-kirai baju dalam almari sy... sy tak tau nak pakai baju apa!

Tarik sehelai.. oo nie colourfull sangat, hat nie merah sangat makngah.. hat nie blouse nanti kenapa pakai ngan jeans, tak sesuai..

... cerita tentang pakaian nak ke sekolah nie sy ada satu cerita. Dulu masa sekolah kan ada fesyen kaki seluar bawah kembang, atasnya sempittt bebeno.

Cikgu Ishak nie, dia tanya genge2 nie.. hampa imagine kalau hampa satu hari nanti jadi bapa, datang sekolah pakai seluar macam nie & jalan terhindik-hindik..
~ terhindik-hindik tue terenjut-enjut...sambil cikgu menggayakan cara jalan macam tue..

.. kemudian dia berhenti & berdiri badan senget sebelah.

Mampa rasa macam mana? Bapak datang sekolah dengan pakaian macam nie & perangai macam nie? tak malu ker tanya dia.

Masa di sekolah pun sy meliar gak tengok pakaian mak bapak nie... masa perhimpunan, cikgu pun pesan, pakaian ibubapa yang tak sesuai... takut-takut jadi ikutan anak-anak. Kat sekolah agama lah yang perasan sangat tue, anak-anak bertudung litup elok, mak-mak pulak nampak jambul.

Tengok ajerlah.. sambil buat peringatan untuk diri sendiri.


~ ishak masa ke sekolah agama abangnya. tok sah la tunjuk muka ceria sangat, macam hepi kalau ke sekolah yere... hakikatnya dah sebulan gi taska rekod menangis tanpa gagal, betuah kau nak.


Thursday, December 29, 2011

Gathering Sahabat Perak FM : 26 dec 2011 Kuala Woh, Tapah.. ... untuk komeeeee ajerrr.

Assalamualaikum...

Masa sabtu lepas, kami balik kampung lagi untuk 2nd time dalam cuti sekolah nie. Ambik peluang, anak dah sekolah.. susah nak balik kg.

Bertolak agak lewat sebab pak sedara kekasih sy meninggal. Arwah orang yang pendiam tapi baik, selalu senyummm ajer. Mak arwah masih ada tapi agak uzur, sedih sangat dia.. ingatkan tua anak boleh jaga. Ajal maut yer tak?

Bila sampai perak sy ingat nak singgah rumah kawan sy, tapi kebetulan dah tengah hari, time orang amkan nasik. Tak sopan pulak... cenggah ke Kuala Gula lah kami, ikut kakak sy pi kenduri kat sana. On the way sampai rumah orang kenduri tue.. 2bijik kereta masuk parit. Tak tau lah depa bawak kereta lagu mana.

Balik dari kenduri baru singgah rumah kawan sy & petang baru sampai kampung. Punya menyinggah sana sini, dah pukul 5 baru kelam kabut asar. On the way sampai rumah tue jumpa rumah kakak sy dulu... dahhh nampak amani pulak, mak dia dukung kat luar. Singgah kat situ pulakkkk dahhhh... dalam kelam kabut tue, dan lagi.

Ahad pagi, sy memang pantang kalau kat kampung kena hari Ahad... mesti nak ke Pekan Ahad Sungai Gedong. Ntah la, mungkin sy rasa selesa, mungkin sy rasa sy aman disana, jalan ikut suka, belek ikut suka tanpa rasa risau... anak terlepas dari tangan kejap pun sy rilek lagi. Kalau kat pasar siniii... punya kawai anak, risau takut terlapas tangan.

Sy sempat rempat satu helai tudung & sehelai shawl. Nie pun satu peel sy.. kalau nak beli tudung mesti balik kampung baru teringin nak beli & mesti beli ngan kakak sy. Kalau kat sini payah sangat.. padahal made in sama ja, pasar jugak.
~ ahkak beli tudung kek pasar yoo... sodeh kan? misken namo ehh..

Tengah hari, pergi kenduri... jumpa kawan sekolah sy, nama dia simple macam nama sy & DOB kami sama, kulit yang tan macam Tyra Banks nie pun sama.. kami macam kembar!
~ macam Tyra Banks tue baca pelan-pelan... hat tue sy tipu!

Balik kenduri, masing-masing dah pelekat api... kami buat BBQ kepak ayam petang tue. Makan sampai muak. Malamnya sy gi bermalam rumah kakak sy, kami ingat nak join kakak sy pergi gathering sahabat Perak FM kat Kuala Woh, Tapah.

Tagline depa... untuk komeeeee ajerrr.

Gamat giler dorang..


~ potluck makanan pun very the kampung one, i likeee!

Sy antara yang awal jugak terjun masuk sungai... sy takkan lepaskan peluang, lama dah tak apply kuak renang ayam kena sembelih sy tue. Kehkehkehh... agak kelakar kalau dilihat orang, berenang tapi bottom part tenggelam tak boleh nak apung.

Tapi best tempat tue, part yang kurang berbatu, boleh bagi anak-anak main & tak risau sangat takut jatuh. Mak & bapak boleh buat aktiviti bebas, LOL. Bukan bebas mana pun... korek pasir sampai kena bahagian yang keluar air panas & benamkan bottom part dalam tue, suam-suam ajer.

Balik dari Tapah, singgah rumah abang sy & makan malam pulak kat sana. Kul 10 baru sampai rumah. Penat gilerr. Selasa pagi, sempat jahit 2 helai skirt denim lycra, lunch & balik Klang.


~ banyak jalan2.. dah kena ke sekolah nangiss.


~ semalam kemas2 jumpa 2 pasang nie... yang terpilih ajer ada benda nie. Sy alhamdulillah ada 2 pasang... :) :) nak framekan!

Thursday, December 8, 2011

.. LOST!

Assalamualaikum

Tup-tup timbui nuh? ingat kot lupa password :p


~ antara yg hadir

Weekend lepas, sy sempat join kelas jahit blouse & kaim kembang. Ada yang tanya sy, dah tahu jahit, kenapa join lagi... alamakk salah ker?

Kita join pasal kita nak tengok cara tok guru yang lain pula. Tengok cara, compare2 & select the best... sebab menjahit nie praktikal, bukan teori yang kita baca, kita hafal & habis takat tue.

Praktikal.. harus dipraktik dan untuk dipaktikkan tue ada pelbagai cara, lagi banyak tok guru yang kita menuntut, lagi banyak cara kita tahu... dan kalau jumpa cara yang paling simple itu yg kita nak.

Tapi sy ada jugak jumpa beberapa orang yang menuntut banyakkkk tok guru, tapi kemudian dia LOST!

Sy rasa nie bukan sebab terlebih menuntut, tapi asas dia tak kuat. Contoh ekk, setiap tok guru ada formula & cara dia sendiri untuk buat pola. Formula berbeza tapi kesudahan dia sama ajer... kalau tak sama pun..... lebih kurang sama. Bila asas dia dah tahu macam mana nak buat, menuntut lah kat sapa pun.. dia tau kesudahan dia mesti sekian sekian.


~ cikgu tengah jahit pinggang kain... ini kain, sy yang punyer :p

So pandai-pandailah lepas tue nak guna formula yg mana satu... jangan kelam kabut. Bila ada banyak tok guru, banyak formula yg boleh pakai... dah dia jadi blur. Pakai lah mana pon sebab nanti result dia sama ajer.


~ sy ada simpan keinginan buka company jahit baju, ada pekerja sendiri & ambil tempahan secara borong... keadaannya mungkin macam nie. Tapi, itulah one fine day...

Ini kelas kedua yang sy join di Kolej Komuniti Klang, sebelum ini kelas tartlet & tiramisu bulan lepas. Tak boleh join selalu-selalu sebab sy kerja hari sabtu.

Kekasih sy kata join kelas selalu, nanti kena pangkah depa lah katanya... hepppp! Hat mana depa bagi kita ambikk, dana tue dari duit kita2 jugak. Tapi pasal pangkah hat mana tue urusan lain :p thehehehe.



Friday, November 11, 2011

Daging goreng kunyit style acik hang!

Assalamualaikum...

Semalam, balik dari kerja... buka pintu rumah jer, terus terpa kat peti sejuk. Defrost daging yang dapat masa korban ituhari. Hampa punya daging habis dak lagi? Kalau belum & ingat nak masak sempoi2 boleh cuba masak nie.

Sy kalau pi kedai makan, nampak lauk nie selalu ambik. Kalau tak daging, ayam.. sempoi tapi sedap. Bagi masin kuat sikit & makan dengan nasik panas... nak lagi dramatik kalau depa bubuh cili padi tergolak-golek. Masa makan...... cetttt pi gigit cili padi tue sikit bagi pedas. Syokkkkkk...

Dok pikiq, depa masak lagu mana lauk nie? Hari tue masa pi tolong orang korban, sy dan belajaq masak nie...ooohhh, lepas nie pakat tutup kedai habih laaa, acik hang dah pandai masak, kater koooo.

Masa nak potong daging baru perasan... daging hat nie terkena part yang liat-liat sikit. Tak kisah lah... gigi bercupak, pakat gonyeh lah makan nanti. Nak hiris gading nie, sy selalnya tak defost lama, agak-agak beku lagi dah start potong. Baru senang nak potong daging bagi nipis masa tue.

Masa duk potong agak2 separuh, kuali letak dah atas api... nie nak bagi cepat nie. Bubuh daging macam tue saja, tak payah bubuh minyak. Bubuh kunyit & bawang putih (sy tak bubuh pon semalam)... lebur atas api macam tue saja & masak sampai ayaq daging tue kering.

Bila dah kering, baru tuang minyak & garam... kiranya kita dah nak menggoreng nie. Bagi kecut sikit daging, masukkan bawang yang dihiris, kalau nak bubuh sayur yang lambat masak macam carrot, kacang panjang ker, boleh masuk sekali. Sy tak bubuh apa pun sayur... tapi bila last dah nak masak, sy tauk cili padi (tak potong pon cili tue) tomato, daun sup & daun bawang.



Dah siap daging goreng kunyit style acik hang... tomato 4 sure ada & sayur potong besaq2 sikit, senang anak makan depa kutip perasing. Tapi hat semalam tue liat sikit takpalah masing-masing gigi bercupak :p & kelihatannya kurang garing... tak dan nak garing, lapaq nasik sangat-sangat dah!

Nak lagi dramatik boleh kot bubuh lada hitam.. atau bubuh kicap sikit ka. Sy kalau memasak.. kicap & lada hitam itu rencah yg sy kira sedap lah tue. Sajalah kot-kot sedap... masak memanjang menderhaka tak ikut resepi. Memasak ini seperti seni... tak kisah lah nak buat macam mana pun janji sedap :p

Alhamdulillahhh...

Assalamualaikum...

Hari selasa selalunya hari cuti untuk sy memasak :p Sy biasanya ke pasar andalas sebelum balik kerja. Tapau makanan & beli lauk untuk seminggu akan datang.

Selasa lepas, sy beli dua bungkus nasik + ayam berempah & add 1 ketul ayam.

Pada asalnya sy ingat RM 4.00 + RM 4.00 + RM 2.00 = RM 10.oo.

Rupanya, RM 4.50 + RM 4.50 + RM 3.00 = RM 12.oo.

Terpelengong jugak kejap. Ayam nya tue seketui tak besaq mana pun, ngam-ngam 3 jari pun dah RM 3.oo. Selalunya yam goreng seketui dalam RM 2.00 jaaa.
~ terpelengong.. terpaku/terkedu/terdiam sekejap.

Sy ada 2 corak pemakanan..
~ hauhauhauuuu... corak pemakanan, kau mampoo? :p

... ada 2 corak pemakanan, kalau sy makan ayam di rumah.. sy pilih part-part tulang sikit sebab bahagian nie lebih berperisa. Kalau sy makan kat luar, sy pilih dada.. part yang lebih isi! :p

Nasib baik pilih yang isi, kalau tadi pilih yang tulang?

Hebat, bebetul hebat, depa memang cukup cekap dalam bab selaras menyelaras nie. Tapi kita tak boleh pi marah dia, dia boleh kata.. kami beli ayam, sekilo pun dah 7 ringgit lebih kak, takkan kami nak jual ikut harga dulu?

Kat pasar andalas tue, sy perasan dua tempat yang jual ayam. Satu yang tukang chop ayam tue selalu pakai cap & sebelah dia ada jual daging sekali... harga ayam sekilo dua minggu lepas RM 7.30. Yang lagi satu kedai yang ada dua bro yang pakaian, rambut, chopping board & cara dia buat kerja pun kemas & bersih. Kat dia sekilo RM 7.50...
~ mungkin RM 0.30 tue harga yang harus dibayar untuk kekemasan & kebersihan kot..

Ok itu kat pasar andalas. Harga ayam kat pasar pandamaran pulak, sekilo boleh dapat RM 6.30. Beza dok ada dalam RM 1.00, awat jadi lagu tue? Pasai tak pantau lah.. kata hari tue pumpang pum pang kata nak pantau, tapi pantau apa pun tatau.

Hari tue kat tv, sy tengok depa duk compare harga-harga barang. Harga ikan kembung sekilo depa tulis RM 5.00 naik kepada RM 6.00. Tapi kat pasar, sebelum-sebelum nie sy tak pernah jumpak lagi ikan kembung sekilo RM 5.00... harga ikan kembung kat pasar la nie rm 7.00.. kalau ada yang 6.50, itu ikan kecik-kecik atau pun ikan yang dah nak pecah perut.

Hari tue duk sembang-sembang dengan partner sy, harga barang makin naik. Bukan lah nak mengeluh... tapi yang naik gaji tue, menyebabkan kenaikan harga barang. Kami-kami yang mana kerja swasta nie jugak yang duk melopong.

Tapi duk pikiaq pi pikiaq maii... hikmah tue ada. Ishak dah tak pakai lampin pakai buang, kecuali nak tidoq saja. Dah jimat kat situ... drypers sekarang satu pack berapa? RM 35.00 satu pack. Susu anak-anak pun dah tak banyak... depa dah kurang minum susu sekarang.

Tambah pulak kawasan perumahan sy apartment. Tapi meter air sekarang dah tukar daripada meter pukal ke meter SYABAS... dapatlah merasa air percuma tue. Selalunya bil air sebulan RM 30.00 ++ tapi bil bulan lepas tak payah bayar.

Benda-benda macam nie lah yang buat sy rasa bersyukur sangat. Dalam merasa kepayahan, tapi Allah permudahkan jalan. Janji jangan lupa kat Dia. Kalau kita rasa susah... ada lagi orang yang lebih susah daripada kita.

Macam cerita orang dulu-dulu, beras dalam rumah dah habis.. duk pikiaq nak bagi anak makan apa lah nie. Tiba-tiba teringat ada ubi kayu bawah dapuq. Boleh lah rebus & bagi anak-anak makan.

Alhamdulillahhh...


~ ini lable cloth untuk baju-baju sy akan datang.. alhamdulillah.
~ video yang dalam entry sebelum nie tue.. cara sy jahit seluar atau part-part yang senang tetas. Tak perlu tekan butang undur belakang, cuma sambil jahit, sambil tarik ke depan untuk dapatkan jahitan yang berulang.

Tuesday, November 8, 2011

... raya haji.

Assalamualaikum..


~ telekung sy, kaler kelabu... tak salah kan kalau bukan putih, saja sy buat kaler nie pasal kain kaler nie sy beli terlebih. Lagi pulak memang fail dalam menjaga telekung... suka naik taik lalat :p Kaler macam nie at least tak ketara sangat...

Lepas maghrib semalam, sy pergi kedai kain.. ingat nak ambil stok kain yg sy book minggu lepas. On the way kat roundabout yang kat replika keris (klang) tue.. ada kemalangan. Masyaallah... naik motor, badan ok semua, pakai jeket kulit & helmet pon dok pakai lagi tapi pecah, mungkin kena gilis.

Seriyaunyaaaa... ituhari masa sy on the way naik bas ke klang tue, kat situ jugak lah kemalangannya berlaku. Roundabout yang sama... orang nie kadang-kadang bila masuk roundabout main masukkk ajer. Hang nak ke pukul 9 tapi boleh ambik lane kanan... mana tak sauk orang lain kalau tak kena gaya. Tak rancang & tak pikiaq pon sama. Sy tak boleh tengok benda-benda macam nie... ketaq lutut.

Sy dok pikiaq, anak sapa lah yang duk terbaring tengah jalan tue... daripada jeket yang dipakai, rasanya muda lagi. Kalau dah kawen pun, mungkin ntah ka baru kawen atau anak sorang duk kecik lagi.... sedih sungguh kalau ingat-ingat balik. Kalau dia Islam... moga-moga ditempatkan bersama orang yang beriman. Aminn....

Ok, cerita pasal hari raya... hari raya haji memang selalu-selalunya lah sy tak balik kampung. Tahun nie pun sama.. ingatnya nak tunggu Idris cuti sekolah dulu dan baru balik kampung. So raya nie memang sy tak masak apa pun... cuma pi surau, ambik daging korban & tolong masak-masak kat surau ja.

Malamnya pi makan kat jiran rumah atas sy... depa nie dari Bangladesh... tapi cukup baik dengan family sy dan anak-anak sy. Pandai depa nie masak... nasik nak macam nasik beriani, lauk ayam & daging. Bertambah la jugak makan :p
~ macam tak biasa ...

Tapi, bila tengok depa duk peluk anak-anak sy tue... rasa sedih pon ada. Ntah-ntah ka depa nie ada adik & teringat kat adik depa. Ada jugak yg dah berusia... ntah ka depa nie dah ada anak kat sana. Rindu kot... sy kalau bab-bab rindu nie kalah la, tue sebab kengkawan kalau duk cerita depa PJJ (perkahwinan jarak jauh) sy kata kat depa... tue pasai aku tak kerja dengan G... nggeeee.

Rindu dendam nie boleh mendera jiwa ... nggggeee.

Ok masa cuti 3 hari nie buat apa? Sy duk pulun try menjahit telekung... duk gila buat tue pulak dah. Dalam pada gila- tue dapat 2 helai, satu bawak kat office & satu lagi bubuh dalam kereta. Elok sangat lah, sy pon kekurangan telekung, tue dia pecah rahsia. Punya dok jait baju, sampai bab telekung, jatuh la miskin pulak :p :p


~ subhanallah.. sy tak tau macam mana hepi nya sy pakai telekung nie, selesa & sejukkkk ajer. Kalau ada yang nak oder, boleh request kaler & letak bling-bling bagi cantik sikit... sy jual RM 50.00

Nanti sy tunjuk tutorial... kiranya sy nak cover balik sewing party hat sy janji nak buat sebelum puasa tue dulu. Kiranya tak ada sewing party lah sebab sy pon kalut nak buat macam-macam.... jadi nanti masing-masing boleh belajar kat online saja.

Oh ya, hasil jualan barang lusuh, RM 47... boleh la, kiranya tak lah bersalah sangat daripada duk buang saja. Sy ingat nak clearkan jugak baju-baju kurung & kebaya sy masa muda-muda dulu. Pinggang dulu 26 inci cekkkk oiii, rasanya tak kurus balik dah kot, jangan duk mimpilah kekekkee...

Ok hepi sewing.. ramai yang suka cari tutorial kan? kat blog sy tak berapa ada tutorial pasal sy kedekut kekekke, cumanya one fine day.. i'allah bila masa sy ikhlaskan semuanya, itu benda pertama yang sy akan buat. Buat masa nie belum lagi, tunggu langsai semua installment dulu... ngggeeee.

Friday, October 28, 2011

Be prepared.. be prepared lah.

Assalamualaikum...

Sy bergitu tersentuh bila melihat video ini :

http://www.youtube.com/watch?v=iI_oGQgGdiU&feature=colike

.. cuba tengok pada minit ke 20, dari situ sy tersedar & sy akui apa yang sy buat selama ini sama dengan apa yang Ustaz Don cerita. Kalau sy sibuk, sy cenderung untuk suruh anak pergi main jauh-jauh dengan alasan sy sedang sibuk buat kerja.

Dengan alasan apa yang sy kerjakan itu untuk memberi depa makan... itu yang sy anggap penting. Padahal yang sy kerjakan itu tak ada maknanya jika mereka membesar nanti tidak menjadi anak-anak yang solleh.

Kalau sy mendidik mereka dengan didikan yang lebih kurang dan jika nanti akan menjadi anak yang lebih kurang.... lebih kurang seperti sy, apa sy nak buat?

Be prepared.. be prepared lah.
....................................

Projek baju sy akan datang... mungkin seperti ini, tie neck.. sangat cantik dengan dress & jubah. Tapi tengoklah nanti.. kalau sy masih ada masa menjahit & ada hati untuk menjahit :p
~ semalam idris tanya sy kenapa sy tak buat kerja seperti selalu... :)






Tuesday, October 25, 2011

Ohh... sungguh tak mencabar!

Assalamualaikum...

Sy tertarik bila sy melihat video klip nie di fb tadi...

http://www.facebook.com/photo.php?v=207692262636089

Sy memang admire dengan orang yang gigih bekerja.. ia buat sy rasa segala apa yang sy rasa susah, aperrrrr lah sangat kalau dibandingkan dengan mereka-mereka ini.

Masa sy buat projek DIY buat pagar rumah ituhari.... abang sy kata, untuk plaster simen tak boleh pakai pasir halus, kena oder yang kasar tue.. tapi kena ayak dulu. OOOiiiicccc... merasalah sy mengayak pasir dan merasa jugak lah sy macam mana sodok pasir kemudian layang ke pengayak tue.

Masyaallahhh... nak sodok tue satu hal, nak angkat tue satu hal... nak layangkan tue lagi satu hal.

Sy guna kekuatan tangan, menggigil tangan tak larat. Sy guna kekuatan dari perut
~ kehkehkehh... ingat menyanyi ajer yang guna suara dari perut?

Sy bergantung harap pada perut gendut yang kuat makan tue, sebab sy agak-agak : kalau kau kuat makan, kau juga harus membalas budi sekali sekala :p

Kalau nak tanya soalan : mengigil tak perut? Sy tak dan nak rasa.. nngggeeee.

Sy dok huppp (sosok pasir) happp (angkat naik) & ambikkk kauu ( layang ke pengayak) , huppp happpp ambikkk kauuu. Kami ( sy dan abang sy) dok berlawan ayak pasir.. dia layang & kemudian sy layang... bergilir-gilir. Habis jugak bukit pasir tue kami kerjakan.

Berkat hasil kekuatan chi dalaman & kekuatan perut sikit-sikit...
~ ok ok sy mengaku.. kekuatan ego jugak sikit-sikit, sape yang nak kalah kalau berlawan kan?

Tapi lepas mengayak pasir dan nak melangkah jalan tue, terasa jugaklah.. mengengkang dibuatnya! Hohohoho... kelat sendi-sendi lutut & pinggang :p

Lepas tue sy dah harungi hidup sebagai buruh binaan :p baru sy tahu kenapa :

~ depa nie banyak makan sebenarnya... tapi ini bukan benda pertama yang sy realize lah
~ depa tak ada pilihan
~ depa diasak untuk lakukan itu demi kelangsungan hidup, nak suap bagi makan anak-anak

Letih, panas itu tolak tepi.. benda kalau dah biasa buat & dah selalu buat akan jadi benda biasa. Itu kalau kerja tulang 4 kerat nuhh.. belum lagi kerja-kerja yang buat kita rasa kurussss semangat atau kerja-kerja yang buat kita rasa nak kata euwww.

Apa kerja yang paling mencabar dikerja pada hari ini?
- duduk di dalam office dengan file yang menimbun..

Ohh... sungguh tak mencabar!

Thursday, October 20, 2011

Murahnya nyawa.....

Assalamualaikum...

Dah 2 hari sy pakai selipar jepun mai kerja. Pagi semalam... masa sy kelam kabut jahit tepi kecik untuk baju tempahan sy, tak perasan besi yang kena cabut untuk membolehkan jahit tepi kecik pada mesin jahit brothers tue terjatuh. Bila bangun nak ke meja potong kain, sekali sy terpijak derrr... rasa slow ajer tertikam masuk kat tapak kaki. Nasin baik berdarah sikit ajer... tapi bisa jugak la, berdenyut sampai sekarang.

Tapi walau kaki sakit, lagi sakit di hati nie... katanya kat China, jangan tolong orang yang dalam kesusahan. Macam kes langgar budak umur dua tahun tue, tak ada yang tolong pasal nanti orang yang tolong itu kena tanggung kos rawatan & yang menolong boleh dituduh menyebabkan kemalangan & boleh kena saman. Kecuali keluarga sendiri... katanya.

Tueee dia.... alasan, punya ikut hukum logik.

Katanya lagi tanggungan kos rawatan kemalangan lagi banyak daripada denda menyebabkan kematian. Itu pasal bila tayar depan dah langgar, dia langgar lagi dengan tayar belakang... bagi mati teruih.

Tueee.... punya laknat. Tak ada langsung nilai kemanusiaan. Murahnya nyawa.....

Sy tengok video klip tue sampai takat sorang ajer yang lalu, tak gamak nak tengok sampai habis. Tak sampai hati...

Kalau kita bawak kereta & tiba-tiba anjing melintas... pon tak gamak main redah macam tue ajer. Anjing tue memanglah anjing.. binatang, tapi bukankah ia satu nyawa & ada hak untuk hidup?

Tuesday, October 18, 2011

.. duduk rumah papan lah kaya!

Assalamualaikum...

Dua jejaka yang belum bersunat dalam rumah sy... masing-masing bajet kacak :p

Yang sorang, balik sekolah ituhari tetiba tanya sy... makk, abang kacak tak? Sy tak tahu perasaan sy macam mana ketika itu, rasa geli ketiak ada, rasa nak lari masuk bilik & gelak golek-golek pon ada.. nak pitam pon ada kehkehkeh.

Sy tanya dia, abang tahu tak kacak tue aper? Tak tahu, kawan abang kata abang kacak... kata dia.
~ pitammm...

Oooo ok, ermmm untuk tidak memanjangkan cerita, rasanya tak perlu tanya siapa yang cakap dia kacak... kekkekee. Kacak tue hensem lah, tapi lagi kacak kalau jadi anak yang solleh.

Yang lagi sorang tue, ada satu pagi dia beria-ia bersiap, letak jel rambut & sikat rambut buat rambut pacak. Kemudian tanya sy... mana yang wangi-wangi tue? ak ak (ishak) nak yang wangi macam semalam tue. Sy memang tak pakai perfume, jadi heran jugak.. bila masa sy beli perfume?


~ pic semalam, mula-mula menangis tak nak ke sekolah.. lepas nampak songkok, nak pakai baju raya.. tak dan dan nak pi sekolah pulak.


~ pic pagi tadi... nasib lah anak 2nd, pakai seluar warian dari abang sajer, tapi rambut pacak maintain yer.. jangan sape2 sentuh.

Kemudian teringat, sehari sebelum tue sy ada beli something.. masuk ke bilik air & tunjuk kat dia... ak ak cari yang ini ker? Haaaaa yang nie lah wangi-wangi, lalu ambil & sapu ke badan & baju dia..... ya ampun, dia sangka kan 'sumber ayu.. merapatkan keintimanku, cubalah sendiri' itu cologne!
~ tapi pagi tue dia pi sekolah tak nangis2 macam sebelumnya la... sy agak ntah2 urat nangisnya dah rapat!!


Anak sy nie, bajet nak pakai seluar jeans ajer pi memana... kalau seluar yang depa suka pantang kering, kekadang nampak dok sangkut & tak dan jemur pon mintak nak pakai.

Sy baru terscan satu kedai yang tempat duduknya ada wakaf. Sy memang admire giler tempat-tempat yang ada wakaf macam nie, ambil makan boleh bersila, boleh berlunjur & gamak tak ada orang.. boleh berebah kejap :p


~ penyandar pun dariapda buluh.. atap nipah.

Lokasi di sijangkang, batu 7.. wakaf daripada buluh. Bergoyang jugaklah wakaf tiap kali mak gajah nie mengesot naik... hohohooho. Makanan sy tak pasti sangat.. sy try chicken wing & mee goreng ajer, tapi boleh tahan lah. Nak lagi sempoi, sambil cuci kereta kat sebelah, sambil medang-medang kat wakaf... asyikk!

Pekerjaan sy dua tiga hari lepas... & baru dapat tempahan blouse 2 in 1 nie, tapi tangan cekak & berbutang.



Pekerjaan kekasih sy dua tiga hari lepas... pagar kayu nie 7 kaki ajer tapi kos bahan mentah ajer dah RM 300, punya mahai harga kayu la nie... kalau dulu duduk rumah papan kita kata miskin, la nie kita kena tukaq.. duduk rumah papan lah kaya!

Monday, October 17, 2011

.... Malware : Google has not detected any malware on this site. ~ yey!

Assalamualaikum...

Akhirnya, pulih juga blog sy dari penyakit malware nie... kalau ditanya apa yang sy buat? Sy tak tahu mana satu ubat atau petua yang membuatkan ia ok... dah macam-macam sy buat.
~ boleh imaginelah ahkak bagi CPR & kejutan elektrik bagai... tinggal tak cucuh kat api ajer lagi :p

Nanti sy bagi sikit tutorial yer.. sbb sy ada beberapa blog tapi untuk blog nie tak ada verification. Sy tak tahulah nak cerita lagi mana... tapi untuk sy diagnose apa penyakit pada blog sy nie, google mesti buat verification bahawa sy adalah pemilik blog nie. So sy kena masukkan kod ke dalam html kod pada dashboard.

Tapi bila nak masukkan kod tue... tak lepas-lepas. Ayik silap... sy tak pandai cari kat mana nak kena paste. Kemudian sy terfikir.. ada kena tekan pada kayboard, tapi sy tak ingat.. tapi kemudian baru dapat - F3.

Kira boleh la jugak untuk sy yang tak mengaji nie :p

Sy check.. effected 14hb Oct, sy pi delete lah entry 14 hb... nnggeee ingat boleh ajer mcm tue.

Blog sy effected daripada blog fizan & satu lagi blog my creative crochet (ingat-ingat lupa). So sy kena remove semua link daripada dua blog nie dari dalam blog list.

Tapi still tak boleh jugak, sy kan tak mengaji... kemudian tue baru jumpa ada satu link menunjukkan ada satu image dalam blog sy yang sy ambil dari blog fizan. Sy dok agak-agaklah kot-kot kat comment kot... dah depa komen ada lah jugak link & pic profile. Sy delete pulak semua komen depa.

Tak boleh jugak.. sy dah fedap. Mana sy nak cari satu image yang effected dengan malware dalam blog. Sy kena check satu-satu kod html tue? Mamposss.. sy ingat flush ajerlah blog nie.

Dah petang-petang ne, tengok dah ok & check kat Webmaster Tools :


Malware

Google has not detected any malware on this site.

Mampus jua kau....