Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, January 31, 2011

Aura rengkuhan daripada perut katanya.

Assalamualaikum....

Kejap ajer dah isnin balik ekk rasa tak puas cuti :p takpe takpe.. minggu depan cuti lagi. Ada sesetengah sekolah, dah start cuti untuk CNY, sekolah Idris, sekolah kebangsaan cuti hari rabu, sekolah agama hari khamis baru cuti.

Anak dah start sekolah nie, tak boleh lah lajak-lajak cuti macam dulu.. kalau dulu, ntah-ntah ahad semalam sy dah lepas sy dah kat kampung... dah bersenang lenang ke Pasar Ahad Sungai Gedung & kemudian lajak merayau ke rumah kakak-kakak.

Insyaallah... sy bertolak balik kampung khamis awal pagi. Takut nak balik rabu malam tue.. takut jalan jammed. Kasi can orang yang nak balik beraya balik dulu lah.. kiter tak kejar masa sangat. Selalunya kalau balik kampung untuk raya.. kiter pandai merungut, apalah orang nie... tak beraya pon, menyibuk sesakkan jalan. Hohohooo.... kasi can, kasi can.

Lepas balik dari cuti, kemungkinan sy akan apply AL atau UPL untuk seminggu. Ada urusan yang perlu sy selesaikan... cuti lagi, nak nak pulak kekasih sy pon dapat cuti CNY lagi seminggu. Anak-anak hantar ke sekolah.. mak & abah bersuka ria di rumah, boleh? Hohohooo.... kasi can, kasi can.

Aktiviti untuk hujung minggu nie.. sempat jahit 3 helai baju kurung sekolah. Plan nak pasang bumbung untuk wakaf, ahad hujan dari pagi sampai petang... hujan nikmat tue di hari ahad. Yang nak lajak tidur boleh sangat, bergumpal dengan selimut sampai perut mintak makan.. then sambung bergumpal lagi. :p

Kami siapkan nie...



Sy memang suka kalau duduk bersandar sambil berlunjur atau bersila & ini penyandar untuk penyandar wakaf. Petang hari, santai-santai sambil makan cekodok pisang lawan dengan kopi O.. aduhduhduhh, jangan malam-malam angkut tikar bantal dah!

Tengok penyandar tue ada cerita kelakar disebaliknya. Sy punya task ialah kikiaq bahagian tepi yang berserabut tue bagi lincin. Dan bila nak paku, sy tukang pegang & tarik kayu tue kalau ada yang lari sementara kekasih sy paku. Nak jadi cerita, tarik punya tarik... sy kena tarik mengkarung. Tau tarik mengkarung kat mana?

Kat perut! Meahahhahaaha kalau kat tangan atau kaki tue boleh tahan lagi... nie kat perut. Sungguh tak percaya :p Aura rengkuhan daripada perut katanya. Mungkin perut sy bekerja lebih daripada biasa!!



Sy rasa yang ini cam ada minat yang sama compare dengan abang dia. Tak kisahlah janji dia diam & buat hal sendiri daripada tak ada benda nak buat & sentiasaaaaaaa minta sy beli motor besar!



Tapi hurut dada ajer lah, bila dia paku sepanjang kayu tue.. tue kayu yang nak pakai lah pakcik!

Thursday, January 27, 2011

Aduhai melejeh dah... & .... namun niat tak menghalalkan cara

Assalamualaikum....

Rakyat makin sengasara, pelbagai cara diguna untuk mencari wang.... namun niat tak menghalalkan cara. Menipu tetap menipu dan ia berdosa...

Ni p'cik guna kad orng, tolng isikan p'cik top up RM 30 dinumber baru maxis p'cik ni nom 0128140146, pasal p'cik ade kes di balai polis boleh tak cepat sikit beli.

Sy pernah baca tentang penipuan macam nie di CARI & nak ajer sy quote ayat sms yang depa cadangkan.

Bila p'cik bangun dari kubur? tak ada linekah kat dalam sana?
~ ayat yang last tue sy tambah sendiri...

Satu-satunya orang berpangkat pakcik telah pon 'berjiran' dengan arwah mak sy..



.. 'satu taman, cuma lot nya berbeza'.

Jika arwah masih hidup pon, tak semoden itu untuk menghantar SMS dengan perkataan-perkataan remaja yang penuh dengan shortcut sana sini. Al maklum, orang kampung.

Tapi kesianlah.. tanak reply, sy kesiankan top up sy lagik!

Nak jadi penipu pon kena bijak jugak dik. Maka dengan itu, untuk sy keluarkan no handfon itu.. sila bank in RM 1000.00 dalam akaun sy.
~ LOL!

Letihlah cerita menipu takat RM 30.00 nie.. alang-alang nak menipu koman-koman biar ber K- K, paling lekeh pon juta-juta.
~ juta rupiah :p

Kita cerita pasal makanan-makanan nadirlah, memandangkan tak ada current project sekarang. Semalam sy ingat nak project, alih-alih project tahi mata ajer yang menjadi... nnnggeee.

Boleh ker guna perkataan nadir untuk makanan rare nie? Memang payah nak jumpa... ibuk-ibuk dulu ajer yang pandai buat. Mai kat anak-anak hanya tahu makan... sy lah tue :p


~ pecal versi utara punya. Kalau tak silap, cili kering digoreng dengan minyak & baru dikisar... lama tak makan nie, kakak sy tahu buat.. balik cuti nie leh la kecek-kecek minta buatkan. Kalau ada rezeki... tapi nak request kangkung kampung & jantung pisang lebih yer :p :p


~ dangai.. kebetulan 2 hari lepas jumpa kedai sini jual kuih nie. Start semalam & hari nie, sarapan dangai.. tapi dangai nie versi dipermudahkan, sentuhan modern dan berkonsepkan minimalis katanya, potong petak-petak ajer!


~ lama sangat tak makan kuih nie... tepung bungkuih. Rasanya simple ajer, tapi itulah.. asik-asik nak bungkuih kat kedai ajer, sesekali tue belajar-belajarlah bungkuh sendiri :p


~ yang nei lagi lama gila tak makan.. bantut ikan haruan. Kalau dulu, panggang ikan pakai ranting kayu & ikat dengan tali pelepah daun pisang kering... bakar atas bara kayu api. Kau mampu??


~ rasanya nie versi dipermudahkan sangat kot.. nampak cili berkegolek sangat kan? Hampeh kata tuan punya pic, dah la ambil pic.. mengutuk pulak seround. Versi utara, bakar ikan keli & bagi berenang dalam kuah santan & bumbu dia tue kena tumbuk bagai... tapi kalau versi jawa, kena letak cekur.

Aduhai melejeh dah...


(sumber : semua carian internet)

Wednesday, January 26, 2011

Sy ingin mencari 2nd hand coverstitch..

Assalamualaikum..

Sy ingin mencari 2nd hand coverstitch. Kot-kot ada sesape yang dah stop buat bizz jahit tudung DIY & mesin jahit coverstitch tue dah tanak guna, sy nak minta beli yer.


(sumber: carian internet)

Sesape yang ada kawan nak let go coverstitch dia, minta tolong war-warkan okeh.

Terima kasih...

Tuesday, January 25, 2011

Biarlah rahsia.. aumm tangkap!

Assalamualaikum...

Tak berapa ada mood, asik dok ingat nun.. cuti hehhehe. Balik kampung arr.. apa lagik :p

Sy dalam perancangan ingin mempelbagaikan jualan sy, kebetulan pulak ada teman yang sudi nak JV dengan sy. Insyaallah... harap-harap berjaya, jadi sentiasa berada di sebelah sy & doakan sy yer!

Harap-harap boleh proceed dalam bulan 2 nie. Apa barangnya tue? Biarlah rahsia.. sy simpan dulu :p

Banyak perancangan nak kena susun, banyak adjustment nak kena buat... banyak makan tenaga pon, kesihatan nak kena jaga nie. Hohohooo... dah 34 kan :p


__________________
kakak tun, nie video ishak..


~ ishak baca al-Fatihah..


~ lagu hit buat masa kini, kekadang nyanyi dengan kuat.. lontaran suara dari perut gamaknya :p

alimau alimau di hutan
diam diam medatang
ekor nyamuk.. aumm tangkap!

Sy sungguh kasihankan alimau itu, dibagi makan nyamuk ajerr.... :'(
~ ahkak keliru!

Monday, January 24, 2011

dangau, berkelah & pangkin

Assalamualaikum....

Hujung minggu yang agak meletihkan... sempat dobi tudung-tudung. Dah lama tak basuh weyy.. aci pakai & sangkut balik ajer nnggeeee.

Itulah rahsia penjagaan tudung DIY, tak perlu basuh selalu-selalu... bukan bawah berganyah sangat kannn? :p

Weekend ituhari juga kami tegakkan wakaf, dah boleh tegakkan dah lama sebenarnya... tapi dek kerana sy was-was, tangguh kejap sampai dapat cari orang tolong tegakkan sama. Berat tiang tue.. sy tak yakin kami berdua boleh tegakkan. Sekurang-kurangnya kena cari sorang tenaga lelaki jugak untuk pegang sementara kekasih sy pasang skru.

Harapkan tenaga sy nak pegang tiang? Tetiba nanti melayah..
~ melayah nie tak stabillah, menyenget & nak tumbang..

... dok aih aih aihh terbalik atas orang, mau penyek. Dah lah dok teringat-ingat lagi orang eksiden ituhari.. huhuuhu.

Tapi bila dia explain & sy yakin sikit ... baru sy berani kata, ok jom kita pi pasang la nie jugak.



Bila pasang nampak tinggi sangat pulak dengan bumbungnya yang macam tue. Tapi yang real nie pon lebih tinggi 1' dari asal. Tapi dek kerana kayu 8' sayang pulak nak potong. Oklah tue, baka belah kekasih sy semua tinggi-tinggi.. tak ada yang tersangkut alang nanti :p
~ baka belah ahkak.. jangan di tanya... kekekeke.

Sy ada simpan jugak perancangan nak extend depan yang menghala ke arah balkoni tue. Luas wakaf 7' x 5' tue tak seluas mana sebenarnya. Lagi pulak ingat nak balance kan balik ketinggian tue dengan buat lagi satu bumbung/awning ke depan di bawah bumbung tue untuk buat pangkin. Sebelah kiri pangkin, tengah sy letakkan tangga untuk naik. Kanan tue, sy ingat nak buat petak kayu 4 segi & lapik kat dalam dengan kanvas, bubuh ayaq dalam tue....

.... sy nak bela ikan keli!
~ sy tipu..

... tak pernah dibuat orang. Sy nak bela pokok teratai dalam tue.
~ buat susah-susah ajer bela itu ini, padahal anak tak terbela :p



Harap-harap dapat match dengan pintu kayu yang dibuat sebelum ini. Perancangan banyak sebenarnya, macam-macam idea marii. Tapi fulus tue yang tak mari-mari :p ... abih camno?

Bila cerita pasal wakaf nie, teringat masa zaman kecik-kecik dulu. Kami suka sangat main pondok-pondok, tapi kalau di kampung panggil dangau.
~ dah pernah cerita dah tentang nie dulu..

Pakat ramai-ramai cari buluh kering.. ikat jadi bentukV terbalik, buat dua. Lepas tue ambik buluh sebatang & galang atas tue... ambik lah plastik untuk buat bumbung. Selalunya plastik atau guni besar yang orang buat jemur padi tue. Miang tue weyyy! Tapi tak heran punya, masa kecik mana tau miang.. tau seronok ajer.

Kalau tak dapat buluh, guna bemban. Bembankan semulajadi ada bentuk Y kat hujung.. kat situlah letakan kayu untuk buat alang. Kami ambil pelepah kelapa & anyam macam anyam ketupat tue untuk buat atap dan dinding. Nak bagi tanak tiris atap tue lapik pulak dengan daun pisang... syokk ooo.

Kalau nak makan, kami akan kidnap periuk & belanga yang mana tak pakai. Masing-masing balik & kidnap ajer apa yang ada.... ada yang bawa periuk, ada yang bawa belanga & cerek air pon ada. Yang mana mak-mak dah tak pakai tue, yang kecik molek ajer saiznya & penuh sawang!

Syok ooo masak... cari ranting-ranting kayu & tempurung, pelekat api pakai getah tayar. Yang pegang watak 'mak', masak nasik & goreng ikan sepat buta yang kecik-kecik tue hasil tangkapan 'ayah'. 'Anak-anak', selepang beg sambil kayuh basikal sambil bawa 'adik' kat pelantar basikal untuk pergi 'sekolah'.

Kalau tanak masak.. tiba waktu makan, masing-masing balik rumah ambil bekal. Nanti pakat berkelah semua dalam dangau. Masa nie masing-masing pakat tukar-tukar lauk, rasa sorang sikit. Nasib lah yang mana dapat kakak pemalas tue kan, kena kutuk lah.. masak lauk goreng telur & tuang kicap ajer? :p

Dulu-dulu, para ibu & bapak kat kampung sy dulu keluar pagi pi bendang. Balik tengah hari & kalau yang mana ada anak perempuan tue, akan tolong masak kat rumah. Kalau yang belum lulus memasak.. paling koman tahu masak nasik, lauk stenby siang siap-siap. Mak balik nanti tolong masakkan ajer.

Lauk & sayur-sayur kampung tue memang banyak & tak putus. Jadinya kalau kakak masak lauk telur tue kira pemalas amat lah tue! Hohohoooo...

Sy agak bertuah lah, atas sy ada 3 orang kakak... yang 2 orang tue jarak usia banyak. Makanya.. balik dari bermain, depa dah siap masak.. kami hanya tahu bersila & makan. Ngggeeee.... sy tahu masak nasi pon bila dah sekolah menengah & tue pon pakai dapur karan ajer :p
~ sy masih ingat lagi... sy dan kakak selalu kena ambil tugas cuci pinggan. Dia sabun, sy bilas.. lepas tue sama-sama tirap pinggan. Itu pon bergaduh... masing-masing tanak tirap.

Cerita pasal pangkin.. dulu ada katil besi lama. Katil besi dulu-dulu tinggi & tak maca katil sekarang. Bila dah tak pakai, katil tue lah buat pangkin kat luar bawah pokok manggis. Petang-petang redup ajer.. & jadi tempat singgah buang lelah mak & abah kalau balik dari bendang. Petang-petang, sebelum mak & abah balik, mesti siapkan air satu jug kecik.

Tapi tue pon berebut jugak.. aku dah buat ayaq, hang pi tutup tingkap la pulak. Ya karimmm... memang macam tue lah sy dengan kakak sy, bergaduh saja. Dan kalau anak-anak sy sekarang berebut... boleh pulak sy rasa lemaih perut, 5 minit pon tak boleh diam. Tapi, itu turun daripada siapa gamaknya tue? Hehehehe....

.. tapi itulah, dangau, berkelah & pangkin nie semua banyak kenangan dalam hidup sy. Kenangan yang telah mendewasakan dan tak mungkin akan sy akan lupa. Sy juga ingin membawa pengalaman yang sama pada anak-anak sy... walaupun tak lahir dan membesar di kampung, sentuhan & jiwa kampung itu mesti ada :)

Saturday, January 22, 2011

jubah... beg udara.

Assalamualaikum...

Apa kabar hari nie? Sy sekarang nie, teringin sangat mencari bendul.

Bendul?

Ya bendul, dalam 2 hari lepas naik air bisa kat tapak kaki.. dan kalau dapat macam nie, dapat bendul yang simen kasar tue, uiiikkkk bestnya! Mana lah nak cari bendul rumah zaman sekarang nie yer. Tapi, gatal tapak kaki orang kata nak pi jalan jauh.. agak-agak nak pi mana tue?

Semalam cerita lah tentang beg udara tahun 2012 nie, oklah tue. Sy kalau bab-bab keselamatan sejagat nie sy sokong semua :p .... sungguh rasa tersanjung, memang ketara rakyat sentiasa didahulukan.
~ dari SEMUA segi yer...

Ada orang mengeluh.. pasal kos. Dengan kereta sy yang dah bocor sana sini tue, rasa-rasa kalau tolak kedai besi kira kilo pon nak dekat sama dengan harga kos pemasangan beg udara. Meahahaha percayalah...
~ ahkak menangis dalam ketawa!

Tahun depan kalau tetiba masa ahkak hantar anak ke sekolah, kena tahan dek pak polisi... cam mana? Apa ahkak nak buat karangan masa tue?

Mana beg udara?
... err dalam kereta sy nie ada beg sekolah rendah, beg sekolah agama, beg tadika, beg untuk transit & beg tangan ... sana ada udara, sini ada udara. Macam-macam ada, kenapa mesti tanya yang tak ada?

Tapi kerajaan malaysia kan bertimbang rasa, mesti pro & cons dah difikirkan masak-masak. Seperti isu kenaikan harga barang... disarankan agar bercucuk tanam, sungguh bijak cadangan itu.. sangat rasa terbela.

Maka dengan yakin sy menegaskan, nanti-nanti mesti kerajaan akan bagi ribet beg udara. Ya sama-sama kita tunggu ribet!
~ gembira dengan mata yang berkaca-kaca :p

Ok. lupakan tentang tue, serahkan pada yang pakar...

___________

Nie jubah yg sy jahit, pon pakai kain jersey.


~ nak dekat-dekat sama ngan jubah mengandung ituhari kan? serius sy pon seriau takut tertukar :p


~ leher baju kurung, hujung tangan jahit benang getah.


~ jangan percaya, ahkak tak sekempis itteww... tahan di bawah, di atas dah biru! LOL.

Buat baju kain jersey nie nak kena tambah kelonggaran banyak sikit, kalau tak melekap sangat nanti. Untuk jubah nie.. kelim jahitan ambil 1" dan buat pleat depan belakang.

Jika 'beg udara' mengembang lebih daripada biasa pleat tersebut akan bertindak sebagai pembolehubah untuk keadaan luar jangka.. thehehhee.
~oohhh myyyy... baru perasan, ahkak dah ada beg udara! Legaaaa....

Friday, January 21, 2011

.. kurung butterfly

Asaalamualaikum...



Nie percubaab sy buat kurung butterfly, tapi yang nie ada silap sebenarnya... sepatutnya badan lebih besar. Sy ingat nak buat lain nanti... baju nie sy nak bagi kat kakak sy.



Sy tengah jahit manik sikit di bawah baju... tapi jahit manik atas kain jersey nie leceh banyak. Nak iron interfacing nipis, sy takut nanti nampak kejung. Apa pon nanti sy nak cuba juga dengan interfacing yang nipis sekali.



Patern baju nie super besar tapi kecik besar boleh pakai sebab kain jersey/lycra nie kain yang jatuh. Eloknya buat kain plain ajer, kemudian letak manik sikit-sikit dah cukup... less is more :p Untuk kain baju nie sy buat kain duyung & leher baju bulat. Hujung tangan baju nie kalau diletak getah, jadilah macam orang dok panggil tangan aladdin tue. Baju nie boleh juga buat versi jubah. Ada yang berminat dengan patern baju macam nie?


~ pose cekak pinggang.. tak boleh tinggal nnggeee...

** ta, kalau hang nak baju nie... aku kira kain & manik dah ler, cecepat sebelum aku tukar fikiran LOL

Thursday, January 20, 2011

pengalaman ngeri.. masih teringat lagi. kyā matalaba hai?

Assalamualaikum...

Bersiaran awal pagi kita hari nie... semalam rabu, kami sama-sama tak kerja. Setelkan benda-benda yang tertunda. Hantar Ishak pi check-up, next check-up Januari 2012 pulak. Sy ingatkan masih guna cara yang sama kalau nak stop check-up kat klinik desa nie, kena fotocopy & chop klinik bagai... rupanya tak payah dah. Untuk kegunaan sekolah nanti, cuma fotocopy kad klinik saja... oooiiccc.

Ke pejabat tanah untuk setelkan strata title, tapi tak setel jugak. Biasalah, kena check sana sini sinun dulu katanya. Ke SSM... nie dek bahana 'rajin' mengemas. Dulu, bila move ke rumah yang sekarang.. sy dah terrrrr hilangkan lesen meniaga Azura Shop tue, thehehehe.

Sy dok bertagak-tagak lah nak pi ambil salinan lain, tapi cadangnya nanti pi renew sekali harung, ada can lah tak kena denda. Caaadangnya....

... rupanya expired bulan 7 tahun nie.. jadinya tak boleh nak renew sebab terlalu awal, nak renew 3 bulan sebelum expired. Kena gak lah RM 10.00 untuk salinan tue.. paaadan hidung!

On the way balik SSM, sebelum simpang masuk Aeon Bukit Tinggi... perasan banyak jajan jatuh kat jalan. Lepas tue tiba-tiba motor melambung & tiba-tiba sekali orang jatuh ke jalan. Lelaki cina, umur dalam 40, bermotorsikal BHJ 8845.


~ dalam pada dok panik tue ahkak snap pic, felling2 ondscene... boleh?

Menggeletikk kauuu... sekali dia menggeletik & kepala dia terangkat, darah laju keluar macam paip air. Yaa Allah, memang tak terjangka sebab masa tue tak berapa laju sangat... kekasih sy berhentikan kereta bebetul depan dia & sy menjerit giler! Panik... call 999 pon dah panik sangat.. bagi lokasi kejadian pon kelam kabut, sampai di suruh bertenang dulu :p

Kereta sy yang kedua, kereta yang pertama jalan terus... tapi sy rasanya bukan kereta tue yang langgar. Mungkin cina tue toleh ke belakang sebab jajan dia jatuh & tak perasan termasuk ke lane kiri. Kereta lane kiri sodok dia ke kanan langgar divider jalan & jatuh.

Masa dia terhempas jatuh tue helmet dah tak ada di kepala.. rasanya dia tak ikat elok-elok helmet tue. Pakai pon helmet apolo tue jerrr. Tapi sedih sungguh la tengok jajan dia berselerak... orang tolong kutip letak tepi. Macam mana lah perasaan wife & anak-anak dia.

~ ahkak dok seberang jalan terkinja-kinja nak tolong, tapi tak tahu nak buat apa-apa. seorang lelaki india tue bagi tahu, kepala mangsa pecah.... ayoyoooo pecah ka?

Tunggu lama sangat ambulance sampai.. kebetulan van kementerian kesihatan lalu & bawa pergi hospital. Hospital ampuan rahimah sebenarnya tak jauh pon dari tempat kejadian.. dalam 5 minit.

Balik rumah terketaq-ketaq lutut.. tapi mulut harus berletiaq kat orang sebelah, tak lepas punya. Jangan dok mencilok sangat.. orang tue kekadang ikut angin dia, menyerit gak tue bawak motor. Kekadang terkantoi jugak kalau bercerita...

... dok cerita, seronok katanya dia sampai cepat ke office sy. Ambooiii... laju & menciluk lah tue, kita yg tunggu nie takpa lambat macam mana pon. Apa yang dok kejan-kejan sangat?
Ituhari kata dia, tengah elok-elok bawa motor, lembu kat Botanic tue menyerit lintas depan dia. Mujuq la kata sy, kalau tidak dapat lauk free... tapi kalau tak mujuq?

Ini pengalaman ngeri yang kedua sy tengok kepala orang orang keluar darah macam nie. Yang pertama dulu masa kat pasar pagi kat Menara Maju. Lelaki India dalam 30 lebih, tengah dok meniaga, kena sawan, jatuh & kepala luka. Setiap kali sawan tue tarik, memancut keluar darah... imagine macam paip bocor tue. Yang tengok tak boleh buat apa... pasal dia tengah tarik.

Yang tue pon sama jugak... kejadian masa sy jalan nak pi pasar. Sy sempat jalan-jalan cari lauk & balik ke kereta, jalan dalam 100m baru dengar bunyi ambulance. Orang tue dah kering darah dalam badan dah oiii.....

.... benda-benda lagu nie yang buat sy rasa kekadang terkilan... lambat sangat bertindak & melibatkan nyawa tue. Kalau yang mati tue seorang... tapi yang sengsaranya ramai, wife & anak-anak sapa nak bagi makan. Kepantangan sy kalau tengok orang yang tak reti bagi laluan kat ambulance, nanti satu hari dia yang duduk dalam ambulance tue & tercungap-cungap mintak nyawa. Baru ada akai...

.. dek kerana pengalaman ngeri.. masih teringat lagi. Sy tak boleh tidur, jantung dup dap dup dap dok pikiaq sama... apalah nasib kat orang tue. Sambil-sambil dok ndap nyamuk ada dua ekoq yang cuba-cuba nak ketit 3 orang yang dah nyenyak tidoq tue. Sambil jugak jahit manik kat baju kurung butterfly tue....

..dah snap-snap pic baju, edit-edit pic. Dalam pada dok menaip nie, tup tupppp..... aiiii rasa mengantuk sudah marii.

kyā matalab hai?

... pic baju kurung butterfly sambung upload esok lah hai, mata dah pedih hai. Lēkina mujhē bhūkha lagī hai :(

Monday, January 17, 2011

tanggam, kikiaq & hazabedah...

Assalamualaikum...

Setelah beberapa minggu bercuti daripada bertukang, sibuk menguruskan anak masuk sekolah.. minggu nie kembali mengusahakan projek DIY lagi. Kali nie kita bertukang untuk mengusahakan wakaf. Kayu yang lain dah siap potong, tinggal nak buat tanggam.

Tanggam nie.. adik beradik linggam, tapi mak lain bapak lain.
~ .... :p sy tipu.




ini lah tanggam.. dalam seni pertukangan melayu banyak digunakan untuk membuat rumah. Kayu ditbebuk dan ada yang dibelah untuk menyilang kayu tanpa menggunakan paku.

Kayu 4" x 4" akan jadi tiang utama untuk wakaf.. sy pakai kayu resak. Yang mana nampak daripada luar & terdedah jika kena hujan.. sy guna resak. Yang terlindung & tak terdedah kena hujan.. sy pakai kayu biasa. Nak jimat.. huhuhuhu.



Tanggam yang atas belah separuh, yang bawah tebuk untuk masukkan kayu. Sepatutnya tanggam tak payah guna paku, tapi ada gak pakai jugak skru... untuk keselamatan & nak cepat :p



Nampak simple, tapi punyalah renyah. Dengan kayu yang keras, merah habis tapak tangan bila pahat. Ini baru kayu resak, kalau kayu cengal? Merasa! Lengan pon lenguh soiittt... jangan nanti naik otot berketul-ketul kat lengan ahkak dah la!
~ ahahahha.. ada hati makcik ni! LOL

Dah siap pahat.. kena cuba masukkan kayu pulak, check samaada boleh masuk atau tak. Kalu tak masuk atau sempit.. kena pahat lagi, buang bahagian yang tersangkut.

Dah siap pahat, kena ada satu alat yang sy ingat namanya dalam bahasa utara... kikiaq. Partner sy gelak bila sy mention nama tue masa sy suruh dia pi beli ituhari. Betullah tue.. bahasa kamus, kikir. Bahasa utara kikiaq lah :p

Lepas kikiaq buang serabut2 kayu, baru tanggam kemas & lincin. Tanggam dah siap, lapik tiang pon dah siap.. tunggu masa yg sesuai untuk di dirikan.

Tapaknya pon dah siap... dah buat upacara pecah tanah ituhari. Sy sempat potong reben lagi.. reben balance yang buat sulam reben & lepaskan belon jugak ke udara. Hahhaha..
~ .... :p sy tipu.

Hari minggu yang berkualiti untuk minggu ini.. belajar buat tanggam, jahit jubah, jahit sampin untuk Idris. Tapi sy terperasan sejak akhir-akhir nie, kalau sy penat.. sy susah nak lelap mata. Semalam punyalah penat.. tapi sempat tengok ulangan AJL kat tv sampai pukul 12. Komen sy tentang AJL..
~ based on tayangan yang mana menang sahaja, & upacara penutup.

... hazabedah!

--------------------------------
*** sy rasa sy ada hutang cara nak ubahsuai kain sekolah, itu KIV jap
*** rasa cam nak tunjuk cara jahit sampin, tunggu sy free sikit untuk melukis bagai...

~ kak tun : nie video ishak lipat baju.


Saturday, January 15, 2011

Nota 20 & 21..

Assalamualaikum...

Kenalkan, ini Nota 20 & 21, nota yang terbaru buat masa nie. Kedua-dua nota nie, harganya tak sama dengan nota-nota sy yang terdahulu. Harga bergantung kepada patern dan untuk kedua-dua nota ini, sy syorkan guna kain jersey / lycra.



Untuk nota 20 nie, anda boleh pelbagaikan tangan baju.. 3/4 atau tangan labuh. Boleh cuba jahit tangan seperti dalam nota kemudian jahit cuff di hujung tangan. Atau nak buat tangan 2 lapis pon boleh, jahit tangan bercuff di dalam. See.. banyak yang boleh anda cuba!

CONTOH BAJU :









.. tapi yang ini, tangan panjang.





Untuk nota 21 nie, twisted pada bahagian dada sangat menarik untuk dicuba. Twisted juga boleh dibuat dengan 3 cara. Sesuai untuk dipakai untuk acara formal, office wear dan juga santai. Pastikan anda cuba ketiga-tiga twisted tersebut!

CONTOH BAJU :





Thursday, January 13, 2011

.. perfect is boring :p

Assalamualaikum...

.. sy tengah tungguh pukul 1, excited sangat nie.

~ tetiba masuk status orang kat YM, bagaikan diri tapak sulaiman.. kesiannn sangat, tapi nak gelak boleh? Hakhakhak.. kekasih sy kata, dah kena buat lauk kot. Gamaknyalah kan... ikan semua dah mahal :p

Kat mana kita tadi? Ok, pukul 1 nanti sy nak memanikkan sikit kurung butterfly yang sy cerita ituhari. Baju tue dah siap, tinggal kain nak jahit pinggang jer lagi. Bila sy kata nak pakai baju tue masa orientasi sekolah Idris ituhari, ada orang kata pakai pi kenduri dah laa..

... :p tak masuk majlis lah tue & nanti orang gerun tengok tangan :p

Dah siap manik lebih kurang nanti baru sy tunjuk pic keh. Nak jahit manik atau benda yang kena pedo nie sy suka bawa ke office, sy lebih tekun.

Kalau jahit mata lalat kat leher misalnya, buat kat office.. sejam waktu lunch & sejam sebelum balik dapat satu leher. Kalau buat kat rumah, hai berkurun.

Lagi-lagi kalau jahit manik, kalau kat rumah.. ada orang yang suka sangat 'tolong'. Dia akan tolong ambil manik sebiji & bagi kat sy.. cer congak, bila tahun nak siapnya tue?

Untuk baju nie badannya agak kecil, sy tersilap perkiraan.. badan baju nie sepatutnya kena extra besar, sy cadang nak tolak baju nie kat sape-sape. Untuk sy, sy nak buat yang lain. Kaki nie pon dah gatal nak beli kain lagi.. padahal baju org tempah ada lagi yang tak berjahit :p

Tapi nak jahit manik patern apa yer? Yang pasti, patern mesti manik sahaja... sy tak berapa gemar labuci yang manja & leceh bila nak basuh. Patern mesti santai, tak perlu lukis bagai & lagi random, lagi sy suka.. perfect is boring :p
~itu sebab sy tak boleh cari makan dengan menjahit manik! LOL

Wednesday, January 12, 2011

Teknik & tips cara pengiraan inci...

Assalamualaikum...

.. entry ini sy buat khusus kepada yang tak berapa biasa guna ukuran inci.

Baikk... kita terus kepada pokok persoalan.
~ tapi mana pokoknya? :p

... ok, jika anda mengambil ukuran seelok-eloknya elak ukuran dalam bentuk pecahan atau perpuluhan. Misalnya bila mengukur dada.. ambil ukuran genap, jika tak genap bundarkanlah.
~ saiz ur bra ada ker titik perpuluhan bagai?

Ukuran dibundarkan untuk mengelak anda berhadapan dengan pecahan-pecahan inci yang kecil iaitu:

1/8, 3/8, 5/8 dan 7/8 <----- leceh, menyusahkan & mengelirukan.

Pecahan dalam inci adalah seperti berikut:



Jika ukuran dada 34" bila di bahagi dengan 4 = 8 1/2" <------ ini masih ok.

Baik, jika ukuran pinggang anda 30 1/2", anda boleh samaada menjadikan ukuran tersebut 31".

Atau jika ingin kekalkan, bila 30 1/2" dibahagi dengan 4 = 7.625" (dalam perpuluhan, hasil daripada culculator) jika dalam pecahan ialah 7 5/8".

Anda boleh bundarkan terus kepada 7 1/2" (7.50") manakala 0.125" itu boleh di abaikan kerana 0.125" itu hanya bersamaan 1/8". Dan pengabaian 1/8" tersebut hanya 'menghilangkan' 1/2" sahaja daripada ukuran keseluruhan.

Ada soalan?
.... kenapa perlu dibahagi 4?

~ jawapan kepada soalan itu berharga RM 10k, untuk deposit Grand Livina, boleh? :p

.. merepet.

Assalamualaikum...

.. sejak Idris masuk sekolah nie, pukul 10 malam semua kena tidoq. Ya, semua kena tidoq tue maksudnya, semua.. dengan sy sekali. Heret toto ke depan dan semua ambik tempat & tidur. Sejak cuasa panas ituhari, rimas tidur dalam bilik, panas berkuap... lagi pulak tidur dalam keadaan di kanan Idris & kiri Ishak buat sy rasa lebih bahagia :)
~ kekasih tang mana? pepandai tengok line lah dol! nnggeee..

..time-time berhujan pon best tidur berlonggok cam tue :p

Sampai rumah, memasak & lepas makan semua Idris wat kerja sekolah.. sy jaga Ishak tak bagi kacau abang dia buat kerja sekolah, sesambil tengok cerita korea kat tv. Pejam celik-pejam celik, dah pukul 10. Jadinya, dengan pukul 10 tue... celah bedah mana sy nak menjahit?

Tapi serius, dan agak mengejutkan.. depa berdua boleh lelap pukul 10. Dulu-dulu, dah pukul 12 pon mata dok bulat lagi.

Malam kelmarin, masa sy tengah memasak... ada orang cuit sy suruh pi dengar apa Ishak dok bercakap. Buat muka selamba, buat-buat berlakon mengemas & lalu dekat dia. Anak-anak sy nie tak boleh ditegur, atau tak boleh perasan yang kita dok tengok dia, nanti depa malu.

Tau budak ciwek tue buat apa? Dia dok baca al- Fatihah!
~ nak, sejuk perut ibumu ini yang mengandung! serasanya ingin ibumu ini ingin beranak setahun seorang jika kesemuanya bersifat sepertimu... tapi, jika tak termasuk tabiat ciwek itu!

Pum pang pum pang dok baca beberapa kali, kejap-kejap rewind... kejap-kejap forward. Ikut dan dia... bila dia perasan sy dok tahan gelak, dia dah malu. Kami agak dia belajar dari abang dia, sebab pelatnya sama :p ... abangnya kalau solat, baca sampai orang tingkat 4 pon boleh dengar, punya bersungguh hati.
~ kak tun, nanti-nanti acik rekod ehh...

Semalam, dek kerana sekarang nie sy kena drive sendiri... so dalam kereta dah tak boleh menyusu dah. Bila nak tidur semalam, menyusukan dia kejap, dan dia tertidur. Air susunya ada lagi... sy cuba kejutkan dia untuk menyusu, tapi Ishak nie merepet.

... ejaan cam tue kot, mengigaulah kiranya tue.

Tau Ishak nie mengigau dia kata apa?

tanak-tanak.... iya kanaq budu wa iya kanas taim.

Mendidih gelak kat dia... cerita kat abah dia, abah dia pulak mendidih. Sampai berair mata. Cerita pasal merepet nie.. ikut dan depa jerlah. Kekadang mintak beli motor besar, kekadang tetiba gelak... nangis pon ada, nie kalau sebelum tidur ada kena marah ker :p kesiannn...

Cerita pasal merepet, tapi nie yang dah sedar punya. Sy pernah masa exam SRP ker SPM dulu. Lepas exam petang, balik sekolah & tertidur. Tepi katil ada tingkap & tingkap terbuka. Sedar-sedar terus kelam kabut.. tanya kakak sy,

awat hang tak gerak aku? Aku ada exam KH (kemahiran hidup) hari nie..

... kena gelak seround. Lepas tue baru depa cakap.. la nie baru nak malam lah, bukan pagi. Itulah tiduq lah time maghrib. Adehhh.... tapi bebetul scary kalau tetiba tersedar, terlepas exam... mau terkincit rasanya. Meahahaha.. tapi sy tak ada pengalaman tue.
~ alhamdulillah hurut dada :p

Tuesday, January 11, 2011

~ assalamualaikum paklong

Assalamualaikum...

Hari nie.. dah lebih seminggu pon still ada murid darjah 1 yang menangis tanak pi sekolah tau. Sy sebagai emak, ingin merayu kat cikgu-cikgu di luar sana, yang mengajar murid darjah 1 khususnya...

....tolong tackle minat murid-murid untuk ke sekolah dulu, bagi masa untuk mereka membiasakan keadaan.

Dengan suara mengalahkan petir.. tegas? berdedikasi? Sy tepuk tangan dan kaki.. syabas!

Tapi bagi murid yang hanya 7 tahun... what do you expect?
~ wahh ahkak speaking secoet!

Hari ketiga, sy nampak dia nangis di sebalik abah dia, taknak masuk kelas. Kawan-kawan lain setaska dia semua terpisah di kelas lain, dalam kelas dia tak ada kawan. Bila melihat cikgu keluar masuk bersilih ganti tue buat dia panic. Cikgu masuk pum pang pum pang bercakap kemudian keluar.. dia jadi blur. Pum pang pum pang... guna pulak bahasa inggeris, lagi membuatkan dia takut. Sy jatuh kesian, cuba pujuk.. nak ibu katanya. Terpaksa lah call sedara mana-mana tolong bawakkan ibunya pulak ke sekolah.

Sy bukan nak aim kat cara cikgu mengajar, tegas, dedikasi, sangat berkarisma. Tapi untuk permulaan... pelan-pelan kayuh dulu. Budak-budak tue nak keluar pergi toilet pon cikgu tak benarkan, katanya nanti merewang di kaki lima... padahal budak tue toilet kat mana pon penjaga dok pimpin bawak tunjuk, tak tau tang mana!
~memang sy hurut dada...

... serius benda nie mengundang kemarahan sy. Masa tengah panas esoknya sy suruh Idris bilang cikgu mana satu. Masa tengah ok, sy dah set dalam kepala... jangan bagi aku dengar benda nie untuk kali kedua. Memang silap banyak..


sekali membuak sampai pening kepala.. susahlah cucu cicit tun teja nie! ubah tajuk lain lah!

.......................

Apa cer sekarang? AJL? .... sy terlepas, sy melayan mata.. mabuk ubat selsema tue. Kes rogol amah? Apa barang amah... sungguh tak bercitarasa! LOL

Kes dera anak 3 tahun dengan 73 kesan lebam? .. nie kalau sy cer, nanti sy mencarut... baik tak payah. Cerita pasal angkasawan yang bunting pelamin, sharp shooter sungguh nooo... :p stok terbaikk darpada angkasa tau katanya..
~ tahniah jugak untuk teman sy.. setelah berhempas pulas bertahun-tahun, akhirnya bunting jugak ko yer aiza :p alhamdulillah...

So apa nak cerita hari nie? Malas nak cerita.. mouse nie prob la pulak, leceh.


... untuk tatapan sedara & seteru di mana jua berada,
~wahh seteru katanya.

.. nie video ishak tengah berlatih, masa dalam kereta tunggu paklong masa kenduri akikah zikry ituhari. Berlatih bagai nak rak.. nampak paklong, menyorok belakang abah dia, malu :p



...... lagi pic kaftan untuk sewing party ituhari.....

Monday, January 10, 2011

NOTA 21 : MAXI/DRESS Twisted Neck

Assalamualaikum....

Bolah dapatkan Nota 21 : MAXI /DRESS, TWISTED NECK sekarang.. tinggal nak print dll & penghantaran i'allah dalam minggu nie...

Nota 21 : MAXI /DRESS, TWISTED NECK ~ RM 30.00

Harga lain daripada dulu & up lagi kerana dengan satu nota, boleh buat 3 baju dengan twist yang berbeza. Boleh buat maxi, boleh juga buat dress... terpulang.
~ nota nie ambil masa yg lama fikir untuk cara lukis, nak bagi faham... moga-moga anda dapat ikut.

Pic cover nota sy upload kemudian...

Saturday, January 8, 2011

Baju mengandung? apakah....

Assalamualaikum..

Baju mengandung?
~ apakah.. ahkak selama ini diam-diam telah 'berisi'? mana nak tau, kot-kot naik dua line yer tak? :p



Ok, baju orang lah nie :p Jubah nie sy jahit malam tadi hingga 4.30 pagi. Sy rasa baju nie boleh dipanggil jubah, maxi pon boleh & nak buat baju mengandung pon boleh... belasah.



Patern baju nie sy ambil daripada blouse, ok boleh buat blouse jugak. Belasah lagi.. kan kita yang membuatnya, terpulanglah.



Sy cuba nak snap pic bagi clear di bahagian leher & dada, tapi tak dapat.. blur & printed nya tue memang memblurkan lagi keadaan. Sy cerita jer lah.. leher bentuk V sampai ke pinggang, giler terdedah kan? Tadi ada sekeping kain yang diambil berasingan & cover balik bahagian dada dari dalam. Dan ada cerut di empire line.. itu yang menyebabkan ia boleh juga jadi baju mengandung.

Kalau mengandung yang 'berisi'... ejas-ejaslah cerutnya tue ikut isi kandungan. Tapi kalau mengandung yang tak berisi, juga ejas-ejas ikut ketumpatan lemak di badan. Kot-kot orang tegur.. ehh dah berapa bulan nie? Jangan sentap sudehhh... aminkan saja, doa tue... doa!
~ nak-nak pulak tetiba orang mai raba peruttt... ahkak nangis sambil guling-guling!

.. balik nanti baju nie aku cucuh kat api, katanya! Marahkan lemak.. baju yang dibakar.
~ merasalah peribahasa!

Tapi secara peribadi... kata-kata cam tuelah membuatkan sy rasa sentap, kemudian rasa tak lalu nak makan nasik. Tempoh masa sentap & tak lalu tue.. bergantung lah, kalau tetiba ada asam pedas ( versi asam rebus) ikan haruan tue, jawapnya sentap tue kejap jer lah... hohohohoooo.

Lagi satu, nak pakai jubah atau maxi macam nie harus ada slimming wear. Beli lah brand apa pon.. janji bila pakai jubah, lelemak semua terdidik dan kasi nampak kejap sikit semua bahagian. Slimming wear nie pon kena tengok material jugak, ada yang jenis bila pakai dengan kain jersey atau lycra dia jadi melekap.. mungkin ada cas-cas lah kot. Tambah lagi kalau dalam bilik yang ada ekon, memang melekap abis.



Tangan jahit benang getah sajork.. walaupuan asalnya nakkan tangan bercuff, nak cepat.. kita kasi rombak sikit.

_________________


~ pic Ishak semalam... lepas hantar abangnya ke sekolah, tengah gian naik motor budak nie.

juga cerita semalam, semasa sy 'enen'kan dia..

- ada tak susu?
~ ada...
-sedap tak?
~ sedapp..
- ak ak lapar tak?
~ tak lapar..
- kat sekolah ak ak makan apa?
~ akan mee..
-sape masak?
~ cikgu ecah..
- kat sekolah cikgu garang tak?
~ takk..
- sapa nama kawan yang pukul ak ak tadi?
~ akim dia pukul kat sini... (sambil tampal kepala dia sendiri)
- bagi tahu cikgu tak?
~ ak ak cakap kat cikgu..
- cakap macam mana?
~ TERIMA KASIH....

..... SESUNGGUH TERKEDU & SEJUK PERUT AHKAK YANG MENGANDUNG!

Friday, January 7, 2011

.. jom race!!

Assalamualaikum..

... permulaan hari yang lelah untuk hari nie tapi sekarang dah rasa ok. Ok banyakkk.. alhamdulillah Allah dah permudahkan. Terima kasih ya Allah.. syukur.

Dua hari sy ambil AL, ganti ngan kekasih sy. Dia cuti Isnin & Selasa.. sy cuti Rabu & Khamis. Hari nie.. kami berdua still hantar dia sampai tamat perhimpunan. Lepas tue, beransur ke tempat kerja.

Pagi tadi sy rasa berat hati nak tinggal dia... tapi lepas dia masuk kelas, dia kata dia ok. Dia pon dah tahu kat mana dia harus tunggu sy masa nak balik nanti. Sy mungkin lambat sikit, tapi dia bilang dia boleh tunggu...
~ dah besar dah dia..

... hepi tgk dia senyum bila sy bg tau sy akan datang cepat-cepat & lari laju-laju :p

Sebelum dia start sekolah, sebulan sy cecuba bawa kereta sendiri... sy fobia dengan kelajuan. Takut kalau laju-laju, tak berani. Tapi semalam, bila cikgu taska dia call katanya driver bas terlupa nak ambil dia. Tak boleh imagine cam mana sy boleh berdesup pergi.. sy yang sebelum nie kalau kena tempuh jalan besar, boleh mengigil lutut, boleh hilang... kebal & kebas sampai ketaq lutut tak ingat, yang dok ingat.. aku kena sampai kat sana dengan CEPAT!

Sampai ajer, hantar dia ke bus tue & ikut dari belakang.. sy takut nanti dia kena denda sebab lewat. Sekarang nie.. sy hilang segala lelah, sebab pagi tadi kekasih sy dah tukarkan dia kereta jiran. So, sekolah pagi balik naik kereta jiran , transit ke taska & pi balik sekolah agama pon naik kereta sama. Sy tak risau sangat sebab ada budak darjah 3 sekali transit sama ngan di taska.

Semua ada hikmah... kalau tidak sy still takut, ke sana takut ke sini takut... fobia. Sekarang dah ok banyak.. jom race!! Hehehehee....

Fobia yang lain.. tengah & masih dok lawan. Ada satu jejantas tue.. sy fobia bila jalan pergi, jalan balik ok, maybe sebab jalan pergi angin tolak ke belakang. Bila sampai di tengah-tengah jejantas, rasa nak meniarap pon ada! Meahahhaa.. nanti sy nak bawa tikar bantal ke sana. Beria-ia, kata nak lawan fobia :p

Tuesday, January 4, 2011

Ya dia memang dah besar....

Assalamualaikum...

... i'allah esok & lusa sy pulak akan ambil cuti untuk tengok-tengokkan Idirs kat sekolah, sementara dia nak biasa-biasakan diri.

Dalam dua hari nie, kejap-kejap terasa nak call / sms tanya apa yg berlaku. Sy cemburu... sy pon nak tengok cam mana keadaan dia kat sekolah :)

Semalam, sy perhatian dia lamaa... dan dia perasan sy tengok dia. Dia tanya pada sy... ... nape mak pandang abang? abang dah besar ker mak? Ya dia memang dah besar.... besar panjang. Alhamdulilah.. harap bertabahlah sayang, bukan mudah jadi orang dewasa...

Hari nie tengah bosan lunch tak der nak buat apa.. tetiba orang tue call. Katanya hari nie buat nasi goreng sendiri... ooooo memasakk! Dapat lah merasa nasi goreng air tangan suami.. penghantaran pantas, nasi masih suam-suam kuku, kena gaya pulak dah lamaaaaaa tak merasa air tangan suami.

((burrp))

Akhamdulillah.. len kali boleh masak lagi yer, tapi nak request telur mata kerbau sebijik. Ekekkeke

Monday, January 3, 2011

.. nampaknya sy yang kena kejutan budaya :(

Assalamualaikum...

Kembali bersiaran... 3 hari cuti penuh dengan macam2 warna. Ada hepi & ada yang tak syok...
~ kelip2 mata.. tetiba mata berhabuk :p

Jumaat, cuti umum menang bola tue sy tak pi mana-mana. Duduk dalam rumah atau lebih tepat lagi duduk dalam bilik jahit sy ajer... sy nak kena siapkan 16 helai kain sekolah (8 helai untuk sekolah rendah, 8 helai untuk sekolah agama). Rasa macam nak melugai...
~ melugai nie bahasa korea, tapi orang-orang belah utara ajer yang guna.. ekekeke, maksudnya loya.

Tanak tengok kain hijau & biru dah sekarang nie, jemu dah rasanya. Dah siap jahit cari cangkuk.. lupa pulak nak beli. Dah beli.. tak cukup pulak satu. Gila mahal barang jahit la nie.. sepeket cangkuk RM 1.00 dok sangka ada lima pasang, rupanya ada 4 pasang ja.
~ see... cangkuk pon kena chain reaction dol!

Jumaat tue dek kerana sy nak menjahit, malam sebelum tue sy beli sesuatu...


~ ini untuk alihkan perhatian depa.. agar sy boleh menjahit. Pesta peder katanya!

.. pakat berkubang lah depa. Kejap-kejap ketawa bergegar dua beradik tue, kejap lagi kang nangis pulak. Kita yang dalam rumah nie.. geram jer dengar.

Tapi, wat to doo... kain tue lambat sy siapkan pasal sy dok kisah dengan kaftan hingga lupa daratan. Nak bawa berkubang kat mana-mana pon tak daya, cuti tahun dah abis... berkubang depan halaman dah la...
~ halaman asmara! hohohooo...

Ishak ajak sy mandi sama, cam mana nak cerita tue? Ada satu ketika tue, dia masuk dalam rumah & minta nak tukar pakai peder lain katanya. Apa kau fikir.. ini fashion show?

Dah lama-lama mandi, asik mengusik & nangis ajer.. maka keluar arahan perintah mahkamah. ((Masuk rumah sekarang... sekarang, cepat sekarang))
~ Idris dah pandai guna ayat nie.. dia apply kat adik dia, sekarang.. sekarang katanya :p

Petangnya... sekali lagi depa mandi, apa kau fikir kau penerjun papan anjal? Dah kering air di badan... nanti-nanti terjun lagi :p

Sabtu pagi... 01-01-2011 Hari lahir Ishak. Dah tiga tahun budak masam tue.. macam tak terasa. Dia macam tue lah, dengan ciwek dia, dengan keletah renyeh habis macam kerang dia... kalau gigit tue tak sakit, dah penuh satu badan kena gigit. Geram.
~ gigit hidung kang... ayat dia selalu.

Pagi tue, awal-awal pagi dah siap nak ke sekolah agama Idris. Dia ada orentasi hari tue. Bila sy mandikan Ishak & bilang nak hantar abang ke sekolah.. dia dah start nangis. Ak ak tanak kolah katanya. Tapi bila kereta melencong ke arah jalan yang lain ( Ishak cam jalan nak ke taska dia) dia happy balik & bilang sekolah ak ak dah pecah..

... oooiiccc, sekolah kau dah pecah yer, makanya tak payahlah ke sekolah? Apa kau fikir ibumu ini akan percaya?



Pendaftaran sekolah agama dalam pukul 8.00 dan percaya atau tidak, pukul 9.30 pagi ada seorang dua ibubapa yang baru datang. Baguss... itulah contoh yang terbaik! Kalau sy guru besar.. sy dah keluarkan perintah mahkamah, selepas 8.30 pagi.. mana ibubapa yang lambat datang, sila berdiri di tengah padang!

Bila masing-masing gerak masuk kelas & sy dapati Idris duduk di belakang & kesaorangan. Mulalah kan nak fussy tak kena gaya... rasa cam nak pi tanya pulak cikgunya, cikgu kedudukan murid-murid nie bukan yang sebenarkan? Anak sy sepatutnya duduk di hadapan, bukan seperti sekarang. Boleh?

Balik sekolah, terus gi sarapan.. sy dah kebulur. Majlis kul 8.00 pagi, tak sempat nak alas perut apa pon... tapi yang lain 9.30 pagi baru mencemar duli.

Lepas zohor sy pi kenduri rumah kawan masa belajar menjahit dulu.



Malamnya keluar makan-makan untuk hari lahir Ishak. Di heretnya excavator mainannya sampai ke kedai... nie jumpa masa kemas stor lah nie... pegang tanak lepas. Tengah elok sy pulun.. dia boleh kata, jomlah mak balik... mak kan tak lapar. Ajak balik pasal nak sambung main... betuah budak tue.

Pagi ahad 02-01-2011 pergi sekolah rendah pulak untuk orentasi. Sy request nak datang pukul 9.30 pagi boleh? Hehehehe...

Sy perasan, masa cikgu-cikgu berucap untuk kedua-dua hari tue... sy mengantuk. Nggeeee.. dah tak boleh masuk majlis kot, atau tak serasi dengan suasana sekolah :p Sempat bawa Ishak jenjalan sekitar sekolah.. sy aim toilet dulu pape pon! Sib baik toiletnya dekat ngan bilik darjah Idris...
~ cikgu kelas belakang bilik darjah Idris hensem! :P

... haaaiiii bila melihatkan keadaannya, nak ajer suruh kekasih sy tue buat kerja amal di hujung minggu. Betulkan mana piping yang masalah, yang tercabut & tampal yang bocor. Dah la si Idris tue tak biasa ngan toilet cangkung... penyangkutnya pon tinggi kat atas.
~ hurut dada, hurut dada... bawak-bawak bersabar sikit semangat keibuanmu itu!

Tapi kan... sy sangkakan anak sy pang paling kecik... rupa-rupanya ada lagi yang kecik. Sejemput ajer muka! Sy sangka sy yang paling cerewet, fussy tak kena gaya... rupa-rupanya ada lagi yang lebih fussy. Tanya berkali-kali pada anak samaada ok atau tidak. Sy yang dengar pon letih :p

Hari nie.. pagi-pagi bangun, solat & bersiap. Kesian pulak sy tengok Idris, napelah waktu persekolahan awal amat yer :p 7.30 pagi.. pukul 7.00 pagi dah kena bertolak. Selalunya kul 7.00 pagi tue, kalau hari bekerja... sy mandi pon belum! Nggeeee... kekasih sy tanya, waktu persekolahan sy masa sekolah dulu kul berapa? LOL... nak buat cam mana, semangat keibuan itu susah amat untuk dibendung.


~ pagi tadi..

Abah dia hantar pi sekolah naik motor.. & nasib baik jugak, kalau naik bus lagilah awal daripada tue. Manakala sy mandi & siap-siap dengan Ishak.. berdua saja. Rasa sunyi la pulak & pagi nie buat semua.. serba tak kena. Sarapan berdua tadi ngan Ishak.. asik tanya mana abah & mana abang? Keluar rumah pon tak ada hati nak siram pokok bunga bagai cam selalu. Jalan ke kereta.. dah tak ada yang berebut nak duduk depan bagai. Sampai taska sy tak pelawa pon kat Ishak beli sarapan cam selalu.

Perasaan sy kosong.. sy rindukan suasana dulu.
~ kelip2 mata.. tetiba mata berhabuk :p

Ituhari kata nanti kena kejutan budaya.. nampaknya sy yang kena kejutan budaya :(