Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, May 3, 2010

.. jumpa balik!

Assalamualaikum..

Sy sampai Klang dlm pukul 6 cam gitu. Masuk ikut Taiping Utara dlm jam 10 pagi, exit Simpang Pulai.. terasa nak ikut jalan lama. Perjalanan ok, tak sesak tapi haiii jauhnya... nak dekat asar baru sampai ke Petronas Rawang. Kul baru 6 sampai Klang.. aduhaaaaiiii. Letih, tapi itulah, bukan sy yg drive pon :p

.. tapi sblm lupa, sambil2 jawap soalan dulu.

Soalan:
Ummi said... Salam Azima; Tengok azima bermaxi, ummi nak jugak... tapi tamak.. nak dress terus ... ummi nak buat guna nota yang no 6 (huhu beli dah hampir 2 tahun... simpan aje-malu). nak guna lycra. Soalannya (maaflah kalau soalan ni agak basic, jahit baju memang ummi out), 1. Lycra agak flow dan stretchy, jadi masa potong kena besarkan sikit daripada pola atau ikut pola cam biasa bila guna cotton etc. 2. lagi satu lycra ni kalau buat dress labuh princess cutting ok tak ya... atau nanti nampak cam "melekap" kat badan?

Sy cuba jawap..

Waalaikum salam.. ooo nota buat kumpul habuk yer :p

1- Itu ikut individu. Kalau lycra mmg kain yg jatuh.. tapi utk diri sy sendiri, sy sesuaikan dengan imej, usia. Mestinya sy tak nak melekap tambah2 lagi utk bahagian dada, pinggang & punggung.. sy akan besarkan daripada pola. Berapa nak besarkan.. bergantung kepada individu.

2- Kain yg jatuh, kalau pada sy sesuai buat apa saja fesyen. Kalau tak nak melekap, besarkan. Tapi kalau 1st time nak buat.. selalunya sy lebihkan sedikit kelim jahitan. Bila dah sambung bahu & badan.. sy buat fitting dulu. Yang mana terkecik.. sy buka & besarkan. Itulah cara sy buat.. leceh, tapi berbaloi.

Ok, sambung balik.. cuti 1 may, sy & beberapa kawan sekolah rancang nak jumpa kawan sy yg sakit tumor otak, cerita dia sy ada tulis dlm blog sblm nie. Tapi ada yg tak dapat balik kg.. memasih ada keluarga & memasing ada hal sendiri. Pagi, sy call nak tanya samaada dia ada kat rumah, mak dia bg tau dia kena sawan & masuk wad smlm. Tak pi tgk, berat rasa hati kebetulan dah balik kg.

Lepas asar, family sy, kakak sy sorang & family kawan sy ... Fadhilah & Saiful (hsbn Fadhilah) classmate sy masa tingkatan 5 dulu (terpisah masa lepas habis tingkatan 5 dengan depa nie... dah 16 tahun tak jumpa, dah jumba balik!)

Kami gerak ke Hosp. Pulau Pinang sama-sama. Ikut belakang 6969 Fadhilah dengan bantuan Garmin. Sy mmg tak tau sungguh2 jalan kat Penang :p ..



Tengok kawan sy yg sakit tue.. dia kurus betul & sedih sungguh rasa. Sedih bila fikirkan dia ada anak kecik yg lebih kurang sebaya Ishak & dia pon muda lagi.

Tumor dia membesar balik & kalau nak operate buang pon mungkin sama atau lebih sakit. So bertahan dengan ubat lah skrg nie.. ntah la macam mana kesudahan. Hanya Dia yg tahu & kita yg tgk nie.. tak dapat nak tolong, itu yg lebih sedihnya :(

Turun daripada wad.. sempat bergambar kejap.





Sempat jalan2 kat penang kejap..



Nie masa baru sampai ituhari kampung ituhari. Exit taiping utara, pergi rumah abang sy dulu. Sy sempat 'sambar' timbang abang sy yg bergitu praktikal utk sy yg tgh kuruskan badan.. :p tapi bila depa jamu bihun sup, errrr diet sy letak tepi dulu nnggeee...



Nie masa nak bertolak balik, pemandangan Gunung Semanggol dari Sungai Perikan... damai & separuh hati sy tertinggal di sana!





Nie masa balik dah sampai Klang, tunggu abah dia solat.. bosan suruh Ishak buat muka & snap pic dia.


tunggu abah olat..


muka atokk.. betuah punya cucu!


mulut fish? flowerhorn nnggeee..


omell katanya.. sendiri masuk bakul :p

2 comments:

Ummi said...

Salam

Dah Jumpa. TQ. Banyak membantu :)
BTW dress tanah hitam yang pakai ngan tudung pink/fuchsia tu cantik :) Lycra jugak?

azima said...

Ummi..
haah,yang itu lycra, maxi tue beli siap dah...