Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, September 30, 2011

Wrap dress : sy punyaaa... sy punyaaa

Assalamualaikum...

Dah siap & dah rasmi...






Wednesday, September 28, 2011

Kelas Jahitan Tudung ~ One to One @ azimaDIYshop.blogspot.com

Assalamualaikum...


Kelas jahitan TUDUNG (seorang pelajar, sorang pengajar) telah dibuka & detail seperti di bawah :


Kelas Jahitan Tudung

- Yuran RM 50 untuk satu patern


- Deposit RM 20.00 untuk booking kelas & not refundable


- Yuran termasuk barang jahit yang pakai sekali habis (kertas minyak, kain, jahit tepi) dan peralatan yang pakai tak habis (gunting, kapur, tali tape) boleh pinjam pakai sy punya...


- Jadi datang dengan : buku nota & alatulis sahaja.


- Boleh request apa patern tudung tapi bergantung pada patern yg sy tahu (kalau patern yg sy tak tahu.... sy tak dapatlah nak nolong)


- Kelas hanya pada hari Sabtu (petang) dan untuk hari Ahad atau cuti umum (bergantung jika tak ada kelas baju/kain)

- Jangkamasa kelas 2.5 jam sahaja


- Perjalanan kelas seperti berikut :

~ gunting kain

~ jahit

~ rehat & sarapan

~ sambung jahit


Bulan October 2011:


- 01/10/2011 ~ BOOKED

- 08/10/2011

-15/10/2011

-22/10/2011

-29/10/2011

.. balasan cash yang cepat.

Assalamualaikum..

Tak dinafikanlah, kekadang sy terasa agak berkecil hati...
~ wahhh tetiber ahkak masuk mood touching2 bagai..

... selalu jugak ada orang email, sms bertanya bagai itu dan ini & mintak tolong itu dan ini. Dan bukan nak suruh orang appreciate sangat, cuma itulah kekadang sy terasa hati. Sy tak lah suruh jaja kat orang, kata orang nie baik.... pernah tolong aku bla bla bla. Hatta terima kasih pon sy tak mintak.

Sy jenisnya, kalau sy nak tolong.. sy tolong, kalau sy rasa tak ihklas, sy tak tolong. Sy malas nanti kalau sy tolong & at the on of the day.. yg sy tolong tue tak kena atau tak sesuai, sy terasa hati, hati sy berkata yang bukan-bukan, sy berdosa. Sy dah la jenis yang...

7.00 am rasa sakit hati & dok berkata yang bukan2..
7.02 am Allah dah balas cash, tersepit jari kat mesin jahit

.. balasan cash sy cepat.

Ini kisahnya pagi tadi, sy sekarang dah tak boleh berjaga malam sangat.. asal Ishak merengek nak mintak teman tidur, sy pon larutt... tertidur sekali.

Jadi, sekarang menjahit sebelah pagi pulak. Sy rasa, sy dah cukup tidur, tapi dek kerana dosa kering. Tengah menjahit elok-elok, tetiba pi sua jari kat mesin jahit. Dah tersepit jari... bukannya mengantuk sangat pon.

Kekadang tue, rasa meradang sambil sambil berjalan & sambil hati berkata yang bukan-bukan... bammmm.. kaki dah tersepak pintu. Melejat-lejat rasa sakit ibu jari kaki tue. Dan itulah yang buat sy rasa malas nak tolong.


Ituhari.. berderet-deret 3 kali jari sy tersepit pintu. Masuk kereta jari pi tadah kat pintu & tangan sebelah lagi pi tutup pintu.. sampai mengetaq kepala tahan sakit. Kekadang sy dok fikir, orang lain buat jahat okkk ajer... selamat ajer dia, aku nie jangan kata nak buat jahat.. berkata kat hati pon dah macam-macam sakit dapat :p

Jadi bajet-bajet sikitlah kalau nak minta tolong seseorang. Jangan lah sampai memberatkan sangat orang itu... kalau pertolongan yang diberi tak memuaskan tak payah lah komplen sangat, sebab namanya pon nak mintak tolong.

Nanti asalnya nak tolong.. sepatutnya pahala tue, yang dapatnya dosa kering & berdarah jari tersepit mesin jahit atau berdenyut ibu jari kaki terlanggar pintu atau sakit urat jari tersepi pintu.

Every single SMS yang sy reply untuk tolong menjawap soalan yang ditanya, sape nak bayar tue? See.... memang buruk perangai sy kalau sy dah masuk mood berkira. Sy pon benci dengan diri sy sendiri kalau sy buat perangai macam nie.

Tapi, bab berdarah jari tersepit mesin jahit atau berdenyut ibu jari kaki terlanggar pintu atau sakit urat jari tersepi pintu... sapa nak tolong tue?

Monday, September 26, 2011

pencarian mencari kain, lycra printed & berjaya

Assalamualaikum...

Hari sabtu ituhari.. nekad sy mulakan pencarian mencari kain, lycra printed. Sy memang fobia sikit kalau ke key ell, sebab kami.. sy & kekasih sy memang selalu tak bernasib baik dalam bab mencari tempat, memanjang sesat! :p

Tapi ituhari terlepas simpang sikit tapi sampai elok ajer ke kedai kain. Dan selepas itu masuk town key ell pon ok, jer.. kami selamat sampai ke rumah balik, hahahhaa... sy dok pikir, janji kereta ada minyak & handfon ada kredit LOL....
~ macam kau menjelajah ke merentas benua :p

Makanya sy berjaya kidnap 15 printed lycra yang sy akan jadikan wrap dress... seperti ini :


~ ini gambar ulang tayang, sample baju yang ituhari..

Wrap dress untuk bebudak kolej & jugak boleh pakai pi kerja. Tak perlu iron.. sarung tube/ atau singlet, sarung wrap dress ini, seluar panjang atau long skirt.. & lilit shawl atau tudung, setel.

Kalau non-muslim.. wrap dress & scarf, habis cerita.

Dan salah satu printed yang sy beli... printed hitam & merah. Sy kebetulan memang dok berkenan sangat dah bila tengok pic nie...



... aduhaiii, ada yang tak sempat jual nanti.. pakai utntuk sendiri. LOL..

Pic kain sy load nanti yer, tak sempat lagi.. cuti nie open house sana sini... apa pon tak dan.

Friday, September 23, 2011

pecarian mencari kain..

Assalamualaikum..

Hari nie hari Jumaat.. dah terasa sedikit malas bekerja. Tak sabar nak tunggu weekend & sy nak memulakan kembali pecarian mencari kain.. ada beberapa patern baju yang sy cuba untuk buat tambahan dalam baju readymade. Insyaallah..

... salah satunya baju wrap dress nie.



.. sy ingat nak buat printed, plain mungkin kurang sesuai sebab ia wrap. Lepas tue nak reka 1 patern baju yang boleh apply tangan macam nie..






hut

Thursday, September 22, 2011

wrap dress (really wrap :p) versi buang buruk.. LOL

Assalamualaikum....



Ini wrap dress (ia really wrap :p) versi buang buruk.. LOL. Sy buat dress nie semalam pasal hari nie sy nak pi renew AZURA SHOP & kemudian nak dating. Lama dah tak dating...
~ kasi can lah, orang tua-tua pon nak dating jugek..

Ada satu term yang orang utara guna iaitu buang buruk... maksudnya yang awal-awal tak menjadi, tapi yang kemudian baru elok. Sy bagi contoh... musim durian, buah yang awal jatuh selalunya kami panggil itu buah buang buruk. Maknanya hat mana yang tak elok tue luruh dulu, hat yang elok nanti luruh kemudian sikit.

Term yang sama sy apply untuk baju sy :p wrap dress nie, baju buang buruk. Dan untuk pengetahuan ini wrap dress yang kedua.. yang pertama dah buang buruk, dan yang kedua nie pon buang buruk gak lagi! LOL...



Sy dapati.. leher dia agak jatuh sangat ke bawah, tak berapa sesuai untuk kita-kita yang bertudung nie. Walaupun boleh pakai tube di dalam... tapi untuk keselamatan, lebih baik sy tinggikan sikit leher tue.

Bila sy tinggikan leher, itu bermakna tali ikat tue sy kena tinggikan ke dada, bukan di pinggang. Di dada sy rasa lebih sesuai.. at least dada tertutup dengan tudung & tak menunjukkan bentuk pinggang sangat. Lagi pulak kalau babat macam sy, si gendut itu memang tidak sama boleh di highlightkan!

LOL..

.... sy dari dulu lagi nak cuba wrap dress ini sebenarnya. Pada sy patern baju wrap dress nie sentiasa orang pakai, tak ketinggalan zaman, sentiasa nampak segak, simple tapi ada kelas.



Semalam sy sempat jahit 5 helai baju... pertama blouse 2 in 1, kedua blouse 2 in 1 juga, tapi tanganya kembung & hujung butang. Kalau ikut teori, nak buat tangan kembung & hujung butang nie kena letak lis / bias seam... tapi yang ini sy buat cara lain & lagi mudah.

Blouse ke 3, sy buat blouse hoodie... sy dah silap potong, hoodie plak tersingkat & tak tutup dada, makanya sy KIV dulu. Keempat wrap dress pertama & kelima wrap dress yang ini. Semuanya drag masa sebab nak buang buruk tue lah.. nak kena cuba & jahit, tak menjadi kena tetas balik.

Sedar-sedar jer dah 5.30 am... nahhh ambik kau, bila masa kau nak tidoq?



Jangan sy tertidoq masa dating sudehhh....

Tuesday, September 20, 2011

kain yang available untuk tempahan

~~STICKY ENTRY~~
Entry ini sy sy himpunkan semua kain yang available untuk tempahan readymade /custom made baju.


Assalamualaikum

Berikut ialah warna-warna kain yang availabe utk tempahan baju readymade buat masa ini. Ada yang sy upload baju yang dah siap.. itu kiranya sample baju untuk kain yang available. Boleh request untuk kurung atau jubah atau aladdin atau butterfly.

Jika anda lihat ada kurung sahaja, tiada kain... yang sebenar ialah kurung beserta kain (kain duyung, ssy tak snap bersama kain sbb nak cepat.

Jika berminat, deposit untuk tempahan ialah rm 50 untuk sepasang. Detail akaun sy pada sidebar kanan blog.

Lepas buat payment deposit, SMS atau email tentang detail diri, pembayaran & tempahan - warna baju, ukuran baju atau jika ingin buat saiz readymade nyatakan saiz s atau m atau l & jenis baju jubah atau kurung, aladdin atau butterfly.

Warna baju mungkin berbeza tak seperti dalam gambar disebabkan flash camera & juga bling-bling yang ditampal pada baju mungkin berbeza, ini bergantung kepada patern bling-bling yanga available. Tq

Term untuk siap dalam 14 hari..




sample maroon


sample maroon




sample purple magenta


sample soft purple gray




sample potato skin


sample dark brown




~ hanya blue jeans available


sample blue jeans


~ hanya grey available


sampe gray


sample gray


~hanya blue iris available


~ hanya brown orange available


~ hanya bronze available


~hanya red sunset available


sample red sunset


~ hanya pink violet available


sample pink violet


sample pink violet


~ hanya dark ocean blue


sample dark ocean blue


sample dark ocean blue


~ hanya kain kod 11 - tiffany blue & 12 - hijau pucuk pisang yang available


~ sample hijau pucuk pisang


~ sample hijau pucuk pisang


sample tiffany blue


sample cream chocolate


sample dark purple


sample shocking pink


sample soft chocolate


sample turqoise

Dan lagi jubah 2 in 1.. printed denim lycra

Assalamualaikum....

Masuk hari nie dah 2 hari line internet & air kat opis nie meragam. Internet tak der rasanya boleh hidup kot, walaupun mati kutu.. air tak der, jawapnya memasing pedo lah, minum air pon catu :p

Tiga hari cuti ituhari, jumaat sy buat makan-makan sikit utk jenjiran, sabtu open house 3 bijik rumah & ahad pon open house gak. Sy dok tengok tarikh nie, bila nak sampai 25 hb... hari tue last open house & lepas itu barulah control makan balik :p

... see, yang tue sy berkira. Nak pedo makan masa time raya nie letih.. takkan nak tengok saja. So jadinya kita tangguh.. biarkan fat-fat itu berleluasa & nanti kita cantas habis-habisan, LOL.

Macam mana nak cantas, ada lah cara dia... dera diri dengan menjahit tanpa henti misalnya :p


~ Jubah 2 in 1.. dark gray


~ Blouse 2 in 1.. dark chocolate gray


Dan lagi jubah 2 in 1.. printed denim lycra. Ada 4 cara pakai shawl