Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, December 30, 2011

bantu adik Ahmad Mahir Baihaqi bin Che Amran

Assalamualaikum..

Sedih kan bila tgk anak2 menderita sakit... adik Ahmad Mahir Baihaqi bin Che Amran misalnya. walaupun anak2 org.. kesakitan tue dapat kita rasa, naluri keibuan & kemanusiaan tue. Nak berkongsi rasa sakit itu tak mungkin.. tapi harap2 kita boleh tolong apa yg patut.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Yco-t7zRXDA

~ sy sunguh tersentuh bila melihat tangannya terketar2.. sakitnya dia :(

Bantuan boleh disalurkan terus ke akaun MAYBANK 164397966095 atas nama CHE AMRAN BIN IDRIS. Segala sumbangan dan bantuan yang diberi amat dihargai dan hanya Allah yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Thursday, December 29, 2011

Gathering Sahabat Perak FM : 26 dec 2011 Kuala Woh, Tapah.. ... untuk komeeeee ajerrr.

Assalamualaikum...

Masa sabtu lepas, kami balik kampung lagi untuk 2nd time dalam cuti sekolah nie. Ambik peluang, anak dah sekolah.. susah nak balik kg.

Bertolak agak lewat sebab pak sedara kekasih sy meninggal. Arwah orang yang pendiam tapi baik, selalu senyummm ajer. Mak arwah masih ada tapi agak uzur, sedih sangat dia.. ingatkan tua anak boleh jaga. Ajal maut yer tak?

Bila sampai perak sy ingat nak singgah rumah kawan sy, tapi kebetulan dah tengah hari, time orang amkan nasik. Tak sopan pulak... cenggah ke Kuala Gula lah kami, ikut kakak sy pi kenduri kat sana. On the way sampai rumah orang kenduri tue.. 2bijik kereta masuk parit. Tak tau lah depa bawak kereta lagu mana.

Balik dari kenduri baru singgah rumah kawan sy & petang baru sampai kampung. Punya menyinggah sana sini, dah pukul 5 baru kelam kabut asar. On the way sampai rumah tue jumpa rumah kakak sy dulu... dahhh nampak amani pulak, mak dia dukung kat luar. Singgah kat situ pulakkkk dahhhh... dalam kelam kabut tue, dan lagi.

Ahad pagi, sy memang pantang kalau kat kampung kena hari Ahad... mesti nak ke Pekan Ahad Sungai Gedong. Ntah la, mungkin sy rasa selesa, mungkin sy rasa sy aman disana, jalan ikut suka, belek ikut suka tanpa rasa risau... anak terlepas dari tangan kejap pun sy rilek lagi. Kalau kat pasar siniii... punya kawai anak, risau takut terlapas tangan.

Sy sempat rempat satu helai tudung & sehelai shawl. Nie pun satu peel sy.. kalau nak beli tudung mesti balik kampung baru teringin nak beli & mesti beli ngan kakak sy. Kalau kat sini payah sangat.. padahal made in sama ja, pasar jugak.
~ ahkak beli tudung kek pasar yoo... sodeh kan? misken namo ehh..

Tengah hari, pergi kenduri... jumpa kawan sekolah sy, nama dia simple macam nama sy & DOB kami sama, kulit yang tan macam Tyra Banks nie pun sama.. kami macam kembar!
~ macam Tyra Banks tue baca pelan-pelan... hat tue sy tipu!

Balik kenduri, masing-masing dah pelekat api... kami buat BBQ kepak ayam petang tue. Makan sampai muak. Malamnya sy gi bermalam rumah kakak sy, kami ingat nak join kakak sy pergi gathering sahabat Perak FM kat Kuala Woh, Tapah.

Tagline depa... untuk komeeeee ajerrr.

Gamat giler dorang..


~ potluck makanan pun very the kampung one, i likeee!

Sy antara yang awal jugak terjun masuk sungai... sy takkan lepaskan peluang, lama dah tak apply kuak renang ayam kena sembelih sy tue. Kehkehkehh... agak kelakar kalau dilihat orang, berenang tapi bottom part tenggelam tak boleh nak apung.

Tapi best tempat tue, part yang kurang berbatu, boleh bagi anak-anak main & tak risau sangat takut jatuh. Mak & bapak boleh buat aktiviti bebas, LOL. Bukan bebas mana pun... korek pasir sampai kena bahagian yang keluar air panas & benamkan bottom part dalam tue, suam-suam ajer.

Balik dari Tapah, singgah rumah abang sy & makan malam pulak kat sana. Kul 10 baru sampai rumah. Penat gilerr. Selasa pagi, sempat jahit 2 helai skirt denim lycra, lunch & balik Klang.


~ banyak jalan2.. dah kena ke sekolah nangiss.


~ semalam kemas2 jumpa 2 pasang nie... yang terpilih ajer ada benda nie. Sy alhamdulillah ada 2 pasang... :) :) nak framekan!

Friday, December 23, 2011

ikan pari goreng sambal belacan & baju perut ikan :p

Assalamualaikum....

Semalam, sy ingat nak buat ikan pari goreng sambal belacan. Resepi nie sy tengok kak Nita, Anita Sarawak.. dia ada masak kat tv lama dah dulu. Dan resepi nie lama dah sy tak masak sebenarnya... sejak kekasih sy kena gout, dia pantang belacan & ikan2 berbisa termasuk ikan pari nie.

Tapi sejak beberapa lama nie, dah tak sakit... sy ada jugak suruh dia test belajar makan makanan yang orang gout tak boleh makan terutamanya sea food, nampak gayanya ok. Alhamdulillah... sy ada syak satu perencah makanan yang sy rasa merbahaya untuk kesihatan. Dulu-dulu sy suka guna, masak lauk apa pun sedap kalau letak benda nie. Apa bendanya tue, sy tak berana nak tulis bagi clear, takut tersalah.


So semalam nak masak, sy berkehendakkan daun kari.. daun kari yang kami tanam tue, sy sebenarnya agak kedekut menggunakannya. Kalau buat kari pun gamak sy tak bubuh daun kari, pasal pokoknyaa.. kesian kurus melidi dan kalau ada daun pun selalu jadi habuan ulat daun saja.

Kalau masak kari, tak bubuh daun kari pun tak pa dah, by the time you menumis rempah tue... semua jenjiran dah boleh tahu, you senah... hari nie masa kari ini kan? Semerbak dah bau dia, so daun kari yang dimakan ulat tue you anggap sedakah dah lah kepada makhluk yang lebih memerlukan... kater ko.

Ok, sy suruh lah Idris pi ambik daun kari..sebenarnya sy sendiri tak tahu condition pokok kari tue macam mana, entahkan hidup... entahkan dah kembali ke syurga. Sy agak sedikit sibuk untuk menyiram dan membelai pokok-pokok tidak seperti mana dulu.. jadi sy sentiasa berharap hari akan hujan, ia rezeki untuk pokok-pokok sy :p

Idris.. dia memang tak tau lah mana satu pokok kari. Kebetulan sy pun bukan ingat bagaimana bentuk dan rupa paras pasu dimana pokok kari itu berada. Jadi land mark yang sy boleh bagi, ia berada di kawasan belakang dan berdekatan dengan pili air.

Sy capai pensel kaler yang bertaburan dan secebis kertas lalu sy lukis. Ia ada satu tangkai di tengahhh dan kemudian ada daun kecik kecik kecik kecik kecik keliling, kalau abang tak tau... abang ambik daun dan cium, bilang sy.

Sekali dia masuk dan bawa balik daun pokok bunga puding sy.. baguss, ia dah betul daun pokok tapi tak ada daun kecik kecik kecik kecik kecik keliling kan? Pergi cari lagi dan ibu tahu kamu boleh yer nakkk!

Kedua dia datang dan bawa balik daun yang ada satu tangkai di tengahhh dan kemudian ada daun kecik kecik kecik kecik kecik disekeliling. Struktur binaan ( struktur binaan?) nya sama.. bagus dan cukup membanggakan, tapi ia daun pokok dukung anak wahai anakku. Nahhh pergi lagi ke sana, tapi jangan lupa hidu baunya ya. Banggakan ibumu ini nanti ya nakkk!

Kali ke tiga dia datang dan bawakan sy satu daun yang daunnya terdiri daripada daun kecik kecik kecik kecik kecik keliling tapi satu helai sahaja. Sy katakan ia salah lagi.. pada hemat sy ia persis daun maman. Dia keliru lalu merajuk...

.. abah hang pi lah ambik daun kari pole tue, cemuih la suruh depa nie... orang kata salah, teruih sentap.

Dia eskot abah dia.. memang betui dah pun pasu tue, tapi mungkin ada pokok maman tumbuh dalam pasu yang sama, bila kita kata salah.. dia kata, betullah abang ambik daun tue tadi, sentap lagi.

Sikit-sikit menyebai.. sikit-sikit menyebai, last-last semalam tak masak pon. Semua pakat dok kata kenyang, depa goreng sosej ja..... senang goreng sosej tak payah cari-cari daun!

Pagi tadi bangkit tidoq.. rasa lapaq sungguh perut. Kebetulan member ada bagi ikan terubuk masin. Apa lagi... sambil dok goreng ikan sambil goreng rencah ikan pari goreng sambal belacan, sambil duk pakat bersin... cehh cehh.

Ikan pari goreng sambal belacan, lagi sedap kalau makan ngan nasik goreng. Goreng ikan ketepikan. Blend bawang, cili padi.. tumis, bubuh daun kari, belacan, ayaq asam jawa. Dah kering sikit, bubuh pari yang goreng tadi. Bismillah jangan lupa..

... cerita pasal ikan pari goreng sambal belacan, ini pun ikan jugak. Baju dengan tangan pesyen perut ikan sy panggil.. tue dia cik hang bubuh nama, sadis betul. Kalau tak pon baju dengan tangan pesyen liquid paper.

Kau adoo?

Wednesday, December 21, 2011

Ilmu itu bukan dikira sebanyak mana kau dapat, tapi sebanyak mana ia bermanfaat.

Assalamualaikum..

Nie baju & kain yang ituhari masa sy belajar kat Kolej Komuniti Klang. Tapi pic masa belajar tue buat orang kompius, ada yg mesej kat sy nak join kelas nie, tanya yuran, tanya bila kelas ada lagi bla bla.

Sy bukan yang mengajar... sy join kelas tue saja okeh. Pergi add fb Kolej Komuniti Klang & alert kalau depa bukak kelas keh.

Baju & kain nie sy tak pakai satu sut lah polkadot semua... kainnya sy match dengan baju lain, bajunya sy match dengan long skirt yang lain. Kasi cool down sikit merahnya makngah tue. LOL...






~ cuff dek kerana menderhaka... cikgu suruh buat cuff 1" kita gi buat cuff 2.5".. pastue sepatutnya enlarge lah sikit lebar cuff nie tak... buat 6.5" jugak ikut luas pergelangan tangan... aterrr dah jahit baru ferasan tak muat, fadan muker :p :p




Blouse hujung tangan cuff sendat.. sy pakai baju-baju tangan macam nie time period ajer, kehkehkehh.


kurung aladdin.. still ada permintaan, bling2 ajer susah nak cari sekarang.. dah tak ada yang lawa2.

Ituhari ada orang tanya kalau beli nota sy & photocopy & jual murah... boleh tapi jangan cerita kat orang atau lebih spesifik, jangan sampai sy tahu. Ilmu itu bukan dikira sebanyak mana kau dapat, tapi sebanyak mana ia bermanfaat.


{}


Friday, December 16, 2011

ZAIRAZONE'S FIRST EVER GIVEAWAY

Assalamualaikum...

http://www.blogger.com/img/blank.gif
Sy join ZAIRAZONE'S FIRST EVER GIVEAWAY...

Sy kalau join giveaway bermakna sy bebetul nakkan hadiah tue, jadi sy memang nakkan mug rugs atau dustbin covers atau shopping bags... atau kesemua sekali (tamak :P)

Giveaway ini smepena birthday kak Zai yang ke 55 pada 24hb Desember ini, jadi yang nak join sila join di sini :

http://zairazone.blogspot.com/2011/12/zairazones-first-ever-giveaway.html#comment-form

Selamat hari lahir kak Zai, semoga panjang umur dan dirahmati Allah selalu.


Thursday, December 15, 2011

..... zoom nursing wear

Assalamualaikum....

Ada pic gambar baju kat fb sy... gi tgk sana tapi yang nie :





ada lagi satu extra & reeadymade untuk DIJUAL : saiz M ini for sale, RM 85 + rm 7 utk poslaju (s'jung)

UKURAN SAIZ M
bahu 14
dada 36
pinggang 34
punggung 40
ketiak 17
p. tangan 23
labuh 55

Dan sy nak tunjuk jubah 2 tone nie..



Ini cara sy buat nursing wear.. leher baju kurung tapi belahan panjang... kita buat lidah macam kain lapik butang utk baju kebaya tue... yang butang leher jangan dibukak... bukak butang ketip tue jaa... so kalau nak menyusu sebelah kiri.. merengkan belahan ke kiri, kalau nak menyusu kanan.. merengkan ke kanan pulak








Tuesday, December 13, 2011

sy kini 34!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... sy kini 34!

... malam tue sy dah dapat agak, semua pakat stay up coz nak tunggu kul 12 malam kot.

Senyap-senyap ajer abah dia cuit anak-anak & bagi tahu hari nie hari lahir mak. Sy dah tahuu, laung sy dari bilik jahit sy hehhehe. Sy jeling2 pakai ekor mata... sekarang tengah giler sikit menjahit pasal sy jumpa satu cara utk finishing leher :p

Terima kasih sudi ingat... sy jenis tak kisah, kalau tak ingat takpe... kalau ingat tue kira bonus :p

Dek kerana malam sebelumnya sy rabak menjahit hingga ke pagi, lepas sarapan sy bantai mereloh
~ meleloh nie bahasa kasar orang utara, maknanya tidur.. macam makan bahasa kasarnya mentekedarah LOL

... bantai mereloh sampai masuk zohor. Tak pernah wat cam nie... bangun tidur satu badan rasa lemau. Lepas zohor bawa anak ke Subang naik komuter & jalan-jalan cari makan.


~ tunggu komuter.. tapi sipi2 jer kan? :P

Depa nie tak biasa naik public transport.. tambah lagi abah dia, thehehe.


~ dah la perak naik komuter.. comot pulak tue kan?

Sy ada a jubah untuk dijual :







Jubah readymade saiz M for sale (1 helai nie sahaja)

detail ukuran saiz M :

bahu 14
dada 36
pinggang 34
punggung 40
ketiak 17
p. tangan 23
labuh jubah 55

Harga RM 85 + rm 7 utk poslaju (s'jung)
Round neck & hujung tangan bercuff
Material Lycra


Thursday, December 8, 2011

.. LOST!

Assalamualaikum

Tup-tup timbui nuh? ingat kot lupa password :p


~ antara yg hadir

Weekend lepas, sy sempat join kelas jahit blouse & kaim kembang. Ada yang tanya sy, dah tahu jahit, kenapa join lagi... alamakk salah ker?

Kita join pasal kita nak tengok cara tok guru yang lain pula. Tengok cara, compare2 & select the best... sebab menjahit nie praktikal, bukan teori yang kita baca, kita hafal & habis takat tue.

Praktikal.. harus dipraktik dan untuk dipaktikkan tue ada pelbagai cara, lagi banyak tok guru yang kita menuntut, lagi banyak cara kita tahu... dan kalau jumpa cara yang paling simple itu yg kita nak.

Tapi sy ada jugak jumpa beberapa orang yang menuntut banyakkkk tok guru, tapi kemudian dia LOST!

Sy rasa nie bukan sebab terlebih menuntut, tapi asas dia tak kuat. Contoh ekk, setiap tok guru ada formula & cara dia sendiri untuk buat pola. Formula berbeza tapi kesudahan dia sama ajer... kalau tak sama pun..... lebih kurang sama. Bila asas dia dah tahu macam mana nak buat, menuntut lah kat sapa pun.. dia tau kesudahan dia mesti sekian sekian.


~ cikgu tengah jahit pinggang kain... ini kain, sy yang punyer :p

So pandai-pandailah lepas tue nak guna formula yg mana satu... jangan kelam kabut. Bila ada banyak tok guru, banyak formula yg boleh pakai... dah dia jadi blur. Pakai lah mana pon sebab nanti result dia sama ajer.


~ sy ada simpan keinginan buka company jahit baju, ada pekerja sendiri & ambil tempahan secara borong... keadaannya mungkin macam nie. Tapi, itulah one fine day...

Ini kelas kedua yang sy join di Kolej Komuniti Klang, sebelum ini kelas tartlet & tiramisu bulan lepas. Tak boleh join selalu-selalu sebab sy kerja hari sabtu.

Kekasih sy kata join kelas selalu, nanti kena pangkah depa lah katanya... hepppp! Hat mana depa bagi kita ambikk, dana tue dari duit kita2 jugak. Tapi pasal pangkah hat mana tue urusan lain :p thehehehe.



Thursday, December 1, 2011

bukannya comel tara mana ponnnnn

Assalamualaikum...

Dek kerana sampai Klang selasa lepas dah malam, makanya sy mintak tolong kekasih sy ambil BABY sy tue semalam. Bila pi ambik, uncle tue kata ada barang hilang & dia tak boleh repair, spare part pon tak tau ada ker tak.

Thread tension tue kan dia kena pulas ketatkan ke mesin jahit. Jadi untuk bagi peketat tue kena ada skru.. hat skru tue yang tak dak.

Dia kata, dia ada lah jugak cari kot-kot jahit dalam mesin.. tapi takdak. Tau dak pasaipa? Tue tanda menjahit ganas sungguh.. sampai terpacol habis skru! Kekekeke...

Habislah sy, dah la sy nak kena jahit baju. Makanya sy pun oder satu mesin jahit kat online, oder sejam mesin dah sampai ke rumah. Mesin yang basic ajer lah, tapi yang penting boleh jahit. Sy beli mesin jahit nie pun ada tujuan sebenarnya. Sesetangah orang beria-ia beli mesin jahit ribu-ribu, katanya yang itu bagus.

Tapi pada sy, tak bermakna beli ribu-ribu.. tapi jahit tak seberapa. Jadi mesin jahit yang ini, sy nak tengok berapa lama boleh tahan dan sy nak tengok berapa banyak dia punya pulangan hasil. Yang penting cermat bila guna...

.... semalam try jahit 2 helai baju, ok lah jugak. Cuma sy tak suka kalau isi benang kena bukak dari bawah. Sy lebih suka mesin jahit yang dari luar kita boleh tengok benang dia dah habis ker belum. Nak cucuk benang kena guna manual.. itu satu helah yang bagus untuk menguji mata sy LOL.

Ok balik cerita pasal kampung.. petang sebelum kenduri semua dah pakat berkumpul. Sy rasa bertuah, pasal walaupun arwah mak sy tak tak ada, abah sy pulak ada kehidupan dia sendiri... tapi kami adik beradik, kalau ada apa-apa semua pakat sekali. Alhamdulillah lah.. ini hikmah, bila orang dah tak ada.. kita lazimnya cenderung untuk lebih menghargai.


~ lauk kenduri...


~ ishak melayan zikry..

Sy yang malam sebelumnya tue mabuk ubat selsema, tak mampu dah nak buat apa-apa.. badan pun seram sejuk nak demam. Manakala kakak sy, tengah-tengah malam duk bilas pinggan & cawan sampai terlelap dalam bilik air. Itu yang buat sy sangat rasa tersentuh...

Lepas habis kenduri, esoknya masing-masing tegang urat betis, penat :p

Isnin, sy ingat nak ke rumah kawan sy, tapi kekasih sy sakit perut overdose makan durian. Sy tinggal dia kat rumah sorang :p ... ingatkan nak pi hantar kakak sy kejap ajer. Tapi bila depa semawa ikan nak masak kari ikan keli & ikan kaloi....


~ apa lagi, rejeki jangan di tak tolak :p


~ dapatlah merasa ikan kaloi...


~ cari durian dulu.. utk bawa balik :p

Esoknya lepas makan tengah hari, dalam 3 petang jugaklah baru bertolak balik. Sy buat lawak ajer memula tue kata nak bawa balik amani, rupanya ishak dia ingat sy bersungguh. Lepas salam semua & amani sy tinggal.. dia tanya kenapa mak tak bawak balik baby amani, baby amani kan comel? Sy bilang amani isap enen mak dia lagi, nanti kita oder baby satulah :p Tutup pintu kereta, dia tanya dah... dalam perut mak dah ada baby amani ker? Kuikuikuiii...


~ omotnyaaaa omell nieee...

Bila dia sengeh, sy bilang pada dia... tak payah la buat muka macam tue, bukannya comel tara mana ponnnnn. Dia ingat sy agah dia... lalu sengeh lagi. Bila dia pakai baju pink.. sy provoke dia bilang baju dia tak cantik sangat punnn.. termasuk jugak hair ban, yang sy claim kain perca apa ntah pi letak kat kepala..

.... kikikikik, bukannya comel tara mana ponnnnn :p