Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Tuesday, May 18, 2010

.. leopard drape neck & let go lycra ..

Assalamualaikum..

Hari nie, Idris start exam sampai Jumaat. Sy suruh dia tido awal & bangun awal.. & dia kata esok nak mandi sendiri katanya. Pagi, bila abah dia suruh mandi sendiri... dia kata, abang kata nak mandi sendiri esok, bukan hari nie. Dan esok.. mungkin dia akan ulang ayat yg sama ;) ... esok, never ending punya story!

Selalu bila anak pandai main2 ayat/perkataan, nie tiru cara abah la nie. Dari zaman berchinta2 dulu sampai skrg.. mmg suka main2 perkataan. Nak dapatkan jawapan utk soalan nak makan kat mana pon kena tunggu dia main2 ayat dulu.

Makan kat mulut lah katanya bla bla bla .. kekadang sy potong.... sementara tue, sempat sy tidur dulu tak? Atau kekadang tgh merempit, rasainn lah kena cubit di... err elok rahsiakan lah dimana sy selalu cubit, nnggeee....

Si Idris sebenarnya excited seperkara selepas exam tue. Ada rombongan sekolah ke Melaka masa cuti sekolah nanti. Dan lagi teruja bila kami akan ikut belakang bas pi rombongan sekali. Dia dah minta sy masak kek coklat & pizza utk bawa ke sana nanti. Amboi cam lah maknya pandai masak sangat kannnn.. kek coklat ituhari pon tersilap kaedah & kebetulan termenjadi :p

Tapi sebenarnya dua kali lima sahaja. Sy pon excited sama, malu nak mengaku! Kekekkeke.. hari nie sy bawa kain nie..



... utk sy gunting masa lunch nanti. Sy nak buat tunic, sy plan nak jait benang getah di pinggul :p, drape neck & ia sleeveless. Pakai ngan inner & long skirt. Sy dah luferr agenda di Melaka melawat ke mana tatau... sy harap2 jangan pi zoo dah la, takottt nanti ada yg mengaku sedara! Serriyauu makk!

Lycra corak leopard nie sy beli 2m kat kamdar, ingat nak buat maxi. Tapi bila fikirkan coraknya yg selerak & sy tak bergitu berani menggayakan penuh satu badan.. terlalu selerak, nanti sy segan nak pakai :p

So, 0.5 sy buat sleeveless tunic & lagi 1.5m... sy akan let go pada sesiapa yg nak tempah dress/blouse nanti. Sapa berhajat nak tempah blouse/dress guna kain nie.. sila email sy ya! :)

***

0 comments: