Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, May 6, 2010

.. baby sy sengugut

Assalamualaikum..

Smlm, nak sudahkan twisted neck utk giveaway ituhari.. tak semena-mena baby sy sengugut (read: mesin jahit portable sy yg berusia 8 tahun). Jahitan melompat2 & rasa sungguh sedihh...

... cuba jahit jersey kamdar, aiiii boleh fulakkk kann. Lalu, sy jahit tudung syria. Versi sy sendiri.. versi tangkap muat :p Tengok sharifah nor pakai terletak ajer.. nak jugak cuba buat sehelai. Kita tengok nanti.. terletak ker, entah2 tergantung la pulak jah!

Tapi bila di pakai, humangggg aiii mmg tak sesuai! Sememeh jer rasa.. rambut suka keluar kat telinga & dengan bentuk kepala pulak yg petak nie.. terserlah sungguh jongoihnya! Anak tudung tue dua kaler, pakai belah hitam jongoih.. pusing belah peach lagilah jongoih. Hukhukhukk..



Tudung itu nanti akan di sedekahkan kat anak buah. Tak semua org sesuai pakai tudung tak berawning nie.. kepala/muka petak tak berapa elok, kembang setaman pon tak sesuai.
~ tuh kutuk org tue.. laju jer tau dia!

Sedih lah lagi di hati ini.. mata tak buleh pejam, coz dah lepas 12 tgh mlm. Capai pulak t-shirt... nak refashion lah fulakk. Daripada XL t-shirt yg simple tue.. sy nak transform ke t-shirt yg ciri keperempuanan sikit. Punya gamble potong cam yg dok tgk dlm youtube tue... main potong ajer & jadi lagu nie.



Leher sy jadikan bentuk Y cam wrap dress, hujung tangan sy kedut2kan. Sy potong kat pinggang & kecikkan badan. Tapi yg reben tue cam buruk. Ingat nak tambah tali pink tue lagi 2 row & tanak reben. Bahu & ketiak nak kena kecikkan sket...



Nak buat tunic plak utk t-shirt yg lagi satu. Tapi ituhari dlm cerita musang berjanggut tue, yg masa faridah aka ferra fengsan... dia pakai halter top, dress kaler ungu pon cantik juga. Tapi bila kalih tengok2 jam dah 5 pagi jahhhhh... uiiii bila masa nak tidoq? Try lagi jait kain jersey nagoya.. pon tanak jugak lagi. Tanak sudahlah... nak pi tidoq.

Nanti balik nak try lagi. Nak mintak urut2 kot.. nak manja2 gamaknya!

5 comments:

Mila@Rimbun said...

uih cuti ker.. tido kul 5 pagi nii

azima said...

rimbun..
keje, kalau ngantuk.. lunch hour tido kejap... qadho :p

Sellynna said...

kak zura ni sbenonya tido kul bape & bangun kul bape? heran tul.. sbb nmpk gaya akak cam aktif lepas kul 12tgh mlm..

try gak jd cam akak, tp konfem pastu mesin ke mana, kita ke mana-mana.. hahahah.. terus jait dlm mimpi..

azima said...

sellynna..

hikk... penyakit berjaga mlm sy nie ada masa2 dia. time sy nak berjaga mlm.. sy selang sehari.. tapi bergantung jugak.. kalau ada benda yg sy teruja sy nak buat. biasanya kalau buat keje/prepare oder lebih kul 12.. mata cerah balik sy akan menjahit.

tapi ada masa jugak.. sy tido awal. pantang tido kanak.. sama2 fengsan. smlm kul 9 dah layan mata... :P

azima said...

tapi kan... kalau sy lah.. kalau sy tak cukup tidoo... satu masa & selalunya masa lunch tertido .. puasnya tido cam lama sangat tido.. padahal tgk jam 5 min jer.