Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, December 29, 2011

Gathering Sahabat Perak FM : 26 dec 2011 Kuala Woh, Tapah.. ... untuk komeeeee ajerrr.

Assalamualaikum...

Masa sabtu lepas, kami balik kampung lagi untuk 2nd time dalam cuti sekolah nie. Ambik peluang, anak dah sekolah.. susah nak balik kg.

Bertolak agak lewat sebab pak sedara kekasih sy meninggal. Arwah orang yang pendiam tapi baik, selalu senyummm ajer. Mak arwah masih ada tapi agak uzur, sedih sangat dia.. ingatkan tua anak boleh jaga. Ajal maut yer tak?

Bila sampai perak sy ingat nak singgah rumah kawan sy, tapi kebetulan dah tengah hari, time orang amkan nasik. Tak sopan pulak... cenggah ke Kuala Gula lah kami, ikut kakak sy pi kenduri kat sana. On the way sampai rumah orang kenduri tue.. 2bijik kereta masuk parit. Tak tau lah depa bawak kereta lagu mana.

Balik dari kenduri baru singgah rumah kawan sy & petang baru sampai kampung. Punya menyinggah sana sini, dah pukul 5 baru kelam kabut asar. On the way sampai rumah tue jumpa rumah kakak sy dulu... dahhh nampak amani pulak, mak dia dukung kat luar. Singgah kat situ pulakkkk dahhhh... dalam kelam kabut tue, dan lagi.

Ahad pagi, sy memang pantang kalau kat kampung kena hari Ahad... mesti nak ke Pekan Ahad Sungai Gedong. Ntah la, mungkin sy rasa selesa, mungkin sy rasa sy aman disana, jalan ikut suka, belek ikut suka tanpa rasa risau... anak terlepas dari tangan kejap pun sy rilek lagi. Kalau kat pasar siniii... punya kawai anak, risau takut terlapas tangan.

Sy sempat rempat satu helai tudung & sehelai shawl. Nie pun satu peel sy.. kalau nak beli tudung mesti balik kampung baru teringin nak beli & mesti beli ngan kakak sy. Kalau kat sini payah sangat.. padahal made in sama ja, pasar jugak.
~ ahkak beli tudung kek pasar yoo... sodeh kan? misken namo ehh..

Tengah hari, pergi kenduri... jumpa kawan sekolah sy, nama dia simple macam nama sy & DOB kami sama, kulit yang tan macam Tyra Banks nie pun sama.. kami macam kembar!
~ macam Tyra Banks tue baca pelan-pelan... hat tue sy tipu!

Balik kenduri, masing-masing dah pelekat api... kami buat BBQ kepak ayam petang tue. Makan sampai muak. Malamnya sy gi bermalam rumah kakak sy, kami ingat nak join kakak sy pergi gathering sahabat Perak FM kat Kuala Woh, Tapah.

Tagline depa... untuk komeeeee ajerrr.

Gamat giler dorang..


~ potluck makanan pun very the kampung one, i likeee!

Sy antara yang awal jugak terjun masuk sungai... sy takkan lepaskan peluang, lama dah tak apply kuak renang ayam kena sembelih sy tue. Kehkehkehh... agak kelakar kalau dilihat orang, berenang tapi bottom part tenggelam tak boleh nak apung.

Tapi best tempat tue, part yang kurang berbatu, boleh bagi anak-anak main & tak risau sangat takut jatuh. Mak & bapak boleh buat aktiviti bebas, LOL. Bukan bebas mana pun... korek pasir sampai kena bahagian yang keluar air panas & benamkan bottom part dalam tue, suam-suam ajer.

Balik dari Tapah, singgah rumah abang sy & makan malam pulak kat sana. Kul 10 baru sampai rumah. Penat gilerr. Selasa pagi, sempat jahit 2 helai skirt denim lycra, lunch & balik Klang.


~ banyak jalan2.. dah kena ke sekolah nangiss.


~ semalam kemas2 jumpa 2 pasang nie... yang terpilih ajer ada benda nie. Sy alhamdulillah ada 2 pasang... :) :) nak framekan!

0 comments: