Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Saturday, November 6, 2010

Sendiri punya periuk, sendiri taulah kerak banyak mana.

Assalamualaikum...

Sape ada tengok tv semalam, sy dah baring-baring nak tido.. tertengok tv2, cerita 'bercakap' saja & bukan cerita aksi2 tapi ceritanya seronok & kagum pulak bila tengok cerita tue.

Dia berasal dari Rusia, terkandas di lapangan terbang (New York kalau tak silap) nak hantar balik tak ada visa. Dia tinggal, tidur, mandi semua di lapangan terbang tue.. nak keluarkan dia dari situ tak boleh sebab tak ada alasan. Nak makan, tak ada duit.. dia kumpul duit hasil daripada return troli di lapangan terbang.

Macam-macam helah pihak berkuasa di lapangan terbang buat untuk dia keluar dari lapangan terbang. Termasuk pancing dia lakukan jenayah, hantar pekerja untuk susun troli ~ bila dah pekerja yang susun troli, dia dah tak ada sumber kewangan.

Dia minta kerja, last2 kena gelak sebab alamat di lapangan terbang tue jugak (Gate 67 kalau tak silap). Dia gunakan no telefon awam di lapangan terbang tue untuk contact number dia & dia tunggu majikan yang nak offer dia kerja dekat telefon awam tue sampai kedai tutup. Last-last majikan tue call juga dia & maklumkan pekerjaan tue dah diisi. Sedih kann.. diperkotak katikkan sedemikin rupa!

Kemudian, ada seorang pekerja di lapangan terbang tue admire pada seorang pekerja kaunter. Dia akan diberi makan percuma kalau dia inform maklumat tentang pekerja kaunter tue. Jadinya, tiap2 harilah di pergi ke kaunter & isi borang yang sama.. walaupun tiap kali borangnya kena tolak (sebab dia tak ada visa). Sebab, tujuan utama dia nak cari maklumat tentang pekerja kaunter tue.

Nak tahu dia belajar bahasa inggeris cam mana? dia belajar based on sarikata pada tv. Kemudian dia bandingkan dua buku.. satu buku dalam inggeris & satu lagi buku dalam bahasa rusia. Itu ajer cara dia belajar.. respek abis.

Tak lama lepas tue dia dapat kerja pembinaan lepas kontraktor tengok hasil kerja dia bila dia ubahsuai tempat tinggal dia di lapangan terbang tue. Dan gaji dia lebih banyak daripada ketua pihak berkuasa di lapangan terbang tue!

Sy tak tengok cerita nie habis, sampai takat dia jadi juru bahasa kepada pelancong dari Rusia yang mengamuk sebab ubat untuk ayah dia disekat, tak boleh bawa balik. Ubat untuk manusia kena sekat, tapi dek kerana dia duduk di lapangan terbang tue lama.. berdasarkan pada borang, dia tahu kalau ubat untuk binatang tak akan disekat. Jadi dia menipu, kata ubat tue untuk kambing.

Lepas daripada tue semua anggap dia wira, pekerja2 di lapangan terbang semua kenal dia & layan baik. Sy tengok sampai takat tue saja... lepas tue tv tengok sy pulak hihihihi

Sy kagum & rasanya nie cam kisah benar kot. Kagum dengan kesungguhan, kagum macam mana dia boleh generate income untuk hidup pada masa tue dan yang penting dia bukan buat kerja tak elok untuk dapat duit.

Kaitkan dengan realiti & cara hidup sekarang... golongan marhaen sy rasa hidup lagi 'susah'. Kalau miskin, boleh mengadu.. dapat bantuan sikit2, dapat masuk tv minta bantuan. Kalau tengok orang miskin, rumah tak berapa sempurna tapi anak semua ramai...
~ kekadang buat sy terfikir, depa nie buat anak masa bila dan kat mana... ngggeee.

Memang tue semua rezeki dan rezeki tue dari Allah, cuma yg sy nak highlight kan kat sini.. dia miskin, tapi ada harta lain, iaitu anak-anak dan dapat bantuan sikit-sikit. Walau dia miskin, tapi dia kaya harta yang lain. Sekurang-kurangnya depa merasa jadi kaya!

Kalau golongan kaya tue lagilah senang hidup. Tapi bagi golongan marhaen sekarang nie, tambah2 pulak yg duduk di bandar-bandar, gaji bulanan dalam RM 1500 lebih kurang (mungkin isteri bekerja ataupun tidak). Mana cukup untuk sara keperluan bulanan. Contoh sy, anak dua.. dua-dua duduk taska & tadika, yuran bulanan dalam RM 500. Golongan marhaen rata-rata miskin anak pasal dok fikir takut tak mampu besarkan anak ramai-ramai. Kan?

Kemudian campur duit susu anak, pempes anak, belanja rumah lagi dalam RM 500 misalnya. Sewa rumah atau installment rumah busuk-busuk rumah kos rendah dalam RM 350 sebulan. Jumlah semua dah RM1350, baki RM 150.

Oleh kerana anak hantar taska, maka andaikan isteri juga bekerja & gaji dalam RM 1000 lebih kurang. Mungkin isteri tolong bayar installment kereta RM 400, petrol? Takkan tangki kereta isi ngan air plak, yer tak? Tolak duit petrol, mungkin busuk-busuk baki hujung bulan sama jugak dalam RM 150.

Balance dalam RM 300 sebulan nie banyak ker? Suami mesti nak jugak hulur-hulur kat kat mak dia sikit. Kalau kereta tiba2 meragam, kalau road tax insurans mati, duit ubat anak2 lagi, tiba2 teringin nak pi jalan sana sini.. balik kampung ker misalnya. Takkan nak balik kampung berlenggang saja. Mesti nak bawak balik jajan sesikit, kalau ada ibubapa kat kampung teringin nak topap beras, minyak & gula... itu paling koman.

Allahhu akbarr... itulah nasib golongan marhaen. Sy tak tahu orang lain, sy dok persiap diri sendiri, sy buat cam nie saja. Sy tahu apa yang sy minat & yang sy buat air tangan menjadi. Sy dah kenalpasti skill yang sy ada & sebolehnya pertajamkan skill tue. Sy tambah mana yang tak cukup dengan generate income dengan skill yg ada.. tue saja lah. Nak buat cam mana lagi? Nak canang kata kita susah, makan pakai tak cukup....

... takkan nak minta bantuan? Tak logik & tipu lah sangat. Sendiri punya periuk, sendiri taulah kerak banyak mana. Masa-masa sesak, tak cukup, pandai-pandailah cari idea nak bagi cukup cam mana... bubuh air dalam kerak & tekan butang cook misalnya :p

Berapa ramai rumahtangga yang berkecai dek kerana duit. Cinta tak kan kemana-mana kalau tak ada duit. Larat ker hidup kalau asikkkk dok bercinta.. boleh kenyang ker? Masa umur2 cam gini lah, muda (muda ker?), kuat sihat, masa idea tengah banyak, masa tengah bekerja & ada pendapatan sendiri, masa anak2 mungkin sorang dua & masih ada masa lagi untuk 'mencari' skill yg ada & bagi mantap skill tue. Kalaulah dah tak ada rezeki di tempat kerja.... ada jalan untuk cari duit, tampung mana-mana yang lompong msa tengah sesak.

Hidup tue kan macam roda.. persiap diri dari semua segi. Sekarang kita rasa kita sedang-sedang lah, tak susah & tak kaya.. esok-esok? Sy bila fikirkan bab nie.. hati dup dap, tak sedap perut pon ada, nie dok pikiq... la nie bolehlah kata roda tue kat atas, tapi cam mana bentuk ujian bila mana roda tue pusing dok kat bawah.

Allahhu akbarr... itu baru cerita bab bekal untuk hidup kat sini, yang bekal kat 'sana' macam mana pulak cerita?? Oleh itu, jika anda minat apa yang sy minat.. tgk sidebar kanan, intipati azimaDIYshop ada kat situ...
~ ehhh ehhh tetiba ada iklann! :p

Sy tak boleh menaip dengan banyak.. sebab sy rasa skill sy pon ada kat situ, nak sy menulis banyak, motivate banyak-banyak... sila bayar kaunter 10.
~ meahahahahaaaa... gila, katanya guna skill apa saja untuk generate income!

Pssttt... siapa jer yang tak ada skill apa pon, even membebel tue pon skill jugak.. buat direct selling pon ok aper :p Daripada membebel kosong, buat ketupat.. speku kulit muka sipulan-sipulan menggerutu bagai, lepas tue tak reti-reti masuk jarum? Keluarkan lah sabun muka cap makcik wok... untung-untung ada gak orang beli!!

Kan dah ter generate income?





~ pic bed rise garden yg dah siap.. walaubagaimanapun, bed rise bukan untuk dijual. Buah mulberry yang ditaman itu mungkin ya untuk dijual... meahahahaa cam kebunnya berhektar-hektar!

2 comments:

Sellynna said...

huhu sama lak kak.. saya pon paling koman segala belanja2 suma termasuk anak2, bil2, keta suma.. RM2k.. pastu makan pakai sendiri mau ingat la.. kalu tak dek raya.. takdeknya nak beli baju baru.. janji anak2 tak kebulo..

azima said...

sellynna...
kannn? bila org dengar gaji sekian2 banyak.. dok sangka kita nie beruang, padahal bulan2 lepas tolak itu ini.. dah tinggal banyak mana jer. duduk kg at least terputus lauk/sayur blh jugak cari benda free.. kat bando, pepandailah jimat2 ekk.