Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, November 15, 2010

Off course lah ayam tua! sy kunci untuk jawapan itu :p

Assalamualaikum...

Fenomena itu dah bermula... semalam sy plan nak makan kat luar tapi banyaaakk sungguh kedai tutup. Susah betul nak cari kedai makan masa raya haji nie, ramai tukang masak yang asal daripada kelantan (dan pattani?) dah balik untuk raya haji. Kat sana kan lagi meriah kalau raya haji berbanding raya hari raya...

.. melilau gak la semalam, pi kedai yang lain... tunggu sampai makanan pon setengah jam. Mungkin jugak depa tak jangka pelanggan ramai malam tue sebab kedai-kedai lain banyak tutup. Ishak plak dah tidur masa tue.. naik keras lengan pangku dia tidoq.

Aduhaiii... sy jenisnya kalau kalau kedai A ramai tapi sedap, gamak sy pi kedai B.. asal boleh makan & tak berebut2, tak sesak. Setengah orang tue, dia punya logik akal ~ pelanggan ramai = sure makanan sedap. Sy punya logik akal, orang ramai = sure dapat makan lambat, lambat balik.. sampai rumah dah lewat & dah mengantuk, kerja pulak tak menjadi.

Masa on the way balik dari kedai makan, saja borak-borak kosong dengan kekasih awal dan akhir sy... kenapa kedai makan orang-orang kita nie jual terlalu banyak variasi makanan. Kalau kena time pelanggan ramai luar jangka macam nie.. tukang masak tue kejap2 nak goreng nasik/mee, kejap2 nak preheat sup, kejap2 nak goreng fries.

Kalau tengok kedai makan cha ya nun alif.. depa lain, mesti ada satu main menu yang bebetul special & orang pergi sana sebab orang nak makan yang tue saja. Betul-betul signature recipe.. kat tempat-tempat lain tak boleh dapat, kalau boleh dapat pon tak sama dengan yang lain. Itu antara faktor kenapa depa nie boleh berniaga sampai berpuluh beratus tahun, bertahan hingga ke berapa generasi. Atok, bapak, anak, cucu, cicit.. dok jual benda itu saja, semua dok bergantung rezeki kat itu saja.

Dok cerita pasal makan, raya haji nie.. teringat pulak lah nak masak apa untuk raya haji nie. Kebetulan kena dengan penghujung minggu, penghujung musim sekolah.. sy lajak cuti sampai hujung minggu. Ingat nak masak-masak untuk raya haji nie... kalau raya, tak sah kalau ketupat pulut & rendang pedas lah. Dulu masa arwah mak sy masih ada... rendang pedas kerang. Tapi kali nie ingat nak buat rendang pedas ayam.. itu memang kami punya signature recipe tue.

Minggu lepas anak buah sy SMS tanya, acik nak ayam tua ka ayam muda?

Off course lah ayam tua! sy kunci untuk jawapan itu :p

Rendang kalau buat pakai ayam tue memang sedap.. isi tak relai & hancuq. Makan & rasa liat2 sikit tue yang sedap maaakk oiii.
~ disaat ini merasakan ada connection nya perkataan tua & wanted itu :p

Kakak sy pulak buat bihun sup ayam tua.. alamak aiii, sambal kicap kasi lebih ya!

0 comments: