Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Saturday, November 27, 2010

... ia sepeti diri sy yang senja

Assalamualaikum..



Dah bertemu dengan hari sabtu balik hari nie. Baru jer rasanya sabtu lepas dok berpoya-poya di kampung :p haiii cepat sungguh masa berlalu.

Semalam.. lepas maghrib, sy pi hantar kakak, abang, kakak ipaq & nak buah sy balik ke kampung. Ahad lepas kami ramai-ramai bertolak dari kampung, singgah kejap di Batu Gajah, tengok anak buah sy, cucu arwah mak sy yang ke 13.



Sian dia... ruam2 badan, cucu pertama dalam keluarga lah katakan. Depa pi bungkuih (read: bedung) pakai kain batik :p Pakai kain napkin suka terlepaih katanya... dalam hati dok kata, kot terlepaih pon bukan dia boleh lari pi mana-mana.

Hakhakhak... takpa na, pelan-pelan kayuh. Masing-masing pandai buat anak... masing-masing pandailah jaga anak. Kulit baby biasalah kalau naik ruam-ruam panas tue.. cuma tengah hari, kalau nak bedung.. tak payah pakai baju pon takpa. Tue dia, makcik dah bagi petua.. mentang-mentang lah makcik nie jenih tak tahan panas, semua kecik besaq dia taram sepesen, semua sekali harung. Jimat dan senang kira :p

Yang penting, sy still ada skill bagaimana nak mendukung baby nngggeeeee. Sy ingat sy dah hilang skill tue.. try jugak dukung si zikry tue ituhari. Buat pelepas, nanti-nanti jangan lah dibuatnya nanti bangkit tengah malam, mengidam nak dukung baby la pulak. Baby sapa pulak makcik nak cekau kannn?

Peel sy tetap tak boleh belah! suka kacau orang tidur.. sib baik lah kau duduk jauh zikry, kalau dekat acik akan kacau cam mana abah hang kacau anak acik dulu. Mengusik tak habis-habis..

Dan, part hidung tue serius copyright arwah mak sy! :)

Lepas tengok si zikry, terus ke rumah sy. Anak buah sy malam isnin balik Mesir. Balik dari KLIA, singgah rumah sy balik.. kebetulan abang sy datang rumah, sy minta dia buat pagar utk sy. Separuh sy & kekasih cerah sy dah ikat bata.. dia siapkan separuh lagi & plaster simen. Masa sy MC tue sy sempat menuntut cam mana nak ikat bata bagi tegak guna timbang pakai ladung, cam mana nak plaster simen.

Sapa nak upah sy ikat bata & plaster simen, bleh la minta quotation nanti yer harhaarharr. Insyaallah habis punah sy akan kerjakan :p

So, lepas nie boleh mula kerja-kerja kayu & mengecat. Tapi sy agak hot sekarang nie sebab kekangan oleh strata title. Untuk sapa-sapa yang duduk rumah apartment, memang akan 'berbulu' bila kena part strata title nie. Bikin rosyak anak punya frogrem lah!



Pic yang atas sekali tue permandangan bendang di kampung sebelah kampung sy. Masa nie pokok padi dah lepas serak, pokok pon dah besar. Kalau masa kecik, masa sekolah dulu sy tahu teori & praktikal cam mana nak mengerjakan bendang. Mai teknik baru serak bagai nie sy dah tak berapa tau sangat dah... jejak ke bandang pon haram tak ingat bila kali terakhir :p

Permandangan senja tue, bendang dari titi rumah arwah mak sy. Sy jadi tertaut bila tengok pemandangan senja tue... ia sepeti diri sy yang senja :p Memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya transit. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim .. bertapa hambamu ini lalai, ampunkan dosa atas kelalaian ku ini.

0 comments: