Assalamualaikum...
Apa kabar yer? Sy plan nak buat 2nd giveaway... nak combine utk my wed anniversary + my blog anniversary + raya
~ tue dia 3 in 1... nngggee nampak sangat ahkak kedekut!
Kira acilah kan.. daripada tak der langsung. Hadiahnya mestilah baju!
~ & mestilah baju dari airtangan ahkak!
Tapi.. baju patern mana yg ok utk dipakai di hari raya? Tengah fikir2 lagi nie.. dan ia totally berkaitan DIY.
~ ada yg pernah call ahkak, tanya nie azima-diy-shop ker? Bukan diy, D-I-Y.... do-it-yourself.
So sy excited untuk membaca cerita anda tentang DIY nie & banyak benda boleh cerita. So nanti fikir2 apa nak cerita tentang DIY & join my 2nd giveaway keh!
------------------
Sarung sofa kat rumah MIL sy, blom pon setahun sarungnya dah merekah. Orang yg buat sarung nie tak berapa pandai gamaknya.. sepatutnya ambil sekeping kain utk tempat duduk, tapi dia pi bahagi dua.. sekeping kiri, sekeping kanan. Fabrik tue pulak jenis ira kain urat besar.. hujun kain senang pecah, so bila dah kena lenjan dek cucu2... part penyambung tue skrg dah pecah habis.
So nasib baik ada menantu yang sorang tue... dapat menyelamatkan keadaan, sapalah menantu tue yer? :p
Jahit guna balance kain sy buat sofa kat rumah sy tue. Mula2 sy ingat balance nie sy nak buat sarung kerusi makan.. tapi bila fikir2, warna dia gelap sangat.. tak jadilah. Sy kalau boleh nak elak warna gelap2, ia akan mengecilkan ruang..
~ rumah ahkak kecik diikkk.. ahkak nangis!
Sy memang suka kalau sofa yg fabrik kain & boleh dibuka untuk cuci. Yang sarung tue, senang nak tukar ganti & buat kaler ikut suka hati & tema apa kita nak. Tak der lah bosan mengadap benda yg sama tiap2 hari...
~ kecuali lah kalau banyak duit, boleh tukar sofa tiap kali raya :p itu lain cherita!
~bukti bergambar, ini lah antara cucu2 yg menyebabkan pecah habis sarung sofa.
Blom siap sebenarnya.. fitting dulu sblm sy buat cover belakang. Yg asal cover belakang pakai zip... tapi sy buat cerut tali shj. Pakaikan sarung, tarik tali cerut & ikat.. senang cherita.
~ masa fitting ituhari, MIL sy tak ada kat rumah... agak2 jempol ker tak? :p cam mana saham menantu tue? agak2 naik ker tak rating... nngggeeee
Sekolah Kanak-Kanak kanser, Lahore
6 years ago
2 comments:
amboi bodek MIL nampak...
che rimbun...
cam tak biasa.. penting utk kerukunan rumahtangga tue :p
Post a Comment