Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, June 11, 2010

Kontes: KENANGAN TERINDAH

Assalamualaikum..

Serius sy teringin join kontes KENANGAN TERINDAH nie. Kontes ini sempena 2nd ANNIVERSARY dan juga BIRTHDAY Asma.
~ kebetulan pulak, anniversary sy & kekasih baru lepas 07 Jun yg lalu.. kami yang ke 7 tahun.

BTW.. jika anda ingin join sila ke : http://asma-rizal.blogspot.com/2010/05/kontes-kenangan-terindah.html



TARIKH TUTUP: 11/06/2010

Langkah2:
1. Buat 1 entry bertajuk KENANGAN TERINDAH [Boleh cerita pasal hari kawen ke..annivesary ke @ sambut hari jadi ke..cerita terbuka, pasal diri sendiri, anak beranak, kat office..sesuka hati..]..link ke entry ini
2. Jadi follower saya (tq..tq)
3. Mesti letakkan gambar [sama mcm syarat no. 1, tepek gambar yg berkaitan dgn entry yg dibuat]
4. Pemenang dipilh oleh saya dan juri2 yg tidak disebut nama berdasarkan entry dan gambar yg menarik
5. Boleh hantar entry sebanyak mungkin [Kalau boleh biarlah occasion yang berbeza2
6. Bila siap tinggalkan komen dan email address di entry ini



" saya suka awak.."

... suka yang bagaimana? Tanya sy pada dia. Yalah, suka tue kan subjektif.. suka yang bagaimana?

"suka lebih daripada kawan", katanya. Oooiiiiccccc...

Dan sejak itu kami berkawan atas perasaan suka lebih daripada kawan. Hingga lah 31 Aug 2002 kami bertunang & tempoh bertunang kami 2 tahun. Masa tue sy agak baru mula kerja & kekasih sy.. ada lah simpanan sikit2. Almaklum.. tak ada komitmen, simpanan pon ntah jatuh nombor ke berapa :p

Sejak itu, masing2 tertib simpan duit.. dapat kumpul duit cecepat, harap2 dapat langsung awal, nggeeee...

Alhamdulillah... belum pon cukup setengah tahun bertunang, kami dah mula melobi orang tua masing2 untuk setelkan kami cecepat kekekeke. Tapi masa tue arwah mak sy tak berapa sihat.. so, pujuk2 hati bawaklah bersabar.

Dalam pada tue, sy & kekasih sy.. start dah buat persiapan. Kalau boleh sy nak buat sendiri from A to Z. Pada sy, sy nakkan semua itu ada sentuhan tangan sy... supaya ia istimewa di hari yang istimewa, untuk sy kenang nanti.

Tema sy, kuning & sebelah kekasih sy biru. Masih ingat lagi saya.. bagaimana sy menyiapkan bekas hantaran. Sy gunakan kertas siam..
~ kertas siam nie dulu2 orang buat bunga manggar & sifat kertas nie kalau terkena titis air.. akan turun warna.. haaaa itulah kertas siam.



.. buat acuan daripada kertas keras bentuk bulat, saiz duit 50 sen & gunting banyak2. Kemudian ambil dawai kecil yg dah siap balut dengan pembalut hijau. Letak tengah, lipat kemudian twist.. jarak dalam 1/2 inci & ulang lagi sampai dapat 5 kelopak... buat banyak2. Ambil pengepit, masa tue sy gunakan pengepit bulu ketiak.. kekkekeke make sure yg bersih lah yer! Kemudian kepit kelopak bunga yg dalam & gulung.



Untuk daun pon cara yang sama.. buat acuan bentuk daun. Tapi utk daun kena lapis dua.. gunting banyak2. Gunakan teknik yang sama macam bunga untuk rangkaikan daun.. bila dah siap, guna hujung gunting atau pembaris dan raut hujung daun agar daun nampak natural & tak kejung.

Bunga2 & daun yg dah siap.. sy rangkaikan pulak ke dawai lebih besar. Rangkai bunga & daun berselang seli ikut kreativiti kemudian gamkan ke kotak lutsinar & bakul2 sebagai bekas hantaran.

Banyak benda lagi yg sy buat.. gubahan, langsir & junjung utk bilik tidur, bunga tangan, stand bunga, bunga telur dan lain-lain termasuk baju sy sendiri. Kalau nak ikutkan buat sendiri memang murah.. tapi nak menyiapkannya makan masa, tapi itulah yg mahal!

Alhamdulillah kami diijab kabulkan pada 07/06/2003 dan hari kenangan terindah sy pada 06/07/2003.. iaitu kenduri di sebelah sy. Sy masih ingat ketika sy bertemu muka untuk jalan seriring di hari bersejarah sy, dia katakan pada sy...



" you look so gorgeous!"

... dan sy terkedu tak tahu berkata apa2. Tapi yg sy tahu.. sy puas & usaha sy berbaloi.

Dan kini, setelah 7 tahun berlalu.. kami masih lagi kami berkawan atas perasaan suka lebih daripada kawan :) Sy masih belajar mengenal hati budi dia... kenali & fahami dia, apa yg sy patut buat & apa yang patut tak buat.. ketika dia suka maupun duka.

Alhamdulillah setakat ini dialah satu-satunya kawan yg mempunyai perasaan
suka lebih daripada kawan yg paling setia terhadap sy. Dan sy ingin menjadi kawan untuk dia atas perasaan suka lebih dari segala-galanya selain Dia Yang Esa selagi hayat masih ada. Insyaallah..



Ini pic baju kawin kami.. sy snap pagi tadi sebelum pergi kerja. Walaupun agak sendat tapi masih muat :)

Tadi, walaupun dia tak katakan pada saya..

" you look so gorgeous!"

.. sy tak terasa hati, sebab dia buatkan sy senyum sampai ke telinga bila dia katakan pada sy..

" you buat i rasa 'gatal-gatal' dah nie "

:P Heppp.. hari nie hari kerja, cepat siap jomm pi kejaaaa lah!

** nota kaki :
sy dah pasang angan2 apa yg nak beli pakai voucher nie


:p .. moga2 ada rezeki anak2 sy, aminnn!

3 comments:

Asma said...

wah, kagum..boleh muat lg baju...

anyway..gud luck ya..=)

Sellynna said...

kak.. ayat terakhir tu yg tak tahan tu..

gatal2 ekk.. hahaha..

apsal muat lagi baju kawen tu? tak aci ah..

say fail tang dada & pinggang.. merekah abis! hahaha..

azima said...

che asma..
tq :) ammminnn..

sellynna..
kikikikk.. itu nak kena menuntut, skill meng uli namanya.. :P

tak tau cam mana menggelupurnya ahkak, sib baik pose berdiri.. kalau duduk sure rabak kain nnggeeee...