Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, June 21, 2010

.. kembali ke sekolah :(

Assalamualaikum..

Sekolah dah start balik hari nie kan? Ada yang macam tak seronok pi sekolah pagi tadi, tapi sy puji dia. Puji dia betapa dia comel ketika gosok gigi & juga comel dengan uniform sekolah dia.. hikhikhik. Puji pi lahh.. bagi perelok mood :p

Tapi si Ishak jugak yg tak makan saman. Peel dia sekarang nie, gi sekolah dah pandai nak mintak beli bekal. Kekadang request uwe (kuih) kekadang request asik temak (nasi lemak). Pagi tadi ingatkan ok.. elok ajer beria usung bekal sendiri. Tapi rupanya sampai depan sekolah, dia baru tahu... dia kena pi sekolah hari nie. Mulalah buat aksi kejung & duduk depan sekolah... buat perangai, geram tauu.

Ahad pagi... sy terjaga kul 3 pagi & jahit baju. Dapatlah sehelai baju.. yang nie nanti sy tempek pic.



Siangnya, sy & kekasih sy pi buat bekam lagi, ini yang 2nd. Di pelipis sy still banyak darah kotor.. itu memang sy agak. Pasal sy still pening2 kalau panas, kalau bising & kalau banyak keja. Tapi lepas bekam rasa ringan sunggun & cerah mata. Balik dari bekam.. kami pakat tido semua, penat & pening2 sikit, sedar2 dah asar :p



Aktiviti lunch tadi, gentel punya gentel dapatlah 2 kuntum. Dahlah sy kehilangan banyak darah, ketika ini bulan mengambang & berbekam... gentel2 tercucuk plak jari nie, huhuhuuuu kering kontang.

** mood tak berapa nak ada, rasa2 bleh agak tak daripada cara sy menulis? tak ada perasaan, tak ada rasa.. ntahlah, rasa cam tak berapa beria.
~ nak kata kerana kembali ke sekolah.... tak related plak ekk =_= hurrmmm..

0 comments: