Okeh.. saya teringin join :.Kontest :> Kisah Cintaku.: , yang ingin join klik : http://noieizan.blogspot.com/2010/06/kontest-kisah-cintaku_15.html
Tarikh tutup : 25hb Julai 2010
Selain daripada ingin join kontest nie, sy ingin menguji diri... sejauh & sekuat mana ingatan sy tentang detik2 kenangan. Sesungguhnya, agak sukar untuk saya tulis dalam kata-kata, kerana cinta.. ia adalah satu perasaan yang luar biasa utk diluahkan dengan kata2 :p
~ lalingg.. nanti bagi markah kat Temah yer.. nnggeee.
Saya ditahun akhir di UUM & join laman web : majalah.com. Ini ruangan untuk mencari kenalan. Saya tak mencari yang hebat pada rupa, hebat ada gaya... tak ada maknanya! Canang wajah kachak sekachaknya di alam maya, tapi realiti stok2 pecah rumah.. tak guna yer dak?
~ ahkak tak tuju kat sape2 statement nie :p
Pada saya di alam maya, anda boleh jadi sesiapa sahaja!
Mamat2 yang lain sebok sangat cari kenalan yang kuruslah, yang seksilah, yang putihlah. OMG!! bajet macam depa hensem sangat kan? Geli geleman tau bila baca, ada yang nak carik gadis beralis lentik, yang manja, yang hidung mancung, yang gebu lah..
piirahhh... tak hingin kiter!
Nampak sangat true color & sangat tak ikhlas kan?
~ ahkak ingat lagi, ada yang carik bulu kaki tebal... eeuuwww! Azabb tau baca... ahkak rasa cam nak tergolek2 gelak dalam lab Sek. Ekonomi tuh!!
Dia yang saya select hanya sebab dia simple - just nak ceri kenalan.
Serius, tak tipu... itu sahaja.
Saling berbalas-balas email sampai saya dapat kerja kat KL, baru saya jumpa dia face to face. Bila saya sibuk dengan kerja, saya dah lama tak call / jumpa dia. Tapi sebagai kawan.. saya rasa, saya suka dia sebab dia baik, soft spoken :p tak macam saya, loglaq memanjang! Nggeee...
Ekceli saya ada sorang kakak yang belum kawin, so saya ingat nak pass dia kat kakak saya. Sy fikir, daripada dapat kat orang...
alangkah elok kalau bagi kat kakak saya!
Satu hari, saya teringin sangat nak ke Genting Highland, saya call & ajak dia pi sana. Saya pon call kakak saya & suruh dia datang KL. Disebabkan dia segan, dia ajak sorang kawan dia.
Aduuduhh.. bikin rosak ana funya frogremm lahh!
So jenjalan cam gitu jerk lah. Sy jalan ngan kakak sy, dia jalan ngan kawan dia. Tapi.. tapi.. tapi, ada insiden tue buatkan saya rasa gumbira bila...
...dia pinjamkan sweater dia kat kakak sy nnggeee.
~pic semasa di Genting Highland..
Lepas seminggu, saya jumpa dia lagi sebab dia nak minta gambar di Genting Highland. Tapi bila dah nak balik.. tiba2 dia katakan pada sy,
" saya suka awak.."
"... suka yang bagaimana?" tanya sy pada dia. Yalah, suka tue kan subjektif.. suka yang bagaimana?
"suka lebih daripada kawan" katanya.
Aduhduhduhhh.. bagaimana? Lain yang saya plan, lain pulak yang menjadi.
Saya bilang pada dia, saya perlukan masa & biarkan masa yang menentukan.. cecececece cam skrip filem kata dia! Saya rasa cam suka dia.. tapi saya tak tau, samaada suka macam mana..
~ kalau suka sangat pon, ahkak cover2 lah sikit.. jangan ketara sangat :p
Tak tau kenapa lepas tue dia jadi jahat. Dia jahat kerana mendera perasaan saya. Dia jahat kerana menyeksa jiwa dan sanubari saya. Dia jahat kerana buat jantung saya bekerja lebih daripada biasa.
Dia dera saya dengan SMS-SMS yang sarat dengan harapan. Dia seksa jiwa dan sanubari saya dengan usikan-usikan nakal dia terhadap saya. Jantung mana yang takkan bekerja lebih daripada biasa bila tiba-tiba dapat kad raya untuk kekasih & surat2 cinta daripada dia..
.. sampai saya rasa laloq. Saya rasa.. saya dah teroverdose kata2 jiwang karat!
~amponkan temah bangg!! :p
Tapi tak lama lepas tue.. saya terima dia.
Ya, saya suka dia... dan... dan saya sayang dia :p
Paling terkesan bila dia tegur saya tentang aurat & tentang solat saya. Alhamdulillah, dialah yang terbaik untuk saya dan dialah yang saya cari.
Saya mencari seseorang yang menjadi cahaya dikala saya kegelapan dan penunjuk jalan dikala saya dalam kepayahan.
Kami bercinta.. tapi cinta kami versi kami sendiri. Kalau orang lain 143 (one-four-three), tapi kami sigi papat telu~ kehkehkehhh.. dia wong jowo!
.. tapi jawa murtad sy panggil dia, tak berapa fasih bahasa jawa.
Rekod yg kami pernah buat.. tiap2 malam jumpa, makan2, sembang2 tanpa gagal dalam sebulan lebih!
Yesss!!!
Tak lama lepas tue, dia lamar saya & dipendekkan cerita kami bertunang & kawenn..
~ kerana ahkak dah kehabisan emoticon yang related kekeke...
.. kawenlah kami, sampai sekarang dah 7 tahun dah. Moga2 perkahwinan ini kekal dan rasa cinta ini takkan padam sehingga ke hujung nyawa.
" awakk.. terima kasih kerana sudi terima saya seadanya...."
10 comments:
wahh... tq sebab joint.. kisah cinta yang best... nantikan keputusannyer nanti yer
tq tq :) ada bunga2 harapan sedang berkembang... hiks!
aduss...romantik sgt :)
rase terharu pun ade hehe...smoga kekal smpi ke akhir hayat kak :)
sy berminat ngn nota jahitan tu...sebab dah lama nak belajar jahit tp takde masa.
insyaAllah sy akn usahakn beli nota tu hehe :)
nice blog!
olololooo.. kang.. tesipu2 i baca tau.. hahah..
pastu kena lak dgn emoticon2 comey tu.. lagi menjadik cite akak..
sha89...
aminn & tq tq tqvm. sy pelawa beli bulan jun nie.. ada sale :)
sellynna..
sayangnya emoticon cam tue tak ada.. uollss lah tolong buat muka comey lepas baca... kikikikk
woah. berbunga kejap bace. haha.
good luck ye ;))
http://azimadiyshop.blogspot.com/2010/06/kontest-kisah-cintaku.html
shaq...
tq & good luck to u too.. :)
thanks! ;))
Sebulan kuar malam?
Patut la mak risau..
p/s:perasan tak adik laki dia masa tu tak keluar rumah langsung selama sebulan? haih..demi abang~ @.@
che anon..
kesian kat adik lelaki tue nooo... betuah la abang dapat adik lagu tue :p
Post a Comment