Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, June 24, 2010

apa kami buat semalam?

Assalamualaikum..

Semalam sy tak kerja, tak berapa sihat smlm. Sy tanak tinggal sorang-sorang.. jadi sy tak hantar Ishak pi sekolah. Apa kami buat semalam? Syookkk oooo.. kami lajak tido sampai kul berapa ntah nnnggeee. Bila terjaga dari tido, sy tanya Ishak.. kita nak tengok citer aper? Shrek ker princess frog? Tapi almaklom lah orang tue, ikut dan dia memanjang. Kejap jawap pog.. tanya lagi sekali syek lah pulak. Kami tak menonton wayang yer.. tengok cd 'murah' sajork :p
~jangan tanya ahkak, mana dapat barang ittuueeww nnggeeee..

Bila dia dah bosan, main pon dah tanak.. asik tanya mana abah & abang dia, sy ajak dia mandi. Ishak kalau ngan air memang beria.. main air sampai abis kecut bird pon tak der hal. Sy sental bilik air & suh dia siram... lagi lah dia seronok. Dah setel satu bilik air.. terkedek2 kebasahan lari ke bilik air lagi satu. Sental pulak bilik air yang itu & terkedek2 lagi balik ke bilik air yang 1st tadi... hehehehe.
~jangan tanya ahkak, Ishak atau ahkak yg lari terkedek2 ittuueeww nnggeeee..

Penat kau sental bilik airr.. dah siap pakai baju semua, Ishak tertido & sy ambil kesempatan tue untuk masak. Masak nasik, bersilat siang ikan sambil rebus kentang. Tumis kentang buat sup + telur.. sambil renih buat asam pedas versi asam rebus. Di menit2 terakhir, sempat sy pose ala2 manja sembunyi belakang tudung periuk sambil menggoreng ikan.. kekdahnyer.

Dan siap semua, lauk taruk atas.... kuah asam pedas kasi lebih, cili padi 2 bijik kasi super pedas. Sy tumpang lalu, sy layan diri... makan dulu sementara Ishak masih tidur. Elok ajer sy habis tambah nasik, Ishak jaga & sy suap dia sup kentang... dia pon tanak kalah bertambah jugak. Penat kau sental bilik airr..

Petangnya.. dah bosan baring2, gumpal-bergumpal & geletek- menggeleteki, sy gentel bunga duit utk mas kawen ituhari. Sy ingat nak buat cam bunga dulang, tapi cari dawai kat stor tak jumpa la pulak. Geram lah, benda kalau di cari memang tak jumpa. So, tukar lah idea jadikan bunga tangan. Sy pegu..
~ pegu tue apa ekk? cantum lah kot rasa2..



.. sy pegu bunga duit ke batang bunga kecik2 tue & lilit sekali. Lepas tue potong daun paku pakis & susun keliling. Lilit dengan pelilit hijau.. pegu semua sekali. Cari reben2 untuk buat sulam reben & sy ikat pada bunga... siap.



Lepas sy dok gentel bunga nie.. sy baru perasan Ishak dah selamat gunting duit sy. Gunting kecik tue sy buat potong dawai, tak tajam tara mana pon. Dah tak tajam, sy berani lah bagi dia & sy selongkar handbeg sy... bagi resit2 yg tak pakai utk dia gunting. Rupa2nya sekali dengan dut sy dia gunting. Nasib baik rm 5, kalau 10 atau kalau rm 50? Bertuah punya anak.. sy kata kat dia, mak potong akaun Ishak, dia sengih ajer... :p geram tauu!



Untuk sirih junjung, sy pegu polisterene (spelling?) pasakkan lidi2 & cucuk2 bunga. Ketepikan dan tunggu sehingga sehari sebelum majlis & baru masukkan daun sirih. Untuk di bahagian tapak, daun sirih kena potong 3 saiz, tak boleh potong segagan...
~ segagan tue.. sama besar/saiz. Kalau jumpa orang yang anak ramai & bersalin anak selang setahun, very der produktif.. boleh katakan pada dia, uuiiii meriahnya.. segagan semua! :p



... kena potong 3 peringkat, lapiskan 3 keping tue & pegu kat dawai. Tapi untuk gunting daun sirih nie, kena pakai gunting siz zag.. baru cantik. Kemudian, pegu sirih tue keliling dawai sampai mencukupi utk lingkar keliling polisterene silinder tue. Untuk tutup polisterene silinder tue pulak, lipat daun sirih bagi jadi segitiga, kemudian pinkan bertingkat-tingkat. Okehh... teori dah ada, tunggu harinya jer lagi, doa2 mintak menjadi.. amin.

Nie pulak wrap dress yg org tempah.. dah pos yer pagi tadi.