Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, February 15, 2012

Mak marah pun sebab mak sayang.

Assalamualaikum...

Pagi tadi masa duk pelekuh bungkus oder untuk dipos, sy terdengar lagu nie di tv alhijrah...

http://www.youtube.comhttp://www.blogger.com/img/blank.gif/watch?v=vu6Yfq5fOK4

Sy kalah sungguh bila dengar lagu nie... tak tahan sangat rasa.

Menjadi seorang ibu sekarang, dan juga sekarang ini telah kehilangan ibu.. ia sunguh menyentuh perasaan.

Yang paling dirindukan bukan pelukan, bukan masakan, bukan senyuman.. bukan semua itu tapi bebelan seorang ibu pada anak. Itu perkara yang sy tak suka dulu... bising.

Bila sy menjadi seorang ibu, dan juga isteri... sy ingin menjadi ibu dan isteri yang kurang membebel, tegur hanya pada tempat dan berkicau bila perlu.

Sy pernah tengok satu siaran di tv yang menunjukkan geng anak-anak bawah umur keluar berbasikal pada malam hari, bila ditanya kenapa berapa di tempat awam pada lewat malam? Jawapannya, rimas duduk kat rumah lah... mak selalu bising.

Semalam, sy boikot Idris... sy tak ajak dia makan, tak suap dia makan seperti selalu. Sebab dia lalukan sesuatu yang agak mengecewakan sy.. tapi dengan memboikot dia seperti itu tak melegakan sy, malah perasaan tue lagi pedih. Anak tak makan = lapar = sakit = sy yang sedih.

Sy membebel juga seround dua juga semalam, untuk lepaskan apa yg sy rasa. Pada sy, ibubapa itu ada satu perasaan, sentiasa ingin yang terbaik untuk anak-anaknya.

Dan perkataan ingin yang terbaik itu yang gagal sy fahami dulu... bila mak membebel, sy anggap ia bising, asyik ulang-ulang benda yang sama jer.. letih. Padahal, mak membebel itu sebab ingin anaknya jadi anak yang terbaik.

Mak marah pun sebab mak sayang.








Monday, February 13, 2012

(let go) kita kira kensel k...

Assalamualaikum...

Ituhari, masa sy plan sewing party : jahit telekung.. sy terfikirkan keperluan untuk servis balik mesin jahit tepi highspeed sy tue. Ada kelengkapan, senang nanti nak bahagi-bahagi tugas.

Semenjak beli tahun lepas, berapa kali jer sy guna.. sy ada iklankan nak let go mesin jahit tue, tapi bila ada yang tanya sy rasa sayang. Kebetulan pulak benangnya tak reti pasang :p

Minggu lepas sy suruh kekasih sy buat appointment dengan uncle yang selalu repair mesin jahit tue datang rumah, sy nak dia tukar balik tapak mesin jahit tepi kecik tue kepada tapak jahit tepi biasa.

Uncle tue kata kat dia boleh tukar sendiri dan dia ajar jer cara tukar.. dan dia pun balik tukar. Dalam hati sy dok kata.. tukar tue boleh la tukar, tapi nak bubuh benang tue yang tak tau...

... bila dah tukar, makanya berdua kami gamble bubuh benang tue berdua... semua based on ingat-ingat lupa. Memula silang kot sini.. kemudian eeehhhh macam tak kena ajer, then kilas kot lain pulak.

Ntah la, mungkin sebab dalam hati kata mesti tak boleh punyaaa.. percaya lah, sebab dulu masa putus benang, sy dah banyak kali cuba. Tapi ituhari cuba, last2 menjadi. Lepas ejas sikit-sikit, elok ajer jahitannya tue, tak payah panggil pomen pun.

Pengajarannya apa kat situ?

Jangan dok pandang rendah sangat kat suami kau.. jaga mulut, jaga hati, jaga tingkah laku, syurga kau kat situ!
~ ampunnnn kan temah yer.

dengan itu, entry let go item di : http://azimadiyshop.blogspot.com/2011/08/let-go-mesin-jahit-tepi-industri-brand.html kita kira kensel k...

Kiranya dalam minggu lepas, berjaya betulkan 2 malasah mesin jahit tepi portable & highspeed, sape ada masalah mesin jahit boleh calling2 yer.. :p macam hebat.




satu sebab kenapa sy malas jual seluar... susah nak pakaikan & dah pakai baru perasan terkalih pulak ... letih!


Saturday, February 11, 2012

DIY : jarum pada tapak mesin jahit tepi portable Brothers model 3034D

Assalamualaikum...

Masa balik kampung ituhari, dah last minit menjahit tepi... sy perasan bunyi benda patah masa sy cabut besi yg kat dalam untuk jahit tepi kecik.

Sy menggunakan mesin jahit tepi portable Brothers model 3034D dan rupa parasnya seperti ini :



~ kalau anda guna mesin jahit yang sama, anda akan tahu lah apa yang sy dok gebang sebenarnya nie.

Dek kerana tak berhati-hati, masa cabut besi tue.. sy dah terpatahkan jarum yang ada pada tapak mesin jahit tepi tue. Jarum yang sy maksudkan bukan jarum yang kita bubuh benang tue...



Jarum yang sy maksudkan yang dalam bulatan merah tue. Sepatutnya ada dua jarum kat situ. Tapi masa kat kampung sy terpatah sebelah kanan, semalam sy jahit & benang bergumpal.. sy tengok balik... sekali dua-dua dah terpatah.

Sy agak-agak jarum nie lah yang berfungsi untuk 'menghamparkan' jahit tepi supaya tegang dan berkedudukan elok. Jika tak ada, permulaan menjahit tepi, ia akan bergumpal.

Payah lah kalau duduk kat Klang tapi kedai merepairnya tue kat key ell sana nun.. (tue pasal sebelum nie sy setia dengan Singer ... tapi mesin jahit tepi Brothers nie, kalau jahit tepi keci, jahitannya lebih cantik)

Bila sy bukak, sy tengok & congak... rasanya kalau ada apa-apa besi bubuh kat situ & ganti balik ok kot. Sy tolak buang pangkal jarum yang patah & cuba bubuh jarum peniti. Tapi jarum peniti, lebih kecil... nak kena pikir pulak apa jalan penyelesaian untuk bagi jarum peniti tue duduk rapat kat situ.

Dulu-dulu tengok tak cerita MacGyver, kalau dia nak lekatkan apa-apa dia pakai chewing gum kan? Adeh, mana nak cari chewing gum. Tapi kalau nak cari benda lain yang bersifat boleh melekatkan nie.... kalau usaha cari rasanya ada tapi mencabar sikit lah. Kat kawasan hilir mungkin ia agak kering tapi di kawasan hulu, ia lebih pekat dan melekat. Kena korek dan kumpullah tahi hidung tueee... kahkhakhakahhh
~ MacGyver yang nak mintak lempang!

Jadinya sy mencari besi tajam yang besar sikit dari peniti lah, so nanti boleh muat-muat.

Terpandang resang baju yang sy guna untuk pasang getah kain..
~ resang tue pin baju...



.. yang nie lah kami orang utara panggil resang.

Resang bukan perkataan seerti dengan gersang yer. Kalau balik rumah mak mertua kat utara nun dan mencari resang, jangan kau tanya mak mertua dengan ayat seperti ini : mak nampak gersang?... memang kau kena lempang, kahkahkah.

Tapi besi tajam pada resang nie besar sikit, jadinya sy pun ke dapur dan mencari batu asah. Asah kejap dan cuba masukkan, still besar.. asah lagi, kemudian rasa putus asa. Call kekasih sy minta carikan kot-kot ada sparepart & sy mencari pomen mesin jahit yang terdekat atau kot2 boleh oder tapak baru kat online.

Kemudian try lagi, rasanya macam nak cuba lagi... asah punya asah, last2 boleh masuk. Cuma dapat bubuh yang sebelah kiri ajer... yang kanan tue, pangkal jarum yang patah tak boleh keluarkan. Putus asa lagi...

.. kemudian rasa nak cuba jer jahit, walaupun jarum dapat pasang satu... mana nak tau kot-kot boleh jahit ker kan. Skru kan balik tapak dan jahit...........



.......... alhamdulillah boleh! Jadi tapak yang dalam pic atas tue, jarum yang sebelah kanan tue, sebenarnya jarum daripada resang sebenarnya.

Call kekasih sy, kensel jer cari sparepart :) ... nie kita DIY tapak mesin jahit, nanti-nanti kita DIY mesin jahit pulak :P :p


Readymade eyelet skirt & eyelet palazzo (kaki tak besar sangat, straight cut sahaja) akan sy upload nanti..





Wednesday, February 8, 2012

... cuti yang pancit!

Assalamualaikum

Ok, cuti-cuti yang paling sibuk dirasakan kali ini.. sy pancit sangat rasanya. Sy yang pada asalnya ingat tak nak bawa balik mesin jahit, akhirnya hangkut jugak bawak balik. Ada orang request jahit kain uniform dia pulak....

Makanya, pagi sebelum balik sy pack semua barang. Ini lah peel sy kalau nak jalan jauh. Stay up sampai ke pagi, pack barang... kononnya kalau tak tidur nanti taklah terlajak tak bangun kan?

Tapi kekadang tue terlajak, pasal dah siap pack... tengok semua orang syok tidur, ada sikit masa pun jadi.. letak kepala jap. Tapi last-last terbabas jugak. Cadangnya nak bertolak sebelum subuh... kat luar dah cerah melapang dah baru mula bertolak.

On the way balik nie lah time sy balas dendam, layan mata tak ingat. Sy tak perlu teman bersembang ngan pilot, pasal dia dah tidur puas...
~ partner macam baby.. mana biasa stay up :p

.... jalan ajer kereta sy dah tak sedarkan diri. Sy terjaga setakat tanya... kita dah kat mana? laling, u ok? itu sahaja :p thehehe... kalau rajin urut-urut sikit bahu pilot, then sambung pengsan balik.

On the way balik singgah ipoh jap, promote baju seround & ambil tempahan, terus balik rumah. Sebelum sampai, calling kakak suruh join makan sekali kat kedai makan depan exit tol PLUS Bukit Merah.. senang, dia tak payah masak.

Malam, siap-siap pergi Kuala Sepetang, aim kedai mee udang mak teh tue, tapi BIL sy kata, ada lagi satu kedai... lajak ke depan lagi & kedai tue la nie lagi ramai orang. Apa ntah nama kedai dia.. mak jah kot.

Masa baru keluaq TV dulu, sy pernah pergi kedai mak teh nie, kereta yang park kiri kanan rasanya dalam 100 biji, ramai sungguh masa tue. Hari sabtu malam tue.. sy punyalah kejan adik sy suruh pi mandi & siap cepat-cepat, takut orang ramai atau takut udang atau mee habis... hohoohhho tapi bila sampai sunyiiiii aja kedai.

Tapi ada jugak kemungkinan yang lain.. sebab pada hakikatnya malam itu ialah malam maulidur rasul, merata masjid buat ceramah, kuliah... kami ja yang pi terkam mee udang. See... baik betul perangai, dek kerana mee udang ja.... lemah betui :p

Sy boleh perhatikan, ada beberapa faktor penyebab kepada sunyiii jer kedai tue, walaupun masa tue hari cuti dan sy dok jangka should be padatlah kedai dengan umat yang nak melahap mee udang.

Kedai makan nie rasanya family bisnes, yang memasak tue mungkinlah tuan punya kedai tue... tapi yang ambil oder & hidang rasanya semua anak beranak & cucu-cucu. Kalau tidak pun, anak-anak sedara atau anak kepada kawan-kawan sekampung.

Jadi senarionya... kalau yang datang spesis macam sy, akan sakit mata.... sikit.

Suasana kampung tak sama dalam novel, dalam tv... dalam cerita tv, berlakon boleh lah kau imagine baju kurung, bertudung litup bagai, jaga adap dan tingkah laku.

Jadi bila sy yang orang kampung nie pi makan... dia jadi pelik lain macam. Boleh pulak depa bergurau senda di dapur, sambil buat kerja tetiba tinggal kerja sempat pulak snap-snap gambar. Pakaian tak berapa kemas... yang lelaki, rambut bercapuk warna merah pun ada... kedai makan apa lagu nie?

Mungkin jugak lah, siang tue ramai sangat kot... jadi kebersihan sy tak nak sentuh. Cuma cara bekerja dan keseriusan bekerja tue saja sy nak highlight.

Handle kedai makan tak boleh samakan dengan handle kedai salon rambut. Ikut sedap hati boleh capuk satu kepala dengan macam-macam kaler pun, steady lah kan... dah namanya tokey salon rambut.

Makan? Oklah.. sedap & udang tue memang banyak lah macam yang diwar-warkan.
~ pic mee udangnya nanti...

Balik dari makan, masak pulak bekal untuk bawak pergi berkelah esoknya tue. Masak daging masak mamak. Lepas kakak sy siang ikan sepat... kesian depa tengah-tengah malam siang ikan :p .... masak asam pedas ikan sepat. Lepas masak, sy sambung pulak menjahit.

Esoknya tue, Ahad bertolak ke Manong dulu... sebab ada yang kata kat sana ada kolam air panas kampung Ara Panjang, tapi kawasan tue dah terbiar. Sampai jer... terasa seram lah pulak :p pokok jejawi terbiar sekeliling kawasan tue.






~ boleh duduk di terusan konkrit itu dan rendam kaki... airnya memang panasss betul.

Patah balik & singgah kat Ulu Kernas.



Lepas hangkut semua barang.. makan dulu serond, lapar. Sy yang ambil port celah batu pun tak peduli, punya lalu makan nasikk tak pandang kiri kanan. Anak-anak lantak lah.. depa dah nampak air, mana ingat nak makan.



Nasik putih lawan dengan asam pedas ikan sepat lawan dengan ikan sepat goreng lawan dengan daging masak mamak lawan dengan sambal belacan lawan dengan ulam pucuk bebuas... itu memang susah untuk di-ignore-kan hohohohoho.



Balik singgah Galeri Sultan Azlan Shah... masa nie sy push sangat untuk jalan-jalan dalam tue, sy dah pancit sangat. Masa singgah rumah abang sy kat Simpang, sy pakai heret ajer kaki.. hang menggengkang pun lantaklah pi lah, hahhahahaha tak kisah dah. Pancit sungguh... balik sampai rumah dah malam, masing-masing tidur tak sedar diri.

Isnin aktiviti bebas, sy dengan kerja menjahit sy lah. Berhenti untuk tolong kakak sy masak, lepas asar baru pergi ke kubur arwah mak sy.



Malamnya.. makan-makan kat luar, cuti kali nie memang tak berasap dapur.. :p



Balik rumah, sy menjahit sampai ke pagi sambil pack barang. Lepas subuh terus gerak balik Klang.


Friday, February 3, 2012

azimaDIYshop cuti 4hb - 7hb yer, harap maklum

Assalamualaikum

azimaDIYshop cuti esok, 4hb sampai 7hb yer, harap maklum

Thursday, February 2, 2012

comfort zone yang boleh 'membunuh'

Assalamualaikum...

Kekadang comfort zone tue bahaya, ia boleh 'membunuh' dalam kita tak sedar. Bagi sy yang tak berapa berani ambil risiko nie kerap kali kalah dengan niat ingin keluar daripada comfort zone.

Sy selalu pertimbangkan.. kalau sy keluar, mungkin sy menjadi lebih baik dari sekarang dan tak mustahil juga jadi lagi teruk... itu yang buat sy sangapp dok tunggu. Sebab dok risau yang lagi teruk itu.

Tapi bila pandang pada sekeliling.. orang yang berani ambil risiko tue succeed, dah mula semangat balik. Tapi bila dok timbang tara lagi... itu mungkin dia, tapi mungkin tidak aku... jadi dok tunggu lagi.

Akhirnya, mengeluh sebab hari-hari berhadapan rutin yang sama = bosan. Lalu jadi demotivated, kerja lebih pun nak buat apa? Samaaaaa ja.

Bila sy decide bersara awal nie (perkataan bersara nie valid ker dengan pekerja swasta macam sy nie, buat letih ajer cakap bersara, kau bukan dapat pencen pun :p bersara = dapat pencen baru sedap sikit buat halwa telinga LOL)

... sy decide & sy mention kat partner sy, jangan tolong sy langsaikan semua installment yg sy tanggung selama ini. Biar sy cari ganti balik sejumlah wang itu sbb ia akan jadi satu motivasi sy untuk sy bekerja, push jugak bagi boleh.. pasal every month kena bayar.

Tolong jangan adakan comfort zone, takut-takut nanti bila dah ada yang take over, alih-alih kita tak buat apa.. buat taik mata n ternak lemak ajer karang : p Lemak aper? Lemak ayam!

Last-last apa tak jadi, dok balik asal...








Wednesday, February 1, 2012

.. nama yang catchy

Assalamualaikum...

Kerja-kerja menjahit sy sekarang alih ke pagi pulak... ada masa-masanya sy larat utntuk stay up, tapi ada masa-masa yang 'liat' sy kalih ke pagi. Sebab bila niat nak menjahit, tapi tengok muka anak-anak duk tidoq tue bessssst jer, jadi kita terjoin sekali :p

Tengah dok potong kain tempahan borong nie, depa punya design nie bubuh nama bagai... maira, qalisha, maisara lah.. (contoh tembak-tembak saja). Tetiba sy terpikir pasai apa baju-baju aku tak dak nama pon? :P

Ituhari sy bubuh gak nama zahra kat baju merah + hitam hat bertingkat-tingkat tue, tapi ada yang panggil baju bertingkat-tingkat atau berlapih-lapih. Kekadang depa sebut nama, sy nak jugak tanya... hat yang bertingkat-tingkat tue kan?

Sebab sy dok andai, semua orang seperti sy.. susah ingat nama orang :p

Tapi sy rasa macam menyusahkan orang saja kalau bubuh nama... kita macam dok suruh orang ingat nama sekian-sekian untuk baju sekian-sekian. Banyak hal-hal yang penting lagi harus diingat... kalau andaikan otak itu komputer, kiranya macam buat semak ajer space yg ada tue dok simpan benda-benda tak penting nie..... bajuuuuu jer pon.

Itu baru nama baju, nanti dengan tudung, selendang, beg, kasut... LOBAM nak ingat LOL

Tapi kalau bubuh nama yang catchy pun menarik... maknanya kita sebut nama memang related ngan budaya melayu sendiri, ok kot..

Kalau (nie cerita kalau lah) sy nak bubuh nama.. sy bubuh nama yang very the kampung one & very the utara one... hagak-hagak valid tak? Ngggeeeee....

Baju Jah misalnya very the bling-bling one, maybe kurung dan sesuai dipakai kalau ke berhari raya khususnya ke rumah mak mertua, sesuai dengan taqline curlasstt kau jah!

Hikhik..

Baju Kiah misalnya blouse dangan tangan yang kembang sedikit.. lebih casual untuk dipakai untuk agenda santai. Tanan yang kebang tue dambil ilham daripada mangkuk antena.. lebih kembang mangkuk, lebih clear dan lebih kawasan liputan... sesuai dengan tagline kiah, jage-jage adeee yang merati.

Jadinya, every single patern, sy bubuh nama dan sy bubuh penerangannya sekali.. so nanti bila sebut nama, boleh ingat detail baju sekian-sekian. Nama seperti Markonah, Maimun (datin maimun, hakhakhak) Tetijah...semua meningkat naik.

Jangan marah orang yang diatas... ini contoh sahaja, ampunn!

((... tapi banyak sangat ker patern baju kau Temah?))
~ ada suara negatif dari hati... dengki lah tue, lalallaaa.. :p

Tapi tak salah kan jadi yang berbeza, fikir luar daripada kotak :p
~ kotaaakk lah sangattt.. kikikik








Friday, January 27, 2012

tailor dan dot dot dot...

Assalamualaikum...

Sy dok verangan dah nak apply suasana bekerja terutama daripada segi pengurusan masa walau sy hanya bekerja dari rumah selepas ini.

So boleh imagine, pukul 8.30 ahkak dengan taik mata bersepah mengadap mesin jahit atau mengadap laptop menjawap email dan berface book bagai... thehehhe.

Jadinya, bekerja sendiri dari rumah lebih banyak cabaran.. selain pengurusan masa, mungkin juga cabaran dalam tempahan yang diambil. Kita jangan terlalu mencari job, jangan sampai main tangkap muat. Pasal kita tailor muslim.. ada tanggungjawap yang kita pikul. Kerjaya kita tailor dan dot dot dot... yang dot dot dot tue kena ingat bebaik.

Sy tak katalah pakaian sy muslimah-muslimah belaka.. tapi sy make sure tertutup, kalau yang terbukak tue mursing ware.. kau pakailah inner ware, jangan kau biar terbelalak macam tue sahaja. Kalaupun lycra itu melekap.. pakailah kain dalam, singlet dan sebagainya.

Bila nak tempah baju yang tak menutup nie, kita jadi berat sikitlah.. pasal nanti kita dok dapat saham sama. Bila kita bagitau benda nie.. memang nampak kerek. Lorat semacam, hang tailor, jahit ajerlah apa... apa yang gaduh, sy boleh bayar.. bukan mintak free.

Tapi benda nie tak boleh... memang kita boleh bersangka baik dalam banyak hal, tapi ada hadnya dan bukankah berpesan-pesan itu lebih baik? Walau kita tailor cabok, biar kita ada prinsip sendiri.

Ermm... sy ada buat tangkapan kain polka dot yang sy rasa agak menarik, jadi sy sedang cari dress blouse untuk nursing ware.. kalau ada jumpa pic yang menarik, boleh syer ngan sy yer :)




~sumber : kesemua gambar hasil carian internet

Thursday, January 26, 2012

Alhamdulillah....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.... rasanya dalam bulan 3 atau 4 nanti sy akan jadi fulltime tailor & fulltime housewife.

Ini keputusan yang kami buat setelah bincang bersama dan harap-harap semoga sy punya banyak masa untuk menguruskan rumah tangga, anak-anak, kerja-kerja menjahit sy dan juga.... masa untuk diri sendiri :P

Tapi jangan nanti sy jemu dah lah.. harap-harap tidak.

Harap-harap, bila dah tak kerja nie, ada 'orang' yang mampu jaga sy kalau rezeki sy nanti tak seberapa..
~ laling.. temah punya maintenance rendah ajer, make-up tak der pakai, baju jahit sendiri, seluar bundle pun belasah... makannn ajer sikit lebih, thehehheheeee... boleh yer? (senyum dengan mata berkaca-kaca :p)








Friday, January 20, 2012

... sale kasi BERSIH suma :p

Assalamualaikum...

Insyaallah, lepas CNY nie sy ingat nak buat clearance sale, bilik jahit sy kecik... sy ingat nak bagi clearkan apa yang ada... sale kasi BERSIH suma :p

Ada akaun facebook kan? mesti ada kannn... sy buat sale kat facebook & sale nie closed sale, sale tertutup... yang mana LIKE ajer sy invite masuk album sale tue. So LIKE promo sy kat facebook tue yer...

~ waaahh kekonon selongkar handbeg, nak load apa-apa pic baju terbaru, baru ferasan hp sekali tertinggal dirumah... patut senyaaap ajer hari nie. LOL

Hari nie sy sesambil google pic telekung budak... sy tak berapa minat untuk buat produk budak sebenarnya... sebab range umurnya besar, jadi susah nak standby kain. Tapi yang telekung nie agak berminat, sebab untuk bebudak.. sy boleh apply telekung yang berwarna apa sahaja, which is orang dewasa ada sesetengahnya yang lebih prefer warna putih.

Dan sy boleh apply any fancy bunga-bunga atau ruffle which is mana idea yang sy terfikir & sy tak boleh apply kat baju dewasa terutamanya untuk diri sy sendiri sebab dah terlajak umur :p

Untuk yang dewasa, telekung macam nie yang sy buat... ada hiasan bling-bling di belakang







Ok, CNY nie anda ke mana?... jom berjimba di wet world shah alam!
~ see sy terfikir kalau boleh buat pakaian renang muslimah pulak.... aduii!

Thursday, January 19, 2012

Doakan yang terbaik ya, mudah-mudahan.

Assalamualaikum...

Anak sy si Ishak dah sebulan nie pergi ke taska menangis... tiap-tiap hari menangis, without fail. Bila sy tanya kenapa tanak pergi sekolah.. dia kata nanti rindu mak. Kesiannya... mak tersanjung nak!

Kekasih sy, i'allah bulan 3 nie nak tukar kerja, tempat kerjanya jauh sikit, working hour pon lebih, sabtu pun kerja!

Sy, alhamdulillah... dapam pada tak mencari tue, banyak tempahan masuk. Penat dan memang tertangguh memanjang.. sy tak cukup masa.

Semua ini membuatkan sy rasa, sy ingin menjadi full time housewife & full time tailor. Sy rasa ini masa yang sesuai, anak-anak memerlukan sy, suami pun nanti akan bertambah sibuk, jadi tak boleh nak susah-susahkan dia, sy juga perlu penigkatan dalam hidup sy... sampai bila sy nak kerja makan gaji kan?

Doakan yang terbaik ya, mudah-mudahan.







Wednesday, January 18, 2012

eyelet skirt & bentan :p

Assalamualaikum...


~ jap2 iklan dulu :P

UNTUK DIJUAL : Ada satu extra baju nie saiz M, tapi tangan biasa... berminat boleh inbox


... dah timbul balik, hari nie sy pergi kerja lepas 2 hari cuti. Jumaat lepas, masa balik ambil anak kat sekolah, tup2 terjatuh pulak depan sekolah dorang.

Ingatkan sikit ajer, malamnya dalam 11.30 rasa berdenyut sakan.. macam tak lalu nak tunggu siang dah. Ke klinik tapi depa suruh ke GH sebab tak ada x-ray waktu malam.

Dalam pada sakit-sakit tue berbaloi gak rasa... sy dah tak boleh jalan sendiri, merasa lah kena dukung pada usia senja nie... hehehehe.

Bila tanya berat ker tidak, boleh laaa dukung katanya.. :p jawapan selalu tak menjawap soalan :p

Barulah sedar, selama ini dalam pada kita duduk bersenang lenang, tidoq nyenyak... rupanya ramai yang dalam kesusahan. Bebudak kecik yang mana demam panas, asma.. orang tua yang mana sakit dada, itu belum kes bebetul kecemasan dan kemalangan.. yang berdarah sana sini, aduhaiii...

Tapi dalam pada sy MC tue, sy menjahit jugak..... berbaloi gak la MC, sampai bentan kaki :p









~ eyelet skirt nie pun untuk dijual, produk terbaru nie... lama peram idea :p



Friday, January 13, 2012

liabiliti!

Assalamualaikum...

Ituhari sy kata mood sy tak stabil..
~ macam keadaanya complicated bebeno.. kena stabil tak stabil bagai :p

.. dok saja-saja rasa sedih, ntah la.. tapi kalau tanya sy, sendiri tak tau pasai apa. Rupanya semalam, masa masuk parking, sekali sy dah gesel kereta jiran sebelah daaa.
~ sy doa-doa hanya yang ini ajer..

Bila dah jadi tue, selepas mengadu domba kepada kekasih sy, masuk dalam rumah... sengappp, ketaq!

Ini pengalaman langgar kereta orang pertama bagi sy, sy fobia pada kelajuan, jadi sy takut dan sentiasa beringat semasa memandu. Rupanya benda nak jadi hanya di kawasan parking ajer, di mana sy leka, cuai dan lengai.
~ lengai tue bahasa utara, maknanya leka & cuai...

Yang kenanya pintu, sy berkira-kira... kalau depa nak tukaq satu pintu pun sy bayaq, sebab kereta depa baru. Semalam, pergi tengok.. dia dah betulkan, katanya dia pergi polish sahaja. Tak nak terima duit pun... katanya biasalah, benda-benda macam nie tak boleh elak, nama pun kereta.

Alhamdulillah.. nasib baik kereta jiran, dan nasib baik jugak kenal. Ini satu peringatan untuk sy dan sy akan ingat sampai bila-bila.

"benda-benda macam nie tak boleh elak, nama pun kereta"... sy suka ayat tue, sebab pada sy benda-benda di dunia nie liabiliti! :p











Wednesday, January 11, 2012

Hari nie kalau kita jalan, jatuh dan rebah

Assalamualaikum....

Hari nie kalau kita jalan, jatuh dan rebah, kita perlu bangkit dan kalau boleh terus berlari..

.. terus berlari bukan kerana kita malu sebab jatuh, tapi kerana jalan kemudian jatuh = sakit.... kalau berlari juga kemudian jatuh = sakit. Sama jer..

... manusia perlu belajar dari kesilapan dan selalunya peluang ke dua itu, kita akan usaha untuk yang lebih baik!


~ tempat sy berjalan, jatuh dan bangun dulu... tak sangka dah tukar motto sekolah... dulu, usaha tumpu jaya.

... mari cabar diri sendiri untuk nyanyi lagu sekolah, tengok still ingat ker tak: p

Usaha tumpu jaya itulah Mudzaffar Shah
Menabur bakti dan jasa berbakti untuk bangsa
Usaha tumpu jaya itulah cogankata
hmmm hmm hmmm hmmm :p

Hiduplah Mudzaffar Shah
Majulah terus maju
Tabur bakti di setiap masa
Kami sanjung jasamu..

Usaha tumpu jaya itulah cogankata
hmmm hmm hmmm hmmm :p

GAGAL :p

Tuesday, January 10, 2012

Sy janji!

Assalamualaikum...

... sesi kutuk diri sendiri untuk hari nie.

Sy mengaku, sy berada dalam keadaan demotivated sikit sekarang. Dengan heavy period, dengan kulit muka berjerawat, dengan bibir yang allergic pecah2, pedih & hitam macam penghisap rokok tegar... nak senyum pun bajet-bajet, terlebih senyum, pecah balik kulit.Tumit pecah-pecah, kepala pening-pening dek kerana kurang minum air.. membuatkan sy malas nak fikir & hidup pakai redah ajer.

Kekadang rasa sedih... rasa macam nak nangis ajer, tapi tak tau nak nangis pasal aper.
~ tak ker macam orang giler? :p

Baju yg mana orang tempah, kemudian baru sy perasan sy tak pernah buat. Sy fikir kemudian sy pening.. .. sy keep pending pasal sy tak boleh fikir. Buat kerja asik salah... hari nie sy tersilap hantar baju kat orang lain. Pos barang orang, dah siap timbang semua baru terasa menyesal sebab rate pos mahal gilerr. Aduhaiiii...


... apa nak jadi nie?

Sy beri satu hari ini untuk diri sendiri merasa down, rasa bersepah & serabai dengan diri sendiri.. tapiiiii

.... esok sy mula hari baru dengan semangat yang lebih. Sy janji!
~ bukan benda bodoh sangat kalau hari nie kita dah terbuat kesilapan yang bodoh... asalkan esok-esok jangan kita merasa selesa dengan kebodohan itu. Perbetulkan balik!


*no comment :p

Thursday, January 5, 2012

memori daun pisang.. fesyen kaki seluar bawah kembang..

Assalamualaikum..

4 jan 2012, kambali ke sekolah.. sy & kekasih sempat ke sekolah hantar Idris yang akan memasuki darjah 2.

Sy kirai-kirai baju dalam almari sy... sy tak tau nak pakai baju apa!

Tarik sehelai.. oo nie colourfull sangat, hat nie merah sangat makngah.. hat nie blouse nanti kenapa pakai ngan jeans, tak sesuai..

... cerita tentang pakaian nak ke sekolah nie sy ada satu cerita. Dulu masa sekolah kan ada fesyen kaki seluar bawah kembang, atasnya sempittt bebeno.

Cikgu Ishak nie, dia tanya genge2 nie.. hampa imagine kalau hampa satu hari nanti jadi bapa, datang sekolah pakai seluar macam nie & jalan terhindik-hindik..
~ terhindik-hindik tue terenjut-enjut...sambil cikgu menggayakan cara jalan macam tue..

.. kemudian dia berhenti & berdiri badan senget sebelah.

Mampa rasa macam mana? Bapak datang sekolah dengan pakaian macam nie & perangai macam nie? tak malu ker tanya dia.

Masa di sekolah pun sy meliar gak tengok pakaian mak bapak nie... masa perhimpunan, cikgu pun pesan, pakaian ibubapa yang tak sesuai... takut-takut jadi ikutan anak-anak. Kat sekolah agama lah yang perasan sangat tue, anak-anak bertudung litup elok, mak-mak pulak nampak jambul.

Tengok ajerlah.. sambil buat peringatan untuk diri sendiri.


~ ishak masa ke sekolah agama abangnya. tok sah la tunjuk muka ceria sangat, macam hepi kalau ke sekolah yere... hakikatnya dah sebulan gi taska rekod menangis tanpa gagal, betuah kau nak.


Cara jahit sampin sekolah

Assalamualaikum...

Walau agak terlewat, sy pon jahit sampin nie sehari sebelum sekolah buka :p

~ dek kerana tanak load pic bebanyak, nanti lambat loading.. maka boleh tgk link nie :

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150471598129527.365764.682694526&type=1

Friday, December 30, 2011

bantu adik Ahmad Mahir Baihaqi bin Che Amran

Assalamualaikum..

Sedih kan bila tgk anak2 menderita sakit... adik Ahmad Mahir Baihaqi bin Che Amran misalnya. walaupun anak2 org.. kesakitan tue dapat kita rasa, naluri keibuan & kemanusiaan tue. Nak berkongsi rasa sakit itu tak mungkin.. tapi harap2 kita boleh tolong apa yg patut.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Yco-t7zRXDA

~ sy sunguh tersentuh bila melihat tangannya terketar2.. sakitnya dia :(

Bantuan boleh disalurkan terus ke akaun MAYBANK 164397966095 atas nama CHE AMRAN BIN IDRIS. Segala sumbangan dan bantuan yang diberi amat dihargai dan hanya Allah yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Thursday, December 29, 2011

Gathering Sahabat Perak FM : 26 dec 2011 Kuala Woh, Tapah.. ... untuk komeeeee ajerrr.

Assalamualaikum...

Masa sabtu lepas, kami balik kampung lagi untuk 2nd time dalam cuti sekolah nie. Ambik peluang, anak dah sekolah.. susah nak balik kg.

Bertolak agak lewat sebab pak sedara kekasih sy meninggal. Arwah orang yang pendiam tapi baik, selalu senyummm ajer. Mak arwah masih ada tapi agak uzur, sedih sangat dia.. ingatkan tua anak boleh jaga. Ajal maut yer tak?

Bila sampai perak sy ingat nak singgah rumah kawan sy, tapi kebetulan dah tengah hari, time orang amkan nasik. Tak sopan pulak... cenggah ke Kuala Gula lah kami, ikut kakak sy pi kenduri kat sana. On the way sampai rumah orang kenduri tue.. 2bijik kereta masuk parit. Tak tau lah depa bawak kereta lagu mana.

Balik dari kenduri baru singgah rumah kawan sy & petang baru sampai kampung. Punya menyinggah sana sini, dah pukul 5 baru kelam kabut asar. On the way sampai rumah tue jumpa rumah kakak sy dulu... dahhh nampak amani pulak, mak dia dukung kat luar. Singgah kat situ pulakkkk dahhhh... dalam kelam kabut tue, dan lagi.

Ahad pagi, sy memang pantang kalau kat kampung kena hari Ahad... mesti nak ke Pekan Ahad Sungai Gedong. Ntah la, mungkin sy rasa selesa, mungkin sy rasa sy aman disana, jalan ikut suka, belek ikut suka tanpa rasa risau... anak terlepas dari tangan kejap pun sy rilek lagi. Kalau kat pasar siniii... punya kawai anak, risau takut terlapas tangan.

Sy sempat rempat satu helai tudung & sehelai shawl. Nie pun satu peel sy.. kalau nak beli tudung mesti balik kampung baru teringin nak beli & mesti beli ngan kakak sy. Kalau kat sini payah sangat.. padahal made in sama ja, pasar jugak.
~ ahkak beli tudung kek pasar yoo... sodeh kan? misken namo ehh..

Tengah hari, pergi kenduri... jumpa kawan sekolah sy, nama dia simple macam nama sy & DOB kami sama, kulit yang tan macam Tyra Banks nie pun sama.. kami macam kembar!
~ macam Tyra Banks tue baca pelan-pelan... hat tue sy tipu!

Balik kenduri, masing-masing dah pelekat api... kami buat BBQ kepak ayam petang tue. Makan sampai muak. Malamnya sy gi bermalam rumah kakak sy, kami ingat nak join kakak sy pergi gathering sahabat Perak FM kat Kuala Woh, Tapah.

Tagline depa... untuk komeeeee ajerrr.

Gamat giler dorang..


~ potluck makanan pun very the kampung one, i likeee!

Sy antara yang awal jugak terjun masuk sungai... sy takkan lepaskan peluang, lama dah tak apply kuak renang ayam kena sembelih sy tue. Kehkehkehh... agak kelakar kalau dilihat orang, berenang tapi bottom part tenggelam tak boleh nak apung.

Tapi best tempat tue, part yang kurang berbatu, boleh bagi anak-anak main & tak risau sangat takut jatuh. Mak & bapak boleh buat aktiviti bebas, LOL. Bukan bebas mana pun... korek pasir sampai kena bahagian yang keluar air panas & benamkan bottom part dalam tue, suam-suam ajer.

Balik dari Tapah, singgah rumah abang sy & makan malam pulak kat sana. Kul 10 baru sampai rumah. Penat gilerr. Selasa pagi, sempat jahit 2 helai skirt denim lycra, lunch & balik Klang.


~ banyak jalan2.. dah kena ke sekolah nangiss.


~ semalam kemas2 jumpa 2 pasang nie... yang terpilih ajer ada benda nie. Sy alhamdulillah ada 2 pasang... :) :) nak framekan!

Friday, December 23, 2011

ikan pari goreng sambal belacan & baju perut ikan :p

Assalamualaikum....

Semalam, sy ingat nak buat ikan pari goreng sambal belacan. Resepi nie sy tengok kak Nita, Anita Sarawak.. dia ada masak kat tv lama dah dulu. Dan resepi nie lama dah sy tak masak sebenarnya... sejak kekasih sy kena gout, dia pantang belacan & ikan2 berbisa termasuk ikan pari nie.

Tapi sejak beberapa lama nie, dah tak sakit... sy ada jugak suruh dia test belajar makan makanan yang orang gout tak boleh makan terutamanya sea food, nampak gayanya ok. Alhamdulillah... sy ada syak satu perencah makanan yang sy rasa merbahaya untuk kesihatan. Dulu-dulu sy suka guna, masak lauk apa pun sedap kalau letak benda nie. Apa bendanya tue, sy tak berana nak tulis bagi clear, takut tersalah.


So semalam nak masak, sy berkehendakkan daun kari.. daun kari yang kami tanam tue, sy sebenarnya agak kedekut menggunakannya. Kalau buat kari pun gamak sy tak bubuh daun kari, pasal pokoknyaa.. kesian kurus melidi dan kalau ada daun pun selalu jadi habuan ulat daun saja.

Kalau masak kari, tak bubuh daun kari pun tak pa dah, by the time you menumis rempah tue... semua jenjiran dah boleh tahu, you senah... hari nie masa kari ini kan? Semerbak dah bau dia, so daun kari yang dimakan ulat tue you anggap sedakah dah lah kepada makhluk yang lebih memerlukan... kater ko.

Ok, sy suruh lah Idris pi ambik daun kari..sebenarnya sy sendiri tak tahu condition pokok kari tue macam mana, entahkan hidup... entahkan dah kembali ke syurga. Sy agak sedikit sibuk untuk menyiram dan membelai pokok-pokok tidak seperti mana dulu.. jadi sy sentiasa berharap hari akan hujan, ia rezeki untuk pokok-pokok sy :p

Idris.. dia memang tak tau lah mana satu pokok kari. Kebetulan sy pun bukan ingat bagaimana bentuk dan rupa paras pasu dimana pokok kari itu berada. Jadi land mark yang sy boleh bagi, ia berada di kawasan belakang dan berdekatan dengan pili air.

Sy capai pensel kaler yang bertaburan dan secebis kertas lalu sy lukis. Ia ada satu tangkai di tengahhh dan kemudian ada daun kecik kecik kecik kecik kecik keliling, kalau abang tak tau... abang ambik daun dan cium, bilang sy.

Sekali dia masuk dan bawa balik daun pokok bunga puding sy.. baguss, ia dah betul daun pokok tapi tak ada daun kecik kecik kecik kecik kecik keliling kan? Pergi cari lagi dan ibu tahu kamu boleh yer nakkk!

Kedua dia datang dan bawa balik daun yang ada satu tangkai di tengahhh dan kemudian ada daun kecik kecik kecik kecik kecik disekeliling. Struktur binaan ( struktur binaan?) nya sama.. bagus dan cukup membanggakan, tapi ia daun pokok dukung anak wahai anakku. Nahhh pergi lagi ke sana, tapi jangan lupa hidu baunya ya. Banggakan ibumu ini nanti ya nakkk!

Kali ke tiga dia datang dan bawakan sy satu daun yang daunnya terdiri daripada daun kecik kecik kecik kecik kecik keliling tapi satu helai sahaja. Sy katakan ia salah lagi.. pada hemat sy ia persis daun maman. Dia keliru lalu merajuk...

.. abah hang pi lah ambik daun kari pole tue, cemuih la suruh depa nie... orang kata salah, teruih sentap.

Dia eskot abah dia.. memang betui dah pun pasu tue, tapi mungkin ada pokok maman tumbuh dalam pasu yang sama, bila kita kata salah.. dia kata, betullah abang ambik daun tue tadi, sentap lagi.

Sikit-sikit menyebai.. sikit-sikit menyebai, last-last semalam tak masak pon. Semua pakat dok kata kenyang, depa goreng sosej ja..... senang goreng sosej tak payah cari-cari daun!

Pagi tadi bangkit tidoq.. rasa lapaq sungguh perut. Kebetulan member ada bagi ikan terubuk masin. Apa lagi... sambil dok goreng ikan sambil goreng rencah ikan pari goreng sambal belacan, sambil duk pakat bersin... cehh cehh.

Ikan pari goreng sambal belacan, lagi sedap kalau makan ngan nasik goreng. Goreng ikan ketepikan. Blend bawang, cili padi.. tumis, bubuh daun kari, belacan, ayaq asam jawa. Dah kering sikit, bubuh pari yang goreng tadi. Bismillah jangan lupa..

... cerita pasal ikan pari goreng sambal belacan, ini pun ikan jugak. Baju dengan tangan pesyen perut ikan sy panggil.. tue dia cik hang bubuh nama, sadis betul. Kalau tak pon baju dengan tangan pesyen liquid paper.

Kau adoo?