Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, December 23, 2011

ikan pari goreng sambal belacan & baju perut ikan :p

Assalamualaikum....

Semalam, sy ingat nak buat ikan pari goreng sambal belacan. Resepi nie sy tengok kak Nita, Anita Sarawak.. dia ada masak kat tv lama dah dulu. Dan resepi nie lama dah sy tak masak sebenarnya... sejak kekasih sy kena gout, dia pantang belacan & ikan2 berbisa termasuk ikan pari nie.

Tapi sejak beberapa lama nie, dah tak sakit... sy ada jugak suruh dia test belajar makan makanan yang orang gout tak boleh makan terutamanya sea food, nampak gayanya ok. Alhamdulillah... sy ada syak satu perencah makanan yang sy rasa merbahaya untuk kesihatan. Dulu-dulu sy suka guna, masak lauk apa pun sedap kalau letak benda nie. Apa bendanya tue, sy tak berana nak tulis bagi clear, takut tersalah.


So semalam nak masak, sy berkehendakkan daun kari.. daun kari yang kami tanam tue, sy sebenarnya agak kedekut menggunakannya. Kalau buat kari pun gamak sy tak bubuh daun kari, pasal pokoknyaa.. kesian kurus melidi dan kalau ada daun pun selalu jadi habuan ulat daun saja.

Kalau masak kari, tak bubuh daun kari pun tak pa dah, by the time you menumis rempah tue... semua jenjiran dah boleh tahu, you senah... hari nie masa kari ini kan? Semerbak dah bau dia, so daun kari yang dimakan ulat tue you anggap sedakah dah lah kepada makhluk yang lebih memerlukan... kater ko.

Ok, sy suruh lah Idris pi ambik daun kari..sebenarnya sy sendiri tak tahu condition pokok kari tue macam mana, entahkan hidup... entahkan dah kembali ke syurga. Sy agak sedikit sibuk untuk menyiram dan membelai pokok-pokok tidak seperti mana dulu.. jadi sy sentiasa berharap hari akan hujan, ia rezeki untuk pokok-pokok sy :p

Idris.. dia memang tak tau lah mana satu pokok kari. Kebetulan sy pun bukan ingat bagaimana bentuk dan rupa paras pasu dimana pokok kari itu berada. Jadi land mark yang sy boleh bagi, ia berada di kawasan belakang dan berdekatan dengan pili air.

Sy capai pensel kaler yang bertaburan dan secebis kertas lalu sy lukis. Ia ada satu tangkai di tengahhh dan kemudian ada daun kecik kecik kecik kecik kecik keliling, kalau abang tak tau... abang ambik daun dan cium, bilang sy.

Sekali dia masuk dan bawa balik daun pokok bunga puding sy.. baguss, ia dah betul daun pokok tapi tak ada daun kecik kecik kecik kecik kecik keliling kan? Pergi cari lagi dan ibu tahu kamu boleh yer nakkk!

Kedua dia datang dan bawa balik daun yang ada satu tangkai di tengahhh dan kemudian ada daun kecik kecik kecik kecik kecik disekeliling. Struktur binaan ( struktur binaan?) nya sama.. bagus dan cukup membanggakan, tapi ia daun pokok dukung anak wahai anakku. Nahhh pergi lagi ke sana, tapi jangan lupa hidu baunya ya. Banggakan ibumu ini nanti ya nakkk!

Kali ke tiga dia datang dan bawakan sy satu daun yang daunnya terdiri daripada daun kecik kecik kecik kecik kecik keliling tapi satu helai sahaja. Sy katakan ia salah lagi.. pada hemat sy ia persis daun maman. Dia keliru lalu merajuk...

.. abah hang pi lah ambik daun kari pole tue, cemuih la suruh depa nie... orang kata salah, teruih sentap.

Dia eskot abah dia.. memang betui dah pun pasu tue, tapi mungkin ada pokok maman tumbuh dalam pasu yang sama, bila kita kata salah.. dia kata, betullah abang ambik daun tue tadi, sentap lagi.

Sikit-sikit menyebai.. sikit-sikit menyebai, last-last semalam tak masak pon. Semua pakat dok kata kenyang, depa goreng sosej ja..... senang goreng sosej tak payah cari-cari daun!

Pagi tadi bangkit tidoq.. rasa lapaq sungguh perut. Kebetulan member ada bagi ikan terubuk masin. Apa lagi... sambil dok goreng ikan sambil goreng rencah ikan pari goreng sambal belacan, sambil duk pakat bersin... cehh cehh.

Ikan pari goreng sambal belacan, lagi sedap kalau makan ngan nasik goreng. Goreng ikan ketepikan. Blend bawang, cili padi.. tumis, bubuh daun kari, belacan, ayaq asam jawa. Dah kering sikit, bubuh pari yang goreng tadi. Bismillah jangan lupa..

... cerita pasal ikan pari goreng sambal belacan, ini pun ikan jugak. Baju dengan tangan pesyen perut ikan sy panggil.. tue dia cik hang bubuh nama, sadis betul. Kalau tak pon baju dengan tangan pesyen liquid paper.

Kau adoo?

0 comments: