Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Saturday, February 11, 2012

DIY : jarum pada tapak mesin jahit tepi portable Brothers model 3034D

Assalamualaikum...

Masa balik kampung ituhari, dah last minit menjahit tepi... sy perasan bunyi benda patah masa sy cabut besi yg kat dalam untuk jahit tepi kecik.

Sy menggunakan mesin jahit tepi portable Brothers model 3034D dan rupa parasnya seperti ini :



~ kalau anda guna mesin jahit yang sama, anda akan tahu lah apa yang sy dok gebang sebenarnya nie.

Dek kerana tak berhati-hati, masa cabut besi tue.. sy dah terpatahkan jarum yang ada pada tapak mesin jahit tepi tue. Jarum yang sy maksudkan bukan jarum yang kita bubuh benang tue...



Jarum yang sy maksudkan yang dalam bulatan merah tue. Sepatutnya ada dua jarum kat situ. Tapi masa kat kampung sy terpatah sebelah kanan, semalam sy jahit & benang bergumpal.. sy tengok balik... sekali dua-dua dah terpatah.

Sy agak-agak jarum nie lah yang berfungsi untuk 'menghamparkan' jahit tepi supaya tegang dan berkedudukan elok. Jika tak ada, permulaan menjahit tepi, ia akan bergumpal.

Payah lah kalau duduk kat Klang tapi kedai merepairnya tue kat key ell sana nun.. (tue pasal sebelum nie sy setia dengan Singer ... tapi mesin jahit tepi Brothers nie, kalau jahit tepi keci, jahitannya lebih cantik)

Bila sy bukak, sy tengok & congak... rasanya kalau ada apa-apa besi bubuh kat situ & ganti balik ok kot. Sy tolak buang pangkal jarum yang patah & cuba bubuh jarum peniti. Tapi jarum peniti, lebih kecil... nak kena pikir pulak apa jalan penyelesaian untuk bagi jarum peniti tue duduk rapat kat situ.

Dulu-dulu tengok tak cerita MacGyver, kalau dia nak lekatkan apa-apa dia pakai chewing gum kan? Adeh, mana nak cari chewing gum. Tapi kalau nak cari benda lain yang bersifat boleh melekatkan nie.... kalau usaha cari rasanya ada tapi mencabar sikit lah. Kat kawasan hilir mungkin ia agak kering tapi di kawasan hulu, ia lebih pekat dan melekat. Kena korek dan kumpullah tahi hidung tueee... kahkhakhakahhh
~ MacGyver yang nak mintak lempang!

Jadinya sy mencari besi tajam yang besar sikit dari peniti lah, so nanti boleh muat-muat.

Terpandang resang baju yang sy guna untuk pasang getah kain..
~ resang tue pin baju...



.. yang nie lah kami orang utara panggil resang.

Resang bukan perkataan seerti dengan gersang yer. Kalau balik rumah mak mertua kat utara nun dan mencari resang, jangan kau tanya mak mertua dengan ayat seperti ini : mak nampak gersang?... memang kau kena lempang, kahkahkah.

Tapi besi tajam pada resang nie besar sikit, jadinya sy pun ke dapur dan mencari batu asah. Asah kejap dan cuba masukkan, still besar.. asah lagi, kemudian rasa putus asa. Call kekasih sy minta carikan kot-kot ada sparepart & sy mencari pomen mesin jahit yang terdekat atau kot2 boleh oder tapak baru kat online.

Kemudian try lagi, rasanya macam nak cuba lagi... asah punya asah, last2 boleh masuk. Cuma dapat bubuh yang sebelah kiri ajer... yang kanan tue, pangkal jarum yang patah tak boleh keluarkan. Putus asa lagi...

.. kemudian rasa nak cuba jer jahit, walaupun jarum dapat pasang satu... mana nak tau kot-kot boleh jahit ker kan. Skru kan balik tapak dan jahit...........



.......... alhamdulillah boleh! Jadi tapak yang dalam pic atas tue, jarum yang sebelah kanan tue, sebenarnya jarum daripada resang sebenarnya.

Call kekasih sy, kensel jer cari sparepart :) ... nie kita DIY tapak mesin jahit, nanti-nanti kita DIY mesin jahit pulak :P :p


Readymade eyelet skirt & eyelet palazzo (kaki tak besar sangat, straight cut sahaja) akan sy upload nanti..





0 comments: