Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, November 16, 2011

kepantangan..

Assalamualaikum...

Hari nie, sy tertarik untuk baca tentang kepantangan. Bukan pantang dek kerana bersalin ker bersunat ker aper.. tapi kepantangan yang ada dalam keturunan. Benda-benda macam nie kekadang memang kita rasa maca mitos.. mengarut & kalau nak explain dengan logik akal pon orang tak berapa percaya. Tapi dalam kehidupan sebenar, ianya wujud.

Pertama, pantang makan ikan tapah. Yang nie katanya keturunan daripada Pak Kaduk, boleh memudaratkan hingga membawa maut & penawarnya dengan meminum air rendaman kancing emas yang dijumpai oleh Pak Kaduk dalam perut ikan tapah

Ada pulak yang pantang makan ikan kekacang atau alu-alu. Kalau makan naik kelopak garam, gatal2 (macam alergik)
~ kelopak garam nie hampa tau dak macam mana? serius sy lamaaaaaaa tak guna perkataan nie... klopak garam nie bintat gatal macam terkena ulat bulu tuh..

aperrr? tak pernah kena ulat bulu??? :p ceroiii lahhhh..


~ nie lah kelopak garam..

Kami dulu semak mana yang tak masuk.. katoq mana yang kami tak pergi.
~ katoq tue anak sungai...

.. kerap dapat kelopak garam nie kelau main dalam semak, pi katoq & sauk ikan. Arwah mak kata kena ludah hantu... euwww takut, tapi dalam takut-takut tue, esoknya pergi lagi :p

Katanya dalam pelayaran, kapal pecah dan diselamatkan oleh ikan kekacang nie dan ditolak ke pantai. Yang pantang ikan kekacang nie katanya keturunan Wan. Depa nie pun pantang makan rebung buluh jugak.

Ada yang keturunan Pengiran Laga. yang di Brunei pantang ikan patin. Orang Rawo pulak tak boleh pijak tanah/simen sebelum buat adat
menjejak tanah, kalau tidak cirit sampai membawa ke mati.

Sy fail sikit lah bila sebut nama-nama ikan, yang tahu.. makan ajer :p Ok mari kita google :


~ ikan tapah


~ ikan kekacang /alu-alu

(sumber gambar: carian internet)

Tue dia, depa punya pantang, macam-macam. Kalau sy, pantang nasik kut.. kalau makan, tambah-tambah lagi kalau malam.... uuiii dia punya naikkk, bukan kelopak garam... tapi spare tyre berlapis-lapis thehhehee. Lagi-lagi kalau masa sedap, lagi berlapis... :p

---------------

Jubah daripada kain berpanel.. banyak pakai kain baju nie, nak potong kena ikut panel.





2 comments:

wantie said...

Sebut jer ttg kelopak gram ni, tetiba teringat ngan abng saya. Recently dia kena kelopak garam. Dia call mak kat kg, mak cakap kena ludah hantu.

Dia siap dok baca surah tu, surah ni, baca Yassin bagainya. Sebab mak sebut ludah hantu.

Last tak baik juga, dia call saya. Then saya cakap pergi mandi laut jer. abis citer. Lepas mandi laut tu ilang le. hehehe...

azima said...

che watie, saspen sungguh nama dia nuh... kena ludah hantu :p

betullah tue, kalau gatal2.. kudis2 pi mandi ayaq laut. tapi la nie kena pilih jugak laut.. kena yang kotoq lagi tambah gatal :p