Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, November 25, 2011

.. kan dah tak grip!!

Assalamualaikum...

Pagi tadi lepas comolot bagai.. sy lepaskan BABY sy pergi. Sy bisik-bisik kat dia, make sure bila balik nanti, i nak tip top okeh. Aaaduhh makk menjeling pulak dia kat sy! Sy bayar mahalll sy laung kat dia sebelum dia dibawa pergi. Dia laung balik dengan tuduhan sy berkiraaa dan lepas tue jelirkan lidah.

Itulah babak yang sy reka bila BABY sy, iaitu mesin jahit sy dibawa oleh kekasih sy untuk di service pagi tadi. Kebetulan sy nak balik kampung esok sampai selasa, kebetulan dia ada masalah dengan thread tension dia.
~ itulah suruh buat senaman kegel tanakk.. kan dah tak grip!! LOL...

Sy ada jugak survey caj utk service mesin jahit, ada kat tempat lain yang lagi murah, tapi sy tak gamak nak bagi banyak tangan sentuh BABY tu tue :p Sy jaga dia dengan elokk... pasal banyak berjasa mesin jahit nie & tambah pulak mesin jahit nie usia dia lagi lama dari usia perkahwinan sy. Kalau ada yang baru pun sy tak jual niee... sayang!

Satu petua yang sy percaya nak panjangkan jangkahayat.. jangan bagi banyak tangan guna. Kalau campur-campur tangan, cacamarba jadinya nanti. Sy sendiri cukup berkira kalau ada orang nak pinjam mesin jahit... bukan kedekut, tapi leceh nanti kalau suka-suka ejas sana sini.

Kalau sy sendiri pakai, ada masalah kat mana-mana i'allah kita tahu nak ejas kat mana. Macam real baby lah, bunyi merengek lain sikit... kita dah tau dah dia nak apa :p

Macam jugak dengan kereta... kalau kita saja yang pakai cermat, tapi campur-campur tangan... & yang naik tue macam2 jenis cara orang... semua pakat honggaq suka hati, cepat lah rosak dia.

So balik kampung nanti, tak der lah sy hangkut mesin jahit.... sy hangkut kain-kain ajer untuk dipotong. Balik sini, baru start menjahit balik....

..... tapi sayu jugak sy tengok dia tadi, dah lah cover depannya sy bukak pasal sy cuba-cuba jadi pomen pak akob ituhari untuk tukar mentol. Last-last mentol tak boleh buka, ketat... skru cover tue sy dah hilangkan lah pulak.

Sungguh kesiannn... BABY, kepulanganmu ku tunggu....

Aku tak perlu kasihan, kasihan itu hanya untuk orang yang lemahhh... kata BABY di angin lalu.

Amboi makkk, kerekk kau ehh... nanti kau!

____________

Bersengkang mata sy jahit semalam salah satunya jubah yang ini.. dok ingat boleh jahit lepas balik kampung, rupanya tak


0 comments: