Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, April 29, 2011

kupang & derau

Assalamuaalikum...

Rabak mata sy hari nie :p

Semalam, lepas standby oder nota, sy mula menjahit baju. Dek kerana ralit buat kerja sambil dengar lagu-lagu tahun 90 an, sedar-sedar ajer DJ radio kata kejap lagi masuk waktu subuh. Aduhaii terlajak sudah...

Nak berjaga, berjaga juga.. tapi sy kontrol jugaklah, jangan bagi lajak sesangat & selalu-selalu sangat. Takut penyakit datang... selang-selang lah. Hari nie stay up, esok tidur macam biasa.. badan nak kena jaga sama dekk!

Sy sebenarnya dah tak der mood nak buat kerja.. :p Bolehh?

Tak sabar dah nie nak balik kampung cuti labour day nie, mana yang nak balik kampung terutamanya sabtu pagi & menghala ke utara, hati-hati ok. Dengan pesanan, jangan sampai cilok kereta ahkak, nanti ahkak take over kereta & tunggu hampa kat simpang! LOL.. simpang mana? Belah utara banyak simpang.. simpang taiping, simpat empat semanggoi, simpang tiga selinsing, simpang siur :p

Bila cerita balik kampung... sy teringat bendang & teringat cerita dulu-dulu.

Ambil mood ok, kita nak flash back nie... sekitar hujung 80an & awal 90-an, masa tue kita belum baliaq lagi nngggeee... tak tau apa lagi, tau seronok nak main ajer :p

Dulu, nak buat bendang tue cukup susah... semua pakai kederat tulang 4 kerat. Kita cerita cara nak mengusahakan bendang cara dulu. Nanti, kot-kot harga beras melambung naik, boleh kita pakat-pakat tanam padi kat balkoni atau bumbung rumah masing-masing ker kan?
~ bengkek hati kan? marhaen nie, duduk dalam rumah nak bernapas pon sesak, lagikan pulak nak menanam bagai....

Ok, mula-mula... petak bendang akan diracun dan dibersihkan. Rumput-rumput yang dah mati akan di longgok-longgokkan dan balik-balikkan untuk pastikan rumput benar-benar mati.

Masukan anak benih dalam guni, ikat & rendam dalam tali ayaq. Rendam nak bagi benih tue tumbuh tunas.. kalau tak pon rendam dalam besen besaq.

Lepas tue, kita kena menabuq~ menabur. Cari plastik guni baja ataupun daun pisang & susun tepi batas tali ayaq. Kaut keleboq (selut) yang dalam tali ayaq tue pakai baldi & tuang atas pastik atau daun pisang tadi. Ratakan.. part nie sy selalu mengelak, sy nie penggeli. Kekadang ada macam-macam binatang dalam selut tue... eiii geli sungguh!

Kemudian tabuq benih padi.. dah siap tutup dengan guni atau daun pisang, untuk elak ayam patuk makan benih padi tue. Tunggu sampai anak padi tue tumbuh dalam anggaraan sejengkal.



Koyak benih padi yang tumbuh atas selut (semai) kepada saiz yang lebih kecil dan disemai ke petak semai di dalam bendang.Tunggu lagi sampai semai besar sikit..

... bila dah besar, kena cabut semai tue, depa ikat semai & kandaq untuk diagih-agihkan ke keseluruhan petak bendang.



Untuk kami yang budak-budak nie... masa cabut semai nie, kami bubuh semai atas plastik besar, kami tarik dalam bendang untuk hantar ke petak bendang. Sy tarik satu bucu, kakak sy tarik satu bucu.

Dalam bendang kan ada ayaq.. jadi seronoklah. Masa pergi bawak semai, masa balik.. kami gilir-gilir naik atas plastik tue pulak. Kakak sy duduk atas plastik dan sy tarik dia, bergilir-gilir lah. Masa tue bendang tak ada lintah & pacat kat batas bendang ajer. Main kejar-kejar dalam bendang.. penat tue memang penat tapi.... syokkk ooooo!!!!

Tapi ada satu jenis semut api yang kekadang ada dalam semai.. kalau kena gigit, sakit sungguh. Sy pernah tengok paha arwah mak sy yang kena gigit & bengkak menggelupas kulit. Sy pernah tanya arwah mak sy.. sakit tak? Dia kata kalau budak-budak budak dah menangis, nasib baik dia dah tua. Maknanya sakit sungguh bisa kena gigit semut tue :( :( sedihnyaa...

Semasa proses menanam.. semai tue akan akan dicarikkan kepada yang lebih kecil dan ditanam dengan kuku kambing.



Bila dah siap tanam, biar hingga besar, tapi dalam pada tue kenalah tabur baja. Bila pokok padi dah besar, ayaq dalam petak bendang akan dikeringkan dan selalunya masa nie lah orang kampung rajin menggagau ikan, mengail ikan, menangkoi, menjala & macam-macam lagi.

Tunggu padi masak... kalau masa tunggu padi masak nie, sy ingat selalu petang-petang abah bawa kami naik motor ronda-ronda naik motor tengok padi, masing-masing pakat berebut nak duduk depan motor.. hai nostalgia batul.

Bila padi dah masak, pokok padi akan dikerat dengan pisau mengerat..



.... kemudian di letakkan di celah perdu pokok padi untuk proses seterusnya iaitu memukui ~ memukul.



Pokok padi di pukul pada tangga yang diletakkan dalam tong padi dan didepan tong diletakkan layar daripada plastik baja untuk elakkan daripada padi tercampak keluar. Padi yang telah dikumpulkan, di jemur dan dianginkan untuk pisahkan dengan hampas. Kemudian akan dimasukkan dalam guni padi untuk dihantar ke kilang.

Kalau masa menanam atau mengerat nie.. sy punya tugas kena hantaq makanan untuk orang yang menanam atau mengerat tue. Tak dernya sy nak duduk lama di bendang.. geli dengan pacat. Hantar makanan... terus lari menyerit balik :p

Selalunya, menanam atau mengerat nie kerja orang perempuan. Kerja orang lelaki masa menanam ialah kandaq semai ke petak bendang. Kalau masa mengerat.. orang lelaki memukui padi.

Sy masih ingat lagi ada satu sistem yang orang kampung guna kalau masa mengerat atau menanam... iaitu kupang & derau. Kupang maknanya, kerja mengerat atau menanam upahnya dibayar dengan duit. Derau pulak maksudnya dalam satu kumpulan tue masing-masing bergilir buat kerja. Kalau padi sy dah masak dulu, kawan-kawan dalam kumpulan sy akan mengerat bendang sy dulu. Esoknya padi Jah masak.. sy pi mengerat padi dia pulak.

Arwah mak sy selalunya akan reserve kan satu tempat untuk dia tanam padi pulut untuk buat ketupat masa raya & untuk makan sendiri. Dia juga ada tanam sikit spesis padi yang kami panggil padi burung... padi nie biji padinya kecik & pokoknya pon kecik dan rendah ajerr...

.. tapi bila last time sy jejak kaki ke bendang? Lamaaa sangat walaupun rumah dekat ajer ngan bendang... la nie katanya bendang ada lintah, lagilahhhh geli :p

So, teori dah ada.. bila kita nak buat praktikal tanam padi kat balkoni rumah kita? LOL...

0 comments: