Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, May 9, 2011

yaaa! sy sedang memerli (spelling? perli sepatutnya jadi memerli atau memperli? sy tak pasti

Assalamuaalaikum...

Ada banyak benda kelakar yang berlaku kebelakangan ini dalam hidup sy :p Bila badan letih tapi kena push untuk melakukan sesuatu... sy cenderung untuk menjadi gila-gila.
~ gila-gila.. bukan gila, bahaya tue :p

Sy teringat kisah masa abang sy datang rumah masa nak hantar anak dia balik Mesir. Dia kata, kalau tv harga RM 2, hari-hari dia akan hempuk tv. Kelihatannya ganas :p tapi dia sebenarnya tertekan dengan simptom muak & loya-loya yang dialami tiap kali menghampiri pilihanraya :p

Kelakar & sy memahami. Sy akui, corak pemikirannya sama seperti sy, kami tak perlu di-GULA-GULA-kan!. Sy katakan pada dia... nak hempuk tv? Balik hempuk tv kat rumah dulu lah... kikikikikk.

Semalam, sy rasa kelakar sekali lagi dan kalau tv itu memang RM 2... sy dah cucuh ke api. Berita semalam terselit tentang bahaya menorek telinga. Ada sape yang tengok segment tue semalam? Kehkehkehh... sungguh kelakar!
~ yaaa! sy sedang memerli (spelling? perli sepatutnya jadi memerli atau memperli? sy tak pasti)

"Telinga manusia terbahagi kepada telinga luar, tengah & dalam. Perbuatan mengorek telinga boleh menyebabkan keradangan dan yang boleh menyebabkan kepekakkan.. jadi, disarankan untuk berjumpa pakar."

Sy tak berapa ingat sangat skrip tue tapi macam tuelah lebih kurang. Sy dengan kekasih sy kebetulan hujung minggu lepas letih sungguh, dia bertukang, sy siapkan tempahan, mengajar & semalam kami pi beli kain & lain-lain peralatan menjahit sy.

Dan jugak peel kami berdua nie suka reka skrip sendiri.. makanya terkeluarlah dialog-dialog kelakar untuk stok geli-geli ketiak.

Doc pakar telinga : Ya, encik ada masalah apa?

Manusia masuk air : Sy nak minta doktor pakar korekkan telinga sy boleh?

Doc pakar telinga : Satu putik kapas sy caj RM 300, boleh?

Helloo.. korek telinga pon nak kena jumpa pakar, cakap pom pang pum pang boleh lahh, nie hat marhaen yang makan pon kena catu nie macam mana?

Sy orang kampung & sy tahu apa erti susah. Tapi susah-susah sy, alhamdulillah tak pernah tertangguh keinginan nak makan. Tapi sy faham apa perasaan bila anak-anak suarakan keinginan nak makan itu dan ini, dalam masa yang sama ibubapa tak boleh nak adakan & tunggu gaji. Sy pakai kereta buruk & bocor pon tak apa.. alhamdulllah, tapi sy cukup sensitif bab makan & anak-anak.

Jangan buat kelakar sangat masa zaman-zaman sekarang nie, dengan harga barang makin naik. Ke pasar bawa RM 50 pon dah tak terasa apa-apa. Jadi RM 300 kita nak bagi makan anak-anak atau nak korek telinga?

Kekadang ada ketika kita dengar benda-benda kelakar macam nie, kita boleh gelak & kalau kelakar tak menjadi kita boleh oooiiicc kan ajer. Tapi kalau salah masa dan keadaan boleh merasa makan kasut saiz 9!

Kau takkan tahu apa erti susah sehingga kau merasa susah. Dan aku takkan merasa apa itu kaya.. kerana aku tidak mahu kaya. Kerana, kaya itu akan membuat aku jauh daripada-Nya!!


***Kekasih sy potong duit saku Idris kepada RM 1.50 sebagai denda. Tapi RM 0.50 dia bawa balik semula ke rumah. Bila abah dia tanya kenapa tak beli pape RM 0.50 nie? ... mana ada aiskrim yang boleh beli dengan RM 0.50, katanya dengan muka monyok tapi kelakar. Bagus.. satu pengajaran untuk kamu. Rasaiinnn!

2 comments:

Adilla Harun said...

Ya ada tengok segmen 'korek telinga' tu. Betullah dalam zaman 'inflasi' ni nak canang korek telinga pergi ke doktor lah pulak. Habis tu kilang putik kapas tu takkan nak tutup kot.

Makan, pakai dan perlindungan itulah yang asasinya dalam perbelanjaan.

azima said...

che adilla...
mereka hanya pandai cakap, tapi tak serupa bikin :p