Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, May 30, 2011

My bad... awak dah cukup BESAR sekarang.

Assalamualaikum..

Sabtu, satu family semua pakat join geng bas sekolah :p lawatan ke kilang coklat, petrosains & mandi kat KLCC.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan bila anak sy yang dikasihi hilang selama beberapa minit. Keterujaan dia bermain bersama kawan barunya membuatkan apa yang sy tegur sebelumnya tidak diendahkan. Dia memboikot sy & lalu berjalan dengan kawannya.

My bad... awak dah cukup BESAR sekarang.

Lepas 20 min, sy join kelompok yang awal tue & sy dapati dia tiada.. bersama dengan kawan barunya. Adakah dia dalam kolam tengah mandi bersama kawan-kawan yang lain?

Tidak, dia tiada dalam kelompok tue... sy faham dengan peel anak sy yang dikasihi. Dia susah untuk membuka pakaian di khalayak ramai. Baju yang hendak dipakai semasa mandi ada pada saya... jadi hati sy berkata, dia tidak mandi.

Sy usaha kawal emosi sy, sy selalunya orang yang panik. Mungkin, sebab sy tahu.. awak dah cukup BESAR sekarang.

Bila tengok dia jalan datang abah dia & kawan barunya. Sy ucapkan tahniah pada dia... tahniah awak memang bijak memilih. Awak memilih untuk mengikut kata-kata kawan yang baru awak kenal berbanding sy.

My bad... awak dah cukup BESAR sekarang.

Sy bukan siapa-siapa. Sy tak tahu bagaimana perasaaan menjadi orang BESAR. Sy nie, entah-entah lahir sahaja sudah tua. Tak best berkawan dengan sy.. sy suka marah, suka mengongkong.

Bila sampai di rumah, sy minta dia cakap alhamdulillah. Sy katakan pada dia, itu tanda syukur awak dapat balik rumah. Kalau tidak mesti tak tahu nak balik macam mana kan? Sy tak pasti samaada awak atau kawan awak ada duit atau tidak untuk balik naik teksi.

Tapi, kalau ada duit pon.. awak tahu atau tidak dimana awak tinggal? Tahniah... awak memang dah cukup BESAR sekarang. Tapi jangan bimbang, awak tetap anak sy yang dikasihi.

20 minit tambah beberapa minit selepas sy tahu awak tak ada... macam-macam yang boleh berlaku pada awak. Tahu?

Sy dengan ini memberitahu, sy juga boleh memboikot. Buat masa ini, sy memboikot apa jua lawatan atau jalan-jalan tanpa kehadiran & pengawasan sy. Maaf sy terlalu pengecut untuk menghadapi keadaaan jika keadaan tidak berpihak kepada sy. Titik.

0 comments: