Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, May 5, 2011

cerita ceriti balik kampung

Assalamualaikum...

Sy dah ok, urat sy dah ganti dengan dawai, tulang sy dah ganti dengan besi.. berkat mengerjakan praktikal menanam padi di balkoni rumah sy semalam...
~ nggeee... sy tipu!

Adalah tue sy sy kerjakan.. tak bilik air, bilik jahit sy. Tak bilik jahit, almari baju sy... tak almari baju sy, orang rumah sy. Kikikikik...

Urat & sendi rasa selesa hari ni & sy kembali semangat untuk bekerja, siap pasang kuda-kuda!

Ok, cerita ceriti balik kampung.. cadangnya nak balik kampung pukul 4 pagi, last-last subuh baru gerak. Sebabnya masa sy menjahit, Ishak terjaga & nak menyusu.. last-last sy sekali hanyut. Jahitan yang sikit lagi nak siap tue, sy kena siapkan jugak sebelum balik.

Masa dalam kereta, masa berkualiti sy... tidurrrr! Sedar-sedar ajer dah kat Tapah rasanya, dah half way kauuu. Memang tidur mampuss terus... nnggee. Berhenti kat situ, makan nasik.. ada lauk tapau dari rumah patin masak lemak cili padi sikit & beli lauk tambahan kat R&R.

Serius makanan kat R&R sekarang nie mencekik gila, 3 ekor keli saiz kecik buat masak sambal & 2 ketul ayam masak kicap = RM 20! Kalau ikut hati den, rasa macam nak hantar santau ajer... hihhihii!
~ tipuuuu.. takderlah. black magik nie, ahkak memang black lah, blacklist.

Sampai rumah dah dalam tengah hari.. dek kerana kat rumah tak ada lauk. Kakak sy tapau beli lauk kat kedai Kubu Gajah, berdepan dengan exit tol Bukit Merah. Dia beli ikan keli bakar 5 ekor saiz sedang, air asam, sambal tempoyak, 2 ketul pajeri nenas, kerabu perut + pucuk paku. Teka berapa RM? Bila tanya berapa memang rasa hangattttt hati kat R&R tue. RM 16 jer Senahhh... tak ker rasa nak bako? kita bako, kita bako ajer!

Petang & malam tak ke mana, just borak-borak sambil sy potong kain. Sy bawak balik mesin jahit tepi ke kampung kali nie. Dah gunting, jahit tepi terus... punya lah nak kampoi!


~ Darwish sampai lewat sikit.. dah kurus dah dia, tengah mengesot sekarang nie. Masa sy nak balik, sy kiss banyak kali & anak buah sy kata, jaga-jaga acik nanti berjangkit (kakak sy ygang umur 43 tue kan tengah mengandung sekarang nie :p) Sy kata.. nak jangkit, acik pandai-pandai kelepiaq lah :p
~ tau ker kelepiaq tue, amende? :p

Ahadnya, pagi pergi Pekan Ahad Sungai Gedung..


~ see.. ada orang jual rokok daun. Sy teringat dulu masa kecik ambil rokok daun nie & buat korek telinga. Bukan main rojoh macam tue saja, kena lipat & buang dulu hujung rokok baru boleh korek telinga.. tapi syokk oooo korek LOL!

Balik singgah rumah kawan kakak sy ambil ukuran baju dia, kemudian terus gi rumah kakak sy. Kami kenduri ikan sepat hari tuee...


~ sy buntu dan keliru, tak tahu mana satu nak cicah.. dengan sambal membelam atau dengan sambal tempoyak... ngan masak sambal ikan sepat lagi. Sy tak tahu memilih yang mana satu... rasa macam hilang ingatan pon ada, meahaahha. Last-last yang sy tahu, tetiba sy tersandar kekenyangan. Ngggeeee.. hingga sekarang baru sy teringat, sy tak rasa pon masak labu air tue.. ishh ishh isshhh.


~ zoom, telur ikan sepat tue lagi asyikkk kalau buat asam pedas, aduhaiii...


~ sesi cuba baju... kurung butterfly saiz L, tudung tak matching daaa tapi selamber ajer dia, nak kaler merah tuuuhh. See kalau sy tak jaga badan, sy bakal masuk dalam kelompok nie, wat to do.. dah baka macam nie.. tue yang kena pedo-pedo sikit makan. Tapi kalau balik kampung sy tak boleh pedo-pedo.. sy sebat ajer :p


~ anak buah.. nak jugak tuhh :p

.. petang pi Bagan Serai kejap beli baju anak-anak, dek kerana sy banyak makan semut gamaknya. Masa sy pack baju anak-anak, sy pack seluar Idris ajer.. baju sy terlupa! Balik rumah rumah, kawan mai ambik baju & malamnya tue sy pergi hantar baju kat kawan pulak & terus gi Kamunting, tapau nasik ayam.


~ see.. terpacol isi ayam dia,mengalahkan isi sy.. ahhahaha.

Nasi Ayam K.T.M kat Kamunting... kalau naik bas Merah yang lalu dari Bagan Serai ke Taiping tue, bus akan lalu depan kedai tue. Sy tak berapa pandai bagi landmark, apa nama taktau tempat tue..

RM 4 sebungkus, berlambakkk nasik & ayam dia! Serius, sy jatuh rahang! Satu bungkus, boleh kongsi dua orang, sy kongsi ngan orang rumah sy.


~ ini kisah benarrr.. bukan chobaan! RM 4.00 yerr...

Asyik sangat snap pic, sampai orang rumah sy tanya bila nak boleh makan? Hahhhahaa... sy terpersona! LOL...


~ pandangan tepi... see membuak-buak isi :p

Esok paginya, nak balik plan gerak awal.. tapi kawan sy request nak tampal bling-bling. Malamnya sy tak sempat tampal pasal mengantuk sangat.. terlewat gak gerak balik. Dalam kul 9.30 balik sampai Klang pukul satu lebih. Banyak makan masa pasal terpaksa exit Gopeng & Rawang, isi NGV. Wat to do... nak jimat, cara orang tak berduit! Nggeee...



Malamnya.. keluar makan, agenda tertunda birthday baby boy ituhari. Minum ais tak sedar diri nie lah yang buat sy alah dapat 3 serangkai ituhari :p Padan hidung!

0 comments: