Assalamualaikum....
Sesambil sy tengok cerita korea mary stand all the night, lakonan Jang Geum Seok.. sy buat blog walking. Kebetulan dah dua malam nie si Ishak demam malam... nak stay up menjahit & tinggal dia, sy rasa tak patut..
.. dan sy jumpa satu blog & blogger tue baru meninggal dunia. Salam takziah & semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Dah jadi satu kebiasaan sy sejak kenal ngan dunia blog... sy suka trace balik apa yang blogger/ forumner dok cerita masa arwah masih hidup. Ntah dah jadi satu habit...
... mungkin juga sebab kita manusia hanya akan menghargai setelah kita kehilangan.
Tapi, jika kita tak berpeluang merasai kehadirannya... melalui penulisan-penulisannya, kita merasa kehadirannya lalu kita bersyukur paling tidak, kita berpeluang mengenalinya.
Lalu kita kutip apa yang tinggal untuk kita teruskan pada hari esok, dengan perasaan kehilangan di hati.
Sy sungguh tersanjung apa yang ditulis oleh beliau & ia sungguh terkesan dalam hati sy. Sy sungguh-sungguh merasa kehilangan itu....
I love walking in the rain....because then no one knows i'm crying
~ I wish a rainy day....
Sekolah Kanak-Kanak kanser, Lahore
6 years ago
5 comments:
ADA sering tidak disedari hinggalah ia TIADA....
Tersentuh saya. Setiap yang hidup akan merasai mati. Tiada yang mampu melawan takdir. Tidak bersedia, ngeri, takut bukan alasan untuk menolak.
Jika kita tahu bila masa kita. Mahu sahaja berteleku atas tikar sembahyang. Namun hidup bukan semudah itu.
Jika boleh tahu blog mana?. Mungkin boleh belajar sesuatu di sana.
che zira..
itu yang kita sering terlupa..
che adilla..
maka perlu kepada teman yang sering meningatkan bahawa dunia ini hanya pinjaman... teman yang baik, yang sring mengingatkan jika tersasar :)
beliau : http://nafastari.blogspot.com
Ya, saya setuju berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Itulah persaudaraan dalam Islam. By the way, tak silap sangkaan saya. Memang ada sesuatu yang dapat dipelajari di blog tersebut. Terimakasih atas perkongsian Azima.
che adilla..
memang banyak yang boleh diambil dari sana :)
Post a Comment