Assalamualaikum...
Itu dia kekuasaan Allah, di cuit sikit saja... berkocak Jepun. Tsunami, yang lain mungkin ambil ia sebagai bencana alam, itu saja... kita yang agama Islam nie, ambil sebagai peringatan. Kalaulah... nie cerita kalau, tiba-tiba jadi kat Malaysia pulak. Mana nak lari?Tak mustahil semua tue.. sekarang nie apa satu benda, dah tak jadi mustahil. Anak pon boleh gamak lupa kat emak sendiri... tak mustahil yer tak?
Cerita tentang itu, semalam sy MC & duduk kat rumah sorang-sorang. Tersayu pulak kat hati bila teringat pada arwah mak sy. Teringat balik kisah-kisah masa kecik dulu.. apa yang sy buat, yang bila sy teringat balik & sy rasa sungguh menyesal.
Ini mungkin sebab ituhari Idris bercakap dengan suara yang kuat dengan abah dia & ia buat sy rasa terkilam. Dalam kereta, on the way hantar dia ke taska.. sy marah dia & dalam hati sy, sy cuma nakkan satu perkara. Sy tanak anak-anak sy menjadi seperti sy. Tak hargai dengan apa yang ada, bila dah tak ada.. baru rasa menyesal.
Sy malu untuk cerita apa yang sy buat & yang sy sesalkan semenjak arwah dah tak ada. Tapi yang pasti sy bersyukur, semasa arwah pergi.. Allah dah berikan sy nikmat merasai perasaan menjadi seorang ibu. Merasai pengalaman melahirkan, merasai betapa tinggi harapan ibu terhadap anak & merasai bagaimana dalam kasih sayang ibu terhadap anak. Itu membuatkan sy lebih menghargai dia & sy akui dia sungguh istimewa.
Di belakang bahu arwah ada bulat kecil isi lebih.. dulu masa sy kecil, ada masanya sy suka gentel isi lebih tue. Dia memang suka ketang ke dada..
~ ketang ke dada tue berkemban maksudnya..
dengan kain batik. Lepas balik dari bendang, kelam kabut siang keladi yang dibawa balik dari bendang, sambil sekali sekala melaung nama sy. Tanya sy tengah buat apa & bila sy tak menyahut, dia akan serkap jarang kata sy belum bangkit tiduq... anak dara apa nehhh tengah hari tak celik lagi, kata dia.
Dia minta sy siang bawang & rendam cili untuk buat asam pedas. Masa blend cili.. dia selalu ingatkan sy jangan tekan blender tue lama-lama, nanti meletup kata dia. Memang lucu, dia tak berapa berani nak handle barang-barang elektirik.. tapi dia ada ajer cara macam mana nak suruh guna barang-barang tue. Praktikal dia fail, tapi teori dia panjang berjela... dan teori dia tue kekadang sy langgar ajer :p geram.
Itu baru cerita tentang asam pedas.. asam pedas dia mungkin orang lain penggil asam rebus lah, tapi pada dia, asam pedas. Asam pedas cara dia nie lah sekarang nie sy apply untuk menambat hati kekasih sy pulak. Wak mael tue bukan main bersemangat mengirup kuah asam pedas tue panas-panas. Selepas hirupan ntah kali yang ke berapa dia akan berhenti dan memberikan komen... sedap as usual, katanya.
~ mak, terima kasih atas asam pedas itu.. sy kini mahir :)
Ituhari, masa Ishak jatuh... sy terus tarik dia & tuam di dahi. Sy tuam anak-anak sy sama macam arwah mak tuam kami dulu. Ambil tuala & letak di mulut, hembus kuat-kuat. Bila tuala tue suam-suam dek kerana hangat nafas di tuam pulak pada tempat bengkak. Sambil tuam dia akan cakap.. sikit ja nie, jauh dari perut.
Kalau luka, cara dia.. koyak kain buruk celup dalam minyak tanah dalam pelita & balut. Tapi itu dululah.. masa kami kecik-kecik lagi. Minyak tanah tue paling senang nak cari, pelita tue pon selalu stenby untuk habuan pelekat api untuk dapur kayu. Kalau berparut.. dia akan kata, takpa nie tanda.. kalau hilang senang nak cari!
Kalau cerita latah dia.. ermmm lagi best, macam-macam yang dia sebut. Kenduri rumah sapa ntah dia pernah bersanding masa latah... sesekali geram jugak dengan orang yang tukang cucuk, sampai letih dia merapu macam-macam. Sy kekadang latah jugak.. tapi takat ooppp mak kau ajer. Idris pon melatah juga, oohh mak mak makk, latah dibuat-buat.. latah mengada-ngada :p
Bercerita tentang mengada-ngada.. semalam sorang budak nie mengada-ngada nak beli bakul nie. Depa nie semua benda nak dibuat main...
.. sy beli lah jugak benda nie semalam, untuk elak dia melalak dalam Giant. Betuah sungguh, mengalirlah RM 30.00 untuk bakul nie...
Ini pulak pic baju adik ipar sy.. baju nie macam kurung butterfly tapi bawah baju dia tanak kembang meloyot tue.. patern macam baju percubaan sy buat kurung butterfly dulu, so ini kurung buterfly salah bikin! Ada lagi sehelai warna merah hati.. itu pulak kurung aladdin salah bikin :p
Sekolah Kanak-Kanak kanser, Lahore
6 years ago
3 comments:
baju salah bikin??? hehehe.. lawak r... tapi OK je sye tengok.. akak kretif r... jeles jap...
Benar, kita kurang/tidak faham hati dan perasaan ibu sebelum menjadi ibu. Saya pun sekarang ni terasa perkara yang sama. Ingat balik zaman budak-budak dulu, rasa bersalah pula dok degil-degil gitu.
Apa pun kini dah faham kenapa mak tu sebegitu. Kasih sayang seorang ibu itu tak terhingga. Bak kata orang berkorban apa sahaja untuk menmbentuk seorang anak menjadi 'insan'.
en alif..
teeetttt.. ok waktu jeles dah ahbus, cepat gi sambung jait :p
che adilla..
kalau dapat dibelah & dibentang hati ibu nie.. subhanallah betapa tinggi harapan untuk anak2 & berapa luas kasih sayang mak pada anak-anak no... hanya seorang ibu yg dapat memahaminya.
Post a Comment