Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, March 25, 2011

Ujian sy kecil, itu sekarang. Nanti-nanti?

Assalamualaikum...

Quote :

Saiyyidina Anas R.A telah mengunjungi Saiyyidatina Aisyah R.A di dalam sebuah majlis, dan di dalam majlis itu telah bertanya seorang lelaki, “Wahai Ummul Mukminin, ceritakan kepada kami tentang gempa bumi”.


Beliau berkata : “Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tempat selain daripada rumah suaminya, terkoyaklah apa yang ada antaranya dan antara Allah daripada hijab (pendinding daripada azab), apabila perempuan memakai bau-bauan bukan untuk suaminya, maka baginya neraka dan kehinaan, dan apabila dihalalkan zina, meminum arak dan memukul alat muzik, maka ia telah menjadikan Allah Ta'ala di langit-Nya berfirman kepada bumi, “ Gegarkan mereka”, sekiranya mereka tidak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka akan dibinasakan dengannya oleh Allah Ta'ala".

Maka bertanya pula Anas R.A. : “Apakah itu hukuman terhadap mereka (penduduk yang ditimpa gempa bumi)?" Aisyah R.A. menjawab : "Ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kepada orang mukmin. Ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas orang kafir”.

~ kredit kepada : http://tenangsudey.blogspot.com/2011/03/cerita-aisyah-mengenai-gempa-bumi.html

Rupa-rupanya.. iktibarnya di Malaysia, hanya kenaikan harga ayam sampai sekilo lapan ringgit lebih. What happen dengan harg lantai & harga siling bagai?

Ohhhh kan gempa bumi & tsunami.. habih la runtuh siling & lantai tue.

Apa relevannya? Ayam kat Malaysia & tsunami kat Jepun?

FYI, siling & lantai tue, Made in Japan!


Nasib baiklah sy berniaga bukan dalam bidang makanan. Kalau tidak kejap-kejap hurut dada itu barang naik, ini barang naik. Pi supermarket, hurut dada lagi.. kejap-kejap minyak takdak, kejap-kejap gula tak dak nuhh?

Kalau kedai makan... ada orang ka, tak dak orang ka mesti nak kena beli barang masak & mesti nak stenby masak jugak nuhh? Takkan nak tunggu orang mai kedai baru terhegeh-hegeh nak pi beli, kan? Semua nak kena ada cukup lengkap lah, perishable & non-perishable. Baru betui cara orang nak meniaga...

... sy syukur sebenarnya, bidang yang sy ceburi nie tak banyak sangat risiko & tak menuntut banyak modal. Sy start dengan beli mesin jahit portable sebijik. Nak jahit tepi, pergi kedai jahit & harga jahit tepi masa tue RM 1.00 untuk sepasang baju.

Barang jahit beli sikit-sikit, ikut keperluan. Beli banyak-banyak pon tak menjadi masalah sebenarnya... zip, getah, benang tue bukannya rosak & bukannya reput macam sayur & ikan bagi yang meniaga kedai makan.

Sy syukur sebenarnya.. ujian sy kecil sahaja. Kekadang kekangan masa, tersilap jahit, dah siap jahit tetiba tergunting pulak kain kat mna-mana bahagian baju :p , ready made orang nak minta custom made, tak berkenan colour, tak berkenan patern.. itu saja.

Modal? insyaallah... kita boleh pusing kat mana-mana. Rezeki tue insyallah ada.

Stok kain terlebih & tak tau apa nak buat? Alhamdulillah sy tak pernah ada lagi masalah tue.. so far ada ajer idea nak buat. Baju tak jalan, kita buat tudung.. tak jalan tudung kita buat benda lain. Kain.. bukannya rosak & bukannya reput macam sayur & ikan.

Idea gila sy, sy nak buat langsir patern macam twisted neck & dapat printed lycra yang sesuai sy nak buat seat cover kereta!
~ ahkak nak cari printed leopard! kau mampoo? kikikikik


~ orang kata kosong sangat, kita bubuh manik nanti.


~ orang kata tangan baju meleret dalam kuah kari... tak ada masalah, kita cantas pekecik tangan sket.

Iktibar sy tentang bencana semua nie, sy rasa sy dah tua. Sy dah masuk ke tahap peralihan, macam mak-mak dulu. Sy dah tak boleh dengar anak-anak bahasakan diri aku dengan makbapa, sy dah tak boleh tengok anak-anak muda berkumpul & bertepuk tampak di supermarket, sy dah tak boleh dengar budak-budak muda kecik lagi dah hafal lagu-lagu yang tengah hot.

Sy tak boleh... sy benci.

Kini, baru sy tahu kenapa mak-mak dulu suka berleter pada anak-anak. Sy memang dah tua... dah tak boleh terima dengan semua tue.

Ujian sy kecil, itu sekarang. Nanti-nanti?
~ entry nie terbit bila ada 2 orang budak perempuan, on kan lagu pada hp & melalak mengikut lagu tanpa ada perasaan malu & sy benci itu..

...jangan kau mimpi nak terbit rasa nak menunjuk sakan. jangan kata hp tue makbapa belikan, PAD kau tue pon makbapa yang dok sara lagi!

0 comments: