Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

Loading...

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, March 24, 2011

Sejak umur berapa anda latih anak anda untuk tidak memakai lampin pakai buang?

Assalamualaikum...

Sejak umur berapa anda latih anak anda untuk tidak memakai lampin pakai buang?

Si Idris rasanya dalam umur 3 1/2 tahun... permulaan kami ajar pada hujung minggu dengan pakai spender sahaja. Tapi dia selalu terlupa yang dia hanya pakai spender & terbabas macam tue saja.

Kemudian kami ajar dia dengan cara berlenggeng... dan ia berhasil. Lama kelamaan dia dah rasa seronok & lapangnya kalau tak pakai lampin pakai buang. Sejak itu, dia sendiri dah tak nak pakai.

Duit belanja beli lampin pakai buang untuk Idris kemudian diperturun dekat Ishak pulak.

Sejak minggu lepas, si Ishak nie merintih & kekadang menyebai kalau tiap kali kami pakaikan dia lampin pakai buang.

Syegu syakap ak ak dah besar dah.. tak payah pakai pepes dah, katanya.

Haahh ekk, kami terlupa! Mungkin si Ishak nie banyak pelat dia berbanding dengan abang dia, makanya kami terlupa bahawa dia sudah besar. Di sekolah cikgu-cikgu dia sudah pun mula melatih dia untuk tidak memakai lampin pakai buang. Mesti dia sudah merasa seronok & lapangnya kalau tak pakai lampin pakai buang....

.. kulit boleh bernafas dengan lebih selesa.

Hujung minggu lepas, adalah dua kali dia terbabas. Sy tengah menjahit, dia tengah krunaih...
~ krunaih nie bahasa utara.. maksudnya sy tak tahu macam mana nak huraikan, sungguh complicated :p

.. dia tengah krunaih alat-alat menjahit sy, agaknya dia tertahan air kencing & terbabas. Salah satunya terbabas atas penimbang berat sy & masuklah air kencingnya dalam penimbang tue. Bertuah sungguh...

Selainnya tue dia boleh kawal.. tapi kejap-kejap nak ke bilik air, kejap-kejap nak ke bilik air.

Semalam, sy perasan si Ishak nie menunjukkan lagi satu syndrome macam abang dia dulu. Dulu, Idris nie lepas balik sekolah dia tukar pakai baju yang lain, pakai bedak berselepung, pakai stoken & bubuh minyak rambut sampai licau habis rambut. Punya bersiap.. pada dia tue cukup segaklah tue.
~ berselepung - bertempek/tak rata, licau - banyak sampai basah.


~ stoken sebelah sana, tapak hitam sebelah atas pulak

Si Ishak pulak... baju pakai terbalik, pakai bedak, pakai stoken sekolah abang dia punya, rambut sapu gel & buat rambut pacak. Punya bersiap.. orang lain tak boleh kacau tambah-tambah lagi rambut pacak dia. Pada dia tue cukup segaklah tue.

video
~ solat & tetiba nak terkecing...

5 comments:

AbBy C said...

hehehe, lama dah x dgr org ckp bedak berselepung :)..windu kampungku weh..

azima said...

che AbBy C...
sekapal ekk?

cer bagi maksud krunaih tue sat... macam mana nak explain pon tak der idea nih :p

AbBy C said...

hehe, sy pun x reti nk explain, kalu kt kpg sy krunaih tu = kutey..kutey tu apa ye dlm bahasa bukan loghat utara?

tney@sunflower said...

kak ipar sy ajar anak pompuan dia umur 2 tahun tak yah pakai pempers.

kak suami sy anak lelaki dia 4 tahun masih pakai pampers..

huh...

azima said...

che AbBy C...

kutey tue cubit.. krunaih nie mcm perbuatan kopek, tanggalkan, sepahkan.. ermm payah nak explain :P

che tney..

2 tahun? respek lah... bijak tue, tp utk 4 tahun tue dah sepatutnya boleh ajar dah tue, cakap pon dah pandai :)