Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, January 24, 2011

dangau, berkelah & pangkin

Assalamualaikum....

Hujung minggu yang agak meletihkan... sempat dobi tudung-tudung. Dah lama tak basuh weyy.. aci pakai & sangkut balik ajer nnggeeee.

Itulah rahsia penjagaan tudung DIY, tak perlu basuh selalu-selalu... bukan bawah berganyah sangat kannn? :p

Weekend ituhari juga kami tegakkan wakaf, dah boleh tegakkan dah lama sebenarnya... tapi dek kerana sy was-was, tangguh kejap sampai dapat cari orang tolong tegakkan sama. Berat tiang tue.. sy tak yakin kami berdua boleh tegakkan. Sekurang-kurangnya kena cari sorang tenaga lelaki jugak untuk pegang sementara kekasih sy pasang skru.

Harapkan tenaga sy nak pegang tiang? Tetiba nanti melayah..
~ melayah nie tak stabillah, menyenget & nak tumbang..

... dok aih aih aihh terbalik atas orang, mau penyek. Dah lah dok teringat-ingat lagi orang eksiden ituhari.. huhuuhu.

Tapi bila dia explain & sy yakin sikit ... baru sy berani kata, ok jom kita pi pasang la nie jugak.



Bila pasang nampak tinggi sangat pulak dengan bumbungnya yang macam tue. Tapi yang real nie pon lebih tinggi 1' dari asal. Tapi dek kerana kayu 8' sayang pulak nak potong. Oklah tue, baka belah kekasih sy semua tinggi-tinggi.. tak ada yang tersangkut alang nanti :p
~ baka belah ahkak.. jangan di tanya... kekekeke.

Sy ada simpan jugak perancangan nak extend depan yang menghala ke arah balkoni tue. Luas wakaf 7' x 5' tue tak seluas mana sebenarnya. Lagi pulak ingat nak balance kan balik ketinggian tue dengan buat lagi satu bumbung/awning ke depan di bawah bumbung tue untuk buat pangkin. Sebelah kiri pangkin, tengah sy letakkan tangga untuk naik. Kanan tue, sy ingat nak buat petak kayu 4 segi & lapik kat dalam dengan kanvas, bubuh ayaq dalam tue....

.... sy nak bela ikan keli!
~ sy tipu..

... tak pernah dibuat orang. Sy nak bela pokok teratai dalam tue.
~ buat susah-susah ajer bela itu ini, padahal anak tak terbela :p



Harap-harap dapat match dengan pintu kayu yang dibuat sebelum ini. Perancangan banyak sebenarnya, macam-macam idea marii. Tapi fulus tue yang tak mari-mari :p ... abih camno?

Bila cerita pasal wakaf nie, teringat masa zaman kecik-kecik dulu. Kami suka sangat main pondok-pondok, tapi kalau di kampung panggil dangau.
~ dah pernah cerita dah tentang nie dulu..

Pakat ramai-ramai cari buluh kering.. ikat jadi bentukV terbalik, buat dua. Lepas tue ambik buluh sebatang & galang atas tue... ambik lah plastik untuk buat bumbung. Selalunya plastik atau guni besar yang orang buat jemur padi tue. Miang tue weyyy! Tapi tak heran punya, masa kecik mana tau miang.. tau seronok ajer.

Kalau tak dapat buluh, guna bemban. Bembankan semulajadi ada bentuk Y kat hujung.. kat situlah letakan kayu untuk buat alang. Kami ambil pelepah kelapa & anyam macam anyam ketupat tue untuk buat atap dan dinding. Nak bagi tanak tiris atap tue lapik pulak dengan daun pisang... syokk ooo.

Kalau nak makan, kami akan kidnap periuk & belanga yang mana tak pakai. Masing-masing balik & kidnap ajer apa yang ada.... ada yang bawa periuk, ada yang bawa belanga & cerek air pon ada. Yang mana mak-mak dah tak pakai tue, yang kecik molek ajer saiznya & penuh sawang!

Syok ooo masak... cari ranting-ranting kayu & tempurung, pelekat api pakai getah tayar. Yang pegang watak 'mak', masak nasik & goreng ikan sepat buta yang kecik-kecik tue hasil tangkapan 'ayah'. 'Anak-anak', selepang beg sambil kayuh basikal sambil bawa 'adik' kat pelantar basikal untuk pergi 'sekolah'.

Kalau tanak masak.. tiba waktu makan, masing-masing balik rumah ambil bekal. Nanti pakat berkelah semua dalam dangau. Masa nie masing-masing pakat tukar-tukar lauk, rasa sorang sikit. Nasib lah yang mana dapat kakak pemalas tue kan, kena kutuk lah.. masak lauk goreng telur & tuang kicap ajer? :p

Dulu-dulu, para ibu & bapak kat kampung sy dulu keluar pagi pi bendang. Balik tengah hari & kalau yang mana ada anak perempuan tue, akan tolong masak kat rumah. Kalau yang belum lulus memasak.. paling koman tahu masak nasik, lauk stenby siang siap-siap. Mak balik nanti tolong masakkan ajer.

Lauk & sayur-sayur kampung tue memang banyak & tak putus. Jadinya kalau kakak masak lauk telur tue kira pemalas amat lah tue! Hohohoooo...

Sy agak bertuah lah, atas sy ada 3 orang kakak... yang 2 orang tue jarak usia banyak. Makanya.. balik dari bermain, depa dah siap masak.. kami hanya tahu bersila & makan. Ngggeeee.... sy tahu masak nasi pon bila dah sekolah menengah & tue pon pakai dapur karan ajer :p
~ sy masih ingat lagi... sy dan kakak selalu kena ambil tugas cuci pinggan. Dia sabun, sy bilas.. lepas tue sama-sama tirap pinggan. Itu pon bergaduh... masing-masing tanak tirap.

Cerita pasal pangkin.. dulu ada katil besi lama. Katil besi dulu-dulu tinggi & tak maca katil sekarang. Bila dah tak pakai, katil tue lah buat pangkin kat luar bawah pokok manggis. Petang-petang redup ajer.. & jadi tempat singgah buang lelah mak & abah kalau balik dari bendang. Petang-petang, sebelum mak & abah balik, mesti siapkan air satu jug kecik.

Tapi tue pon berebut jugak.. aku dah buat ayaq, hang pi tutup tingkap la pulak. Ya karimmm... memang macam tue lah sy dengan kakak sy, bergaduh saja. Dan kalau anak-anak sy sekarang berebut... boleh pulak sy rasa lemaih perut, 5 minit pon tak boleh diam. Tapi, itu turun daripada siapa gamaknya tue? Hehehehe....

.. tapi itulah, dangau, berkelah & pangkin nie semua banyak kenangan dalam hidup sy. Kenangan yang telah mendewasakan dan tak mungkin akan sy akan lupa. Sy juga ingin membawa pengalaman yang sama pada anak-anak sy... walaupun tak lahir dan membesar di kampung, sentuhan & jiwa kampung itu mesti ada :)

2 comments:

zalynna said...

kak azima, 7" tu 7 inci kan? kalau 7 kaki mcm ini kan 7'. kena buat pembetulan tu.

azima said...

che zalynna...
~ jap gelak guling2 duluk. LOL..

7" tue nak letak bumper pon tak muat ekk... dah terbiasa dengan " untuk inci gamaknya..

bila cerita pasal kaki, terbabas ke " jugak nnggeee..

~ tq tq :)