Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, January 17, 2011

tanggam, kikiaq & hazabedah...

Assalamualaikum...

Setelah beberapa minggu bercuti daripada bertukang, sibuk menguruskan anak masuk sekolah.. minggu nie kembali mengusahakan projek DIY lagi. Kali nie kita bertukang untuk mengusahakan wakaf. Kayu yang lain dah siap potong, tinggal nak buat tanggam.

Tanggam nie.. adik beradik linggam, tapi mak lain bapak lain.
~ .... :p sy tipu.




ini lah tanggam.. dalam seni pertukangan melayu banyak digunakan untuk membuat rumah. Kayu ditbebuk dan ada yang dibelah untuk menyilang kayu tanpa menggunakan paku.

Kayu 4" x 4" akan jadi tiang utama untuk wakaf.. sy pakai kayu resak. Yang mana nampak daripada luar & terdedah jika kena hujan.. sy guna resak. Yang terlindung & tak terdedah kena hujan.. sy pakai kayu biasa. Nak jimat.. huhuhuhu.



Tanggam yang atas belah separuh, yang bawah tebuk untuk masukkan kayu. Sepatutnya tanggam tak payah guna paku, tapi ada gak pakai jugak skru... untuk keselamatan & nak cepat :p



Nampak simple, tapi punyalah renyah. Dengan kayu yang keras, merah habis tapak tangan bila pahat. Ini baru kayu resak, kalau kayu cengal? Merasa! Lengan pon lenguh soiittt... jangan nanti naik otot berketul-ketul kat lengan ahkak dah la!
~ ahahahha.. ada hati makcik ni! LOL

Dah siap pahat.. kena cuba masukkan kayu pulak, check samaada boleh masuk atau tak. Kalu tak masuk atau sempit.. kena pahat lagi, buang bahagian yang tersangkut.

Dah siap pahat, kena ada satu alat yang sy ingat namanya dalam bahasa utara... kikiaq. Partner sy gelak bila sy mention nama tue masa sy suruh dia pi beli ituhari. Betullah tue.. bahasa kamus, kikir. Bahasa utara kikiaq lah :p

Lepas kikiaq buang serabut2 kayu, baru tanggam kemas & lincin. Tanggam dah siap, lapik tiang pon dah siap.. tunggu masa yg sesuai untuk di dirikan.

Tapaknya pon dah siap... dah buat upacara pecah tanah ituhari. Sy sempat potong reben lagi.. reben balance yang buat sulam reben & lepaskan belon jugak ke udara. Hahhaha..
~ .... :p sy tipu.

Hari minggu yang berkualiti untuk minggu ini.. belajar buat tanggam, jahit jubah, jahit sampin untuk Idris. Tapi sy terperasan sejak akhir-akhir nie, kalau sy penat.. sy susah nak lelap mata. Semalam punyalah penat.. tapi sempat tengok ulangan AJL kat tv sampai pukul 12. Komen sy tentang AJL..
~ based on tayangan yang mana menang sahaja, & upacara penutup.

... hazabedah!

--------------------------------
*** sy rasa sy ada hutang cara nak ubahsuai kain sekolah, itu KIV jap
*** rasa cam nak tunjuk cara jahit sampin, tunggu sy free sikit untuk melukis bagai...

~ kak tun : nie video ishak lipat baju.


0 comments: