Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, January 20, 2011

pengalaman ngeri.. masih teringat lagi. kyā matalaba hai?

Assalamualaikum...

Bersiaran awal pagi kita hari nie... semalam rabu, kami sama-sama tak kerja. Setelkan benda-benda yang tertunda. Hantar Ishak pi check-up, next check-up Januari 2012 pulak. Sy ingatkan masih guna cara yang sama kalau nak stop check-up kat klinik desa nie, kena fotocopy & chop klinik bagai... rupanya tak payah dah. Untuk kegunaan sekolah nanti, cuma fotocopy kad klinik saja... oooiiccc.

Ke pejabat tanah untuk setelkan strata title, tapi tak setel jugak. Biasalah, kena check sana sini sinun dulu katanya. Ke SSM... nie dek bahana 'rajin' mengemas. Dulu, bila move ke rumah yang sekarang.. sy dah terrrrr hilangkan lesen meniaga Azura Shop tue, thehehehe.

Sy dok bertagak-tagak lah nak pi ambil salinan lain, tapi cadangnya nanti pi renew sekali harung, ada can lah tak kena denda. Caaadangnya....

... rupanya expired bulan 7 tahun nie.. jadinya tak boleh nak renew sebab terlalu awal, nak renew 3 bulan sebelum expired. Kena gak lah RM 10.00 untuk salinan tue.. paaadan hidung!

On the way balik SSM, sebelum simpang masuk Aeon Bukit Tinggi... perasan banyak jajan jatuh kat jalan. Lepas tue tiba-tiba motor melambung & tiba-tiba sekali orang jatuh ke jalan. Lelaki cina, umur dalam 40, bermotorsikal BHJ 8845.


~ dalam pada dok panik tue ahkak snap pic, felling2 ondscene... boleh?

Menggeletikk kauuu... sekali dia menggeletik & kepala dia terangkat, darah laju keluar macam paip air. Yaa Allah, memang tak terjangka sebab masa tue tak berapa laju sangat... kekasih sy berhentikan kereta bebetul depan dia & sy menjerit giler! Panik... call 999 pon dah panik sangat.. bagi lokasi kejadian pon kelam kabut, sampai di suruh bertenang dulu :p

Kereta sy yang kedua, kereta yang pertama jalan terus... tapi sy rasanya bukan kereta tue yang langgar. Mungkin cina tue toleh ke belakang sebab jajan dia jatuh & tak perasan termasuk ke lane kiri. Kereta lane kiri sodok dia ke kanan langgar divider jalan & jatuh.

Masa dia terhempas jatuh tue helmet dah tak ada di kepala.. rasanya dia tak ikat elok-elok helmet tue. Pakai pon helmet apolo tue jerrr. Tapi sedih sungguh la tengok jajan dia berselerak... orang tolong kutip letak tepi. Macam mana lah perasaan wife & anak-anak dia.

~ ahkak dok seberang jalan terkinja-kinja nak tolong, tapi tak tahu nak buat apa-apa. seorang lelaki india tue bagi tahu, kepala mangsa pecah.... ayoyoooo pecah ka?

Tunggu lama sangat ambulance sampai.. kebetulan van kementerian kesihatan lalu & bawa pergi hospital. Hospital ampuan rahimah sebenarnya tak jauh pon dari tempat kejadian.. dalam 5 minit.

Balik rumah terketaq-ketaq lutut.. tapi mulut harus berletiaq kat orang sebelah, tak lepas punya. Jangan dok mencilok sangat.. orang tue kekadang ikut angin dia, menyerit gak tue bawak motor. Kekadang terkantoi jugak kalau bercerita...

... dok cerita, seronok katanya dia sampai cepat ke office sy. Ambooiii... laju & menciluk lah tue, kita yg tunggu nie takpa lambat macam mana pon. Apa yang dok kejan-kejan sangat?
Ituhari kata dia, tengah elok-elok bawa motor, lembu kat Botanic tue menyerit lintas depan dia. Mujuq la kata sy, kalau tidak dapat lauk free... tapi kalau tak mujuq?

Ini pengalaman ngeri yang kedua sy tengok kepala orang orang keluar darah macam nie. Yang pertama dulu masa kat pasar pagi kat Menara Maju. Lelaki India dalam 30 lebih, tengah dok meniaga, kena sawan, jatuh & kepala luka. Setiap kali sawan tue tarik, memancut keluar darah... imagine macam paip bocor tue. Yang tengok tak boleh buat apa... pasal dia tengah tarik.

Yang tue pon sama jugak... kejadian masa sy jalan nak pi pasar. Sy sempat jalan-jalan cari lauk & balik ke kereta, jalan dalam 100m baru dengar bunyi ambulance. Orang tue dah kering darah dalam badan dah oiii.....

.... benda-benda lagu nie yang buat sy rasa kekadang terkilan... lambat sangat bertindak & melibatkan nyawa tue. Kalau yang mati tue seorang... tapi yang sengsaranya ramai, wife & anak-anak sapa nak bagi makan. Kepantangan sy kalau tengok orang yang tak reti bagi laluan kat ambulance, nanti satu hari dia yang duduk dalam ambulance tue & tercungap-cungap mintak nyawa. Baru ada akai...

.. dek kerana pengalaman ngeri.. masih teringat lagi. Sy tak boleh tidur, jantung dup dap dup dap dok pikiaq sama... apalah nasib kat orang tue. Sambil-sambil dok ndap nyamuk ada dua ekoq yang cuba-cuba nak ketit 3 orang yang dah nyenyak tidoq tue. Sambil jugak jahit manik kat baju kurung butterfly tue....

..dah snap-snap pic baju, edit-edit pic. Dalam pada dok menaip nie, tup tupppp..... aiiii rasa mengantuk sudah marii.

kyā matalab hai?

... pic baju kurung butterfly sambung upload esok lah hai, mata dah pedih hai. Lēkina mujhē bhūkha lagī hai :(

0 comments: