Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Saturday, January 22, 2011

jubah... beg udara.

Assalamualaikum...

Apa kabar hari nie? Sy sekarang nie, teringin sangat mencari bendul.

Bendul?

Ya bendul, dalam 2 hari lepas naik air bisa kat tapak kaki.. dan kalau dapat macam nie, dapat bendul yang simen kasar tue, uiiikkkk bestnya! Mana lah nak cari bendul rumah zaman sekarang nie yer. Tapi, gatal tapak kaki orang kata nak pi jalan jauh.. agak-agak nak pi mana tue?

Semalam cerita lah tentang beg udara tahun 2012 nie, oklah tue. Sy kalau bab-bab keselamatan sejagat nie sy sokong semua :p .... sungguh rasa tersanjung, memang ketara rakyat sentiasa didahulukan.
~ dari SEMUA segi yer...

Ada orang mengeluh.. pasal kos. Dengan kereta sy yang dah bocor sana sini tue, rasa-rasa kalau tolak kedai besi kira kilo pon nak dekat sama dengan harga kos pemasangan beg udara. Meahahaha percayalah...
~ ahkak menangis dalam ketawa!

Tahun depan kalau tetiba masa ahkak hantar anak ke sekolah, kena tahan dek pak polisi... cam mana? Apa ahkak nak buat karangan masa tue?

Mana beg udara?
... err dalam kereta sy nie ada beg sekolah rendah, beg sekolah agama, beg tadika, beg untuk transit & beg tangan ... sana ada udara, sini ada udara. Macam-macam ada, kenapa mesti tanya yang tak ada?

Tapi kerajaan malaysia kan bertimbang rasa, mesti pro & cons dah difikirkan masak-masak. Seperti isu kenaikan harga barang... disarankan agar bercucuk tanam, sungguh bijak cadangan itu.. sangat rasa terbela.

Maka dengan yakin sy menegaskan, nanti-nanti mesti kerajaan akan bagi ribet beg udara. Ya sama-sama kita tunggu ribet!
~ gembira dengan mata yang berkaca-kaca :p

Ok. lupakan tentang tue, serahkan pada yang pakar...

___________

Nie jubah yg sy jahit, pon pakai kain jersey.


~ nak dekat-dekat sama ngan jubah mengandung ituhari kan? serius sy pon seriau takut tertukar :p


~ leher baju kurung, hujung tangan jahit benang getah.


~ jangan percaya, ahkak tak sekempis itteww... tahan di bawah, di atas dah biru! LOL.

Buat baju kain jersey nie nak kena tambah kelonggaran banyak sikit, kalau tak melekap sangat nanti. Untuk jubah nie.. kelim jahitan ambil 1" dan buat pleat depan belakang.

Jika 'beg udara' mengembang lebih daripada biasa pleat tersebut akan bertindak sebagai pembolehubah untuk keadaan luar jangka.. thehehhee.
~oohhh myyyy... baru perasan, ahkak dah ada beg udara! Legaaaa....

0 comments: