Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, January 3, 2011

.. nampaknya sy yang kena kejutan budaya :(

Assalamualaikum...

Kembali bersiaran... 3 hari cuti penuh dengan macam2 warna. Ada hepi & ada yang tak syok...
~ kelip2 mata.. tetiba mata berhabuk :p

Jumaat, cuti umum menang bola tue sy tak pi mana-mana. Duduk dalam rumah atau lebih tepat lagi duduk dalam bilik jahit sy ajer... sy nak kena siapkan 16 helai kain sekolah (8 helai untuk sekolah rendah, 8 helai untuk sekolah agama). Rasa macam nak melugai...
~ melugai nie bahasa korea, tapi orang-orang belah utara ajer yang guna.. ekekeke, maksudnya loya.

Tanak tengok kain hijau & biru dah sekarang nie, jemu dah rasanya. Dah siap jahit cari cangkuk.. lupa pulak nak beli. Dah beli.. tak cukup pulak satu. Gila mahal barang jahit la nie.. sepeket cangkuk RM 1.00 dok sangka ada lima pasang, rupanya ada 4 pasang ja.
~ see... cangkuk pon kena chain reaction dol!

Jumaat tue dek kerana sy nak menjahit, malam sebelum tue sy beli sesuatu...


~ ini untuk alihkan perhatian depa.. agar sy boleh menjahit. Pesta peder katanya!

.. pakat berkubang lah depa. Kejap-kejap ketawa bergegar dua beradik tue, kejap lagi kang nangis pulak. Kita yang dalam rumah nie.. geram jer dengar.

Tapi, wat to doo... kain tue lambat sy siapkan pasal sy dok kisah dengan kaftan hingga lupa daratan. Nak bawa berkubang kat mana-mana pon tak daya, cuti tahun dah abis... berkubang depan halaman dah la...
~ halaman asmara! hohohooo...

Ishak ajak sy mandi sama, cam mana nak cerita tue? Ada satu ketika tue, dia masuk dalam rumah & minta nak tukar pakai peder lain katanya. Apa kau fikir.. ini fashion show?

Dah lama-lama mandi, asik mengusik & nangis ajer.. maka keluar arahan perintah mahkamah. ((Masuk rumah sekarang... sekarang, cepat sekarang))
~ Idris dah pandai guna ayat nie.. dia apply kat adik dia, sekarang.. sekarang katanya :p

Petangnya... sekali lagi depa mandi, apa kau fikir kau penerjun papan anjal? Dah kering air di badan... nanti-nanti terjun lagi :p

Sabtu pagi... 01-01-2011 Hari lahir Ishak. Dah tiga tahun budak masam tue.. macam tak terasa. Dia macam tue lah, dengan ciwek dia, dengan keletah renyeh habis macam kerang dia... kalau gigit tue tak sakit, dah penuh satu badan kena gigit. Geram.
~ gigit hidung kang... ayat dia selalu.

Pagi tue, awal-awal pagi dah siap nak ke sekolah agama Idris. Dia ada orentasi hari tue. Bila sy mandikan Ishak & bilang nak hantar abang ke sekolah.. dia dah start nangis. Ak ak tanak kolah katanya. Tapi bila kereta melencong ke arah jalan yang lain ( Ishak cam jalan nak ke taska dia) dia happy balik & bilang sekolah ak ak dah pecah..

... oooiiccc, sekolah kau dah pecah yer, makanya tak payahlah ke sekolah? Apa kau fikir ibumu ini akan percaya?



Pendaftaran sekolah agama dalam pukul 8.00 dan percaya atau tidak, pukul 9.30 pagi ada seorang dua ibubapa yang baru datang. Baguss... itulah contoh yang terbaik! Kalau sy guru besar.. sy dah keluarkan perintah mahkamah, selepas 8.30 pagi.. mana ibubapa yang lambat datang, sila berdiri di tengah padang!

Bila masing-masing gerak masuk kelas & sy dapati Idris duduk di belakang & kesaorangan. Mulalah kan nak fussy tak kena gaya... rasa cam nak pi tanya pulak cikgunya, cikgu kedudukan murid-murid nie bukan yang sebenarkan? Anak sy sepatutnya duduk di hadapan, bukan seperti sekarang. Boleh?

Balik sekolah, terus gi sarapan.. sy dah kebulur. Majlis kul 8.00 pagi, tak sempat nak alas perut apa pon... tapi yang lain 9.30 pagi baru mencemar duli.

Lepas zohor sy pi kenduri rumah kawan masa belajar menjahit dulu.



Malamnya keluar makan-makan untuk hari lahir Ishak. Di heretnya excavator mainannya sampai ke kedai... nie jumpa masa kemas stor lah nie... pegang tanak lepas. Tengah elok sy pulun.. dia boleh kata, jomlah mak balik... mak kan tak lapar. Ajak balik pasal nak sambung main... betuah budak tue.

Pagi ahad 02-01-2011 pergi sekolah rendah pulak untuk orentasi. Sy request nak datang pukul 9.30 pagi boleh? Hehehehe...

Sy perasan, masa cikgu-cikgu berucap untuk kedua-dua hari tue... sy mengantuk. Nggeeee.. dah tak boleh masuk majlis kot, atau tak serasi dengan suasana sekolah :p Sempat bawa Ishak jenjalan sekitar sekolah.. sy aim toilet dulu pape pon! Sib baik toiletnya dekat ngan bilik darjah Idris...
~ cikgu kelas belakang bilik darjah Idris hensem! :P

... haaaiiii bila melihatkan keadaannya, nak ajer suruh kekasih sy tue buat kerja amal di hujung minggu. Betulkan mana piping yang masalah, yang tercabut & tampal yang bocor. Dah la si Idris tue tak biasa ngan toilet cangkung... penyangkutnya pon tinggi kat atas.
~ hurut dada, hurut dada... bawak-bawak bersabar sikit semangat keibuanmu itu!

Tapi kan... sy sangkakan anak sy pang paling kecik... rupa-rupanya ada lagi yang kecik. Sejemput ajer muka! Sy sangka sy yang paling cerewet, fussy tak kena gaya... rupa-rupanya ada lagi yang lebih fussy. Tanya berkali-kali pada anak samaada ok atau tidak. Sy yang dengar pon letih :p

Hari nie.. pagi-pagi bangun, solat & bersiap. Kesian pulak sy tengok Idris, napelah waktu persekolahan awal amat yer :p 7.30 pagi.. pukul 7.00 pagi dah kena bertolak. Selalunya kul 7.00 pagi tue, kalau hari bekerja... sy mandi pon belum! Nggeeee... kekasih sy tanya, waktu persekolahan sy masa sekolah dulu kul berapa? LOL... nak buat cam mana, semangat keibuan itu susah amat untuk dibendung.


~ pagi tadi..

Abah dia hantar pi sekolah naik motor.. & nasib baik jugak, kalau naik bus lagilah awal daripada tue. Manakala sy mandi & siap-siap dengan Ishak.. berdua saja. Rasa sunyi la pulak & pagi nie buat semua.. serba tak kena. Sarapan berdua tadi ngan Ishak.. asik tanya mana abah & mana abang? Keluar rumah pon tak ada hati nak siram pokok bunga bagai cam selalu. Jalan ke kereta.. dah tak ada yang berebut nak duduk depan bagai. Sampai taska sy tak pelawa pon kat Ishak beli sarapan cam selalu.

Perasaan sy kosong.. sy rindukan suasana dulu.
~ kelip2 mata.. tetiba mata berhabuk :p

Ituhari kata nanti kena kejutan budaya.. nampaknya sy yang kena kejutan budaya :(

0 comments: