Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, January 31, 2011

Aura rengkuhan daripada perut katanya.

Assalamualaikum....

Kejap ajer dah isnin balik ekk rasa tak puas cuti :p takpe takpe.. minggu depan cuti lagi. Ada sesetengah sekolah, dah start cuti untuk CNY, sekolah Idris, sekolah kebangsaan cuti hari rabu, sekolah agama hari khamis baru cuti.

Anak dah start sekolah nie, tak boleh lah lajak-lajak cuti macam dulu.. kalau dulu, ntah-ntah ahad semalam sy dah lepas sy dah kat kampung... dah bersenang lenang ke Pasar Ahad Sungai Gedung & kemudian lajak merayau ke rumah kakak-kakak.

Insyaallah... sy bertolak balik kampung khamis awal pagi. Takut nak balik rabu malam tue.. takut jalan jammed. Kasi can orang yang nak balik beraya balik dulu lah.. kiter tak kejar masa sangat. Selalunya kalau balik kampung untuk raya.. kiter pandai merungut, apalah orang nie... tak beraya pon, menyibuk sesakkan jalan. Hohohooo.... kasi can, kasi can.

Lepas balik dari cuti, kemungkinan sy akan apply AL atau UPL untuk seminggu. Ada urusan yang perlu sy selesaikan... cuti lagi, nak nak pulak kekasih sy pon dapat cuti CNY lagi seminggu. Anak-anak hantar ke sekolah.. mak & abah bersuka ria di rumah, boleh? Hohohooo.... kasi can, kasi can.

Aktiviti untuk hujung minggu nie.. sempat jahit 3 helai baju kurung sekolah. Plan nak pasang bumbung untuk wakaf, ahad hujan dari pagi sampai petang... hujan nikmat tue di hari ahad. Yang nak lajak tidur boleh sangat, bergumpal dengan selimut sampai perut mintak makan.. then sambung bergumpal lagi. :p

Kami siapkan nie...



Sy memang suka kalau duduk bersandar sambil berlunjur atau bersila & ini penyandar untuk penyandar wakaf. Petang hari, santai-santai sambil makan cekodok pisang lawan dengan kopi O.. aduhduhduhh, jangan malam-malam angkut tikar bantal dah!

Tengok penyandar tue ada cerita kelakar disebaliknya. Sy punya task ialah kikiaq bahagian tepi yang berserabut tue bagi lincin. Dan bila nak paku, sy tukang pegang & tarik kayu tue kalau ada yang lari sementara kekasih sy paku. Nak jadi cerita, tarik punya tarik... sy kena tarik mengkarung. Tau tarik mengkarung kat mana?

Kat perut! Meahahhahaaha kalau kat tangan atau kaki tue boleh tahan lagi... nie kat perut. Sungguh tak percaya :p Aura rengkuhan daripada perut katanya. Mungkin perut sy bekerja lebih daripada biasa!!



Sy rasa yang ini cam ada minat yang sama compare dengan abang dia. Tak kisahlah janji dia diam & buat hal sendiri daripada tak ada benda nak buat & sentiasaaaaaaa minta sy beli motor besar!



Tapi hurut dada ajer lah, bila dia paku sepanjang kayu tue.. tue kayu yang nak pakai lah pakcik!

0 comments: