Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, January 27, 2011

Aduhai melejeh dah... & .... namun niat tak menghalalkan cara

Assalamualaikum....

Rakyat makin sengasara, pelbagai cara diguna untuk mencari wang.... namun niat tak menghalalkan cara. Menipu tetap menipu dan ia berdosa...

Ni p'cik guna kad orng, tolng isikan p'cik top up RM 30 dinumber baru maxis p'cik ni nom 0128140146, pasal p'cik ade kes di balai polis boleh tak cepat sikit beli.

Sy pernah baca tentang penipuan macam nie di CARI & nak ajer sy quote ayat sms yang depa cadangkan.

Bila p'cik bangun dari kubur? tak ada linekah kat dalam sana?
~ ayat yang last tue sy tambah sendiri...

Satu-satunya orang berpangkat pakcik telah pon 'berjiran' dengan arwah mak sy..



.. 'satu taman, cuma lot nya berbeza'.

Jika arwah masih hidup pon, tak semoden itu untuk menghantar SMS dengan perkataan-perkataan remaja yang penuh dengan shortcut sana sini. Al maklum, orang kampung.

Tapi kesianlah.. tanak reply, sy kesiankan top up sy lagik!

Nak jadi penipu pon kena bijak jugak dik. Maka dengan itu, untuk sy keluarkan no handfon itu.. sila bank in RM 1000.00 dalam akaun sy.
~ LOL!

Letihlah cerita menipu takat RM 30.00 nie.. alang-alang nak menipu koman-koman biar ber K- K, paling lekeh pon juta-juta.
~ juta rupiah :p

Kita cerita pasal makanan-makanan nadirlah, memandangkan tak ada current project sekarang. Semalam sy ingat nak project, alih-alih project tahi mata ajer yang menjadi... nnnggeee.

Boleh ker guna perkataan nadir untuk makanan rare nie? Memang payah nak jumpa... ibuk-ibuk dulu ajer yang pandai buat. Mai kat anak-anak hanya tahu makan... sy lah tue :p


~ pecal versi utara punya. Kalau tak silap, cili kering digoreng dengan minyak & baru dikisar... lama tak makan nie, kakak sy tahu buat.. balik cuti nie leh la kecek-kecek minta buatkan. Kalau ada rezeki... tapi nak request kangkung kampung & jantung pisang lebih yer :p :p


~ dangai.. kebetulan 2 hari lepas jumpa kedai sini jual kuih nie. Start semalam & hari nie, sarapan dangai.. tapi dangai nie versi dipermudahkan, sentuhan modern dan berkonsepkan minimalis katanya, potong petak-petak ajer!


~ lama sangat tak makan kuih nie... tepung bungkuih. Rasanya simple ajer, tapi itulah.. asik-asik nak bungkuih kat kedai ajer, sesekali tue belajar-belajarlah bungkuh sendiri :p


~ yang nei lagi lama gila tak makan.. bantut ikan haruan. Kalau dulu, panggang ikan pakai ranting kayu & ikat dengan tali pelepah daun pisang kering... bakar atas bara kayu api. Kau mampu??


~ rasanya nie versi dipermudahkan sangat kot.. nampak cili berkegolek sangat kan? Hampeh kata tuan punya pic, dah la ambil pic.. mengutuk pulak seround. Versi utara, bakar ikan keli & bagi berenang dalam kuah santan & bumbu dia tue kena tumbuk bagai... tapi kalau versi jawa, kena letak cekur.

Aduhai melejeh dah...


(sumber : semua carian internet)

0 comments: