Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, January 12, 2011

.. merepet.

Assalamualaikum...

.. sejak Idris masuk sekolah nie, pukul 10 malam semua kena tidoq. Ya, semua kena tidoq tue maksudnya, semua.. dengan sy sekali. Heret toto ke depan dan semua ambik tempat & tidur. Sejak cuasa panas ituhari, rimas tidur dalam bilik, panas berkuap... lagi pulak tidur dalam keadaan di kanan Idris & kiri Ishak buat sy rasa lebih bahagia :)
~ kekasih tang mana? pepandai tengok line lah dol! nnggeee..

..time-time berhujan pon best tidur berlonggok cam tue :p

Sampai rumah, memasak & lepas makan semua Idris wat kerja sekolah.. sy jaga Ishak tak bagi kacau abang dia buat kerja sekolah, sesambil tengok cerita korea kat tv. Pejam celik-pejam celik, dah pukul 10. Jadinya, dengan pukul 10 tue... celah bedah mana sy nak menjahit?

Tapi serius, dan agak mengejutkan.. depa berdua boleh lelap pukul 10. Dulu-dulu, dah pukul 12 pon mata dok bulat lagi.

Malam kelmarin, masa sy tengah memasak... ada orang cuit sy suruh pi dengar apa Ishak dok bercakap. Buat muka selamba, buat-buat berlakon mengemas & lalu dekat dia. Anak-anak sy nie tak boleh ditegur, atau tak boleh perasan yang kita dok tengok dia, nanti depa malu.

Tau budak ciwek tue buat apa? Dia dok baca al- Fatihah!
~ nak, sejuk perut ibumu ini yang mengandung! serasanya ingin ibumu ini ingin beranak setahun seorang jika kesemuanya bersifat sepertimu... tapi, jika tak termasuk tabiat ciwek itu!

Pum pang pum pang dok baca beberapa kali, kejap-kejap rewind... kejap-kejap forward. Ikut dan dia... bila dia perasan sy dok tahan gelak, dia dah malu. Kami agak dia belajar dari abang dia, sebab pelatnya sama :p ... abangnya kalau solat, baca sampai orang tingkat 4 pon boleh dengar, punya bersungguh hati.
~ kak tun, nanti-nanti acik rekod ehh...

Semalam, dek kerana sekarang nie sy kena drive sendiri... so dalam kereta dah tak boleh menyusu dah. Bila nak tidur semalam, menyusukan dia kejap, dan dia tertidur. Air susunya ada lagi... sy cuba kejutkan dia untuk menyusu, tapi Ishak nie merepet.

... ejaan cam tue kot, mengigaulah kiranya tue.

Tau Ishak nie mengigau dia kata apa?

tanak-tanak.... iya kanaq budu wa iya kanas taim.

Mendidih gelak kat dia... cerita kat abah dia, abah dia pulak mendidih. Sampai berair mata. Cerita pasal merepet nie.. ikut dan depa jerlah. Kekadang mintak beli motor besar, kekadang tetiba gelak... nangis pon ada, nie kalau sebelum tidur ada kena marah ker :p kesiannn...

Cerita pasal merepet, tapi nie yang dah sedar punya. Sy pernah masa exam SRP ker SPM dulu. Lepas exam petang, balik sekolah & tertidur. Tepi katil ada tingkap & tingkap terbuka. Sedar-sedar terus kelam kabut.. tanya kakak sy,

awat hang tak gerak aku? Aku ada exam KH (kemahiran hidup) hari nie..

... kena gelak seround. Lepas tue baru depa cakap.. la nie baru nak malam lah, bukan pagi. Itulah tiduq lah time maghrib. Adehhh.... tapi bebetul scary kalau tetiba tersedar, terlepas exam... mau terkincit rasanya. Meahahaha.. tapi sy tak ada pengalaman tue.
~ alhamdulillah hurut dada :p

0 comments: