Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Saturday, January 8, 2011

Baju mengandung? apakah....

Assalamualaikum..

Baju mengandung?
~ apakah.. ahkak selama ini diam-diam telah 'berisi'? mana nak tau, kot-kot naik dua line yer tak? :p



Ok, baju orang lah nie :p Jubah nie sy jahit malam tadi hingga 4.30 pagi. Sy rasa baju nie boleh dipanggil jubah, maxi pon boleh & nak buat baju mengandung pon boleh... belasah.



Patern baju nie sy ambil daripada blouse, ok boleh buat blouse jugak. Belasah lagi.. kan kita yang membuatnya, terpulanglah.



Sy cuba nak snap pic bagi clear di bahagian leher & dada, tapi tak dapat.. blur & printed nya tue memang memblurkan lagi keadaan. Sy cerita jer lah.. leher bentuk V sampai ke pinggang, giler terdedah kan? Tadi ada sekeping kain yang diambil berasingan & cover balik bahagian dada dari dalam. Dan ada cerut di empire line.. itu yang menyebabkan ia boleh juga jadi baju mengandung.

Kalau mengandung yang 'berisi'... ejas-ejaslah cerutnya tue ikut isi kandungan. Tapi kalau mengandung yang tak berisi, juga ejas-ejas ikut ketumpatan lemak di badan. Kot-kot orang tegur.. ehh dah berapa bulan nie? Jangan sentap sudehhh... aminkan saja, doa tue... doa!
~ nak-nak pulak tetiba orang mai raba peruttt... ahkak nangis sambil guling-guling!

.. balik nanti baju nie aku cucuh kat api, katanya! Marahkan lemak.. baju yang dibakar.
~ merasalah peribahasa!

Tapi secara peribadi... kata-kata cam tuelah membuatkan sy rasa sentap, kemudian rasa tak lalu nak makan nasik. Tempoh masa sentap & tak lalu tue.. bergantung lah, kalau tetiba ada asam pedas ( versi asam rebus) ikan haruan tue, jawapnya sentap tue kejap jer lah... hohohohoooo.

Lagi satu, nak pakai jubah atau maxi macam nie harus ada slimming wear. Beli lah brand apa pon.. janji bila pakai jubah, lelemak semua terdidik dan kasi nampak kejap sikit semua bahagian. Slimming wear nie pon kena tengok material jugak, ada yang jenis bila pakai dengan kain jersey atau lycra dia jadi melekap.. mungkin ada cas-cas lah kot. Tambah lagi kalau dalam bilik yang ada ekon, memang melekap abis.



Tangan jahit benang getah sajork.. walaupuan asalnya nakkan tangan bercuff, nak cepat.. kita kasi rombak sikit.

_________________


~ pic Ishak semalam... lepas hantar abangnya ke sekolah, tengah gian naik motor budak nie.

juga cerita semalam, semasa sy 'enen'kan dia..

- ada tak susu?
~ ada...
-sedap tak?
~ sedapp..
- ak ak lapar tak?
~ tak lapar..
- kat sekolah ak ak makan apa?
~ akan mee..
-sape masak?
~ cikgu ecah..
- kat sekolah cikgu garang tak?
~ takk..
- sapa nama kawan yang pukul ak ak tadi?
~ akim dia pukul kat sini... (sambil tampal kepala dia sendiri)
- bagi tahu cikgu tak?
~ ak ak cakap kat cikgu..
- cakap macam mana?
~ TERIMA KASIH....

..... SESUNGGUH TERKEDU & SEJUK PERUT AHKAK YANG MENGANDUNG!

5 comments:

Ruby said...

salam tumpang tanya, kalau buat jubah cmni guna bape meter kain ye?saya org saiz L.tq..

azima said...

che ruby..

nie kain jersey 7 bidang 60" anggaran 2m

Diyana said...

azima, leh tanya, kalau kain jersey ni jahit pakai mesin biasa boleh ker...

azima said...

che diyana...

yer sy jahit pakai mesin jahit biasa2 jer pun.. :)

Diyana said...

Jika kita jahit kain jersey & laycra mengunakan mesin jahit lurus biasa, adakah kita perlu menukar tapak atau jarum tertentu pada mesin itu. Sebab kalau saya jahit kain jenis jersey & laycra ni dia mesti berkedut & jahitan tak cantik.. Terima kasih..