Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Tuesday, February 1, 2011

sy tak tahu.. ia menjadi ker tak? -__-

Assalamualaikum....

Menghitung hari untuk cuti yer, rasanya macam dah tak ada mood untuk bekerja :p Selalunya saat nak balik kampung nie memacamlah nak kena stenby bawak balik. Ada yang request beli handfonlah, ada yang suruh acik nie buat baju lah, tudung lah. Ada yang suruh belikan touch light, sabun muka... ada satu masa tue, suruh bawak balik glue gun pon ada. Tak kurang juga yang suruh bawak balik baju yang sy dah jahit... depa nak tengok.

Makanya acik cum adik yang mithali nie pon mengumpullah semua item sebelum balik. Sehari sebelum balik dah lambak depan pintu.. tapi barang sendiri lom siap lagi tue. Barang-barang sy selalunya awal-awal pagi baru sy pack. Sebab selalunya, kalau esoknya nak berjalan jauh, malam tue sy susah nak tidur. Selalu gaklah pukul 3 atau 4 pagi siap menumis bagai.. siapkan bekal untuk perjalanan esok pagi :p

Lagipun, co-pilot ajer kan.. kalau rasa mata kelat, leh gamak tidur. Anak-anak boleh tukang lawan sembang ngan abah dia. Takper, depa boleh bukak cerita start start kereta sampailah keluar tol Taiping, non stop!

Ada satu cerita lawak tektik yang tak menjadi, sy baca di CARI..


Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....


Awek : Apa dia?

Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?


Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....


Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)


Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?


Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.

Jejaka : Ok


Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?


Jejaka : Emm, tak tau lah.


Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)


Rasaiinnnn lho.. tue cerita yang tak menjadi, semalam sy menjahit.. jahitan sy pon tak menjadi. Dah siap jahit baru perasan jahitan sy sebelah luar. Hampehh betul...



.. bila dah pakai, sy tak tahu.. ia menjadi ker tak? -__-

2 comments:

Unknown said...

hehe...betui2 mood nk balik kampung nih... :)

azima said...

che eT...
haahh bebetui excited nie.. separuh daripada sy ada kat sana :)