Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Saturday, October 16, 2010

Takmak amadama kemmerjama hamarimi iminimi? Jom makeover!

Assalamualaikum..

Takmak amadama kemmerjama hamarimi iminimi? Jom makeover!

Aii, takmak kumuamasama nakmak makeower mumukama, kamalaumau comomotmot tumu comomotmot jumugakmak :p :p

.... teringat lagi, bahasa batak nie. Kakak sy selalu set ngan kengkawan kat mana nak gi bermain guna bahasa nie. Dia tanak sy ikut sama.. saja jer kan? Bila sy dah besar sikit dan dah faham... kami berdua pulak guna bahasa nie kalau ada apa benda yg nak disorok daripada arwah mak :)

Arwah mak sy tak faham bahasa nie, tue apa yg depa dok sorok tue kata dia. Nostalgianya..

Okeh, tak ada kerjakan hari nie? Sy & kekasih sy nak ajar cam mana nak buat pagar utk bed rise garden. Let say ada tanah tepi2 rumah tue.. daripada dibiarkan kosong, kepungkan tanah tue & tambak dengan tanah yg subur, boleh jugak bercucuk tanam.

Beli ajer tanah hitam di nursery/giant dan nak lagi subur pergi dekat Taman Tasik Shah Alam, masih ada berlanngsung pesta bunga, kat sana ada jual peatgrow, campur sekali dengan tanah. Memang elok kalau nak menanam sayur2 atau bunga2..
~ ewahh macam pro, macam kerjakan kebun berhektar yer dakk?

Ini cara kekasih sy buat pagar batu utk bed rise garden tue.. harap clear lah ekk. nanti bleh sama pakat makeover taman memasing.

Guna gergaji besi, potong pipe PVC (pipe PVC sy guna, diameter 2") ikut tinggi mana yg nak & kemudian belah pipe PVC tue. sy buat panjang & pendek sbb cadangnya nak susun selang2..



Ini dawai BRC yg diguna, masukkan dlm konkrit utk kuatkan, boleh beli dlm meter.



Potong dalam 3 petak dawai BRC



Dan panjangnya.... pendekkan sikit daripada panjang pipe PVC



Lipat dawai BRC tue bentuk segitiga cam nie



Sapu permukaan dalam pipe PVC dengan minyak hitam yg dah pakai.



Ikat dengan dawai pipe PVC tue



Bancuh simen .. sy bancuh dlm baldi saje, tak kotor & bersepah sangat rumah



** let say simen bancuh terlebih, jangan buang... masukkan air agak2 sampai simen tadi tak keras & bleh simpan utk esoknya, esok masukkan pasir & simen utk bancuh simen balik.

Masukkan simen separuh penuh pipe PVC



Guna dawai & gerodek2 simen utk buang gelembung udara..



Sambung masukkan lagi simen sampai agak penuh & gerodek lagi sekali.

Biarkan semalaman & esok pagi buka dawai, keluarkan & jemur sampai keras.

Korek tanah & susun cecantik & tanam pagar nie. Masukkan tanah & bolehlah bercucuk tanam. Jadinya halaman rumah tak berselerak lah sangat& nampak lagi kemas.

0 comments: