Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, October 14, 2010

Kat luar sana nun, pum pang pum pang..

Assalamualaikum..

Kat luar sana nun, pum pang pum pang.. dengan kemalangan jalan raya lah, dengan katanya sorang penyokong bola sepak mati lah, dengan katanya persidangan wanita pertama lah, dengan katanya ura2 nak pilihanraya lah... macam-macam pum pang pum pang.

Tue belum cerita kak pah pakai tudung sebab sakit gigi uolsss...aaron aziz kena kencing tikus, tambah lagi dengan pengacara TV3 nadia shahrul minta cerai.. betul ker, ya ker? syokkan anyam ketupat uolsss....

Tapi azimaDIYshop ajer yang senyap sunyi. Tutup kedai kerr.. :p

Taklah, cuma tak der pape nak cerita. Nanti sy bubuh gambar pokok bebuas sy yang dah keluarkan pucuk lebar2, daun bawang yang dah boleh tuai (tuai? ambooii banyak beno bunyiknya yer, cam berhektar2 kekekek), pokok mulberry sy yang sy minta dari kenalan internet dan keluar tunas semuanya, pokok delima sy yg dah selamat di tanam oleh kekasih dulu kini dan selamanya di penempatan kekalnya. Uiii cam bosan ekk :p

Tapi bosan2 pon.. itu lah yang sy usahakan buat masa kini, kegembiraan sy kala ini, kebanggaan sy lewat waktu ini & ia menjadi topik perbualan.. sentiasa meniti di bibir sy.
~ itu cam gila sangat bunyiknya tuh! :p

Untuk gila sy yg satu lagi, sy cool down dulu. Tapi dlm kepala nie tengah dok susun strategi, tengah dok rangka2 nie.. dahan2nya kemudian ranting2nya. Nanti sy siram agar subur dengan dedaun hijau dan keluar bunga2 yang cantik....
~ okehhh.. ia memang bunyi bebetul gila!

Baby sy (read : mesin jahit singer portable sy) yang sy hantar masuk wad ituhari dah discharge 2 hari lepas. Sy lom test lagi lah ok ker tak.. tapi sy dapati ada kesan bukti ianya telah sihat sepenuhnya seperti sediakala. Ada tinggalan kain perca dan ia dijahit dengan bergitu canteekkk....
~ tolonglah makan ubat!

Tak der yang rosak pon dia.. cuma ada yg longgar jer, hanya ketatkan & servis sahaja.. kata doktor yang merawat. Serasanya ingin sy minta sekali doktor tue rawat tulang temulang yang berkeriut setiap kali sy bangun selepas bertinggung membelek pokok2 bunga sy & urat saraf sy yang ketat setiap kali mengerjakan edible garden sy yang luasnya seluas mata memandang...
~ pungggaahh! otak tue yg kena servis dulu..

Penimbang, serius menunjukkan kenaikan dalam muatan. Beban yang dikumpul sejak lepas raya lom berjaya dikurangkan. Ia bagaikan parasit yang menempel lalu meminta sy makan lagi dan lagi dan lagi. Menakutkan dan mengerikann... lalu sy berazam utk detox mana yang ada. Nyah kau dari sini kata sy lalu sy flush.. rassaainn kamu!
~ demi segala-galanya, tolonglah hentikan..

Tapi di pagi harinya.. sy terpesona dengan nasi kerabu, dihidangkan bersama ketulan ayam goreng berempah yang rangup, dihiasi dengan racikan ulam-ulaman serta diperhebatkan dengan sambal yang secukup rasa memukau selera & hidung... tak ketinggalan disirami dengan budu. Semua itu dijamah tanpa belas kasihan.. dengan alasan makan ajer, tumpang tengah sihat, tengah selera :p

Dahulu katanya memasak itu juga exercise. Bersilat di dapur mana ikan yang harus digoreng, mana rencah yang harus ditumis.. mana beras yang harus ditanak. Bersilat & pelbagai jurus yang keluar semua kena tertib & kemas dengan kuda-kudanya. Siap memasak... peluh bercerau-cerau. Tapi tidak sehari dua nie.. payah la nak perasap dapur, kita perasap dapur kat kedai sajalah senang. Kalau hirup sup campur yang panas2 & pedas2 tue... ya, lambat laun berpeluh juga katanya.

Dihentikan, dengan pesanan.. kalau nak perasap dapur, perasap dapur kat kedai nie..



... & lokasinya sy rahsiakan, utk maklumat lanjut sila tanya untuk membolehkan sy diajak sekali!


~ anak2 yang blur. dulu balik rumah mak terus terkam dapur masak.. kini tidak lagi, mak terkam pokok bunga dulu.. kami tanak makan bungaaaaa.

0 comments: