Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, July 22, 2010

kenapa perlu daftar perniagaan menerusi talian?

400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan

2010/07/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.


"Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.


Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.


Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.


"Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan," katanya.-Bernama

(sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/400usahawanmenerusitaliandikenakantindakantidakdaftarperniagaan/Article)

Assalamualaikum..

Artikel diatas sy copy daripada hariam metro. Dlm artikel nie menekankan pentingnya utk mendaftar perniagaan bagi melindungi hak2 pengguna.

Tapi sy nak cerita pulak dari segi penjual... di pihak sy, azima.. si penjual nota :p

Alhamdulillah sy dah register perniagaan sy & kesedaran tue timbul asalnya utk menjaga kepentingan perniagaan sy terlebih dahulu. Penting utk sy lindungi perniagaan sy dahulu dari segi undang-undang. Macam2 kes penipuan dlm dunia cyber nie.. yang ditipu, bukan hanya pengguna, tapi peniaga pon boleh kena tipu.. ditipu oleh pembekal misalnya.

Ada juga peniaga ditipu oleh pengguna dengan memberikan detail pembayaran yang palsu, tak wujud. Memulangkan barang yang dah puas pakai, kemudian claim barang rosak dan sebagainya. Ada juga kes2 yang pelik.. pembayaran berlebih2 & mintak refund ke akaun pihak ke tiga. Ini nak kena jaga2.. takut kalau ada aktiviti jenayah, kita pulak yg terbabit & masuk ke dalam.

Selebihnya baru utk meyakinkan pembeli. Untuk membolehkan pembeli membuat pembayaran utk sekian-sekian amount, penting utk yakinkan org lain terlebih dahulu. Adat, semua org akan rasa was2 utk pertama kali... tambah2 lagi urusan perniagaan secara online. Tak nampak muka, tak nampak barang... sesiapa pon boleh menipu dan sesiapa pon boleh kena tipu. Sekurang2nya.. bila dah register perniagaan, nampak tersusun & lebih serius..

... cuma itulah, selalu org tanya kedai kat mana.. nak datang kedai!

~ahkak nangissss!!

alkisahnya, nama ajer azura shop, tadak kedai, shopnya di alam maya sajorkk ;)

3 comments:

Lynn Nasir said...

salam kenal kak,

alamak..nak kena daftar la kan? aritu ada bincang ngan suami, tp kedai maya saya tu takde untung mana pun. mcm malu plak nk daftar, hehe! tp drpd kena denda beribu hengget atau masuk penjara..baik le daftar kan. aduhai..

azima said...

che lynn..
baik daftarkan, backup bizz & diri sendiri kalau ada pape berlaku.. kalau nak jimat register pakai nama sendiri.. lesen rm 30 setahun. kalau nak nama lain.. kena rm 60 setahun. so kat situ pon dah bleh jimat...

Unknown said...

untuk mendaftar perniagaan anda di SSM boleh pergi laman web ni www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi...yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9...lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.