Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Tuesday, July 27, 2010

mak tak e'eat lah abang!

Assalamualaikum..

Last month sy punya alegik naik, ingat makan ubat leh hilang. Tapi selang 3-4 hari naik balik, merenyammm. Errr.. yang merenyammm tue sy punya alegik, bukan sy yg merenyamm yer :p
~ dah tua2 nie dah tak der celah bedah mana ahkak nak merenyam bagai :p

Sy memang tanak ubat dah, ingat nak enjet ajer.

.. tolonglah cik doktor, sy rayu jangan lah dienjet di bumper sy nie. tolonglah, sy rayuuuu.. tempat2 lain sy redhoo puurrleaasee!!"

..nnggee, ayat tipu. Memula tue cuaklah pasal dah lama tak kena enjet2 nie, tapi kekasih sy kata...

.. kalau cakap kat doktor gatal2 belah bawah memang dia enjet kat bumper, kalau cakap belah atas dia enjetlah kat bahu.

.. dengan gaya confident, tapi kemudian dia kata..tapi ntahlah dia bukan doktor. Adeeehhh..

Sy redhoo lah nak enjet mana satu pon. Alahh bukan sakit sangat ponnn... beranak lagiiiiiiii sakitt! Itu sy punya ayat motivasi sy ketika itu.

Masuk bilik, sy cerita.. sy merenyam SEMUA, tapi masa tue bintat2nya dah surut. Then, cik doktor itu berkata.. ok sy bagi injection sambil bangun & prepare barang dia. Sy dah cuak balik dan jantung sy bekerja lebih dari biasa, kemudian telinga sy terdengar, sy cucuk kat bahu.

Nak tau masa tue, masa tue sy terkedu rasa2nya sy senyum sampai telinga sambil paling pada kekasih sy, see dialah penyelamat sy!

Lepas tue nak selak baju, ahhh sudah takleh lah pulak. Kot tangan tak leh selak, kot leher pon tak boleh. Jangannnn.. jangannn tukar fikiran cik doktor, sy akan selak jugak sampai berjaya.

Akhirnya berjaya juga.. tapi perit gak ler!

Balik, terus ke ekonsave. Sy dah tak mampu nak gerak dah.. rasa sakit lengan. Kekasih sy sjer masuk beli barang, yang lain tinggal dlm kereta. Idris dah nangis nak ikut abah dia bila 15 minit abah dia tak muncul2. Mujur ada Ishak tenangkan abang dia. Ishak cakap pandailah sbb sy ada ngan dia, cuba kalau dia yg kena tinggal kat abah dia... mau nangis sampai tak ada esok hari.

Masa sy ala2 mamai dlm kereta tue terkeluar perkataan adoi, Ishak bg tahu abang dia..
.. mak akit, mak tak e'eat (sihat) lah abang!

.. tapi yang abang lagi tambah nangis, suh call abah. Mungkin dia nak ikut abah atau dia cuak tgk sy. Tapi cara depa tengok sy, pandangan yg sayu.. buat sy jatuh hati sungguh. Ini buah2 hati sy yg sy sayang..
~err kekasih kiranya termasuk sekali gak lah! :p

0 comments: